BUTTERWORTH, 29 Ogos: Sambutan Merdeka sudah menjadi perayaan Umno tidak lagi dirayakan sebagai sambutan terulung negara ekoran banyak fakta mengenainya diselewengkan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Ini, katanya dengan menafikan golongan yang bersama menentang penjajah sebaliknya hanya mengagungkan kepimpinan Perikatan dan Umno yang diiktiraf oleh penjajah.
Beliau ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Taman Kuala Bekah, Penaga semalam juga menafikan apa yang ditulis dalam media pro kerajaan kononnya beliau menghina pejuang negara dengan menyokong penganas dalam kopeni pasukan ke 4 Parti Komunis Malaya (PKM).
Baginya, sejarah sebenar tentang serangan terhadap tragedi Bukit Kepong telah diselewengkan apabila mengambarkan serangan dilakukan oleh PKM padahal ia diketuai oleh Muhamad Indera yang menentang polis yang dianggap bersekongkol dengan penjajah.
"Banyak fakta sejarah telah diselewengkan terhadap serangan Bukit Kepong sedangkan serangan sebenar diketuai oleh Mohamad Indera dengan puaknya yang tidak menyenangi penjajah atau polis yang menjadi alat penjajah," jelasnya yang hadir bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan rombongan untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan daif.
Menurutnya, akibat fakta yang tidak kena pada filem 'Bukit Kepong' arahan Jins Shamsuddin membuatkan ramai orang terkeliru apabila cerita sebenar diceritakan semula di khalayak ramai.
Apa yang diperkatakan memang betul sambungnya, sebab waktu itu negara bukan lagi merdeka, polis yang bertugas adalah polis yang bersekongkol dengan penjajah.
Golongan yang menyerang penjajah pukul ratanya dianggap komunis walhal ramai anak muda Melayu ketika itu tidak menyenangi golongan yang bersubahat dengan British.
Untuk menyokong komunis nyata tidak sama sekali kerana komunis itu sendiri telah hancur dan hanya menjadi pameran di muzium.
"Contohnya pandangan Imam Khomeini sendiri jelas tentang Komunis. Semasa hayatnya dia sendiri mengatakan blok komunis bakal tinggal kenangan dalam muzium. Hari ini benar-benar berlaku," katanya.
Sepatutnya nama seperti Pak Sako, Tok Janggut, Mak Kilau, Dato' Bahaman, Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam dan orang yang seangkatan denganya diberikan penghormatan bukan sahaja nama-nama besar Umno sahaja.
Kepada bekas anggota tentera pula terangnya, usah termakan dakyah Umno yang cuba memburukkan namanya dengan menyifatkan beliau menghina pejuang negara.
"Saya tetap puji tentera selepas negara mencapai kemerdekaan kerana perjuangan mereka untuk mempertahankan maruah negara berbanding di era sebelum merdeka sebab polis ketika itu bekerja dengan penjajah," tegasnya. [harakah]
JANGAN MAKAN terus TELAN HIDUP-HIDUP
ReplyDeleteSalam buat tuan.
ReplyDeleteKupasan YB diatas masih lagi berbelit dan ingin menyorok punca sejarah. Apakah kerana beberapa kerat bangsa Melayu yang bergabung dengan Parti Kumonis Malaya yang berniat untuk memerintah Malaya ketika itu maka dipusingnya atas dasar menentang British ???.
Berapa ramai orang Melayu ketika itu yang menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya hinggakan beliau telah bertukar meletak perjuangan untuk Kemerdekaan diletakkan kepada dua tiga kerat Melayu dalam parti Komunis sebagai idola pejuang bangsa yang mana tangan-tangan inilah yang menikam bangsa sendiri.....
Kalau benar mereka pejuang bangsa kenapa hingga kini tidak mahu bersama dan sanggup berada di kawasan Weng Thailand dan masih lagi mempunyai talian dengan komunis di sana.
Persoalan bersekongkol tidak timbul kerana waktu itu British yang mempunyai kelengkapan untuk bersama menentang kumonis.Dan apakah sejarah Abdullah Munsyi bersama British dulupun kita boleh katakan dia juga pengampu British dan perlu dihapuskan ?
Dan apakah kalau British buka sekolah maka kita kata British juga ingin memesong fikiran untuk jadi pengampu juga..... wal hal dari sinilah lahirnya cerdikiawan seperti Pak Sako, Dr.Burhanuddin atau Ahmad Bustaman.
Kita jangan salahkan rentetan sejarah yang ditakdirkan bermula penjajahan Inggeris kerana "tidak bersatunya bangsa Melayu sendiri" hingga jatuhnya Kesultanan Melaka yang menyebabkan kita dijajah dan makan gaji dengan mereka.....
Maka bangkitnya mereka-mereka dari penjajahan British inilah maka Kemerdekaan kita kecapi dari dalam...apa mungkin Mat Indera, Samsiah Fakeh dan Abdullah CD...mempunyai semangat kemerdekaan yang seperti YB diatas perkatakan....
Dan pengakuan bekas Kumonis yang menyerah diri dikala gerakan Gonzales diperbatasan pada tahun 80an yang menamatkan perang gurilla Kumonis telah menyatakan dasar mereka tampa ragu-ragu....tentang jauhnya persimpangan mereka ......walahualam