Apa yang Mat Sabu sampaikan?
Ringkas saja - sebab JALAN PULANG dan TUKAR TIUB dah ulas panjang tuh. GB bersetuju dengan tulisan mereka.
Yang penting ialah polis yang diserang ialah polis yang bekerja dengan penjajah British waktu itu iaitu pada tahun 1950 - Malaysia belum merdeka. Justeru itu tentangan terhadap polis waktu itu adalah sebenarnya tentangan terhadap penjajah British dimana polis waktu itu berkhidmat untuk penjajah, bukan untuk Malaysia kerana Malaysia BELUM wujud ketika itu. Jadi ucapan Mat Sabu adalah berkisar kepada kisah sebelum merdeka. Mengapa UMNO kecoh mengenainya? Apakah UMNO masih sayang penjajah British sampai sekarang? Mungkin. Itu sebab mengapa agaknya masih ada pencacai UMNO yang minum arak, malah, itu sebab UMNO masa kini masih mengikuti jejak langkah British untuk menjajah tetapi kali ini menjajah bangsa sendiri dengan merompak hak orang Melayu/Islam seperti merampas hak royalti rakyat Kelantan. Itu kenyataan. Itu kebenaran.
Kedua: Teruskan buat kecoh mengenai isu video Mat Sabu. Kerana dengannya semakin ramai yang akan mengkaji sejarah dan akan semakin terdedah tembelang dan pekong bahawa UMNO itu sebenarnya talibarut penjajah dan ini akan merupakan satu titik-tolak baru untuk keruntuhan UMNO sebagai pemerintah negara ini.
TAHNIAH MAT SABU!
Rujukan :
Bukit Kepong, Teks Penuh Ucapan Mat Sabu...Bukan Pengkhianat Pun!!!
Saya terpaksa mendengar berpuluh kali untuk mendapatkan teks di bawah berkenaan ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong. Ini kerana videonya 'serabut' sedikit!! Ikuti ucapan di bawah.
.....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong....
Maksud keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero. Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan Malaysia menambah dengan 'komunis'. Barulah gempak!! UM memang pandai dan itulah kerja Utusan!! -terima kasih kepada ek-ele.netUlasan GB
Ringkas saja - sebab JALAN PULANG dan TUKAR TIUB dah ulas panjang tuh. GB bersetuju dengan tulisan mereka.
Yang penting ialah polis yang diserang ialah polis yang bekerja dengan penjajah British waktu itu iaitu pada tahun 1950 - Malaysia belum merdeka. Justeru itu tentangan terhadap polis waktu itu adalah sebenarnya tentangan terhadap penjajah British dimana polis waktu itu berkhidmat untuk penjajah, bukan untuk Malaysia kerana Malaysia BELUM wujud ketika itu. Jadi ucapan Mat Sabu adalah berkisar kepada kisah sebelum merdeka. Mengapa UMNO kecoh mengenainya? Apakah UMNO masih sayang penjajah British sampai sekarang? Mungkin. Itu sebab mengapa agaknya masih ada pencacai UMNO yang minum arak, malah, itu sebab UMNO masa kini masih mengikuti jejak langkah British untuk menjajah tetapi kali ini menjajah bangsa sendiri dengan merompak hak orang Melayu/Islam seperti merampas hak royalti rakyat Kelantan. Itu kenyataan. Itu kebenaran.
Kedua: Teruskan buat kecoh mengenai isu video Mat Sabu. Kerana dengannya semakin ramai yang akan mengkaji sejarah dan akan semakin terdedah tembelang dan pekong bahawa UMNO itu sebenarnya talibarut penjajah dan ini akan merupakan satu titik-tolak baru untuk keruntuhan UMNO sebagai pemerintah negara ini.
TAHNIAH MAT SABU!
Rujukan :
- http://greenboc.blogspot.com/2011/08/video-isu-ceramah-mat-sabu-lagi.html
- http://tukartiub.blogspot.com/2011/08/malapeta-31-ogos.html
Salam buat tuan.
ReplyDeleteDalam memamahi sejarah kita jangan taksub dengan emosi kita kerana apa yang dikatakan akan menyebabkan keributan.
Persoalan sekarang apakah gerombolan yang menyerang polis tersebut berniat untuk membebaskan tanah air ini dari penjejahan British atau mahu mengambil alih kuasa dan membentuk Kerajaan Komunis?
Dan pihak polis dan askar yang terlibat juga sama-sama berjuang menentang Jepun bersama Mat Indera dan sewaktu era peralihan kuasa menuju kemerdekaan, pihak Inggeris telah memberi syarat agar pelucutan senjata perlu dibuat oleh semua gerakan bawah tanah pada masa tersebut termasuk Parti Kumonis Malaya pakatan Mat Indera dan pejuang lain.
Namun Pakatan Mat Indera iaitu parti Kumonis terus berdegil dengan dasar tersebut sehingga anak watan yang bersama berjuang pun dibakar-bakat hidup-hidup dan saki baki yang lain meneruskan penentangannya hinggalah mereka tersepit dan terpaksa akur dengan keadaan sebenar bahawa kemerdekaan adalah milik orang Melayu selepas penyerahan kuasa.
Tuan terlalu sempit membandingkan perjuangan Tok Janggut dan Bahaman kerana sewaktu tersebut sememangnya era penjajahan mutlak Inggeris keatas Tanah Melayu. Dan yang mereka hadapi juga bukan anak watan.
Kalau askar dan polis semasa dibawah Inggeris tidak bersama menentang Jepun dan menentang Komunis semasa itu apakah mungkin Parti Kumonis Malaya dengan senang hati menuntut Kemerdekaan untuk Tanah Melayu ini?...Jadi jangan terlalu jauh membuat andaian.
Permasalah yang tuan timbul hanya untuk mencanang agar orang UMNO terguris tapi sedarkah tuan bahawa sokongan dan tulisan tuan juga turut menguris keluarga Bukit Kepong yang masih hidup dan askar veteran yang sezaman itu dan yang kini....walahualam
>setuju dengan cikgu Di 100%!!
ReplyDelete>jgn le cuba memutarbelitkan sejarah yg telah molek ditulis oleh pakar sejarah
>sejarah ditulis oleh pihak yng menang!!!....itu memang tidak dinafikan !!
>jika anda cuba untuk menulis/cerita sejarah semula...untuk siapa dan tujuan apa dan adakah untungnya???
>kalau nak cakap.....pikiaq dulu...!!!
Hang dok kira keluarga Bukit Kepong terguris hati, tu yang keluarga Mat Indera, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan sebagainya terguris hati hang tak pikiaq. Depa pun manusia juga, ada perasaan, tapi aku tau, oleh sebab depa bukan UMNO dan bukan penyokong British maka mampuih pi lah kat depa.Kesimpulannya kita hendaklah bersimpati kepada British, UMNO dan puak-puak yang bersekongkol dengan British dan UMNO, tak gitu Cikgu Di.
ReplyDeleteCikgu Di
ReplyDeleteTok Janggut pun ada juga bunuh sarjan Polis Melayu..tak gitu..
Jadi elok cikgu D nasihat media UMNO jangan putar belit kenyataan orang..nanti kena putar balik terduduk kot...
Sejarah yang berlalu kita simpanlah...tapi sejarah moden sekarang ini lebih bahaya dimana UMNO giat mendaftar rakyat asing menjadi warganegara...nanti anak cucu cicit akan marah keturunan Cikgu D pula...
Salam
ReplyDeleteSaya rasa hujan Cikgu Di masih boleh dipertikaikan. Pernah baca buku tulisan Prof Joseph Fernando, UM? Setiap deduktif tidak boleh dikatakan salah hanya kerana Cikgu berlandaskan satu pendapat sahaja. Memang ditulis bahawa Partai Komunis Malaya hendak menubuhkan kerajaan komunis di Malaya. Tetapi pernahkah Cikgu terfikir bahawa komunis di Rusia dan komunis di China tak sama? Di Vietnam, Parti Komunis di sana masih lagi memerintah walaupun atas nama yang berbeza. Tetapi mereka masih lagi dengan agama kepercayaan mereka. Cuma di Malaysia komunis digambarkan sebagai pengganas yang kejam. Siapakah yang membiayai kemudahan mereka pada asalnya. Tidakkah sesiapa yang bertanya, kegagalan rundingan Baling sebenarnya menguntungkan siapa???
Sejarah juga turut mencatatkan bahawa prinsip perjuangan setiap pemimpin komunis di Malaya adalah berbeza.
Saya turut tidak bersetuju pembunuhan di Bukit Kepong. Tetapi pernah sesiapa yang masih lagi memperjuangkan kekejaman di Batang Kali?? Kalaupun mereka di batang Kali adalah penduduk yang bersimpati dengan komunis (kalaupun benar), adakah mereka mempunyai pilihan pada waktu tersebut? Apapun undang-undang perperangan tidak membenarkan penduduk awam dibunuh sama seperti musuh kepada pasukan beruniform.
Yang jadi tetap dah terjadi. Cuma bagaimana dan kenapa ianya terjadi adalah berbeza berdasarkan perspektif dan pandangan orang yang berlainan. Siapakah mereka yang boleh berkata bahawa mereka sebenarnya betul dengan hanya mereka adalah pendapat majoriti. Jangan lupa, Allah jadikan kita berbeza-beza supaya kita berfikir akan kebesaran dan ilmu yang dikurniakannya. Bukan mendabik dada mengatakan AKU BETUL DAN MEREKA SALAH...
Wallahualam