Dengan Hari Raya Aidil Fitri yang tinggal tidak sampai seminggu lagi, orang ramai dijangka terus membanjiri pusat membeli-belah dalam usaha untuk mencari keperluan sempena ketibaan Syahwal.
Dalam erti kata lain, persiapan ini boleh dikatakan sudah masuk gear lima!
Apatah lagi, ada yang baru menerima gaji dan bonus daripada majikan masing-masing…jadi inilah peluang terbaik untuk membeli-belah buat diri dan juga keluarga.
Lebih menarik, selalunya di saat-saat akhir begini, para penjual akan mula memberikan diskaun dan tawaran hebat kepada para pelanggan mereka.
Di ibu negara, sudah semestinya Jalan Tuanku Abdul Rahman menjadi pilihan bukan saja warga kota, tetapi juga dari luar Kuala Lumpur.
Bagaikan sudah menjadi tradisi, baju Melayu, baju kurung, songkok, waima rendang daging pun boleh ‘licin’ menjelang saat akhir ini.
Apapun yang paling penting seseorang itu perlu tahu membuat pilihan dan tahu yang mana menjadi keutamaan.
Orang ramai juga perlu sentiasa berhemah berbelanja dan merenungi fadilat puasa antara lain cuba mengawal nafsu berbelanja.
Di samping itu pengguna juga perlu lebih berhati-hati ketika berbelanja supaya tidak tertipu dengan taktik segelintir peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang menjelang musim perayaan yang menjelang tiba.
Itulah cerita setiap kali menjelang raya….
No comments:
Post a Comment