Wednesday, August 31, 2011

Minah UMNO nie kata projek kumpul buah tu satu pembaziran..betoi kaa??

4PLJ hanya satu pembaziran?

SEMELING - Pusat Pengumpulan Produk Pertanian Lembah Jerai (4PLJ) yang dibuka di Sungai Petani bersebelahan Hospital Sultan Abdul Halim dilihat tidak sesuai dan hanya indah khabar dari rupa.

Yang Dipertua Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Kedah, Shahanim Mohammad Yusoff berkata, pembinaan 4PLJ itu didakwa merugikan apabila hanya ada papan tanda yang menceritakan ada perniagaan di situ namun operasi tidak dijalankan.

"Saya sendiri ke sana sebanyak dua kali untuk lihat perniagaan yang dijalankan, namun hampa apabila bukan sahaja tiada pembeli malah tiada sebarang urusan jual beli dijalankan," katanya semasa majlis berbuka puasa bersama media di Jeti Semeling.

Menurutnya, sepatutnya lokasi itu dijadikan pusat pengumpulan buah-buahan penduduk kampung untuk meningkatkan pendapatan mereka sekali gus membantu meningkatkan ekonomi negara.

"Saya hanya lihat ada papan tanda yang cantik, selain khemah yang luas namun tiada sebarang perniagaan dijalankan di kawasan berkenaan," katanya.

Beliau berkata, lokasi pusat pengumpulan tidak strategik memandangkan buah-buahan tempatan banyak terdapat dalam kawasan pedalaman kampung seperti Baling, Padang Terap dan Pokok Sena, namun apabila dibina di pekan Sungai Petani ia tiada fungsi kerana kurang produk pertanian yang dihasilkan di sini.

"Ini adalah satu pembaziran yang dilaksanakan kerana sebelum ini kita tahu terdapat penduduk yang bersedia untuk menyerahkan hasil pertanian kepada pihak berkenaan untuk dijual, namun tidak dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh," katanya.

Selain itu, beliau mengharapkan pihak berkenaan mengambil langkah pembaikan bagi memastikan kemudahan berkenaan tidak dibiarkan begitu sahaja yang boleh mendatangkan kerugian.

http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9479317.asp

No comments:

Post a Comment