Tuesday, August 30, 2011

Tok Janggut Tikam Sarjan Sulaiman: UMNO pilihlah siapa Hero!

OLEH ARIS AWANG



Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. 

Antara yang paling sensitif 
ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setiap tahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung. 

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diamb
il alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai. 

Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang be
rlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. 



Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Pe
nasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhaka. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih. 

Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.
 

(Pak Teh telah menziarahi pusara Tok Janggut beberapa tahun lalu - mungkin UMNO menganggap beliau adalah pengkhianat kerana melawan Melayu barua British, namun Pak Teh tetap mengatakan beliau mati sebagai seorang syuhada - Al-Fatihah) 

Peristiwa Bukit Kepong (1950) ada persamaan dengan peristiwa Tok Janggut (1915). Tok Janggut di tuduh penderhaka kerana menentang Pasukan Malay State Guide di Kampung Dalam Pupuh, Pasir Putih, sementara Mat Indera telah dituduh Komunis kerana menyerang Rumah Pasong, Bukit Kepong, Muar dan membunuh Mata-Mata. Kedua-dua peristiwa ini melibatkan pihak British sebagai dalangnya dan kejadian berlaku semasa zaman Penjajahan British.

2 comments:

  1. Salam,selamat hari raya.Aku baru ingat nak buat posting ni.Tapi sebab dah ada orang buat copy pase jelah.
    minta izin copypase :)

    Umno memang barua British dan freemason dulu kini dan selamanya.
    Polis Zaman Penjajah ta

    Polis Zaman penjajah adalah kakitangan penjajah british.Orang melayu yang bekerja dengan penjajah british adalah pengkianat tanah air bukannya hero.Tak faham faham lagi puak-puak umno ni.

    ReplyDelete
  2. label melabel pada seseorang kebanyakan bergantung pada persepsi dan kecenderongan seseorang.13 Melayu-Islam terbunuh dalam peristiwa Memali.Bagi ahli PAS mereka adalah pejuangan yang mempertahan akidah sementara umno menyifatkan mereka penderhaka pada kerajaan.Tidak pernah sebarang catatan dikeluarkan bahawa Mat Indera dan lain mreka yang dianggil komunis bukan beragama Islam.Malah perkampungan yang dikatakan menempatkan komunis Melayu di selatan Thailand terbukti menempat mereka yang mengamalkan Islam, jauh lebih baik dari amalan setengah daripada mereka yang menamakan diri mereka pejuang Islam.Sejarah juga membuktikan umno pernah melabelkan orang mereka sendiri (3 Abdul) sebagai komunis.Tetapi hakikatnya mereka bukan komunis.Itulah persepsi dan persepsi janganlah diputar belitkan kerana hero hari ini akan menjadi petualang suatu hari nanti, manakala petualang hari ini mungkin akan menjadi hero dimasa akan datang.Pada masa kini juga telah dibuktikan, pengkianat yang menjual bangsa dan negara dianggap pemimpin utama manakala mereka yang membantah dikatakan kurang patriotik.Itulah persepsi dan itulah politik.So pihak yang mengaku mereka diluar kotak politik tidak perlu bias dalam membuat komen dan tindakan.

    ReplyDelete