KUALA LUMPUR, 22 OGOS – Kenyataan Datuk Seri Najib Razak kononnya kerajaan Barisan Nasional tidak kebal hanyalah helah politik untuk menyembunyikan kezaliman pemerintah kepada dunia luar.
Jika benar apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri bahawa sistem demokrasi di Malaysia tidak beri kekebalan kepada pemerintah, maka Pakatan Rakyat sudah berjaya memerintah Malaysia sejak 2008, kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok.
Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh memberi respon kepada kenyataan Najib dalam wawacara bersama akhbar Kompas dari Indonesia yang dipetik oleh Utusan Malaysia hari ini.
Dalam laporan itui, Najib dipetik sebagai berkata, “Nasib di tangan rakyat, tak berlaku sebarang manipulasi untuk menentukan kesahihan perolehan suara. Undi di tangan rakyat.”
Menurut Kok, jentera-jentera kerajaan serta media massa yang digunakan BN untuk meujui pemerintah dan menyerang pembangkang ketika pilihan raya adalah bukti kekebalan pemerintah.
Beliau turut memberi contoh empat pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang mengaku dipaksa memangkah undi untuk calon BN ketika pilihan raya lalu walau pun mereka dikatakan berhasrat untuk memilih calon lain.
“BN menggunakan jentera seperti polis, tentera dan SPR untuk memastikan kuasa mereka terus kekal. Ini bukti kerajaan BN kebal dengan penyalahgunaan kuasa,” katanya.
Kok membidas kenyataan Najib dengan berkata, Perdana Menteri masih terus bermain wayang politik ketika rakyat bengang dengan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC), kononnya untuk reformasi pilihan raya, yang tidak telus dan penuh dengan tipu helah politik.
“Najib tipu. PSC yang dianjurkan beliau itu tidak ikhlas bila tiba-tiba beliau mengumumkan yang PSC tidak bersangkut paut pula dengan pilihan raya umum ke-13 nanti.
“Ini sama macam dia tipu Bersih 2.0 dahulu; sekejap tak boleh, sekejap boleh, kemudian nak bagi stadium, kemudian kata tak boleh. Ini juga kebal salah guna kuasa BN,” katanya.
Jelasnya, PSC memerlukan masa untuk dilaksanakan dengan mengumpul pandangan awam dan dibentangkan pada sidang Parlimen untuk dibincang bersama.
“Sebaliknya, beliau menidakkan PSC dengan menyatakan bahawa PRU boleh diadakan bila-bila masa.
“Inilah demokrasi BN yang kebal. Jika tidak kebal dan tidak disalah guna kuasa dan demokrasi, sudah lama Pakatan memerintah,” katanya. – Roketkini.com
http://roketkini.com/2011/08/22/jika-bn-tak-salah-guna-demokrasi-sudah-lama-pakatan-memerintah/

No comments:
Post a Comment