Saya pada 15/09/2010 telah melanggar kerbau di Hinghway Prolintas/Guthrie Highway selepas balik beraya dari Utara .Kejadian berlaku pada pukul 4.00 pagi lebih .
Di mana saya merupakan orang keenam yang melanggar kerbau yang telah mati di Guthrie Highway sebelum susur masuk R&R ke arah Klang di mana kawasan tersebut gelap ,jadi saya tidak nampak kerbau yang telah mati dilanggar oleh 5 buah kereta lagi dan belum ada bantuan daripada pihak highway sampai masa itu .Sebelum itu saya ada nampak lebih kurang 2 buah kereta ke susur masuk R&R dan hanya mnegesyaki mereka mungkin berkonvoi dari kampung jadi saya tumpukan perhatian pemanduan dan kelajuan saya lebih kurang 80km/j dan telah menurunkan sedikit cermin tingkat kiri dan kanan sdikit untuk menghirup udara luar sebab anak kecil saya 9 bulan tengah menyusu .
Tiba2 saya dapati kelibat silauan cahaya pada mata binatang dan terkejut ternampak seekor kerbau terbaring melintang line kedua jalan raya lebih kurang 5 meter lebih .Dalam pada itu saya terfikir emergency break tak lepas sebab anak kecil saya 9 bulan tengah menyusu dan mengambil keputusan dengan mengelak/membelok arah kanan dan saya rasa tak lepas dan saya pejam mata sambil stereng membelok seelah kanan dan berdentum bunyi yang kuat dan melambung Honda Stream saya ke arah kanan dan saya buka mata dapati pokok bunga tepi highway berada di bawah dan saya dapat lihat juga besi pembahagi jalan di berada di bawah dengan cepat saya menarik stereng kerata saya ke arah lurun dan terus kereta saya terjatuh bawah dalam keadaan lurus dan terus saya berhenti .
Saya dapati anak dan isteri saya menjerit dan ada yang menangis terkejut dan kesakitan .Dan saya arahkan mereka supaya keluar namun mereka cakap tak boleh keluar sebab pening dan sakit dengan hentaman kepala kerbau tadi dan saya terus meluru keluar melihat keadaan kereta saya takut2 meletup sebab radiator pecah dan berbunyi .
Saya pergi ke kereta untuk mengarahkan anak-anak 5 orang dan isteri keluar dan pada masa yang sama sebuah kereta Estima model lama pula melanggar kerbau itu berdepan namun tidak rosak teruk sebab saya telah berhenti di line memtong dang memberikan signal emergency dan saya rasa Estima tadi dah mendapat klu ada kemalangan berbanding sebelum saya tadi tidak ada klu langsung adanya kemalangan .Yang akhir sekali melanggar ialah sebuah teksi melanggar pula sebelah ekor/kiri kerbau namun tidaklah teruk seperti saya .
Di pendek cerita ,setelah tiba bantuan pihak highway lebih kurang 5 minit dan ambil report dan kereta saya di towing ke bengkel dan saya buat report polis dan selesai semuanya pukul 6 petang .
Pihak Peronda highway memaklumkan SAYA BOLEH MENUNUTUT GANTIRUGI daripada highway .Semasa saya di pejabat Prolintas mengisi borang berlaku kemalangan dan Pegawainya mengatakan boleh buat tuntutan Gantirugi Kerosakan Dengan Membawa Resit yang dikeluarkan Oleh Pihak Insurance/AmAssurance kereta saya .
Bila kereta saya selesai dibaiki di bengkel lebih kurang sebulan lebih dan saya pun hantar resit untuk claim seperti yang diminta oleh PIHAK PROLINTAS HIGHWAY dan keputusannnya mereka mengatakan saya tak boleh CLAIM sebab Claim atas Claim tak boleh .
Saya kata kepada mereka, mengapa awal dulu cakap dengan saya boleh claim dengan membawa final total yang dikeluarkan oleh Insurance ?????????? Saya dah bertanya kepada mereka sebelum ini iaitu betul ke boleh Claim dengan Highway ? Mereka kata boleh..saya tanya jangan tipu saya atau saya minta bengkel yang repair dan pihak highway yang bayar mereka tak mau pula dan minta yang Pihak Insurance yang keluarkan .
AKHIRNYA INILAH PENIPIAN PIHAK HIGHWAY KEPADA SAYA DAN JUGA MENGKIN ORANG LAIN DAN SAYA BERTANYA KEPADA LAWYER SUSAH SEBAB DAH PIHAK INSURANCE DAH BAYAR DAN JADI SUSAH UNTUK MENUNTUT GANTIRUGI DENGAN PUAK CELAKA INI ..KITA BAYAR TOL NAIK KERETA ADA KERBAU DI HIGHWAY PULA !!!!!!!!!!!!!!
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1614645173824.91321.1467173620
NASIHAT SAYA KEPADA PENGGUNA HIGHWAY TERUTAMANYA DI GUTHRIE HIGHWAY YANG BANYAK KERBAU DAN LEMBU :
1- JIKA BERLAKU KEMALANG LANGGAR BINATANG , MINTA MEREKA REPAIR DAN KELUARKAN SURAT UNTUK PENGESAHAN AKAN MEMBAYAR GANTIRUGI ;
2- JANGAN LUPA SEMASA REPORT POLIS :TULIS SEMUA NAMA AHLI KELUARGA WALAUPUN TIDAK CEDERA JIKA ANDA INGIN MENYAMAN/MENUNTUT GANTIRUGI LAIN2 ; di sini mereka akan mainkan kita ..kenapa nama ahli keluarga tidak disbutkan dalam report polis !!! ini surat jawapan pihak Highway kepada saya bila saya menuntut Gantirugi lain2 drp mereka ;
3- KALAU ADA CEDERA MINTA SURAT DOKTOR SEBAGAI PENGESAHAN DAN LAWATAN LANJUT DAN KEPILKAN BERSAMA ;ini lah yang mereka minta daripada saya bila claim trauma bukanlah sampai gila tahapnya tapi bila memandu lihat binatang kita rasa takut2 ....nak bagi surat trauma ( saya mati dulu baru doarang ni nak bayar );
4 - SETIAP PERBUALAN ANDA DENGAN PIHAK HIGHWAY ATAU SURAT2....ADA SALINAN ....CATITKAN SEMUA TARIKH DAN NAMA PEGAWAI YANG MENGURUSKAN KES ANDA .....
5 - PENTING SEKALI BUAT ADUAN DEKAT AKHBAR SEBAGAI RUJUKAN KALAU BOLEH DAN BIARKAN PIHAK HIGHWAY RASA BERTANGGUNGJAWAB KERANA KES ANDA PERNAH KELUAR KAT AKHBAR ...
Sampai hari ini 24/08/2011 mereka masih bermain tali dengan saya untuk bayar gantirugi dan pelbagai helah mereka gunakan untuk tidak mahu membayar gantirugi !!!!!!
No comments:
Post a Comment