Saturday, October 8, 2011

Kehadiran Ahli Parlimen PR Perlu Dipantau Elak Makan Gaji Haram

BAKAR SAJA BUKU JINGGA, AMARAN KEPADA PAKATAN RAKYAT

BLOG GREEN BOC sudah ulas panjang lebar semalam. Tiada YB yang berani tampil untuk menjawab kerana mereka tahu mereka telah melakukan kesalahan, kesalahan yang besar fan serius yang telah menyebabkan RUU Kg Bahru diluluiskan dan sekaligus wasiat allahyarhamah Dr.Lo'lo' dipermainkan oleh ahli-ahli parlimen PR.

Ada seorang dua YB yang menghubung GB untuk membela MP-MP yang tidak hadir. Kononnya GB tak tahu senario sebenar. Kononnya MP Pakatan tidak sangka undi dilakukan sebelah malam dan sebagainya.

Sekalipun GB bukan ahli parlimen, tidak bererti GB tidak tahu apa yang berlaku di Dewan Rakyat, bukan bererti GB dan lain-lain blogger tidak boleh tahu siapa yang hadir siapa yang ponteng dan bukan bererti kami sukasuka tuduh suka-suka tulis ikut sedap rasa.

Ketidak-hadiran tanpa alasan itu ponteng namanya dan itu adalah "dosa" yang besar kerana mengkhianati amanah Allah, RasulNya dan pengundi anda.

Bawa bukti atau dalil sahih atau panggil mana-mana ulamak muktabar yang kamu ada untuk membuktikan pula tindakan ponteng kamu itu adalah sah!

GB sedia tarik balik tuduhan GB jika kamu-kamu yang ponteng dapat menyediakan dalil sah bahawa kamu boleh tidak hadir tanpa alasan/uzur syarie dari menjalankan amanah.

Lagipun kami para blogger bebas untuk mengulas, mengkritik, mencadang samada dengan nada keras atau lembut, kerana selama ini sebelum kamu-kamu dilantik sebagai ahli parlimen pun kami sudah berada di alam siber memperjuangkan kebenaran dan keadilan serta menentang kezaliman. Kami tidak dibayar oleh kamu-kamu tetapi dibayar oleh Allah s.w.t. untuk tugas itu. Justeru itu kami akan tetap menyuarakan yang hak itu sebagai hak, sekalipun ianya akan memenggal kepala ahli parlimen PR sendiri mengambil iktibar dari suratul-Kahf.

حْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَهاً لَقَدْ قُلْنَا إِذاً شَطَطاً

Kami ceritakan kepadamu hal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka, semasa mereka bangun lalu berkata: Tuhan kami ialah tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak akan menyembah Tuhan yang lain selain-Nya; jika tidak bermakna kami memperkatakan sesuatu yang jauh dari kebenaran. Al-Kahf: 13-14

Malah jika kamu-kamu mengkhianati amanah pun, akan tetap ada orang yang akan memikul amanah itu.

Hadis daripada Thauban R.A bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda; "Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang etatp tegak menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut". (Riwayat Muslim)

Kali ini rakyat memaafkan kamu, tetapi sebarang perulangan sikap yang memandang rendah terhadap amanah yang diberikan tidak akan lagi diberikan keampunan dan kemaafan. SERIUS dan KOMITMEN dari semua ahli parlimen diperlukan jika benar-benar hendak menawan Putrajaya. Jika tidak bakar saja BUKU JINGGA, lupakan semuanya. Blogger PR pun boleh tutup semua blognya. Biarkan BN memerintah dan rakyat hidup menderita dan dizalimi selama-lamanya!

Kehadiran Ahli Parlimen PR Perlu Dipantau Elak Makan Gaji Haram

No comments:

Post a Comment