Menjawab 3 isu UMNO dok Spin PAS - UMNO KAFIR, PANGKAH PAS MASUK SYURGA & PAS KAWAN DENGAN SYAITAN
Koleksi Fitnah UMNO terhadap PAS
"Fitnah itu lebih dasyat daripada membunuh" [al-Baqarah :191]
thread ini dibuka untuk menjawab fitnah-fitnah UMNO yang sering diulang BERKALI-KALI walaupun sudah BERKALI-KALI dijawab. tetapi, setiap kali dijawab, orang-orang UMNO akan membacul berdiam diri seketika pastu timbul balik..
oleh itu, daripada dok ulang banyak kali, next time sila rujuk kat sini.
FITNAH 1 : UMNO KATA, PAS TELAH MENGKAFIRKAN UMNO.
Antara fitnah yang paling kerap dipopularkan oleh UMNO dan para penyokong mereka. Isu ini timbul ekoran daripada Amanat Haji Hadi pada tahun 1979 di Banggol Peradong, kira-kira 20 tahun dahulu.
ini ialah antara sedutan Amanat Haji Hadi tersebut :
Quote:
"Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku"
Kebenarannya :
PAS tidak pernah mengkafirkan UMNO. yang UMNO terasa tu apesal? TG Hadi bercakap secara umum terhadap sesiapa sahaja yang memisahkan agama dengan politik, maka boleh jatuh KAFIR (bahasa kasar) atau TERGELINCIR AQIDAH (bahasa lembut)
apa yang jelas, UMNO menabur fitnah seluruh Malaysia mengatakan PAS telah mengkafirkan UMNO, adalah sekadara hendak menutup pekung mereka yang MEMISAHKAN AGAMA DENGAN POLITIK.
bahkan, kalau hendak diikutkan dari sudut hukum Fiqh, jika seseorang Muslim menuduh Muslim lain telah mengkafirkan muslim lain, maka muslim yang menuduh itu juga boleh tergelincir aqidahnya. so, siapa yang mengkafirkan siapa kat sini?
so. setel kat sini. PAS tak pernah mengkafirkan UMNO. hanya UMNO yang paranoid nak menutup pekung mereka dengan menabur pembohongan kerana mereka jelas memperjuangkan Islam yang memisahkan agama daripada politik.
bak kata Muhyidin Yassin, 19 Ogos 2009 yang lalu - "Bahaya jika campur-aduk agama dengan politik"
FITNAH 2 : UMNO KATA, UNDI PAS MASUK SYURGA
Ini pun sama. antara fitnah yang paling kerap dipopularkan oleh UMNO dan penyokong mereka. saya mencabar mana-mana orang UMNO, siapakah pimpinan PAS yang cakap pasal ni? bilakah pimpinan PAS itu cakap? dan di manakah PAS beliau bercakap?
kebenarannya :
TAKDE PUN! memang takde pun mana-mana pimpinan PAS yang pernah cakap undi PAS masuk Syurga.
Jika dalam isu kafir mengkafir, PAS bercakap tentang batas-batas iman dan kubur; bagaimana iman seseorang boleh tergelincir, maka dalam era isu janji syurga ini, PAS bercakap tentang konsep pahala dan dosa dalam politik.
bagi mereka yang berfikiran sekular seperti UMNO dan para penyokongnya, apakah mereka tidak faham setiap amalan harian kita boleh mendatangkan pahala dan dosa jika diniatkan kepada Allah? - dengan syarat amalan harian itu tidak bercanggah dengan syara'?
apa yang jelas, yang dijamin syurga ialah para nabi, para syuhadak, para sidiqin dan solihan yang antaranya sepuluh sahabat nabi serta para malaikat. Sekadar masuk Islam boleh masuk syurga tetapi tidak terjamin. Tetapi tidak masuk Islam sah tiada tempat di syurga.
Mengundi PAS boleh dapat pahala kalau niatnya kerana Allah, mengundi UMNO pun boleh dapat pahala kalau diniatkan kerana Allah. tetapi kalau niat solat, puasa dan zakat tidak kerana Allah, tidak dapat pahala juga. Sama dengan sahabat yang hijrah kerana Allah dapat pahala hijrah, tetapi yang hijrah kerana perempuan, nescaya dapat perempuan saja. Begitu juga solat dapat pahala tetapi tidak dijamin syurga, tetapi tidak solat dapat dosa dan sah menempah tempat di neraka.
jadi, apakah kita mendapat pahala jika kita mengundi UMNO yang menolak hukum Allah dan mengekalkan perlembagaan kafir?
atau, kita takkan dapat pahala, jika kita mengundi sebuah parti lain yang ingin menukar perlembagaan kafir tersebut kepada perlembagaan Islam?
so, apa yang jelas - UMNO menyebarkan fitnah ini adalah untuk menutup pekungnya yang mengamalkan sekular, mengekalkan perlembagaan penjajah, memisahkan agama daripada politik, tidak mewajibkan wanita mereka menutup aurat, mengamalkan AMAR MAKRUF AMAR MUNGKAR yang jelas bercanggah dengan ajaran asas Islam.
setel kat sini, PAS tak pernah cakap undi PAS masuk syurga. hanya UMNO yang takut kepada bayang-bayang sendiri kerana mereka yang paling banyak melakukan kemungkaran.
sekadar bertanya kepada penyokong UMNO : apakah undi UMNO akan masuk syurga?
FITNAH 3 : UMNO KATA, PAS BERKAWAN DENGAN SYAITAN
Isu ini merupakan isu yang agak kelakar lagi melucukan. kenapa? kenapa isu ini hangat diperkatakan oleh UMNO dan para penyokongnya yang jelas menonjolkan lagi keboddohan dan kedangkalan mereka terhadap isu ini.
kebenarannya :
TG Nik Aziz mengeluarkan ayat ini pada tahun 1999. ia ialah kiasan kepada UMNO yang enggan bermuzakarah dengan PAS sebelum PAS mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan DAP membentuk Barisan Alternatif (BA).
kenyataan beliau lebih kurang macam ni :
Quote:
"kita akan berkawan dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan Islam. kalau syaitan sokong perjuangan Islam, maka kita pun sanggup berkawan dengan syaitan"
TG Nik Aziz mengguna perkataan "KALAU" kat sini. kalau orang yang reti tatabahasa Melayu, maka oang itu akan faham penggunaan perkataan KALAU @ JIKA dalam sesebuah ayat.
tapi orang-orang UMNO ni tak faham agaknya. mengaku memperjuangkan Melayu, tapi mereka sendiri pun tak faham tatabahasa Melayu. demi nak menjatuhkan imej TG Nik Aziz, maka orang UMNO sanggup memperboddohkan diri sendiri lalu mengatakan PAS berkawan dengan Syaitan. boddoh betul..
hakikat sebenar, ia adalah satu kiasan dan sindiran sinis kepada UMNO yang sebelum ini diajak berkali-kali untuk bermuzakarah dengan PAS. UMNO sebelum ini juga berkali-kali menolak ajakan daripada PAS. oleh itu, jika syaitan pun sanggup menyokong perjuangan Islam dalam kiasan TG Nik Aziz, maka UMNO yang menolak perjuangan Islam (dan mengambil perjuangan bangsa & sekular) adalah jauh lebih teruk daripada syaitan.
SAYA AMBIL AYAT TERAKHIR "maka UMNO yang menolak perjuangan Islam (dan mengambil perjuangan bangsa & sekular) adalah jauh lebih teruk daripada syaitan." AYAT AWAK NI SANGAT MENYIMPANG JAUH DARI KEHENDAK ISLAM, PATUTLAH BERBAGAI GELARAN DIBERIKAN KPD PAS DAN PENGIKUTNYA.
ReplyDeleteINGATLAH, KALAU PAS MENGAKU MEMBAWA ISLAM, MAKA CONTOHI TUNJUK AJAR RASULLULLAH. KALAU KITA GUNA CARA YANG LAIN, LEBIH-2 LAGI CARA KASAR ATAU MAKI HAMUN, MAKA JANGAN HAIRAN JIKA KITA DAN TOK GURU KITA PUN DIMAKI HAMUN. JANGAN KITA KATA MEREKA TU TERUK KERANA KITA PUN TERUK, MALAH LEBIH TERUK KERANA KITA MEMBAWA MESEJ AGAMA.