Tuesday, September 18, 2012

Meriah di Rumah Terbuka Aidil Fitri YB Dato’ Ir Phahrolrazi

TANDOP – Walau pun cuaca kurang baik serta  diselangi dengan hujan lebat namun ianya tidak mematahkan semangat orang ramai untuk berkunjung meraikan Rumah Terbuka Aidil Fitri, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber dan Tenaga, YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi.

Majlis yang diadakan di kediaman beliau, Taman Gunung Bayu di hadiri kira-kira tiga ribu orang dari segenap lapisan masyarakat, bangsa dan agama. Di kesempatan majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan sumbangan IPTA dan kafalah di samping sumbangan tradisi duit raya kepada kanak-kanak.


Antara menu yang menjadi kegemaran pengunjung ialah moi sup dan cucur jagung yang jarang sekali menjadi hidangan sempena jamuan hari raya. Di samping itu menu-menu lain yang turut dihidangkan termasuklah, ketupat, rendang, nasi, gulai daging, mee goreng, keoy teow goreng, mee kari, bihun sup, bubur kacang, dan kuih muih. Selain itu sembilan jenis minuman disediakan termasuk teh tarik dan laicikang.

Majlis yang diselenggarakan bersama PKWR Pengkalan Kundur itu bermula pada pukul 12 tengahari hingga 4 petang  turut dihadiri oleh YB Dr Ismail Salleh, YB Nasir Mustaffa, YB Nasir Zakaria, YB Lee Guan Aik, kakitangan kerajaan dan pimpinan-pimpinan masyarakat.

No comments:

Post a Comment