Wednesday, October 3, 2012

Generasi Muda mampu merubah dan berubah...!

oleh: Siti Aishah

Bila kita berbicara soal peranan ia adalah bahasa yang jelas menjuruskan tentang pemahaman apa strategi,gerak kerja dan penumpuan kita dalam memastikan sesuatu golongan sasaran itu berjaya kita dampingi.Dalam konteks anak muda pastinya ramai mempunyai pendapat yang sama iaitu anak muda di waktu ini adalah antara penyumbang dalam carta perubahan negara,namun apakah cukup bahawa segerombolan anak muda yang menyokong hanya bila tiba musim berkumpul semata-mata?bagaimana kita menterjemahkan peranan mereka yang menyokong menjadi agent perubahan dan di akhirnya mereka dan persekitaran mereka juga akan turut bersama kita?


Itu adalah persoalan penting yang perlu diselami oleh semua pimpinan parti-parti politik di negara ini.Kita tidak bicara tentang generasi muda yang dahulunya sering menjadi pak angguk dan diperbodohkan oleh dakyah-dakyah asobiyah pemimpin yang sedia ada tetapi realitinya kini kita sedang berhadapan dengan kelompok generasi muda yang telah mengalami pencerahan minda yang maksimum yang mana mereka tidak bicara soal siapa yang akan menjadi pemimpin dan membentuk kerajaan tetapi mereka bicara soal dasar,prinsip dan sistem yang berkait langsung dengan mereka.Atas dasar itu kita perlu menilai semula apakah kita telah benar-benar memahami dan menyelami kehendak generasi ini?
Kerna itu saya menyeru kepada semua pimpinan yang ada,bahawa jangan dianggap bahawa anak muda itu pesaing kita dalam jawatan-jawatan yang tidak bersifat kekal tetapi dekati,bimbing dan santuni mereka dengan budaya politik nilai yang mana diakhirnya generasi ini akan menjadi generasi terbaik yang bukan sahaja akan menyumbang tenaga dan undi mereka tetapi akan menjadi penghubung diantara parti politik kepada seteru seperti mereka.Ingatlah bahawa ini anak muda yang bicara soal dasar,idea dan lenggok politik yang lebih besar skopnya bukan hanya menturuti kehendak yang sama semata-mata!
Kepada teman-teman muda saya berpesan kepada diri saya bahawa kita anak muda yang bukan bersifat tegas untuk jawatan,pangkat dan nama tetapi kita anak muda yang tegas kerna prinsip perjuangan semata-mata.Masa untuk kita merubah sistem politik yang telah dicemari ini telah tiba ke kemuncaknya,kita generasi perubahan yang mahu menyaksikan sesuatu yang telah dirosakan dirubah dan sekali kita melangkah maka dengan izin,iman dan amal perubahan pasti akan berlaku.Generasi muda mampu membawa perubahan dan membuat perubahan.

Nota: Gambar hiasan oleh The Sniper.

No comments:

Post a Comment