Wednesday, October 3, 2012

Bhai… Hudud @ Hududullah nih adalah arahan jelas dari Allah Taala…


oleh: Sysop

Bhai… Hudud @ Hududullah nih adalah arahan jelas dari Allah Taala… tiada dolak daliknya tentang hukuman yang berkaitan dengannya.. Ianya jelas diterangkan didalam ayat-ayat Al Quran…. Malah ada juga beberapa ayat didalam Taurat dan Injil yang berkaitan dengannya.. Cuma bagi Bible… banyak yang sudah diselewengkan..Ada pihak yang memperlecehkan tulisan gua berkenaan dengan hudud nih pada keluaran yang lalu.… malah ada yang kononnya mengaku pejuang Islam.. keras dengan sikap nak melaksanakan hudud secara mendesak tanpa memberikan pendidikan sewajarnya…  Betul gua setuju hudud kena dijalankan tanpa tangguhan… cuma.. seperti mana yang lu orang semua tahu… Islam adalah agama yang rasional… Islam berkembang bukan dengan mata pedang… Islam berkembang kerana sikap umatnya yang zuhud kepada Allah dan mengikut acuan yang digariskan oleh Rasulullah.. Islam bukan ditegakkan dengan sikap umatnya yang samseng, sombong, ujub, riak dan taqabbur…..
 Gua tegas mengatakan bahawa perkara pertama yang perlu dilakukan dalam melaksanakan hudud @ hududullah adalah pendidikan… Jika orang Islam sendiri pun masih keliru tentang hudud… jika pejuang Islam dikalangan ahli PAS pun masih keliru tentang hududullah… tentulah yang kafir dan bukan Islam lebih lagi keliru…  Hudud bukan hanya untuk orang Islam… Hudud adalah untuk semua… Ini termasuk juga tentang Qisas dan Ta’azir …ianya untuk semua…

Jadi sebaik-baik jalan adalah dengan mendidik semua… memberikan penerangan sebaik mungkin … demi untuk mengelakkan orang bukan Islam menganggap bahawa Hudud, Qisas dan Ta’azir menekan dan tidak berlaku adil… Kita kena memastikan bahawa bukan sahaja orang Islam… tetapi orang bukan Islam juga dapat melihat keadilan daripada Hudud, Qisas dan Ta’azir ….. kita tidak mahu manusia mengatakan bahawa Hukum Allah ini kejam dan tidak berperikemanusiaan… Hukum Allah adalah sebaik-baik hukuman bagi umat manusia….

Sebab itulah perlaksanaan dan penguatkuasaan Hudud, Qisas dan Ta’azir perlulah dilakukan dengan teliti dan penuh berhemah serta dimulakan dengan pendidikan…. Sebab itulah gua mencadangkan ianya dibahagikan dengan 3 fasa….. Fasa pendidikan, fasa demonstrasi.. dan fasa perlaksanaan…

Sebagai seorang Islam… kita kena sentiada menunjukkan contoh terbaik dikalangan umat manusia… Kita adalah sebaik-baik umat… jangan kerana kita rasa kita hebat berserban besar, berjubah labuh dan berilmu agama… maka kita memandang leceh dan memperlekehkan manusia lain… Sikap sebegini amatlah bercanggah dengan Islam… Ingat…. Allah sentiasa akan menggantikan umat manusia dengan umat manusia lain yang lebih baik…

Jangan kita lupa bahawa sikap keras kita hanya mengundang umat manusia lain untuk menjauhi Islam… kita mesti tunjukkan bahawa Islam adalah agama yang rasional…

No comments:

Post a Comment