Tuesday, October 9, 2012

Kedutaan di Doha tutup 3 hari kerana Rosmah

(Gambar yang disiarkan Utusan tentang lawatan Rosmah ke Qatar)

DOHA, Qatar: Kedutaan Malaysia di Doha ditutup kepada orang ramai selama tiga hari, Isnin hingga Rabu, ekoran lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke negara itu.

Makluman penutupan itu dibuat melalui pekeliling yang dikeluarkan oleh pejabat kedutaan itu menerusi Persatuan Malaysia Qatar (MAQ).

Menurut sumber Harakahdaily di Doha, inilah pertama kali maklumat pejabat kedutaan ditutup dibuat demi untuk melayan tetamu negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong pernah melawat Qatar namun tidak ada pengumuman seumpama itu dibuat.

Menurut Bernama, Rosmah Mansor mengadakan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri Qatar, Sheikha Noor di Al-Wajba Palace, kediaman rasmi Perdana Menteri Qatar di sini 8 Oktober.

Pertemuan Rosmah dan Sheikha Noor yang berlangsung kira-kira 15 minit dan diikuti jamuan tengah hari itu turut disertai lapan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta isteri Duta Malaysia ke Qatar, Abariah Jazri.

Rosmah tiba di sini petang Ahad bagi menghadiri Forum Pelabur Asia 2012 (IIF)).

Terdapat 4,600 rakyat Malaysia di Qatar yang terdiri daripada golongan profesional, usahawan dan pekerja serta keluarga mereka.

Ekoran pengumuman itu, mereka sangat terkejut kerana tidak ada pengumuman penutup kedutaan dibuat walaupun ketika Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agung melawat negara itu.

Penutupan ini bagi mereka sangat menyusahkan dan yang melecehkan mereka adalah ia ditutup kerana lawatan isteri Perdana Menteri sahaja.

"Kalau ditutup kerana nak layan Yang Dipertuan Agung ke, PM ke, kita fahamlah. Tetapi tutup kerana isteri PM, lecehlah," kata sumber itu kepada Harakahdaily.

1 comment:

  1. Dah aku kata UMNO tu Umat Melayu Naif Otak!
    dah le naif!, mandulkn plak minda2 rkyat Mlysia yg rela dijdikn pncacainya.
    Tngok je la dri kesah isteri PM ni!
    Merka ni buta mata, buta hati & buta otak.
    Isteri kpd PM pun mrka tk kenal dh!
    Klau YDP Agung mlwat kedutaan pun mrka tk tutop
    operasi kedutaan tersebut, memang jelas laa yg mrka
    kenali hnya rupa YDP Agung yg tertera pd note2 kertas
    yg brwarna warni tu je!
    Memang jelasnya dah tkde org cerdik dlm parti setan tu!
    Pencacai Umat Melayu Naif Otak semua,
    berbnga lah dgn sokongn anda pd BN, Bini Najib!
    BN. Barang Naik! BN, Beban Negara! BN, Barghal Nasional!
    Be End, akn brakhir pd PRU 13 nanti.
    Khalasss

    ReplyDelete