Tuesday, October 9, 2012

Khalid, Salahuddin putus hubungan dengan Nasha


Dua orang anggota jawatankuasa PAS pusat – Khalid Samad dan Salahuddin Ayub hari ini mengumumkan memutuskan hubungan dengan bekas timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa.

Khalid bercakap dalam satu sidang media hari ini bagi mengulas kenyataan Nasharuddin bahawa DAP mahu membentuk kerajaan Kristian.

Katanya, tindakan Nasharuddin menimbulkan kecurigaan bahawa beliau mengikut arahan "orang di luar PAS".

"Pada saya, tindakannya dirancang oleh orang di luar, seperti Umno, untuk mencetuskan masalah dalam Pakatan Rakyat dan PAS.

"PAS ada majlis syura dan majlis ini akan bersuara ke atas apa-apa usaha oleh parti yang bertentangan dengan Islam.


"Kenyataan Nasharuddin adalah pandangan peribadi dan bukan pandangan (majlis syura)," katanya.

Khalid mendakwa Nasharuddin, yang merupakan anggota majlis syura, tidak pernah membangkitkan perkara itu dalam majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa PAS pusat.

"Kenyataannnya tiada kena mengena dengan PAS dan jika DAP mahu ambil tindakan undang-undang, itu terpulang pada mereka," katanya.

1 comment:

  1. Assalamualaikum..
    sudi kiranya blog saya di link kan ke dalam blog tuan.. Blog tuan dah di link kan dgn blog saya.. TQ

    http://kopitarikkaw2.blogspot.com/

    ReplyDelete