ALOR SETAR - Berkuatkuasa 26 April 2012, ejaan Alor Star diubah kepada Alor Setar seperti yang termaktub dalam Enakmen Majlis Bandaraya Alor Setar 2003 (Enakmen 16).
Dato’ Bandaraya Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Dato’ Mat Noh Ahmad berkata, pihak yang terlibat dengan penggunaan ejaan Alor Star pada papan tanda syarikat perlulah mengubah ejaan itu.
Menurutnya, kerjasama amat diharapkan daripada pihak terlibat supaya ejaan Alor Star dapat diseragamkan.
“Kita beri tempoh masa kepada mereka untuk membuat pertukaran berkenaan kerana ia akan melibatkan kos yang tinggi,” ujarnya.
Tambahnya, langkah itu juga diharap tidak lagi menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai tentang penggunaan ejaan Alor Setar atau Alor Star.

No comments:
Post a Comment