Cuma nak list out di entri ini beberapa kenyataan pimpinan PAS berhubung dengan kenyataan bekas Timbalan Presidn PAS, Nasharuddin Mat Isa.Korang boleh ikuti ucapan Nasha melalui klip video di akhir entri ini nanti.
Hari tu ada aku kata Salahuddin Ayub dan Khalid Samad tu takut dengan Nasha di sini. Macam mana aku tak kata gitu?
Sebab diaorang tu kata PAS tidak menghalang sekiranya DAP Sarawak berhasrat membuat laporan polis terhadap bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa kerana menuduh parti itu mahu membentuk negara Kristian....
Kenapa Salahuddin dan Khalid main genyit-genyit mata dengan orang luar PAS supaya ambil tindakan keatas Nasha tetapi tidak menggesa supaya PAS sendiri yang mengambil tindakan disiplin? Sebab itu aku tanya mana Badan Disiplin PAS?
Hari ini baru aku tahu. Rupa-rupanya diaorang tu bukan takutkan Nasha , tetapi kecut teloq dengan Ketua Dewan Ulama’ PAS, Dato’ Harun Taib.
Harun Taib yang pernah beritahu semua orang, Mat Said datang ke rumahnya di Manir kerana nak beli dua ekor kambing untuk qeqah anaknya, merupakan antara mereka yang sering menyatakan sokongan kepada bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat.
Dulu dialah yang kata Nasha tu masih relevan...dan terbaru kali ini dia kata pula "Betullah apa yang dikatakannya ....”
Tapi aku tabiklah kat Timpres, Mat Sabu, bila mengulas isu tersebut, dia tak sebut langsung nama Nasha tapi dia pi sebut 'UMNO’ !
Dakwaan Umno bahawa DAP mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian adalah sangat mengarut dan tidak munasabah. kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.Baca di sini
Ha! ha! memanglah, bila sebut Nasha, korang semua tentu teringatkan Umno.Nasha dan Umno dah sangat sinonim. Sebut Nasha orang dah nampak Umno!
Berikut video klip yang ucapan Umno yang mentohmah PAS dah tinggalkan perjuangan asal demi mencapai kemenangan dalam pilihanraya :
Berikut video klip yang ucapan Umno yang mentohmah PAS dah tinggalkan perjuangan asal demi mencapai kemenangan dalam pilihanraya :
http://alhusseyn51.blogspot.com/2012/10/sebut-nasha-nampak-umno.html


assalam,
ReplyDeleteini satu perangai orang/manusia, kalau duk mengata kata orang macam2 keluaq dari mulut. Memang tak pernah berus gigi punya mulut. Orang ni bodohla, pekak badak la.
Tulis tu sopan sikit kerana ini akan turut menjejaskan maruah kedahlanie.
Awat, hang tu sempurna sangat. Kesal baca tulisan orang macam ni macam sekolah tak pernah ada cikgu atau lari kelas.
Masuk kelas atau pi sekolah/madrasah balikla kalau macam ni. Are you perfect?