Showing posts with label Admin. Show all posts
Showing posts with label Admin. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

Mulai hari nie jika hangpa nak DEBAT, DISKUSI, FOROM sila ikut peraturan ini...!!


he he he ini iklan sahaja..!!!
 Tak payah la hentam peribadi2 anwar dan mana2 pemimpin pr. Contohnya ko nak marah anwar sebab dia up isu kehilangan wang kerajaan melalui penyelewengan dana kerajaan, ko patut bidas hujah dia. Bagi hujah. Apa bukti dia ada untuk menegakkan tuduhan dia? Apa dokumen dan statement yang menyokong pendapat dia?

Ini ko pergi sebarkan video lucah. Ko sebarkan video lucah dari rumah ke rumah waktu pagi2 ko ingat cara itu menjawab persoalan2 yang dsai timbulkan? TIDAK SAMA SEKALI. Ko hanya tambahkan persoalan yang wujud.

Eh, betul ka bn menyeleweng?
Eh, betul ka dsai buat maksiat?
Eh, betul ka bn fitnah dsai sebab dsai sebarkan
kejahatan bn?

Ini mewujudkan persoalan. Tak selesaikan isu pun. Usah kata kes neh bahkan mana2 kes pun sama. Ia tak selesaikan masalah kalau ko asyik balas hujah dengan fitnah, balas hujah dengan auta, balas hujah dengan perkara merepek. Lepas tue puak2 ko akan marah, maki, hina, kutuk, hentam mereka2 yang tak sokong bn.

Helloooooo........ ko nak orang sokong ko tapi ko tengok cara ko meraih sokongan? Adakah ini cara yang betul? Adakah menyebarkan lucah itu betul?Adakah menfitnah dan menyerang peribadi pemimpin pr itu betul?
Lepas tue ko akan cakap alamakk.. orang2 pr pun suka serang peribadi pemimpin bn.

Ya, betul tetapi bukan macam korang. Yang suka serang peribadi ialah 1% jek dari penyokong pr. Peratusan kecik. Lebih banyak yang tak layan kalau isu2 peribadi neh. Pergi mampos la dorang kata.

Tapi ini berbeza pula dengan geng2 UMNO. Sikit2 cakap dsai peliwat. Lepas tue cakap penyokong2 pr up peliwat jadi pm. Setahu aku dsai dah dibebaskan dari tuduhan meliwat. Kalau ko tak puas hati pergi la buka balik kes. Bicara balik. Kenapa ko tak tiru pendekatan mereka2 yang pro pr? Macam2 kes mahkamah yang membabitkan pr, bila kalah kita buka kes berulang2 kali sampai kita capai misi. Kenapa ko tak tiru keazaman mereka kalau ko di pihak yang benar?

Lagi satu puak2 korang suka cakap cerca ulama2 dalam pas. Sebut dan gelar tgna dengan macam2 gelaran yang tak sepatutnya. Ko ingat itu cara yang betul dalam berpolitik? Dah, jangan ko banding dengan orang. Bila ko disoal oleh Allah swt kelak, ko takan nak jawab cacian saya kurang teruk berbanding cacian orang lain?

Saturday, August 18, 2012

Ucapan Selamat Hari Raya dari admin KedahLanie



dari Admin fb aka Jijie, Adie & CNN
dan Admin Web aka Tokan & Siput

dengan ucapan Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Utk Makluman laman web bercuti 2 hari
manakala fb terpulang pada admin fb nak update atau tidak jika mereka rajin Insya'allah mereka akan update...

SELAMAT HARI RAYA SEMUA....


Tuesday, January 17, 2012

Memorandum Untuk KFA : Pecat Pengurus & cari pemain Import baru.

UNTUK TATAPAN PIHAK PENGURUSAN KFA.. KAMI DARI KEDAHLANIE WAKIL DARIPADA PENYOKONG DI FAN PAGE KAMI INGIN MENYAMPAIKAN KATA YANG TERBUKU DIHATI BERKENAAN PASUKAN HIJAU KUNING KITA SELEPAS 3 PERLAWANAN LIGA MALAYSIA. HASIL DARIPADA PUNGUTAN SUARA DISINI SEHINGGA JAM 12.30TGHARI HARI INI KAMI MEMPEROLEHI 120 TANDA LIKE UNTUK MEMECAT PENGURUS BOLASEPAK KEDAH ATAS KAPASITI GAGAL MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN OLEH PENGURUSAN KFA.. ANTARA KEGAGALAN BELIAU IALAH :

1- MENDAPATKAN PEMAIN IMPORT YANG BERKUALITY SEPERTI MANA KOMEN DARI PEMANGKU JURULATIH SDR NIZAM ADHA MALAM TADI.

2- MEMBERIKAN KOMEN YANG MEMALUKAN RAKYAT NEGERI KEDAH DI MASA PERLAWANAN MENENTANG PKNS DIMANA ORANG TANYA PERMAINAN PEMAIN KEDAH ADA KA PATUT DIA JAWAB PADANG TAK ELOK... HAKIKATNYA PLAYER BERMAIN TAK MENDAPAT SENTUHAN YANG SEBENARNYA.

3- MERUPAKAN SEORANG PENGURUS YANG TAK ADA SENTUHAN PENGURUS...

OLEH ITU DIHARAP PIHAK KEPIMPINAN KFA MENGAMBIL SATU TINDAKAN SEGERA BERKENAAN PERKARA INI KERANA BOLASEPAK MERUPAKAN SALAH SATU NADI RAKYAT KEDAH... DAN IA MERUPAKAN PERSEPSI TERDEKAT DENGAN RAKYAT UNTUK MENYALAHKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT... IANYA BERTETAPAN DENGAN KATA S/USAHA KFA DIMANA MENJAGA PASUKAN BOLASEPAK KEDAH LAGI MENCABAR DARI MENJAGA SEBUAH NEGERI... JADI KENA BERINGATLAH WAHAI PENGURUSAN KFA..LAKUKAN YANG TERBAIK DAN YANG MANA PEMINAT RASA PUAS HATI...

JIKA KALAH BERMARUAH RAKYAT & PEMINAT BOLEH TERIMA NAMUN JIKA KALAH TANPA LAWAN DENGAN CORAK PERMAINAN YANG MELEMAHKAN MAKA BERINGATLAH SEBELUM LAGI PARAH....

Sukan@KedahLanie

KedahLanie
Apa kata anda kepada manusia dalam gambaq ini...Adakah beliau layak dipecat.....jika layak LIKE cepat...????
· · · 12 hours ago

  • 120 people like this.
    • Zul Fadzly MB TOLONG TENGOK SAMA MANUSIA YANG AKAN MERUGIKAN KERAJAAN PR. CAKAP TAK BERLAPIK. CEGAH SEBELUM PARAH.
      12 hours ago · · 1
    • Lagenda Budu sape ni?
      12 hours ago ·
    • Mohd Marwan Haris Fazilah Nak Pecat pun dh mula liga .. Patut sblm bermula musim .. Pngurus yg main peranan awai :::
      12 hours ago ·
    • Orkid Jingga apa yg dia ckp..
      12 hours ago ·
    • Zul Fadzly ADMIN, TOLONG BUAT MOMARANDOM HANTAQ KAT MB SURUH PECAT MAMAT NIE. MAKIN LAMA, MAKIN PELIK DIA PUNYA STATEMENT.
      12 hours ago · · 1
    • Imddin Ahmad Pecat Khazali Din!!
      12 hours ago ·
    • Zul Fadzly SEBELUM PENYOKONG KEDAH BUAT DEMONSTRASI DEPAN STADIUM DARULAMAN.
      12 hours ago · · 1
    • Badrul Hisham Mohd Ridhwan mlm ni dia kata permukaan padang tak elok, next game dia kata plak wisel yg ref tiup bunyi pelan!
      12 hours ago · · 5
    • Mohamad Asyraaf dah ada hat meroyan nak tukaq kerajaan semata-mata kes bola...hadoi...rasanya ust azizan kena tukaq dan tiru cara tok guru nik aziz...
      12 hours ago · · 1
    • Taufik Naaim ni abg misai khazali din la
      takkan tak kena
      bila lagi nak pecat dia
      11 hours ago ·
    • Deq Wan bola sepak midium menarik golongan muda jadi pendapat aku akan ada org politikkan isu pasukan kedah ngan kerajaan sekarang
      11 hours ago · · 1
    • Joe Jambul tok guru nik aziz pun x leh handle bola sepak kelantan.. berpuluh2 zaman.. sejak kebangkitan tan sri anuar jer baru kelantan naik.. so pikir2 la..
      11 hours ago · · 1
    • MThorik MNoor Jangan pakai ayat PECAT..!!kasaq sangat,kita guna ayat TUKAQ dah la....Aku sokong sebab kalau dengaq dia komen tadi,ada ka patut sebab padang jadi punca kedah tak boleh dapat gol,main tak elok..kalau 1st game takpa jugak,ni dah 3 game,nampak sangat kedah ketandusan STRICKER dan LEMAH dibahagian PERTAHANAN..ini cuma pandangan aku..!!!
      11 hours ago · · 2
    • Cairol Azmiey kopratkan ja kfa, lantik pengurusan yg x dak kaitan polik tp mereka2 yang profesional dalam sukan bola baru bola kedah boleh diperkasa
      11 hours ago · · 3
    • Apa NaMa pecat je..............
      11 hours ago ·
    • Rohizan Ramli pilih pemain import mcm sial...
      11 hours ago ·
    • Fadzil Manaf kena jaga hati org muda...hrap pngurusan dpt bt sesuatu la
      10 hours ago · · 2
    • Mohd Zikri PECAT CEPAT..
      9 hours ago ·
    • Shaiful Hazry Shaifuddin xkan nak kena wat demo lagi dpn stadium mcm tahun lepas...lu pikiaq la sendiri...
      9 hours ago · · 1
    • Cheq Amm ‎'dia' ni memang xleh pakai...pecat je..
      6 hours ago ·
    • Mohd Nabil Nazaku betoi..pecat ja...
      4 hours ago ·
    • Ku Naim Ku Mohamad x jadik pasai langsung...
      3 hours ago ·
    • Chem Champ isu ni dari musim lps lg.... pecat ja
      3 hours ago ·
    • Mustaqeem Abdullah malu bila tengok dia bagi alasan padang xelok punca main teruk..
      3 hours ago ·
    • Faizal Jai perogol bersiri
      2 hours ago ·

Monday, November 14, 2011

TAHNIAH kepada KERAJAAN NEGERI KEDAH atas Siaran Langsung Sidang DUN untuk kali ini...

Assalamualaikum..

Hari ini setelah hampir 4thn Kedah diperintah oleh Pakatan Rakyat maka dengan beraninya telah ada siaran langsung dari sidang dun... walaupun kita dilihat terlambat dari selngor dan penang serta kelantan namun satu kepujian patut diberi kepada urusetia penerangan negeri kerana berjaya mensiaran langsungkan sidang dun...

Jadi kami ucapkan TAHNIAH sekali lagi dan lepas nie nak mintak lagi satu iaitu koleksi ucapan2 MB KEDAH sewaktu dia dok berucap merasmikan program negeri...ulang program negeri..bukan ceramah politik..ok...

TAHNIAH untuk semua......

nak tengok boleh pie kat www.AmanTV.net @ www.TVKedah.co.cc


Wednesday, August 3, 2011

Blogger UMNO dok jaja Cerita Skandal dalam Seluaq Laa pulak..

Sehari dua nie ada sahabat kami blogger si AloqStaq dok post mai kat komen dok nak jaja satu cerita skandal exco yg mai merewang entah dimana pon tak tau... Kami sebenaqnya malas nak layan cerita2 bab dalam kain yg mai tak tahu punca mana nie...

JIKA cerita yg bawak mai tu adalah cerita yg sama macam VIDEO SEX ka LIWAT ka NAJIB cinta ALTANTUYA ka boleh la jugak nak siarkannya sebab banyak persoalan yg boleh dihuraikan... macam VIDEO SEX..dia tu tuduh siap dengan bukti2 lagi namun pihak sebelah lagi nafi... macam bab LIWAT sampai masuk mahkamah lagi... dan ALTANTUYA... sampai kena letup lagi dek mamat pakai topeng dalam mahkamah tuuu lagi...ini baru boleh bawak cerita...dan buat ceritanya...

nie bawak mai cerita "AKU DENGAQ" , "DIA TU HABAQ", malas nak layan dalam bulan2 posa nie... boh satu nama pompuan lepas tu hingaq bagai nak rak.... kalau hangpa ada gambaq minah tu dgn mamat tu atau pun video pengakuan ka video dok kongkek kaa baru laa syok sikit nak siarkannya.....

dah la aloqstaq oi...hat dok dlm umno tu berkenjah lagi kaki kongkeknya lantak mereka laa... bab kongkek nie kalau lu ada bukti dan penjelasan kukuh bawak mai sini hangpa tak yah susah2 nak pikiaqnya nak suruh kami siarkan.... kalau main baling batu sembunyi tangan...kami mintak ingat2lah sama bulan puasa nie.....

dan jika lu berbahagia dengan cerita "kongkek" tu lu tanggunglah sendiri dalam blog luuu dan pada sahabat yg nak baca taraf cerita "kongkek" tu pie la layan dalam blog2 blogger UMNO hangpa cari sendiri laa malas kami nak ambik syeir dalam bulan2 posa nie....

OK blah..selamat berpuasa......

ADMIN

Sunday, July 31, 2011

Opss WARUNG HANTU bulan RAMADHAN..



Assalamualaikum,
Pada tahun ini kami mendapat satu idea dari sahabat KedahLanie berkenaan pendedahan WARUNG-WARUNG ataupun GERAI MAKAN yang mana mereka berniaga awal dari waktu yang dibenarkan oleh KERAJAAN NEGERI... dengan itu marilah kita membantu pihak berkuatkuasa menjalankan keajipan kita.... sila ambik GAMBAR lokasi serta berikan sedikit penerangan berkenaan gambar tersebut.

Insya'allah mudah-mudahan dengan PENDEDAHAN ini akan memberi kesedaran kepada pihak-pihak yang terlibat..!!??

Tuesday, June 21, 2011

Bancian 'Star' - 99% sokong himpunan BERSIH..Bagaimana pula dengan bancian KedahLanie??

BILA THE STAR buat Undian maka kami pun buatkan satu undian untuk mengetahui adakah pengunjung KedahLanie setuju dengan PERHIMPUNAN BERSIH ini..jadi marilah kita lihat bagaimana sambutannya....


Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online. Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi. NONE

Menurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.

Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari. Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden.

Wednesday, May 4, 2011

AMARAN UNTUK PENGGUNA FACEBOOK...

Kami di KEDAHLANIE dah lama dah nak cakap macam nie.. apadia.. LUNCAI.!!

PR PERLEKEH..KUASA BLOGGER

PRU 13: Media

Oleh: MSK

Dari dulu sampai sekarang, pemimpin Pakatan masih lagi buat bising tentang Utusan dan TV3.
Utusan pembohong. Utusan putarbelit. Utusan berat sebelah. blah..blah…blah.
TV3 penipu. TV3 tak bagi ruang kepada Pakatan. TV3 tak ada etika. blah…blah…blah.

Sapa yang percaya Utusan akan bersikap adil kepada Pakatan adalah bodoh.
Sapa yang percaya TV3 akan bersikap adil kepada Pakatan adalah bangang.
Sama juga sapa yang berharap Harakah akan kata Umno bagus adalah bodoh.
Sama juga sapa yang berharap Keadilandaily menulis yang baik tentang BN adalah bangang.

Utusan, TV3, Harakah dan Keadilandaily adalah akhbar parti. Sudah semestinya depa tulis yang baik tentang parti depa, dan yang buruk tentang musuh depa.

Utusan dan TV3 dok kutuk kita sudah sekian lama. Depa dok menipu tentang kita sudah lama. Tapi pasai apa tahun 2008 kita boleh menang 5 negeri? Pasai apa di Parlimen kita boleh dapat 81 kerusi sehingga menafikan 2/3?

Orang Pakatan sudah lupa pasai blog dan blogger. Maklumlah sekarang sudah pandai berfesbuk dan twitter.

Dalam PRU 13 akan datang, ada dua kelompok pengundi yang menjadi majoriti. Gen X dan Gen Y. Gen Boomers mungkin ada nama saja dalam daftar pemilih. Yang akan datang kepusat pengundian pun, mungkin kena naik kerusi roda.

Gen Boomers adalah generasi kertas. Gen inilah yang masih dok baca Utusan dan tengok TV3 untuk mendapat berita. Kalau dapat masukSinar Harian, heboh keliling kampung. Tak kira orang BN atau orang Pakatan, tak ramai Gen Boomers yang baca berita melalui internet. Gen X dan Y tengok TV3 untuk hiburan. Masa Buletin Utama depa tukar channel.

Gen Boomers jugak yang dok heboh jangan baca Utusan atau tengok TV3. Geng Boomers jugak yang kata jangan percaya Utusan dan TV3. Tapi bila TV3 dan Utusan tulis pasai Raja Petra, geng ni jugak la yang percaya. Tak percaya? Pi tanya Chua Jui Meng.

Yang menyebabkan Pakatan menang besar dalam PRU 2008 adalah dari Gen X dan sedikit dari Gen Y. Gen X adalah Gen blog dan website. Manakala Gen Y adalah Gen Facebook dan Twitter. Gen X adalah Gen laptop, manakala Gen Y adalah Gen-mobile.

Pencapaian terbaik Pakatan pada tahun 2008 adalah disebabkan oleh laman-laman web dan blog. Web dan blog berjaya menangkis serangan Utusan dan TV3. Tapi aku tau, ada orang akan kata…”Eleh…Matsamankati syok sendiri.”

Sebaik saja PRU 2008, blog-blog tumbuh seperti cendawan. Prestasi Pakatan semakin meningkat. Dalam setiap PRK, Pakatan menang. Dalam krisis Perak, blog memainkan peranan utama menyampaikan maklumat kepada rakyat. Dan blog-blog pro-Pakatan dikunjungi oleh majoriti pembaca internet. Manakala blog-blog pro-Umno tak ada sapa yang nak baca. Kalau nak baca pun, mungkin depa baca blog Parpukari.

Pada November 2009, aku buat perbandingan diantara blog pro-Pakatan dengan blog pro-BN.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEils1F9srvI5ilkJ8vvwbULxvMN6B7IeRyMVXcbIpSKxWr8eq1hWc5Z8H1s-p0_rLxNx-uDhr_6vT81fC0W0NspwHqVAlw-plZhOGGm4B6lp60qgaFYWjnvrhPpIvVj2kMCfpFh55I9DAc/s1600/alexa-20112009.png
Ranking Alexa 20 November 2009

Blog-blog pro-Pr bewarna biru dan blog pro-BN bewarna oren. Dalam Top10… PR menang 9-1. Dalam Top20… PR menang 16-4. Dalam Top50…PR menang 37-13.

Berapa ramai diantara blogger-blogger Pro Pakatan yang dibayar? Berapa banyak duit Pakatan habis untuk menaja blogger-blogger ini? Setakat blogger-blogger yang aku kenai, semua sengkek. Tu pasai ramai yang tak tahan dan berundur atau perlahan.

Dari mula Pakatan menang aku cuba menyatukan blogger-blogger pro-Pakatan untuk memastikan sekurang-kurangnya depa boleh bayar duit broadband pun jadi la. bukan senang nak jadi blogger. Takat blogger copy-paste boleh la. Tapi kalau nak berjalan cari maklumat, buat research…banyak modai. Sapa nak bagi? Sampai la….habuk pun tarak.

Aku pernah bagi tau kat seorang EXCO Perak yang bertanggungjawab tentang Penerangan untuk mengoptimumkan penggunaan internet kepada rakyat. Malah Pengarah Penerangan pun orang PKR. Apa jawapan mereka? “How many people read internet?”

Kalau depa tanya lagi macam tu, suruh depa pi blog Tukar Tiub. Dan suruh depa kira jumlah pengunjung yang mengunjungi blog Tukar Tiub. Aku ambik blog Tukar Tiub sebab dia maintain sejak dari dulu.14,348,309 pengunjung bahagi dengan 32 bulan. Sama juga dengan 448,384 pengunjung sebulan. Bayangkan…berapa ramai manusia yang tengok video porno dalam blog-blog Umno yang menduduki Top10? Tok Imam dan Tok Siak pun tengok!!!

Nak kata kerajaan Pakatan Rakyat tak dak duit pun tak boleh. Berapa juta dihabiskan untuk TV Antara, yang kemudian bertukar jadi Tv selangor, sekarang jadi TVSNews pulak? Gaji CEO saja dah dekat 20ribu sebulan…tapi apa pencapaiannya?

Bukan aku nak berlagak la. Tapi kalau bajet puluh ribu sebulan untuk nak maintain TVSNews…dan dengan ranking Alexa 832, bagi kat Anak Sungai Derhaka buat lagi bagus. Dengan gaji CEO TVSNews tu, aku rasa blogger-blogger boleh buat 10kali ganda lebih baik.
Berapa banyak bajet yang diperuntukkan untuk Selangorkini.com? Bukan aku nak riak. Tapi dengan hasil menebas rumput tepi highway, aku buat Malaysiatimes, dalam sebulan dah boleh potong ranking Selangorkini.com yang bajet depa saja ratus ribu setahun.

Ini masalah Pakatan terutama PKR yang sibuk menyalak tentang Utusan. Tak ada orang nak baca Selangorkini.com…manakala versi cetak pulak berlonggok kat Pusat Khidmat. Kat Kedah aku tak tau apa. Harap baca Kedah Lanie saja. Kat Penang nasib baik ada Din Binjai dan Zul Mamak. Tu pun dok harap FB. Blog depa pun makin lama makin gersang.

Bila kita bagi tau, macam-macam alasan. Yang tu tak boleh, yang ni tak boleh.

Pirrrah!! Iban kat Sarawak pun boleh buat Radio Free Sarawak, tapi empat negeri Pakatan nak buat suratkhabar pun tak boleh.

Dalam PRU 13 akan datang, nak harap sapa? Nak harap Utusan dan TV3 buat laporan seimbang? Mampuih pi la kat hangpa.

Dalam PRU 13 akan datang, blog masih memainkan peranan. Tetapi oleh kerana Pakatan buat tak tau kat blogger..blogger nak buat apa? Anak bini kena tanggung jugak. Dan apa akibatnya?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgiZSBXreiPKTFYCmM79On97EzlHaHStw7Qp-QwY8jyMQy_KESZmBURnPOq7gp-DpHmfhq1u9mnavEMfHDPeZdeDHjpByz2fYte4gUXpOOwanj96qFGYQYu2qwf2CXWsvwzE0QE0Lso24/s1600/Alexa-03052011.png

Blog-blog pro-BN sudah mengambil alih ruang siber. Kalau dulu Top10, PR menang 9-1, sekarang sudah tewas 3-7. Dalam top 20, dulu menang 16-4, sekarang sudah tewas 8-12. Dalam Top50, dulu menang 37-13, sekarang sudah tewas 22-28.

Kalau dulu blog-blog pro-Pakatan Rakyat menguasai hampir 80% pelayar-pelayar blog-blog politik, sekarang sudah tinggal hanya 35%.

Tapi jangan risau. Blog Matsamankati hanya tau mengkritik. Bukan tau macam mana nak bagi teguran membina.

Dan jangan risau. Bila kalah nanti sudah ada alasan yang disediakan.
Pakatan tewas kerana maklumat tak sampai kepada pengundi.
Pakatan tewas kerana Utusan berbohong. Pakatan tewas kerana konspirasi TV3.

Kepala bapak hangpa.

Admin KedahLanie - depanie tau ka sapa dia minah ALEXA tuuu...???

Wednesday, April 27, 2011

facebook MB KEDAH ...!!!


Alhamdulillah... hari ini team kami terjumpa satu facebook atas nama MB KEDAH..Azizan Abdul Razak.... jika ini dari MB KEDAH yang sebenarnya alhamdulillah...setelah 3 tahun kami menekankan supaya MB KEDAH mempunya satu facebook untuk medium menyampaikan maklumat dan pergerakan beliau sepertimana TOK GURU NIK AZIZ, ANWAR IBRAHIM serta beberapa pimpinan besar yang lain.

Cuma satu sahaja kami ingin beri peneguran iaitu jika boleh facebook MB KEDAH nie di buat dalam bentuk FAN PAGE kerana jika guna facebook biasa nie ianya sekadar mampu mengisi 5000 orang friend sahaja... Jika guna FAN PAGE yang kita klik "LIKE" tuuu insya'allah ianya akan mampu mencecah Sejuta seperti FAN PAGE LISA SURANI .

Apa-apa pon tahniah sekali lagi... dan jadikanlah wadah facebook ini sebagai tempat hendak menyiarkan berita-berita santai MB KEDAH kita seperi lanie MB buat apa... Satgie MB nak pie mana... Esok MB nak Ziarah siapa....kira macam-macam kita boleh gunakan semua tu.. di samping dengan gambar-gambar santai MB bersama pimpinan dan RAKYAT... ini semua penting kerana nanti boleh juga di jadikan bukti sperti mana video sex yang kedua tu dimana rakyat sendiri boleh menilai dengan pergerakan dan gambar-gambar yang ada di internate nie...

Jadi teruskan menceria Rakyat Kedah dan berita-berita fresh MB KEDAH untuk tatapan semua.... cuma satu saja... jangan-jangan hangat taik ayam sudah laa....

ini link facebook beliau.. Azizan Abdul Razak

Thursday, April 14, 2011

Awas.. Blog Kedahlanie di klasifikasikan sebagai blog 'pornography'

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgA4ao2ACP-2Efn7QYKAeQ95z98Wb0JERJgQ61UVH2QI1p0b4bTfeDruoZ9sxMLm_mhtKT_I64UqlVcU-ikCpAEb40yeEHgY4KWN3rzk5nuuApNWWyiUaAeJJU1SfJvxfY58YFiZ6hbriAh/s1600/2011-04-14_143426.jpg

Admin - Aduhai..nak sekat pon tak kesah tapi yang lawaknya tu..ada kaa patut blog kedahlanie diklasifikasikan sebagai blog "PORNOGRAPHY".... relaxx laa Video blue pon orang boleh Simpan, Tengok & Tayang selamba jeee......

Sunday, January 16, 2011

TAHNIAH Blogger PR Kedah yang berjumpa beberapa hari lepas.

Pertemuan blogger Kedah

Pada hari Khamis yang lalu, 13 Januari 2011 satu perjumpaan telah diadakan dengan para blogger penyokong Pakatan Rakyat dari negeri Kedah di Alor Setar.

Beberapa ADUN yang terlibat dalam bidang penerangan dan ICT turut hadir mewakili parti.

Perjumpaan diadakan dalam penuh semangat ukhuwah.

Semoga dengan pertemuan ini beberapa strategi akan dirangka dan dapat dilaksanakan secara bersepadu.

Admin - TAHNIAH kepada yg hadir... w/pun ianya perjumpaan tertutup dan blogger yang hadir adalah yang mendapat jemputan namun kami berharap ada sesuatu yang dapat dihasilkan dari perjumpaan tersebut. Kami memohon maaf sebab tidak dapat turut serta memandangkan pada waktu tersebut kami team KedahLanie terpaksa berhempas pulas untuk menghidupkan kembali website KedahLanie. TAHNIAH sekali lagi dari kami....