Showing posts with label Warung Hantu. Show all posts
Showing posts with label Warung Hantu. Show all posts

Saturday, May 12, 2012

Tu dia PAKATAN RAKYAT dah reka system canggih untuk mengesan pengundi hantu..!!

Keadilan hari ini memperkenalkan Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP) bagi membantu mengesan pengundi-pengundi hantu yang terdapat di dalam senarai pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/05/Still0510_00004.jpg

Presiden Keadilan, Azmin Ali memaklumkan SISMEP mampu mengesan perbezaan senarai pengundi yang berdaftar serta kawasan mengundi sejak 2004 hingga 2011.

“SISMEP ini akan memudahkan petugas-petugas Pakatan Rakyat untuk mengesan kehadiran pengundi-pengundi hantu di kawasan mengundi,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Pusat Media Keadilan Selangor di sini.

Menurutnya, petugas parti hanya perlu memasukkan no kad pengenalan pengundi untuk mengesan samada pengundi tersebut benar-benar menjadi pengundi bagi kawasan tersebut.

Dengan adanya sistem ini, petugas pilihanraya boleh menghalang kehadiran pengundi-pengundi hantu yang dihantar bertujuan untuk memenangi undi sesebuah kawasan itu seperti yang berlaku sebelum ini.

Azmin juga memberitahu pihaknya tidak keberatan untuk berkongsi penggunaan SISMEP ini bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sebagai permulaan, SISMEP ini akan dilancarkan di Perak bagi menguji keberkesanannya.

Sebelum itu, dalam ucapan perasmiannya Azmin menegaskan media seharusnya bebas daripada kongkongan parti pemerintah dan meminggirkan kepentingan rakyat.

“Media sepatutnya pro-rakyat dan bukannya pro-perasuah dan pro-perompak yang mengaut keuntungan daripada rakyat,” katanya.

Selain itu, Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, media arus perdana perlu kembali ke jalan yang betul dengan menyiarkan fakta sebenar berkenaan sesuatu isu dan bukan hanya menjadi bahan mainan Umno-BN.

“Jangan merendahkan imej kewartawanan hanya kerana ingin mendapat keuntungan dengan fitnah yang dimainkan selama bertahun-tahun dibawah kerajaan Umno-BN,” katanya.

Majlis Hi-Tea dan Ramah Mesra Pemimpin Keadilan Selangor bersama Rakan Media serta Perasmian Pusat Media Keadilan Selangor diadakan di Pejabat Keadilan Selangor di Lembah Subang, Petaling Jaya.

Majlis ini dihadiri Naib Presiden Keadilan, Datuk Mansor Othman, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin Adun Taman Medan, Haniza Talha, Adun Batu Caves, Amirudin Shari serta barisan kepimpinan Keadilan Selangor.

SUMBER:http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Monday, April 16, 2012

Siapa kata PENGUNDI HANTU tak ada.. Lihatlah ini buktinya...!!!

Mari Kenali Siapa Pengundi Hantu

Media2 milik UMNO berhempas pulas menafikan wujudnya pengundi hantu. Malahan, Timbalan Pengerusi SPR sendiri satu masa dahulu menafikan kewujudan pengundi hantu.

Di bawah adalah salah satu contoh pengundi hantu yang selama ini dinafikan kewujudannya oleh UMNO.


Di bawah adalah pengakuan dari seorang bernama Syukur sewaktu pilihanraya umum 1990 di Parlimen Maran.


Saudara Syukur juga berkata........


Untuk membaca laporan penuh, sila klik di sini

Dengan kata lain, pengundi-pengundi hantu adalah mereka yang:
a. Tidak menetap atau bermastautin di tempat mereka mengundi
b. Mereka dipindahkan ke tempat mengundi baru mereka oleh orang lain
c. Mereka sendiri tidak pernah membuat permohonan untuk bertukar alamat mengundi
d. Mereka biasanya dibawa oleh pihak ketiga ke tempat mengundi baru mereka.
e. 100% kes Pengundi Hantu adalah memihak kepada Barisan Nasional.
Salah satu contoh "perpindahan pengundi" yang berlaku di Selangor telah jatuh ke tangan Tulang Besi seperti berikut:

KLIK IMEJ

Borang di atas berada di dalam tangan seorang "agen", yakni pihak ketiga. Bukannya ia di tangan pengundi tersebut.

Contoh saudara Syukur di atas perlu diikuti. Pengundi2 hantu di atas berjaya dihalang oleh pertugas2 PAS. Dalam pilihanraya 1990 tersebut, Haji Abdul Hadi Awang memenangi kerusi parlimen Marang dengan majoriti 161 undi. Namun, jumlah pengundi hantu yang berjaya dihalang dari mengundi hari itu adalah dalam 300 ke 400 orang.

Sekiranya kita berjaya menghalang pengundi2 hantu di Selangor, nescaya kita akan menang dengan majoriti 2/3 di DUN Selangor.

Tanggungjawab menghalang pengundi hantu adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia.

Tulang Besi

Thursday, August 25, 2011

Warung Hantu : Jual nasi jam 2 petang



PENDANG – Walaupun ada arahan supaya peniaga Islam hanya memulakan perniagaan menjual makanan selepas jam 3 petang, namun ada sesetengah peniaga termasuk di bazar Ramadan yang beroperasi terlebih awal.



Situasi berkenaan menimbulkan syak orang ramai yang kerap menghubungi Sinar Harian memaklumkan perkara berkenaan.



Seorang penduduk berdekatan yang hanya mahu dikenali sebagai Hussin berkata, sebuah gerai di bazar Ramadan di Tanah Merah beroperasi lebih awal daripada masa yang ditetapkan Majlis Daerah Pendang (MDP).



“Ramai pelanggan terutamanya golongan lelaki datang membeli nasi di gerai itu menyebabkan penduduk curiga mengenai perkara itu.



“Gerai itu sepatutnya tidak beroperasi lebih awal daripada masa yang ditetapkan MDP iaitu pada jam 3 petang sepanjang Ramadan,” katanya kepada Sinar Harian.



Bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu, Sinar Harian menghubungi Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar MDP dan difahamkan bahawa pihak berkenaan belum menerima sebarang aduan mengenai perkara itu menyebabkan mereka sukar mengambil tindakan.



Dimaklumkan pihak berkenaan bahawa MDP memberi kebenaran untuk berniaga di bazar itu pada jam 3 petang namun jika ada peniaga yang berniaga lebih awal, MDP akan memberi amaran terlebih dahulu.



Bahagian itu memaklumkan akan memberi nasihat dan amaran jika mendapati peniaga terbabit tidak mengikut prosedur masa perniagaan yang ditetapkan Kerajaan Negeri.



Selain itu, pihak berkenaan memaklumkan bahawa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedai-kedai yang beroperasi sebelum masa yang ditetapkan boleh menghubungi MDP di bahagian terbabit bagi memudahkan MDP menjalankan siasatan dan tindakan segera.

Sunday, August 21, 2011

Meniaga Bagi Makan Orang Tak Posa dah 3tahun tapi tak kena tindakan lagi..mana JAIK nie...lena kaa???

Tak daya beri teguran



PADANG PUSING – “Kami sakit mata, tolong lapor Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK)” itulah kata-kata beberapa penduduk kampung Bukit Murai di sini, yang tidak mahu terus melihat sebuah keluarga di kampung terbabit meneruskan jualan nasi kepada umat Islam yang tidak berpuasa.



Difahamkan, jualan nasi di rumah itu dijalankan hampir tiga tahun, namun penduduk tidak mampu berbuat apa-apa kerana teguran yang dilakukan tidak diendahkan keluarga terbabit.



Penduduk kampung yang hanya mahu dikenali Mat terus melaporkan gejala itu kepada media



“Jualan nasi di rumah itu sudah tiga tahun dan banyak teguran dilakukan, namun tidak berkesan menyebabkan penduduk kampung bertindak melaporkan masalah ini kepada Sinar Harian dan biarlah masalah ini sampai kepada pihak Jabatan agama Islam,” katanya.



Mat berkata, keluarga terbabit menyediakan pelbagai jenis juadah dalam rumah untuk pilihan pelanggan yang datang, namun hidangan yang berlebihan akan dibawa untuk dijual di bazar Ramadan.



“Sepanjang pemantauan penduduk kira-kira jam 12 tengah hari hingga jam 2.30 petang, rumah itu akan dikunjungi pelanggan dan saya difahamkan ada yang makan dalam rumah itu dan ada yang membeli secara bungkus,” katanya.



Mat berkata, penduduk berharap masalah ini dapat diselesaikan memandangkan penduduk tidak terdaya lagi untuk menegur keluarga terbabit kerana bimbang teguran itu akan menyebabkan berlaku pergaduhan.

Thursday, August 18, 2011

Kaki ponteng puasa semakin berani



Makan secara terbuka di sebuah gerai yang menjadi lubuk ponteng puasa di sekitar kawasan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

KETIKA umat Islam berlumba-lumba melakukan ibadah sepanjang bulan Ramadan, lain pula halnya dengan golongan kaki ponteng puasa yang tidak segan-silu melakukan dosa.

Keberanian si kaki ponteng puasa semakin terserlah, seolah-olah tidak gentar langsung dengan hukuman denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara berdasarkan Seksyen 15, Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan jika disabitkan bersalah.

Malah, semakin ramai di kalangan mereka tergamak ‘berbuka awal’ dan menikmati hidangan tengah hari yang lazat di khalayak umum.

Hinggakan ada di antara mereka memilih untuk berbuka secara ‘terang-terangan’ di ruang-ruang makan utama gerai mahupun restoran-restoran.

Yang menimbulkan tanda tanya ialah operasi penguatkuasaan seolah-olah gagal berperanan untuk membendung gejala yang memalukan umat Islam tersebut.

Ikuti pendedahan oleh wartawan Unit Khas Utusan Malaysia ROSALINDA MD. SAID dan NORAZRIN MARZUKI serta jurugambar, ZAINI HUSIN, RIDUAN RIZAL dan SAFIYANA SALIM mengenai trend terbaru kaki ponteng puasa melepaskan lapar dan dahaga di gerai-gerai dan restoran sekitar ibu negara.

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Tanpa sekelumit rasa berdosa atau malu, golongan kaki ponteng puasa kini semakin berani ‘berbuka awal’ dan menikmati hidangan tengah hari di depan khalayak umum.

Mereka tidak lagi melakukan perbuatan terkutuk itu secara ‘sorok-sorok’, sebaliknya, memilih untuk ‘berbuka’ secara ‘terang-terangan’ di ruang-ruang makan utama gerai-gerai atau restoran.

Hal ini jauh berbeza dengan siasatan yang pernah dijalankan Unit Khas Utusan Malaysia pada tahun lepas apabila taktik penyediaan ‘tempat makan khas’ di bahagian belakang atau dapur, telah tidak lagi menjadi kegemaran si kaki ponteng puasa.

Demi nafsu, golongan kaki ponteng puasa seolah-olah tidak lagi kisah dan merelakan wajah serta aksi ‘makan’ mereka ditonton orang ramai.

Malah, ada yang sanggup duduk dan makan secara terbuka walaupun hakikatnya ruang disediakan tersebut dipenuhi oleh orang bukan Islam yang sedang makan tengah hari.

Strategi mereka yang makan, sama ada secara berseorangan ataupun berdua bagi mempercepatkan urusan ‘berbuka’, mungkin sukar dikesan oleh pihak penguat kuasa.

Trend terbaru ini adalah hasil tinjauan oleh Unit Khas Utusan Malaysia di beberapa gerai dan restoran makanan di sekitar ibu kota sepanjang minggu pertama umat Islam berpuasa.

Apa yang menarik, golongan ini gemar memilih lokasi gerai atau restoran yang terletak betul-betul di tepi atau bahu jalan.

Pilihan itu mungkin untuk memudahkan mereka memerhati atau melihat sesiapa sahaja yang lalu-lalang, khususnya anggota penguat kuasa.

Bagaimanapun, sikap makan secara terbuka tersebut dilihat sering dilakukan oleh golongan lelaki muda manakala mereka yang telah berusia pula memilih membeli makanan secara bungkus.

Bagi yang membeli secara bungkus, tiada lagi istilah malu untuk menutup muka dengan topi keledar ataupun berkaca mata hitam.

Apa dikesalkan ialah sepanjang siasatan dilakukan, tiada sebarang operasi penguatkuasaan dijalankan oleh pihak berkuasa.

Malah sumber dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika dihubungi turut mengesahkan mereka hanya melakukan pemantauan biasa dalam tempoh tersebut.

Gambar-gambar yang disiarkan ini adalah hasil tinjauan di gerai-gerai serta restoran mamak yang beroperasi seperti biasa di sekitar ibu negara.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_01.htm

Monday, August 15, 2011

GURUN – Kaki ponteng puasa dicekup

Kaki ponteng puasa dicekup



GURUN – Sekumpulan kaki ponteng puasa sanggup melarikan diri menggunakan laluan khas yang telah ditebuk untuk masuk ke kawasan larangan tangki air sebelum memanjat pagar setinggi tiga meter bagi mengelak daripada dicekup penguat kuasa.



Namun, sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, apabila empat daripada mereka termasuk seorang daripadanya yang bersembunyi dalam tandas berjaya ditahan.



Pegawai Penguat kuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, satu lokasi terletak dalam sebuah kawasan semak berhampiran tangki air dekat sebuah kawasan perusahaan yang dijadikan lokasi rahsia kaki ponteng puasa akhirnya dikesan.



Menurutnya, operasi bersepadu bersama pegawai dan kakitangan dari Pejabat Agama Islam Kuala Muda, sepasukan penguat kuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah dan anggota Cawangan Penyiasatan Khas Tentera Kem Lapangan Terbang Sungai Petani melibatkan 27 anggota menjalankan operasi berkenaan sekitar Kuala Muda.



“Ketika serbuan dilakukan pada jam 12.52 tengah hari, didapati mereka yang terlibat berusia antara 19 dan 50 sedang menikmati hidangan tengah hari berdasarkan bekas berisi makanan dan minuman ditemui di kawasan terbabit.



“Didapati sekumpulan lelaki sedang asyik menikmati makanan di sebuah ‘gerai kecil’ dalam kawasan semak yang sedikit tersembunyi bertujuan mengaburi penguat kuasa,” katanya.



Beliau berkata, apabila diserbu, kesemua mereka melarikan diri melalui pagar yang telah ditebuk untuk menyeberangi kawasan tangki air sebelum memanjat semula pagar di bahagian hujung untuk melarikan diri ke kawasan rumah penduduk dan seterusnya memasuki kawasan ladang berdekatan.



“Bagaimanapun tindakan pantas penguat kuasa berjaya menahan empat daripadanya termasuk seorang lelaki yang bersembunyi dalam tandas rumah penduduk berhampiran.



“Seorang daripada mereka turut dikesan mengalami luka di tapak tangan kiri akibat terkena dawai pagar ketika cubaan melarikan diri dilakukan,” katanya.



Beliau berkata, kesemua mereka diberi surat amaran selain diminta hadir ke Pejabat Agama Daerah Kuala Muda untuk tindakan selanjutnya.



http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9431282.asp


Tuesday, August 9, 2011

Warung Hantu : Bersebelahan Kilang Ais Alor Setar







Lokasi : Jalan Dato Mohammad Samad, Alor Setar

(bersebelahan kilang ais)



Laporan : dibuka pada tengahari(1ptg dh beroperasi) dan menerima pembeli dr org Islam, kedai ni klau bukan bulan Ramadhan nampak mcm nak bankrap dh mai bulan ni cergas semula



Wednesday, August 3, 2011

Opss Warung Hantu : Kedai Mamak Tepi Caltex SP..!!

JOM pakat boikot kedai mamak UMNO nie....

oleh : Lan Tmn Ria

Gambar kat atas ni kedai mamak Makbul sebelah stesyen minyak Caltex@IPK Polis Kuala Muda @lagenda heights...pukui 8.00 pagi dah bukak dah kedai mamak ni sbb nak supply ration@bungkuih dlm plastik hitam utk setan2 yg xposa...Awat Pejabat Agama Kuala Muda x nampak ke sebab tahun sudah pun mcm ni jugak...xdak tindakan diambik..takkan nak tunggu masuk suratkhabaq baru nak ambik tindakan kot..??MPSPK buat pa??Ahli Majlis buat pa????kalu boikot pun xkan biaq maksiat terangan lagu tu...


Ni pulak gambaq tokey dia...nama sedap Makbul Ilahi...tapi perangai mcm Makbul Syaitani...sbb la ni dia jadi pembekal utama kat anak2 setan xposa ration lepaih semua geng sekapai dia mcm Nasmir,Pelita,Subaidah dll restoran mamak pakat bukak start pukoi 3 petang sebagai mematuhi arahan Kerajaan Negeri...

Nak tau sapa mamak UMNO ni...dia ni pon spesis Ghani Jiman yg dok kat Penang dok tembak Lim Guan Eng tu...tembak kuat...habuk pun tada..banyak buat statement dlm surat khabaq kondem Kjaan Negeri...klik sini,sini

Sunday, July 31, 2011

Opss WARUNG HANTU bulan RAMADHAN..



Assalamualaikum,
Pada tahun ini kami mendapat satu idea dari sahabat KedahLanie berkenaan pendedahan WARUNG-WARUNG ataupun GERAI MAKAN yang mana mereka berniaga awal dari waktu yang dibenarkan oleh KERAJAAN NEGERI... dengan itu marilah kita membantu pihak berkuatkuasa menjalankan keajipan kita.... sila ambik GAMBAR lokasi serta berikan sedikit penerangan berkenaan gambar tersebut.

Insya'allah mudah-mudahan dengan PENDEDAHAN ini akan memberi kesedaran kepada pihak-pihak yang terlibat..!!??