Showing posts with label Drs. Khalil Idham Lim. Show all posts
Showing posts with label Drs. Khalil Idham Lim. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

Hormat menghormati telah lenyap dari Umno BN

Khalil Idham Lim

Saya ingin menjelaskan bahawa Umno BN telah berbohong buat kesekian kalinya apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan antara isi perkara pokok mesyuarat dewan tertinggi BN petang Jumaat lalu adalah membincangkan tentang betapa perlunya parti gabungan itu kembali kepada prinsip asal aitu semangat hormat menghormati antara sama lain.

Najib patut sedar bahawa selama ini pun prinsip tersebut sebenarnya telah lenyap berdasarkan rekod amalan pentadbiran BN yang secara jelas mencabuli prinsip itu secara total.

Sebagai contoh, hak Kelantan itu sendiri dalam isu tuntutan royalti petrolium yang sememangnya menjadi hak mutlak rakyat negeri Kelantan seperti mana perjanjian asal, di mana jaminan itu sendiri datangnya daripada Tun Razak Hussein yang merupakan mantan perdana menteri juga bapa kepada PM Najib.

Dalam isu ini bukan sahaja beliau selaku pemimpin tertinggi negara yang juga anak kepada Tun Razak tidak menghormati hak rakyat negeri Kelantan, malah beliau juga tidak menghormati amanat ayahnya sendiri .

Lalu bagaimana dan di manakah rasionalnya tindakan serta ungkapanNajib dalam isu menjaga kepentingan hormat menghormati antara satu dengan lain adalah prinsip dasar BN, tindakan sebegini tidak masuk akal dan tidak rasional.

Hormat sesama komponen BN sahaja bukanlah tafsiran tepat untuk menterjemahkan bahawa BN komited dengan prinsip tersebut.

Parti tua yang kolot seperti BN ini saban hari jelas menzahirkan bahawa mereka tidak akan berubah dan ingin terus berkuasa dalam masa sama bakal menyusahkan warga Malaysia jika rakyat tidak lakukan perubahan melalui undi khususnya.

Jalan paling selamat setakat ini ialah selamatkan Malaysia dari dikuasai BN melalui pemberian undi kepada PAS PKR dan DAP pada PRU13 tidak lama lagi.

Sikap hipokrit BN mestilah dihentikan dengan segera demi menyelamatkan Malaysia dari mereka.
Penulis adalah ketua penerangan PAS Perak dan ADUN Parit Buntar

Monday, July 11, 2011

Berapa laa duit di perabihkan untuk halang Bersih 2.0??

Berapa kos kerajaan halang himpunan Bersih 2.0

PARIT BUNTAR, 12 Julai: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) mempersoalkan kewajaran polis mendedahkan kononnya kerajaan memperuntukkan RM25 setiap hidangan kepada penyokong Bersih 2.0 yang ditahan dalam perhimpunan aman di ibu negara, Sabtu lepas.

Beliau berkata, dikatakan sebanyak RM42,425 diperuntukkan untuk juadah bufet yang disediakan bagi menampung 1,697 individu ditahan.

Katanya, kenyataan tersebut dikatakan untuk menafikan dakwaan bahawa tahanan dilayan tanpa belas kasihan.

Dalam kenyataan itu juga Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, bukan hanya makanan umpama kenduri kahwin, polis turut menyediakan tempat solat untuk tahanan beragama Islam di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak.

Dalam kenyataan itu dikatakan ruang solat, bilik rawatan perubatan juga disediakan bagi memberi keselesaan kepada peserta.

Tempat tahanan itu melibat Pulapol, balai polis di Jinjang dan Cheras.

“Bagi saya tujuan kenyataan yang dikeluarkan di atas adalah untuk menunjukkan baiknya pihak kerajaan melayan orang kena tahan (OKT) sedangkan realiti yang dapat disaksikan dengan ratusan jumlah rakaman yang tersebar dalam media baru dengan jelas menunjukkan para peserta himpunan aman Bersih dikasari dan ada yang diperlakukan seperti binatang,” ujarnya.

Persoalanya, kata beliau wajarkah seramai itu mereka ditahan sedangkan himpunan itu adalah himpunan aman dan sudahpun mendapat perkenan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong.

Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, cuma pihak Hishammuddin sahaja yang berdegil untuk tidak memberi permit sesuai dengan pemohonan Jawatankuasa Bersih yang memohon untuk berhimpun di Stadium Merdeka.

Selain itu, soalnya kenapa pula pihak polis tidak sedikitpun mengeluarkan kenyataan walaupun didakwa anggota polis yang bertugas sebelum, semasa dan selepas perhimpunan hanya diberi makanan bungkus, namun berapakah jumlah biaya yang dikeluarkan untuk itu.

“Setahu saya jumlah pasukan keselamatan yang dikerah untuk bertugas melebihi 10,000 orang.

“Kalaulah seorang memerlukan peruntukan makan sebanyak RM10 sahaja tentunya biayanya lebih besar dari biaya untuk OKT iaitu RM100,000,” ujarnya.

Itupun, katanya tidak dikira lagi elaun perjalanan, dan lain-lain tuntutan bagi semua anggota yang terlibat.

“Jangkaan saya akan mencecah tujuh angka,” katanya.

Malah, ujarnya menurut OKT sejadah untuk sembahyang yang disediakan nampak baru semuanya dan berapa pula biaya untuk itu semua.

“Juga kenapa pula mereka tidak mengeluarkan kenyataan mengenai biaya menyediakan peluru gas pemedih mata dan air asid yang saya kira mungkin paling banyak digunakan pada himpunan aman itu,” katanya lagi.

beliau menambah, sesungguhnya membesarkan jumlah biaya makan untuk OKT dangan merahsiakan jumlah biaya keseluruhan operasi menghalang hak dan kuasa rakyat berhimpun secara aman adalah sesuatu tindakan yang lucu dan tidak bertanggungjawab.

Justeru, beliau mengharapkan ada ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat yang akan menjadikan topik itu sebagai soalan dalam sidang Parlimen akan datang.

Apapun, katanya tindakan menghalang himpunan aman adalah jelas satu tindakan yang sangat tidak bijak dan menggambarkan ketakutan yang amat sangat kepada demokrasi yang lebih bersih dalam negara kita.

Tambahnya, pemimpin Umno dan BN sangat takut dengan kuasanya yang akan hilang tanpa bantuan tongkat sakti selama ini yang semakin tidak sakti.

Baginya, apa saja alasan yang dikeluarkan oleh mereka sebelum dan selepas himpunan aman Bersih adalah usaha untuk menggambarkan himpunan itu gagal mencapai matlamatnya.

“Biarkan mereka cuba menipu rakyat dan dirinya sendiri. Marilah kita sama-sama bertekad untuk menyelamatkan Malaysia yang mesti diselamatkan dalam PRU akan datang.

“Tidak ada lain hanyalah dengan berkerja dengan gigih dan tekun tanpa mengitra penat dan lelah. Apa lagi untuk takut kepada ancaman dari BN yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan itu,” katanya.

Thursday, July 7, 2011

Umno makin celaru halang himpunan Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Umno BN sedang berada di tahap celaru yang kritikal apabila menteri yang berkhidmat di bawah Datuk Seri Najib Razak telah bertindak songsang.

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata, ini ekoran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam kenyataannya yang masih mendakwa Bersih adalah haram.

Ini, katanya bercanggah dengan kenyataan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

“Hal ini tidak sepatutnya berlaku tambahan pula Bersih telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan memberi kebenaran bersyarat dan telah dijamin pula oleh Perdana Menteri sendiri,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Lebih memburukkan keadaan lagi, katanya Polis Diraja Malaysia yang sepatutnya memberikan seluruh ketaatan terhadap Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, Sekretariat Bersih yang telah mendapat perkenan Agong sepatutnya dibolehkan untuk meneruskan himpunan seperti mana syarat yang telah ditentukan kerajaan dan Agong sendiri.

Dalam hal ini seluruh yang berkaitan Bersih sepatutnya telah diberi akses oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk bergerak secara bebas.

“Jika hasrat Bersih yang mewakili suara sebilangan rakyat tidak diendahkan oleh kerajaan Umno BN walaupun ia telah direstui oleh Yang di-Pertuan Agong, ke manakah lagi suara rakyat harus dibawa untuk perhatian yang sewajarnya?” soalnya yang juga Adun Titi Serong.

Justeru, katanya berdasarkan respons terkini kerajaan yang amat memalukan negara setelah 8 tuntutan Bersih dikemukakan, ia suatu yang tidak layak terjadi di era negara yang sedang membangun.

“Umno BN perlu dibuang kesemuanya pada PRU 13 nanti,” ujarnya.

Monday, May 23, 2011

Benarkah UMNO bukan hanya untuk orang Melayu ?

KENYATAAN RASMI
Pejabat Ketua Penerangan PAS Perak.

Saya suka untuk mengulas kenyataan terbaru Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pulai kelmarin sebagai dipetik telah berkata perjuangan UMNO pada masa kini bukan hanya untuk orang-orang Melayu sahaja tetapi untuk semua kaum di bawah konsep Barisan Nasional (BN).

Katanya lagi transformasi yang terpaksa di lalui itu harus dilakukan tanpa mana-mana pihak mempertikaikan hak orang Melayu.

Namun sayangnya bila diamati dengan mendalam semangat dan ucapan Hishammudidin itu pada realitinya jauh tersasar dari kenyataan yang sebenar setelah UMNO bersama BN memerintah Malaysia lebih 50 tahun.

Bagaimanakah UMNO mendakwa dirinya untuk membela bangsa dan kaum lain sedangkan UMNO ternyata gagal untuk membela orang Melayu.

Rakan kongsi UMNO dalam BN iaitu MIC mewakili orang India dan MCA mewakili orang Cina juga ditolak oleh bangsa tersebut kerana gagal membela nasib mereka sekian lama.

UMNO dan BN ternyata telah berjaya untuk membela pemimpin BN yang menang setiap kali PRU. Begitu juga kroni dan kelompok terpilih sahaja yang dibela, selainnya terus merempat di negara mereka sendiri.

Rakyat telah bangkit dan terus bangkit menolak BN dan baru sekarang mereka mula sedar namun tidak lebih dari ucapan untuk menyelamatkan diri dan kuasa yang mereka sedang miliki.

Realitinya UMNOlah penghianat kepada bangsanya sediri dan pengkhianat kepada agama orang melayu iaitu Islam.

Hak orang Melayu seperti bahasa dicabuli oleh pemimpin UMNO seperti dalam kes PPSMI dan sebelumnya tulisan Jawi "dibunuh" oleh menteri dari UMNO.

Dalam bidang ekonomi UMNO ternyata gagal untuk merelisasikan pencapaian 30 % pencapaian ekonomi orang Melayu dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan sekarang orang Melayu dijanjikan pula dengan Model Ekonomi Baru (MEB).

Kata Hisammuddin lagi isu sensitif yang melibatkan semua kaum harus dibincangkan bersama secara rasional dan bukan digembar-gemburkan untuk menjadi modal politik bagi memecah belah atau menakut-nakutkan rakyat.

Tetapi realiti yang kita lihat dia sendiri tidak dapat bertindak atas kuasa yang diberikan dibawah kementeriannya untuk membendung pelbagai kenyataan dari pihak yang tidak bertanggung jawab dan ternyata mengancam keselamatan negara.

Terkini isu negara kristian yang telah dibangkitkan oleh seorang blogger pro UMNO ternyata tidak ditangani secara serius sehingga masih ada pihak yang berani mengeluarkan ucapan yang mengancam keselamatan negara seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Ali minggu lepas.

Sebenarnya isu yang sengaja diada-adakan itu sudah pun selesai dan tidak perlu diungkitkan lagi bila PM Najib bertemu dengan pemimpin agama Kristian dan mendapat pengesahan bahawa isu itu tidak berbangkit sama sekali.

Namun bgitulah nasib rakyat negara Malaysia yang sedang berdepan dengan UMNO yang sedang mencari jalan untuk menyambung hayatnya yang hampir tamat.

Kerana itu ucapan Hishammuddin adalah antara pelengkap kepada agenda tersebut.

Ketua Penerangan PAS Perak.
Drs. Khalil Idham Lim
PARIT BUNTAR, 23 Mei 2011

Sunday, May 22, 2011

Orang angkat 'dia' suruh pikiaq untuk 'rakyat' tapi dok pie ugut pulak apakejadahnya..!!

Bantulah rakyat bukan minta persiap mental

PARIT BUNTAR, 22 Mei: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim mengkritik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkan rakyat agar bersedia secara mental bagi menghadapi tekanan ekomoni yang bakal berlaku sambil menggambarkan ia sebagai satu lagi kelemahan BN mentadbir negara.

"Kenapakah rakyat disuruh bersedia menghadapi masalah tekanan ekonomi sedangkan pemimpin BN belum menunjukkan usaha bersungguh-sungguh untuk bantu rakyat?" katanya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik menyeru rakyat Malaysia supaya mempersiapkan mental masing-masing untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan harga minyak dan penurunan jumlah bekalan makanan yang diakibatkan oleh perubahan iklim sejagat.

“Kerajaan yang dikuasai oleh BN telah untung besar melalui Petronas berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia, keuntungan tersebut sepatutnya boleh disalurkan kepada rakyat," katanya ketika ditemui di sini.

Tambahnya, contoh lain negara sepatutnya telah memiliki kekuatan dan lonjakan kemajuan dalam bidang pertanian yang hebat setanding negara jiran seperti Thailand yang tidak bergantung harap dengan bekalan makanan dari negar luar secara total.

Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, kelesuan BN mentadbir negara kian terserlah berikutan langkah demi langkah yang diambil kononnya sangat mengambil berat isu serta soal kebajikan rakyat namun terbukti ianya satu pembohongan kepada rakyat.

“Pada hemat saya usaha BN untuk membela rakyat yang sebetul tidak dibela sejak 50 tahun, tetapi ditutup mata melalui media pro BN untuk mengaburi rakyat dari mengatahui perbuatan terkutuk Umno BN yang lebih suka merompak wang rakyat secara terhormat selepas setiap kali diberi mandat untuk memerintah,” ujarnya.

Katanya, pemimpin Umno BN sepatutnya mempersiapkan mental untuk menjadi pembangkang di Malaysia selepas PRU 13 kerana rakyat telah muak dengan lakonan mereka. [HarakahDaily]

Friday, May 20, 2011

Menteri kata harga naik, rakyat kata tukar kerajaan

16 Jamadilakhir 1432H
Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 18 Mei : Pengerusi Idham Care Yb Drs Khalil Idham Lim berkata langkah kerajaan BN membuat pengumuman awal kemungkinan RON 95 bakal dinaikkan harganya telah mencetuskan rasa curiga dan tanda tanya banyak pihak.

“Mengapa semasa kerajaan umno BN menaikkan harga RON 97 tidak dimaklum sebegini rupa,?” Katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak bahawa kenaikan RON 97 berulang kali tidak dihebah secara meluas sedangkan minyak jenis itu masih digunakan oleh sekelompok rakyat Malaysia serta masih dijual secara meluas.

"Gambaran sebenar kepada isu ini dilhat kepada keraguan pihak kerajaan untuk menghadapi protes rakyat kerana RON 95 lebih ramai penggunanya dan melibatkan kenderaan awam yang memberi resiko kepada kenaikan harga barang lain" katanya

Menurut beliau lagi, kerana itu BN dilihat sangat berhati-hati dalam perkara ini dan melakukan sesuatu untuk terus menipu rakyat.

“Senario ini telah memberikan kita dua andaian iaitu pertama , ini adalah lakonan pemimpin BN untuk raih sokongan rakyat.Mereka mungkin menarik semula cadangan ini dengan adanya bantahan dari beberapa orang pemimpin BN dan Pemuda Umno sendiri terhadap kenaikan yang bakal berlaku,” ujarnya.

“Keduanya rakyat memang akan dikenakan dengan kenaikan harga RON 95 yang naik dan alasan yang biasa digunakan untuk mengaburi mata rakyat ialah kerajaan terpaksa menarik semula subsidi yang sedia ada untuk tujuan penstrukturan semula harga minyak,” katanya lagi.

“Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berpesan supaya rakyat bersedia andai berlaku kenaikan harga minyak itu, saya yakin rakyat telah bersedia untuk itu dan saya ingatkan juga kepada pemimpin BN bahawa mereka juga sudah bersedia untuk menukar kerajaan yang sedia kepada Pakatan Rakyat", katanya.

Tuesday, March 29, 2011

Jika UMNO/BN buat menatang haram jadah apa pun tak apa..!!!

Hukum UMNO dan BN yang sudah hilang akhlak dan moral

Berikutan dengan gangguan melampau pihak pasukan keselamatan terhadap ceramah DS Anwar beberapa hari lepas saya terpanggil untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut:

1. Saya membantah segala bentuk gangguan dan halangan kepada rakyat Malaysia yang telah dibenarkan sesuai dengan Perlembagaan Negara untuk bergerak dan berhimpun secara bebas.

2. Tindalan menganggu ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat adalah tidakan bacul dan penakut BN untuk menghalang rakyat mendengar penjelasan dan pembelaan diri dalam kes fitnah video sex terhadap DS Anwar.

3.Apa saja langkah yang digunakan ubtuk menghalang rakyat mendengar penjelasan dan pembelaan diri DS Anwar adalah tindakan yang tidak demokratik dan bertentangan dengan slogan "rakyat didahulukan".

4. Sebenarnya rakyat telah jemu dan muak dengan pemberitaan yang berat sebelah dan banyak berunsur fitnah kepada Pakatan Rakyat dan pemimpinnya, kerana itu mereka telah beralih kepada media dan maklumat laternatif bagi mendapat pejelasan yang sebenat.

5.Kersana itu usaha menghalang DS Anwar dan ceramah penjelasan tersebut adalah satu langkah untuk melindungi kejahatan yang dilakukan oleh UMNO dan pimpinan BN yang lain.

6. Sepatutunya pihak keselamatan hendah lebih awal dan terlebih dahlu menganggu dan mengacau kejadian menayang video lucah di carciosa seri negara kerana ianya jelas bercanggah dengan unddang-undang negara serta melanggar tatasusila agama dan moral juga adat ketimuran.

7. Adalah tidak masuk akan pihak yang menyang dan menganjurkan sesuatu yabg melanggar undang-undang dibiarkan bebas dan semacam dilindungi sedangkan pihak yang difitnah dengan tayang itu dihalang sekeras-kerasnya untuk memberi penjelasan.

8. Oleh itu saya mencabar pimpinan UMNO dan BN menyediakan platform yang sesuai dan dibenarkan kepada DS Anwar bagi memberikan penjelasannya, bukannya menghalang dengan cara tidak bertamaddun.

9.Segala tindakan UMNO dan BN merosakkan sistem kehidupan beragama dan bermasyarakat di negara Malaysia yang kita cintai, tindakan mengannjurkan tayangan video fitnah membuktikan bahawa pimpinan UMNO dan BN sudah rosak dan tidak boleh diharapkan lagi.

10. Olah itu saya menyeru rakyat Malaysia di mana sahaja anda berada untuk memperbetulkan kepincangan tersebut dengan memberi laluan kepada PR mentadbir negara. Kejahatan UMNO dan BN mesti diubah dengan setiap undi dari rakyat Malaysia yanag mengharapkan wujudnya negara yang aman dan makmur dengan pemimpin yang berakhlak dan bermoral.

Kenyataan Media/27 Mac 2011

Drs. Khalil Idham Lim
Ketu Penerangan PAS Perak