Wednesday, October 17, 2012
Menyanggah Fitnah Terbaru Puak UMNO - "YB Dato Amirudin dipinggirkan lagi oleh PAS Kwsn Kola Kedah"
Sunday, October 16, 2011
Sekitar Teknik Menjawab Soalan SPM Anjuran Pemuda Kuala Kedah
Tandop, 15 Oktober – Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah telah berjaya menganjurkan Seminar Teknik Menjawab Soalan SPM untuk pelajar-pelajar tingkatan lima dari sekitar kawasan Kuala Kedah hari ini.
Program tersebut yang diadakan di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU), Tandop, mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Pendaftaran di Dewan SRIDU bermula seawal jam 8.00 pagi, berjaya mengumpulkan hampir 200 orang pelajar dari pelbagai sekolah di sekitar kawasan Kuala Kedah.
Bertemakan ‘Pecutan Terakhir Untuk Pelajar’, program tersebut menjemput Guru Cemerlang dan penanda kertas SPM berpengalaman untuk memberikan pelbagai tips dan teknik berkesan untuk menjawab soalan-soalan SPM yang akan tiba tidak lama lagi.
Tinjauan dibuat, rata-rata pelajar yang mengikuti program tersebut berpuas hati dengan Seminar Teknik Menjawab Soalan SPM anjuran DPP Kuala Kedah tersebut. Mereka yang ditemui berkata dengan pengisian yang bermanfaat, tips-tips dan teknik-teknik berkesan menjawab soalan, penyediaan makan dan minum, alat tulis, fail dan bahan-bahan sampingan lain seperti nota, ternyata ianya amat berbaloi.
Ibu bapa juga memberi reaksi positif dan berharap program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan kerana ianya bermanfaat dan dapat membantu anak-anak mereka menjawab soalan bagi menghadapi peperiksaan SPM akan datang.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah, Saudara Azizi Abdullah yang ditemui berkata, “Alhamdulillah, program hari ini berjalan lancar. Dan insyaAllah, kita akan berusaha untuk menganjurkan lagi program-program seperti ini pada masa akan datang.”
“Jika sebelum ini, pertengahan bulan Julai lalu, kita telah buat untuk murid-murid UPSR di setiap DUN di sekitar kawasan Kuala Kedah, kali ni percubaan kita untuk pelajar SPM mendapat sambutan menggalakkan. Jumpa lagi tahun depan, insyaAllah” katanya lagi.
Program tersebut diakhiri dengan perasmian penutup yang disempurnakan oleh YB Mohd Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan.
Antara guru cemerlang dan penanda kertas
SPM berpengalaman yang dijemput
Sebahagian calon-calon SPM dari pelbagai
sekolah di kawasan sekitar Kuala Kedah
Gambaran dari sudut pandang hadapan,
kelihatan peserta-peserta memenuhi ruang dewan
http://syababkualakedah.Tuesday, May 3, 2011
Sunday, May 1, 2011
UMNO Kedah kencing lagi di Kuala Kedah
Ahli UMNO masuk UMNO di Kuala Kedah
Media talibarut UMNO Be End dakwa kununnya 225 ahli PAS di ketuai Ahmad Marzuki masuk UMNO di Kuala Kedah.
Maklumat sebenarnya untuk diketahui ialah:
1. Ahmad Marzuki bukan ahli PAS, sebaliknya adalah ahli UMNO dan merupakan seorang JKKKP.
2. PAS Kawasan Kuala Kedah tidak pernah ada cawangan yang bernama Lahar Buluh.
3. Hanya ada 4 orang kemungkinan penyokong PAS sedang dipastikan. Mereka yang terlibat dikatakan tidak berpuas hati berkaitan bantuan banjir. Walau bagaimanapun itu cuma 'alasan yang dicipta' kerana mereka telah pun menerima bantuan banjir.
3. Sementara selebih seperti yang didakwa bukan dari ahli PAS sebaliknya ahli-ahli dan penyokong UMNO.
Maklumat di atas telah diberikan oleh ADUN Kubang Rotan YB Mohd Nasir Mustaffa serta beberapa anggota PAS yang mengetahui isu tersebut.

Monday, March 28, 2011
YB Nasir di Kuala Kedah Sewaktu Melawat Mangsa Yang Di Landa Ribut Petang Tadi

YB NASIR MUSTAFA di lokasi yang mana ribut melanda petang tadi
banyak lagi gambar disini : facebook YB Nasir
Saturday, February 12, 2011
KUALA KEDAH - Jangan terpedaya ‘ulat’ letak kereta
Tinjauan Sinar Harian mendapati ulat terbabit akan menunggu pelancong yang menaiki kenderaan dan bertanyakan pelancong sama ada mahu ke Pulau Langkawi atau tidak, sekiranya mereka mahu mencari tempat letak kereta, ulat akan memujuk untuk diletakkan di kawasan mereka.
Kesempatan di musim cuti persekolahan sering digunakan untuk mencari keuntungan yang berlipat kali ganda dengan mengenakan caj yang mahal kepada pelancong.
Bagi mengekang golongan tidak bertanggungjawab itu, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan polis mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan terbabit. pada Tahun Baru Cina lalu.
Datuk Bandar, Datuk Khazali Din berkata, sebanyak 200 saman dikeluarkan dan diletakkan di kenderaan yang melanggar kesalahan itu namun kertas saman dikoyakkan oleh ulat terbabit.
Menurutnya, apabila kejadian itu berlaku, pemilik kenderaan tidak menyedari mereka menjadi mangsa ulat.
“Tindakan yang dilakukan ulat ini sangat berbahaya kepada pemilik kenderaan kerana mereka bukan sahaja tidak mengetahui kenderaan mereka disaman malah ia turut disenaraihitamkan.
“MBAS menyarankan pemilik kenderaan meletakkan kenderaan mereka di kawasan letak kereta disediakan MBAS di kawasan jeti Kuala Kedah ataupun penyedia letak kereta yang dibenarkan,” katanya.
Khazali berkata, MBAS menyediakan kawasan letak kereta dengan harga berpatutan berbanding caj tinggi disediakan ulat.
Menurutnya, bagi membanteras kegiatan ulat di Jeti Kuala Kedah, MBAS dengan kerjasama polis akan melipatgandakan usaha membanteras kegiatan yang memberi imej tidak baik di kawasan itu.
Menurutnya, ulat terbabit boleh didakwa di bawah Undang-undang Kecil Perlesenan Tempat Letak Kereta 1988 kerana menyediakan tempat letak kereta tanpa kebenaran Datuk Bandar.
“Sekiranya disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda RM2,000 dan RM200 tambahan pada setiap hari kesalahan berterusan,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa berkata, peringatan kepada ulat terbabit telah diberikan supaya kegiatan mereka dihentikan namun masih tiada sebarang perubahan.
Mohd Nasir berkata, pelancong ke Langkawi dinasihatkan tidak terpengaruh dengan ulat terbabit kerana membahayakan kenderaan mereka.
Thursday, January 27, 2011
MB di Kuala Kedah hari ini..
KUALA KEDAH - Penduduk Taman Sri Putra gembira apabila mendapat pusat komuniti baru yang bakal dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Jumaat ini di Padang Kilat.
Pengarah Program Perasmian Pusat Komuniti Taman Sri Putra, Abdul Razak Osman berkata, pada majlis perasmian itu juga, jamuan makan malam bersama rakyat turut diadakan pada jam 8 malam sebelum perasmian berlangsung.
Menurutnya, pusat komuniti tersebut sudah siap dibina dan kini dijadikan sebagai kelas menggaji al-Quran kepada kanak-kanak sejak awal bulan lalu.
“Kita juga berharap dengan adanya pusat komuniti ini ia akan memberi kemudahan kepada penduduk untuk melakukan pelbagai aktiviti berbentuk kemasyarakatan.
“Bersempena dengan perasmian pusat komuniti tersebut, penduduk mengambil beberapa inisiatif dengan mengadakan gotong-royong di kawasan padang dengan mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Environment Idaman, Majlis Ketua Kampung (MKK) Parlimen Kuala Kedah, Pusat Khidmat Kubang Rotan dan Pejabat Daerah,” katanya.
Abdul Razak berkata, majlis gotong-royong yang diadakan itu dirasmikan ADUN Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan turut dihadiri Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim.
Menurutnya, gotong-royong yang diadakan di kawasan padang berkenaan bukan sahaja diadakan bertujuan untuk jamuan rakyat malahan ia dilakukan untuk memberi keselesaan kepada penduduk yang menggunakan padang tersebut untuk tempat beriadah.
Menurutnya, padang yang sebelum ini terbiar sehingga ditumbuhi lalang, kini dibersihkan atas kerjasama yang diberikan penduduk.
“Semua pihak memberikan kerjasama yang terbaik untuk membersihkan kawasan sekitar dan berharap supaya kerjasama yang sama akan diberikan pada majlis perasmian nanti,” katanya.
Saturday, January 22, 2011
kepada Geng KOLA hangpa pie 'skodeng' sat puak-puak anak haram nie..!!
Tinjauan Sinar Harian ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai melihat matahari terbenam itu sememangnya menarik perhatian pelancong apatah lagi dapat melihat pemandangan laut yang merupakan laluan ke Pulau Langkawi.
Namun di sebalik keindahan tersebut, kawasan itu turut dicemari bukan sahaja dengan bungkusan makanan yang dibuang malahan Sinar Harian turut menemui coli yang terselit di celah batu kerana ia turut menjadi lokasi pelepas nafsu.
Pengunjung, Mohd Akmal Zulkif Ahmad Jamil, 26, berkata, dia sering menjadikan kawasan itu sebagai lokasi memancing pada waktu petang sehingga malam.
Menurutnya, sewaktu memancing dia sering terlihat pasangan remaja menjadikan lokasi itu sebagai tempat untuk mereka berdua-duaan tanpa menghiraukan pengunjung di sekeliling.
“Kawasan ini gelap terutama pada waktu malam, jadi peluang yang ada itulah mereka gunakan untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
“Kadangkala saya teringin untuk membawa keluarga melihat pemandangan di sini, namun saya merasakan ia tidak sesuai apabila adanya golongan yang tidak bertanggungjawab melakukan maksiat di tempat terbuka,” katanya.
Mohd Akmal berkata, kawasan itu tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja oleh pihak yang bertanggungjawab kerana ia mampu menjadi daya tarikan pelancong.
Menurutnya, kesedaran dalam kalangan masyarakat juga perlu terutama bagi membanteras golongan yang gemar menjadikan lokasi itu untuk melakukan maksiat.
Bagi Ibrahim Zakaria, 43, kawasan yang bersebelahan dengan bangunan Marina Harbour yang turut dikenali dengan Pantai Leman seharusnya dipelihara dan selenggara dengan baik bukannya dibiarkan begitu sahaja.
Menurutnya, lampu perlu diletakkan di kawasan berkenaan supaya kawasan itu lebih terang dan sekali gus dapat mengelak golongan tidak bertanggungjawab melakukan kegiatan maksiat.
“Rondaan daripada pihak berkuasa juga perlu dilakukan bagi memantau kegiatan maksiat di kawasan ini kerana saya yakin apabila tindakan itu diambil kegiatan ini dapat dibanteras.
“Pihak bertanggungjawab seharusnya peka dengan masalah ini kerana jika dibiarkan ia akan menambahkan lagi masalah sosial dalam kalangan remaja di kawasan tersebut,” katanya.
Menurutnya, selain daripada kegiatan tidak bermoral, pihak berkuasa tempatan (PBT) seharusnya mengambil inisiatif meletakkan tong sampah di kawasan berkenaan sebagai kemudahan kepada pengunjung.

