Showing posts with label Tun Telanai. Show all posts
Showing posts with label Tun Telanai. Show all posts

Friday, June 8, 2012

Sapa kata TUN M hebat...nie dia list kelaku huduh beliau...!!!

Penyelewengan Mega Tun M


Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Muhamad kini dilihat sebagai Perdana Menteri de-facto menggantikan Rosmah, kini begitu bersemangat menjadi jurucakap kerajaan Najib. Kita melihat keadaan ini sebagai tanda betapa kerajaan BN yang diterajui oleh Umno Baru ciptaan Tun M sudah semakin kehilangan keyakinan dan kepercayaan Rakyat.

Alhamdulillah Tun M yang telah begitu lanjut usia tetapi masih gagah ke sana ke mari mempertahankan kerajaan Najib yang semakin hari semakin menggelungsur turun dalam carta hati Rakyat Malaysia. 

Beliau melakukan ini demi memanfaatkan sisa-sisa waktu yang ada sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan. Masa sudah tidak lagi menyebelahi kerajaan Najib yang memerintah. Jika selama ini, kerajaan BN/Umno Baru begitu selesa 'menunggu ilham' untuk menetapkan tarikh pembubaran Parlimen, namun keadaan sekarang adalah sebaliknya.

Jadi dalam keadaan masa yang semakin menghampiri tempoh luput di mana Parlimen wajib dibubarkan, Tun M tidak punya banyak pilihan. Beliau tidak mahu apa yang menimpa bekas pemimpin Mesir, Hosni Mubarak serta beberapa orang bekas Presiden Korea Selatan turut menimpa dirinya. Sekiranya selepas PRU-13, kerajaan BN/Umno Baru berjaya dikeluarkan daripada Putrajaya oleh kerajaan Pakatan Rakyat, beliau dan seluruh kroninya berkemungkinan besar akan 'masuk ke dalam' untuk menghabiskan sisa-sisa usia.

Sahabat saya, Tun Telanai, salah-seorang penulis dan penganalis pro-reformasi yang telah bergiat sejak awal era reformasi dulu, mengajak kita melihat dan menyemak senarai salah-laku dan segala penyelewengan yang telah dilakukan oleh Tun M dan barisan kabinetnya sepanjang tempoh beliau berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia bersama kerajaan BN/Umno Baru.


1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:
  • Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.
  • Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.
  • Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN
  • Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.
  • Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.
  • Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.
  • Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.
  • Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.
  • Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah.
Persepsi rakyat:
Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.
3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN
  • Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.
  • Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.
  • Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.
  • Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.
  • Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.
  • Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.
  • Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).
  • Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .
  • Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.
  • Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.
  • Memaksa Petronas membeli saham Proton.
  • Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.
  • Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
  • Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.
  • Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.
  • Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.
  • Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan
  • Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.
4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:
  • Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).
  • Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).
  • Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).
5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa
  • Campur tangan terhadap tugas-tugas polis
  • Mengganggu penyiasatan BPR
  • Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan
  • Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.
6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:
  • Keruntuhan makmal computer;
  • Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
  • Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
  • Keretakan PULAREK; dan
  • Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.
7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman
  • Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)
  • Kes fiasco pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara;
  • Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.
  • Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.
  • Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.
  • Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.
  • Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.
  • Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan
  • Perlantikan Ariffin Jaka dan Augustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.
8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam
  • Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;
  • Kerugian pelaburan Tabung Haji;
  • Kerugian RM15b Bank Negara;
  • Kerugian RM40 juta AIM;
  • Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
  • Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.
9. Menghina dan menyekat Islam
  • Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
  • Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;
  • Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;
  • Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;
  • Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan
  • Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.
10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera
  • Menutup dua MRSM di Terengganu;
  • Menutup sekolah agama rakyat; dan
  • Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.
Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:
  • Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;
  • Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;
  • Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;
  • Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan
  • Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.
Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas.-

Tun Telanai

Thursday, August 25, 2011

Tuntut penjelasan : Maksud Anwar akan‘ ditembak’ sehingga tidak boleh berdiri

tun_telanai



Ekoran pendedahan terbaru oleh bekas Duta AS ke Malaysia John Malott, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah meminta agar Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad memberi maklumat ke atas tuduhan-tuduhan bahawa mereka telah berkomplot ke atas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ke penjara atas tuduhan liwat yang direka.


Bola kini di gelanggan Najib. Beliau adalah PM dan dia mesti menyatakan dengan jelas, jikalau dia yang terlibat dan jikalau terdapat apa apa komplot dengan Mahathir dalam kes semasa dan pada tahun 1998. Saya rasa rakyat Malaysia sudah tahu mengenainya, tetapi kini bekas duta Amerika Syarikat telah memberikan maklumat yang kuat dan jelas. ini adalah serius dan mesti dijawab. untuk berdiam diri akan memalukan Malaysia. sudah tiba masanya untuk Najib sedar dia bukanlah PM hanya untuk UMNO tetapi juga untuk semua Malaysia, "kata Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran memberitahu Malaysia Chronicle.
Sesungguhnya artikel yang bertajuk Malott jatuhkan bom : Pakatan rahsia antara Najib dan Anwar telah menawarkan gambaran yang mengejutkan ke dalam dunia politik UMNO, yang dianggap sebagai antara yang tercemar di rantau ini. Malah, beberapa jam selepas menerbitkan artikel, laman web Malaysia Chronicle telah diserang hackers yang tidak dikenali.


Kedutaan AS diberitahu oleh dua sumber yang berbeza


Malott dalam menjaga operasi Kuala Lumpur dari 1995 hingga 1998, Dalam artikel beliau, beliau berkata bagaimana satu keputusan yang dibuat oleh kuasa-kuasa yang ada pada masa itu untuk terus menganiaya Anwar sehingga beliau imun dan sia-sia dari segi politik.


Dua sumber yang berbeza, pembantu rapat Najib, Razak Baginda dan seorang pegawai Cawangan Khas, memberitahu pegawai-pegawai kedutaan mengenai plot untuk melingkupkan Anwar pada semua kos.


Sekarang 64 tahun, Anwar pada masa itu menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan serta Timbalan Presiden UMNO. Beliau adalah bintang yang bersinar dan menjelang tahun 1997, sudah mengumpul sokongan akar umbi yang cukup untuk berjaya mencabar Mahathir untuk jawatan tertinggi.


Anwar kemudiannya mengetuai satu pasukan yang dikenali sebagai Wawasan 2020 dalam UMNO dan ini adalah dianggap pasukan impian masa itu. Menurut artikel Malott, Anwar juga telah bekerjasama dengan Najib, yang bersetuju untuk menjadi TPM kepada PM Anwar apabila Mahathir pergi


Tetapi kemudian Najib mengkhianati Anwar, menyebelahi Mahathir sebaik sahaja Anwar dipecat dan dibuang ke dalam penjara atas tuduhan liwat yang direka pada tahun 1998.


"Ini mencerminkan rentetan khianat dalam diri Najib, tetapi apa yang lebih membimbangkan adalah pakatan sulit antara Mahathir dan Najib untuk menganiayai' Anwar. Jelas, ini bertentangan dengan ketelusan dan urus tadbir yang baik dan Najib berhutang penjelasan kepada negara atau meletak jawatan, "naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.


Sentimen Tian telah disuarakan oleh rakan-rakan lain, yang berkata bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui jika pemimpin-pemimpin mereka mengamalkan politik kotor dan hak untuk menentukan sama ada mereka patut dihukum untuk berbuat demikian.


"Ini adalah maklumat yang besar. Kami terperanjat dengan pendedahan ini dan Najib perlu membersihkan namanya mengenai perkara ini. Seorang bekas rasmi peringkat tinggi AS dengan akses kepada maklumat terbaik dan kenalan telah bercakap. Ia perlu dibahaskan dan dibincangkan secara terbuka kerana rakyat telah mengesyaki ia selama bertahun-tahun dan mempunyai hak untuk mengetahui jika pemimpin mereka yang mengamalkan politik kotor. kaedah seperti ini tidak lagi boleh diterima dalam masyarakat hari ini. dan yang paling penting, Anwar mempunyai hak untuk pengadilan," pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi berkata kepada Malaysia Chronicle.



http://gigitankerengga.blogspot.com/2011/08/tuntut-penjelasan-maksud-anwar-akan.html


Thursday, March 17, 2011

Internet, Telefon Bimbit Dan Mesin Faksimili Senjata Jatuhkan Diktator

Oleh Telanai

Rangkaian Internet dan aktiviti blog, Facebook dan Twitter menjadi salah satu faktor menjatuhkan Presiden Zine El Abidin Ben Ali, Tunisia dan Presiden Hosni Mubarak, Mesir. Keadaan sosio-ekonomi dan politik dan ruang komunikasi yang "dibuka" oleh internet saling "mencuit" hati dan memperkasakan rakyat di kedua-dua Negara tersebut untuk memberontak dan meluahkan perasaan pemberontakan ini.

Ditambah dengan masalah kemiskinan, pengangguran, harga barang keperluan yang melambung tinggi, rasuah, dan juga ketiadaan (atau kekurangan) akauntabiliti dan ketelusan serta penyalahgunaan kuasa bagi diri pihak pemerintah, antara lain, merupakan beberapa faktor utama yang menggerakkan hati rakyat untuk bangkit menuntut keadilan dan kesaksamaan. Dan dalam konteks ini media baru dan media sosial saling membantu meningkatkan kesedaran politik rakyat.

Hakikatnya bahawa rakyat Tunisia dan Mesir terus bangkit memberontak walaupun rangkaian internet dicengkam kuat oleh regim Zine El Abidin Ben Ali dan regim Hosni Mubarak menunjukkan faktor sosio-ekonomi dan politik menjadi pemangkin utama dalam pergolakan ini. Penutupan rangkaian internet ini menggerakkan lagi rakyat, lebih-lebih lagi generasi muda yang pandai-teknologi (tech-savvy), terus berdegil memprotes di khalayak ramai.

Rupa-rupanya rangkaian internet merupakan senjata yang boleh digunakan rakyat untuk menjatuhkan pemimpin rasuah. Sekarang dunia menunggu kejatuhan dictator Muammar al- Qaddafi pula. Teori domino, insyaAllah akan berlaku di seluruh Negara Timur Tengah. Regim dictator akan diganti dengan pemimpin yang lebih menyayangi rakyat dari pemimpin yang rakus terhadap kuasa dan mengaut harta Negara untuk diri sendiri dan keluarga serta kroni. Tidak terkecuali regim UMNO dapat ditumbangkan melalui teknologi ini sekiranya ia dapat diuruskan secara berstrategik.

Mari kita menoleh ke belakang sebentar. Kemajuan dalam teknologi komunikasi telah pun membuktikan ia memberi kesan besar terhadap perubahan kepimpinan dalam sesebuah Negara. Ia juga berjaya mencetuskan revolusi dan membina tamadun baru yang lebih besih. Contohnya, mesin faksimili (pada ketika itu tiada ada lagi rangkaian internet seperti sekarang) pula menjadi senjata pelajar China mengumpul kudrat di Medan Tiananmen pada Jun, 1989. Pergerakan rakyat-siswa itu yang bermula sejak April 1989 merebak ke bandar-bandar utama untuk menuntut reformasi dan penghapusan rasuah, bagaimanapun ditewaskan dengan lumuran darah di Beijing.

Di Filipina, Prsiden Estrada terpaksa melepaskan jawatannya apabila mesej teks melalui telefon bimbit (SMS) digunakan dalam gerakan rakyat (people’s power). Kira-kira 70 juta mesej berteks disalurkan melalui telefon bimbit menyebabkan beratus-ratus ribu rakyat (400,000 hingga 700,000) keluar di Tugu Revolusi, Manila.

Di Indonesia, internet digunakan secara meluas untuk menggugat Suharto. Laman-laman web yang diwujudkan berjaya dimanfaatkan untuk menggalakkan debat dan mengasak idea pendemokrasian yang meluas di Indonesia. Secara jelas, ia bermula sejak wujud senarai perutusan (mailing list) "Apakabar" pada 1990. Ia membenarkan pelbagai idea, daripada paling radikal kepada sederhana termasuk agen-agen propaganda-perisik Suharto, disampaikan di sebalik identiti yang tidak dikenali.

Akibat kawalan ketat media dan semua saluran maklumat, ‘Apakabar’ menjadi medan menarik untuk menyebarkan maklumat-maklumat politik anti-Suharto. Bagaimanapun, kerajaan diktator itu sering juga mensabotaj kemudahan internet-khususnya ketika saat-saat kritikal seperti beberapa hari sebelum pelancaran demonstrasi siswa besar-besaran 1998 iaitu beberapa bulan sebelum Suharto tumbang.

Untuk mengelak dikesan, komunikasi antara aktivis anti-Suharto dirahsiakan melalui sistem kod sulit atau "encryption". Aktivis juga melancarkan serangan pencerobohan (hacking) terhadap laman-laman web dan komunikasi tentera Indonesia, selain saluran-saluran propaganda kerajaan. Sekatan media yang direka cipta oleh Suharto ditewaskan dari maklumat alternatif daripada internet dicetak dan disebarkan secara meluas. Kemuncak sebaran ini ialah senarai kekayaan Suharto, anak-anaknya dan kroni-kroninya.

Seorang wartawan radio Indonesia terkenal bernama Tedjabayu yang menulis artikel "Indonesia: The Web as a Weapon," dan beliau pernah ditahan oleh regim Suharto-Golkar pada tahun 1997. Beliau ditahan selama dua tahun kerana menyebarkan bahan-bahan bercetak daripada laman-laman web. Ertinya, wartawan itu menyebarkan bahan tersebut sebelum krisis ekonomi Asia 1997 dan Suharto berjaya ditumbangkan pada Mei, 1998. Bagaimana dengan Pakatan Rakyat yang belum bersedia menghadapi PRU ke-13 melalui kaedah ini. Pengalaman dari beberapa siri pilihan raya didapati Pakatan terbelakang sedikit dari blog-blog pro UMNO.

Pakatan Rakyat gagal memanfaatkan sepenuhnya kemudahan rangkaian Internet dan aktiviti blog, Facebook dan Twitter dengan sebaran-sebaran semasa (kalau boleh, setiap hari) yang pro Pakatan. Malah, tiada ada pusat-pusat yang menyediakan kemudahan internet yang pantas, telefon bimbit dan mesin faksimili. Bahan-bahan bertulis di internet pro Pakatan tidak dicetak dan disebarkan secara meluas ke peringkat akar umbi sehingga ada bloger yang ‘frust’ tidak mahu berkarya lagi kerana karya-karya yang mereka hasilkan tidak disebarkan kepada masyarakat. Serangan yang dibuat oleh bloger UMNO tidak dapat ditangkis seperti isu kerjasama PAS dengan DAP, isu pengharaman judi di Kelantan dan sebagainya tidak sampai ke akar umbi.Oleh itu, maklumat alternatif ini sangat terbatas-ia hanya dinikmati oleh penggemar laman-laman berkaiatan sahaja.

Fenomena sebaran ini (walau terbatas) hanya bertahan beberapa ketika pada PRU ke-12 tahun 2008 lalu. Keberkesanan maklumat yang diambil dari internet diakui sendiri oleh bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi selepas post-mortem mencari punca kekalahan besar UMNO/BN mendapati salah satu factor ialah rakyat telah hilang kepercayaan terhadap laporan-laporan yang dibuat oleh media kerajaan yang terlalu bias dan rakyat mulai percaya terhadap laporan maklumat media alternative iaitu laporan dari internet seperti isu kenaikan harga barang. Selepas itu Pakatan sendiri tidak berminat melihat internet atau memantau pergerakan maklumat yang disalurkan sebagai alternatif kepada propaganda kerajaan, khususnya melalui televisyen, radio dan akhbar. Aktivis Pakatan tidak pernah mengambil berat soal ini - soal media, bilik berita dan bilik gerakan sebaran maklumat untuk memecahkan rangkaian propaganda UMNO.

Sebenarnya semua rangkaian Internet dan aktiviti blog, Facebook, Twitter, telefon bimbit (perlu guna kod sulit mengelak dari dikesan) dan mesin faksimili dengan kemudahan teks, grafik dan pandang-dengar, boleh menandingi sampah-sampah propaganda media UMNO, tetapi jika tiada tenaga manusia dan kreativiti, maka teknologi ini tidak dapat membantu Pakatan Rakyat menumbangkan UMNO dalam PRU ke-13 nanti.

Tidak memadai bagi Pakatan hanya bergantung harap kepada ceramah semata-mata (itu pun banyak mendapat kekangan dari UMNO melalui tindakan pihak polis yang enggan mengeluarkan permit), terbitan berkala (sebulan 2 kali penerbitan) akhbar Harakah, Roket dan Suara Keadilan (permitnya dirampas oleh KND) menemui pembaca yang terhad di kalangan ahli-ahli sahaja dan sukar pula orang ramai bukan ahli untuk mendapatkannya di pasaran seperti akhbar-akhbar harian milik UMNO/BN.


Terlalu banyak ruang isu dicipta oleh media UMNO yang boleh dimanfaatkan untuk serangan balas (counter-attack) untuk mencairkannya atau membawa pulangan kepada Pakatan, walupun regim Najib cuba meminta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bagi menyekat penyebaran maklumat dari internet dan setiap pemilik telefon bimbit diwajibkan mendaftar, namun masih ada ruang untuk dimanfaatkan. Sayangnya, tidak ada siapa dari aktivis Pakatan yang mahu memanfaatkannya. Masa tidak menunggu kita. PRU ke-13 semakin hampir.

Penyokong Pakatan mungkin ghairah ingin mengetahui bagaimana telefon bimbit menjatuhkan Estrada atau internet boleh menumbangkan Suharto. Pokok pangkalnya bukan teknologi kerana kemudahan itu sudah terpampang di depan mata. Pokoknya ialah tenaga manusia, kreativiti aktivis, kepintaran pakar strategi dan pengorganisasian, tetapi Pakatan Rakyat yang membantutkan penggunaan teknologi ini. Jika datang lagi teknologi lebih canggih pada masa depan, nescaya orang cetek akal akan ketinggalan lagi.

Pakatan Rakyat harus sentiasa lebih pintar dan licik daripada musuh, ibarat kancil dengan buaya dan harimau. Maklumat itu kuasa.

“NYAHKAN UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

Saturday, March 12, 2011

Doktor Dalam Rumah: Apa Lagi Selepas Ini?

Bekas Perdana Menteri ke-4, Dr. Mahathir Mohamad pada hari Isnin 7 Mac lalu telah melancarkan memoirnya bertajuk ‘ A Doctor In The Hosuse’.

Pelancaran buku tersebut bertujuan mempertahankan dirinya dari persepsi rakyat bahawa tindakan beliau menyingkir, menghina, memalu dan menghukum Anwar Ibrahim adalah tepat dan betul demi menyelamatkan agama, rakyat dan Negara ini dari kekuasaan Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, khususnya setelah mahkamah membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat Jilid 1 pada tahun 2004, persepsi rakyat pada umumnya terhadap batang tubuh Anwar Ibrahim ialah beliau dizalimi oleh Mahathir kerana kuasa, kedudukan dan kekayaan. Ini dapat dibuktikan dalam ‘isu mata lebam’ yang mana Mahathir telah menjelaskan kepada seluruh masyarakat dalam dan luar Negara bahawa Anwar yang mencederakan dirinya sendiri bagi meraih simpati rakyat.

Kenyataan Mahathir ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kerana sifat Mahathir keturunan India migran adalah suka memutar-belitkan isu sehingga tertubuhnya Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes ini sehingga terbukti bahawa yang melakukannya ialah Abdul Rahim Noor, Ketua Polis Negara ketika itu.

Di penghujung hayatnya ini, sebelum malaikat maut meragut nyawanya, Mahathir akan muncul dengan berbagai hujah ‘dalih’ berbentuk tulisan dan akan dibuatkan dalam bentuk buku, majalah, jurnal dan sebagainya dan beliau akan bertindak melakukan pembohongan demi pembohongan serta akan memasukkan fakta-fakta palsu terhadap sejarah yang dilakarkannya dalam tempoh 22 tahun dia memerintah.

Mahathir terpaksa berbuat demikian untuk mempertahankan dirinya dan kredibilitinya. Mahathir tahu, tidak ada sesiapa yang sudi termasuk anak-anaknya yang akan membelanya selepas beliau dimakan cacing tanah nanti. Oleh itu beliau sendiri terpaksa membela dirinya sendiri sebelum beliau mati.

Ekoran itu, tidak hairanlah apabila ia memulakan siri bercakap bohong dan memesongkan fakta sejarah sebenar mengenai Operasi Lalang pada tahun 1987 dulu dengan menyalahkan pasukan polis bagi menutup kedurjanaannya itu. Begitu juga dengan isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga pasukan polis disalahkannya juga kerana bertindak menghalang beliau untuk menghapuskan ISA, sebaliknya beliaulah yang banyak membuat kenyataan di merata tempat untuk mempertahankan akta ‘draconian’ ini bagi menyelamatkan kuasanya dan juga kuasa UMNO terus memerintah Malaysia.

Selepas ini, jangan terperanjat apabila Mahathir akan menulis semula dan memesongkan fakta sejarah penubuhan tribunal yang bagi memecat Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1988. Kita dapat menjangkakan siapa pula yang akan menjadi kambing hitamnya. Sudah tentu Almarhum Sultan Johor yang akan menjadi mangsanya kerana kes itu berlaku, Almarhum menjadi Yang DiPertuan Agong.

Mahathir akan katakan bahawa Agong yang mahukan Salleh dipecat kerana Salleh didapati melanggar beberapa disiplin kehakiman dan sebagainya. Isu sebenarnya ialah perpecahan maha hebat dalam UMNO angkara beliau yang gilakan kuasa dan tamakkan harta dunia. Manakala Tengku Razaleingh Hamzah akan dipersalahkan mengakibatkan UMNO diharamkan dan beliaulah yang sebenarnya yang membela dan pejuang UMNO tulen.

Kemudian, beliau akan menulis lagi yang membicarakan tentang sistem keadilan dalam Negara ini. Masyarakat umum percaya bahawa sistem keadilan ini musnah di tangan beliau, di era beliaulah sistem keadilan menghadapi krisis keyakinan yang meluas seluruh dunia yang mana pihak eksekutif (beliaulah) yang mencampuri dan mempengaruhi sistem keadilan memihak kepada kerajaan. Skandal video tape Linggam menjadi saksinya. Suruhaniaya DiRaja yang dibentuk membuktikan yang beliau terlibat dalam memusnahkan sistem kehakiman di Malaysia. Hujah beliau sudah dapat dijangka. Beliau berhujah bahawa sistem keadilan cukup adil kerana ada kes yang kerajaan kalah.

Hujah ini merupakan hujah popular yang selalu dimainkan oleh beliau dan hujah ini juga sering dimainkan oleh para pemimpin UMNO haram jadah, babi laknatullah dalam mempertahankan sistem pilihan raya di Negara ini menyatakan bahawa pilihan raya di Negara ini dijalankan secara adil, telus, tidak ada penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa kerana pembangkang juga menang dalam pilihan raya dan UMNO juga kalah dalam pilihan raya. Pembangkang boleh menubuhkan beberapa buah kerajaan negeri dan UMNO hilang kuasa 2/3 di Parlimen. Dalih pak pandir. Melayu otak lembu pawah bolehlah UMNO perbodohkan.

Sejarah Memali juga dijangka Mahathir akan menuliskannya semula. Mahathir akan menyalahkan Musa Hitam yang terlibat dalam peristiwa Memali. Beliau tidak terlibat kerana beliau bercuti ke luar negara, Musa diberi tanggungjawab memangku jawatan PM ketika beliau ke luar negara menjalankan tugas rasmi. Pendek kata apa sahaja isu yang boleh menjejaskan nama baiknya akan dipadamkan.

Mahathir akan tulis semula sejarah bagi menggambarkan yang beliau adalah negarawan ulung. Mahathir takut generasi akan datang menghina dan mengkeji segala perbuatannya ketika dia berkuasa. Yang paling beliau takut apabila ada manusia yang akan kencing dan buang najis di atas kuburnya kelak. Mahathir faham benar dengan sejarah para pemimpin seperti dia. Selepas mati, pemimpin itu dihina dan dikeji. Menjadi tanggungjawabnya sendiri membersih namanya supaya generasi akan datang terus menghormatinya buat selama-lamanya.

Walau bagaimana bijak sekali pun, Mahathir tetap tidak berupaya membersih namanya dengan sepenuhnya. Barry Wain,bekas Editor Pengurusan Asian Wall Street Journal menulis buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times (Critical Studies of the Asia-Pacific). Sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri negara ini, Mahathir telah membazirkan RM100 bilion dalam skandal kewangan yang berlaku di zamannya, di samping kerugian langsung dalam berbagai skandal itu adalah berjumlah sekitar RM50 bilion. Namun, setiap yang yang dilupuskan, ada dua kali ganda kos yang tidak kelihatan. RM100 bilion jumlah kerugian itu adalah setara dengan US$40 bilion pada kadar pertukaran yang berlaku kemudian.

Mahathir dengan dasar gejala penyelewengan, pecah amanah, rasuah, nepotisma dan kronisma yang sudah menjadi ‘trademark’ pemerintahan Mahathir adalah punca utama berlakunya kemerosotan ekonomi pada tahun 1997 yang menghanguskan wang rakyat bernilai berbillion ringgit. Hutang-hutang syarikat-syarikat kroni seperti Renong, Berjaya Group, Land & General, YTL, Maxis dan lain-lain yang berbillion ringgit dan tidak mungkin terbayar tanpa bailout oleh beliau. Hutang Renong bernilai RM13 billion di’bailout’kannya kerana Renong ada hubungkait yang rapat dengan UMNO malah dikatakan sebagai 'flag ship' UMNO dalam dunia perniagaan.

Mahathir membangunkan ‘bubble economy’ dan rakyat dilalaikan dengan kemewahan yang palsu yang sebenarnya berteraskan pinjaman wang secara sewenang-wenangnya dari luar negara (yang menurut sesetengah pihak berjumlah US$360 billion, iaitu hampir satu trillion ringgit). Kerajaan dan syarikat-syarikat kroni telah memboroskan duit pinjaman tersebut dengan melaksanakan projek-projek mega yang diinginkan sangat oleh Mahathir, seperti pembinaan KLCC Twin Towers, yang menelan berbillion ringgit tetapi tidak ada pulangan ekonomi, malah membebankan negara dengan kos senggaraan dan hutang yang terlalu banyak.

Duit rakyat yang digunakan daripada sumber-sumber seperti Petronas, EPF dan Tabung Haji (dan juga dari budget kerajaan sendiri) untuk membailout syarikat-syarikat kroni tersebut tidak dimanafaatkan dengan betul tetapi dilarikan juga sebahagiannya ke akaun-akaun bank persendirian di negara-negara Barat. Ekonomi Malaysia di bawah Mahathir menghidupkan budaya pecah amanah, rasuah, salah urus wang, dasar membolot kekayaan, nepotisma dan kronisma menjadi warisan kini.

Mahathir membeli sepenuhnya United Engineers Malaysia Bhd (UEM) yang hampir bankrup itu dengan harga RM3.67 billion. UEM adalah anak syarikat kepada Renong Bhd, dan keputusan kerajaan untuk menguasai sepenuhnya UEM diakui sebagai langkah permulaan untuk seterusnya mengambil alih Renong Bhd yang juga hampir bankrup dengan hutang tidak terbayar sebanyak RM13 billion. Bailout UEM oleh Mahathir sebenarnya adalah satu lagi pengkhianatan wang rakyat oleh regim Mahathir ketika itu.

Ini hanya secebis kisah pengurusan ekonomi gaya Mahathir yang menimbulkan banyak skandal seperti skandal BMF, Daya Bumi, Melayu hilang Bank Bumiputra yang dicetus oleh Kongkres Bumiputra dan berbagai lagi skandal yang wujud dalam tempoh 22 tahun beliau memerintah.

Adalah agak sukar bagi Mahathir untuk memadamkan semuanya. Ia pasti menerima kutukan di hari kemudian. InsyaAllah.


“NYAHKAN UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

- Tun Telanai