Showing posts with label Yang Dipertuan Agung. Show all posts
Showing posts with label Yang Dipertuan Agung. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

Pemimpin BN Kedah biadab kepada Agong?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA


Catatan kejayaan paling besar dan bersejarah sepanjang tempoh satu penggal Pakatan Rakyat menerajui kedah ialah apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berangkat merasmikan Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil. Manisnya catatan ini ialah apabila ia berlaku di penghujung penggal, kira-kira tidak sampai sebulan sebelum PRU13 diadakan.

Sejak Pakatan mengambilalih pentadbiran kerajaan, KUIN menjadi isu yang paling mencabar disensasikan oleh pihak pembangkang. Selepas satu isu, muncul pula isu lain yang berbeza, semuanya berentetan dari awal hingga ke akhir penggal. Itulah 'bahananya' apabila Menteri Besar meletakkan misi dan visi yang terlalu besar terhadap KUIN. Projek besar, cabaran pun besar dan muncullah beraneka masalah. Mungkin sepatutnya Ustaz Azizan tidak meletakkan matlamat yang terlalu besar terhadap KUIN, maka tidak muncullah masalah. Tapi itu bukan cara berfikir orang yang berfikiran besar.

Natijah dari wawasan besar terhadap kepentingan pendidikan itulah maka wujud sebuah kampus bernilai RM330 juta di atas tapak seluas 330 hektar untuk fasa pertama. Semua mata yang memandang kampus yang tersergam indah itu sukar untuk mempercayai bahawa ianya bernilai RM330 juta, kerana di zaman BN dahulu dua buah logi pembersih air di Padang Sanai dan Lubuk Buntar yang dibina sudah bernilai RM220 juta! Inilah kelebihannya apabila golongan yang menjadikan 'sifar rasuah' sebagai polisi diberi amanah mentadbir negeri.

Beberapa hari menjelang perasmian KUIN oleh Yang di-Pertuan Agong, pihak tertentu sudah merasai kegelisahannya. Apa tidaknya, jika pemimpin nombor satu negara yang berangkat merasmikannya maka tiada suara-suara sumbang lagi yang berani mengkritik KUIN yang dibangunkan tanpa sesen pun wang kerajaan Persekutuan. Terdengar khabar angin di hujung telinga bahawa ada usaha melobi pihak tertentu supaya pihak Istana Negara tidak dilibatkan dalam upacara perasmian kampus induk KUIN.

Pelbagai alasan direka serta bermacam perancangan dibuat ke arah itu, tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Allah SWT mengtakdirkan Yang di-Pertuan Agong berangkat juga merasmikannya.

Akibatnya tokoh-tokoh politik BN di Kedah, kepanasan. Mereka dijemput oleh KUIN untuk hadir. Jika tidak menghadirkan diri, mereka dianggap biadab kepada Yang di-Pertuan Agong. Seandainya hadir pula, ia bermakna mengiktiraf kejayaan besar Pakatan Rakyat. Akhirnya para pemimpin BN Kedah memilih mudharat kecil berbanding mudharat besar. Mereka memilih untuk biadab kepada Yang di-Pertuan Agong dari memberi keuntungan politik kepada Pakatan. Bayangkan jika pemimpin kerajaan negeri dari Pakatan yang memboikot kehadiran seorang raja, maka media-media mereka akan memalu isu tersebut empat puluh hari empat puluh malam. Mereka akan berhujah, bidang pendidikan tidak wajar dipolitikkan. Tetapi oleh kerana yang biadab itu mereka, maka media talibarut BN pun buat-buat pekak badak.

Yang di-Pertuan Agong dalam titah perasminnya berpuas hati dengan perkembangan KUIN dan mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan yang telah berjaya membangunkan KUIN dengan gigih dan cemerlang. “Beta menghargai sokongan semua pihak dalam merealisasikan kejayaan ini. Dari segi bidang ilmuan dan kurikulum yang ditawarkan, KUIN telah berjaya melangkah lebih jauh, kini ianya telah menjadi institusi pengajian tinggi yang menyediakan program profesional seperti perubatan, kejuruteraan, multimedia, hospitality, kaunseling, perbankan dan kewangan Islam dan sebagainya, yang semuanya dilaksanakan secara Islamik, melalui proses Islamisasi ilmu melalui gabungan konstruktif, kreatif, inovatif dan komprehensif antara ilmu dunia dan ilmu akhirat,” titah baginda.

Di majlis tersebut Tunku Bendahara Kedah (Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah), Dato’ Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar AlHaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Wira Dr Affifudin Omar dilantik sebagai Pro Canselor. Ramai terkejut kerana kerajaan Pakatan melantik Afiffudin seorang veteran Umno sebagai pro Canselor. Beliau dilantik kerana professionalismenya di bidang pendidikan bukan kerana politik tetapi para pemimpin BN Kedah meletakkan politik lebih tinggi dari kepentingan pendidikan. Sebab itulah mereka memboikot majlis perasmian KUIN oleh Yang di-Pertuan Agong.

Wednesday, January 16, 2013

Sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah bermula Sabtu

Wartawan Sinar Harian
16 Januari 2013
Hari Keputeraan Sultan Kedah
Kain rentang Hari Keputeraan sudah mula dipasang di jalan utama sekitar bandaraya.
 
ALOR SETAR - Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ke-85 akan bermula Sabtu ini, dengan majlis bacaan Yasin dan doa serta jamuan kesyukuran di Masjid Zahir.

Sejurus itu, pelbagai acara rasmi diatur sepanjang Januari hingga April depan. Malah di jalan-jalan utama sekitar bandaraya ini, kain rentang pemberitahuan sudah dipasang bagi memaklumkan kepada rakyat.

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Majlis & Protokol), Mohamad Rizal Mohamad Radzi berkata, Istiadat Perbarisan Kehormat akan diadakan di Dataran Balai Besar, seawal 8 pagi, pada 20 Januari.

“Selepas pasukan kawalan kehormatan menyembahkan Hormat DiRaja, bendera Pemangku Sultan dikibarkan sebelum sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan,” katanya.
Acara kemudian diteruskan dengan Istiadat Menyembah Tahniah dan penganugerahan darjah-darjah serta bintang kebesaran di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit.

“Turut diadakan Majlis Jamuan Teh di pekarangan Istana Anak Bukit pada sebelah petang untuk dif-dif jemputan,” katanya.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dijangka mencemar duli hadir pada Majlis Jamuan Negeri di Istana Anak Bukit (21 Januari), selain majlis perasmian sebuah masjid serta Temasya Sukan Sungai yang dijadual berlangsung pada April.

“Lokasi Jamuan Rakyat masih dalam perbincangan dan akan diumumkan kelak. Tahun lalu, ia diadakan mengikut zon di tiga lokasi,” katanya.

Tuesday, April 10, 2012

Tuanku Abdul Halim selamat ditabal Yang di-Pertuan Agong

Tuanku Abdul Halim selamat ditabal Yang di-Pertuan Agong
KUALA LUMPUR -  Dengan sempurnanya lafaz ikrar sebagai Ketua Negara, Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah, 84, selamat ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 dalam satu upacara penuh istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu, di Istana Negara, di sini, hari ini.

Sebaik selesai kemuncak Istiadat Pertabalan itu, tiupan nafiri dan paluan nobat dengan lagu "Perang" bergema di Balairong Seri, dan para hadirin berdiri dan melaungkan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali, diketuai oleh pemangku Datuk Maharaja Lela Azwan Effendy Zairakithnaini.

Serentak itu juga, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia, diketuai Left Sabri Abdullah.

Istiadat Pertabalan yang berlangsung penuh berwarna-warni itu disaksikan kira-kira 900 orang tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing.

Turut menyaksikan acara gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri dari ketua-ketua Diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan lainnya. – Bernama

Saturday, April 7, 2012

Pertabalan Agong dirakam National Geographic

http://dinmerican.files.wordpress.com/2011/12/dymm-yang-pertuan-agong.jpg
KUALA LUMPUR - Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada Rabu ini menarik minat National Geographic Channel (NatGeo) untuk merakamkannya dalam bentuk filem dokumentari dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk siaran ke seluruh dunia.

Pengarah Produksi Finas, Subaidah Md. Top berkata ini kali kedua NatGeo membuat liputan seumpama itu. Kali pertama, istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13, Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu pada 2007.

Dalam liputan kali ini, NatGeo akan menumpukan kepada keunikan dan keistimewaan pelantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kedua kalinya.

Subaidah berkata, belum pernah dalam sejarah negara, Sultan atau Raja yang sama dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan itu di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

Tuanku Abdul Halim, pertama kali dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong (yang kelima) pada 1970 semasa berumur 42 tahun, dan kini dilantik semula sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.
"Dokumentari tersebut bakal menyingkap dengan lebih dekat mengenai kisah hidup Tuanku Abdul Halim itu sendiri," tambahnya.

Pihak produksi akan juga merakamkan aktiviti Tuanku selepas istiadat pertabalan, serta menemubual anggota kerabat serta kenalan rapat Seri Paduka.

"Seperti yang kita sedia maklum semasa Tuanku menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima, Perdana Menteri pada ketika itu ialah Tun Abdul Razak dan pada pertabalan kali ini pula anaknya Datuk Seri Najib Tun Razak pula yang memegang jawatan sebagai Ketua Eksekutif negara.

"Keunikan ini akan turut dipaparkan dalam filem dokumentari itu," katanya.

Subaidah berkata, semasa Tuanku menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima, negara baru saja melalui Tragedi 13 Mei 1969, dan berikutan itu negara diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Mageran melahirkan beberapa dasar penting Malaysia, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat.

"Seri Paduka kini bakal memimpin negara dalam satu era yang sangat penting di mana kerajaan sedang berusaha keras bagi mencapai status negara maju menjelang 2020. Itu yang kita mahu kongsikan dengan dunia," katanya.

Subaidah berkata penggambaran dokumentari ini telah bermula seawal Disember lepas lagi, semasa Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Tuanku.

"Namun selepas istiadat pertabalan pada Rabu depan, sesi penggambaran akan lebih agresif berikutan pelbagai acara telah disusun yang perlu dihadiri baginda dalam tempoh 10 hari dan dijangkakan tempoh penggambaran akan mengambil masa sekitar tujuh ke lapan bulan," katanya.

Beliau berkata, dokumentari ini juga akan menampilkan kepada dunia Istana Negara yang baru.

Subaidah berkata, Finas bertanggungjawab untuk memantau keseluruhan pergerakan produksi sehingga penerbitan dokumentari siap sepenuhnya.

"Ini termasuk hal berkaitan pre-procedure seperti menentukan lokasi penggambaran, bajet, skrip, pemilihan krew dan sebagainya," kata beliau.

Mengenai bajet, beliau berkata peruntukan bagi penghasilan dokumentari kali ini ialah sekitar RM700,000, sama seperti ketika Finas dan NatGeo menerbitkan dokumentari pertama berjudul 'Becoming A King' mengenai pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13, Tuanku Mizan.

Dokumentari 2007 itu yang disiarkan pada 29 Ogos tahun berkenaan, berjaya menarik penonton di kira-kira 250 juta kediaman di lebih 160 negara. - Bernama

Sunday, April 1, 2012

Temasya Sukan Sungai ke 81 meriah.. Tuanku serta PM dan MB Kedah memeriahkan majlis..

ALOR SETAR - Bagi meraikan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ke 84, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, kerajaan negeri sekali lagi menganjurkan Temasya Sukan Sungai 2012 kali ke 81.

Semasa temasya tersebut orang ramai terpukau apabila sembilan anggota tentera membuat terjunan dari ketinggian 8 ribu kaki ke arah sungai dan mereka juga terkejut apabila melihat dua buah kereta perisai kondor melepaskan tembakan ke arah kubu pertahanan berupa bangunan putih di Tanjung Chali untuk menggempur pengganas bagi menyelamatkan tebusan.

Dalam gimik pelancaran kali ini menyaksikan anggota tentera bertindak pantas menyelamatkan seorang pembesar yang dijadikan tebusan.

Akhirnya usaha mereka berjaya apabila kubu pertahanan berjaya ditawan dan tebusan dibawa menaiki bot dengan membawa dayung untuk dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Pada peringkat akhir temasya ini sebanyak sembilan kategori dipertandingkan dan menyaksikan pasukan Brunei muncul juara bagi ketegori Perahu Naga Jemputan Antarabangsa Medal B, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juara bagi kategori pasukan beruniform dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pula juara bagi ketegori Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun.

Manakala johan bagi ketegori Jabatan Agama Islam/Pejabat Zakat adalah jabatan zakat dan bagi kategori Istana Anak Bukit/Wisma Darul Aman/Yayasan Sultanah Bahiyah dimenangi oleh Wisma Darul Aman.
Selain itu, Indonesia juara bagi kategori Perahu Naga Jemputan Antarabangsa Medal A, Pegawai Tadbir Negeri Kedah juara bagi ketegori pegawai tadbir dan Daerah Pokok Sena juara bagi ketegori daerah.

Akhirnya acara kemuncak pada hari itu, menyaksikan pertandingan tiga penjuru, kategori juara antara juara iaitu di antara MADA, PDRM dan Daerah Pokok Sena. Setelah ketiga-tiga pasukan berentap akhirnya keputusan memihak kepada MADA.

Hadiah pada hari tersebut disampaikan sendiri oleh Yang Di-Pertuan Agong.
Antara yang hadir ialah Pengerusi serta Ahli-ahli Majlis Pemangku Raja, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, Menteri Besar, Dato’ Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak, para anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah serta lain-lain kenamaan.

Thursday, March 29, 2012

Tuanku Abdul Halim ditabalkan di istana baru

Tuanku Abdul Halim


KUALA LUMPUR - Buat julung kalinya dalam sejarah Malaysia, istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong akan diadakan di sebuah istana baru yang tersergam indah di atas bukit.  

Terletak di Jalan Duta, bangunan putih yang bercirikan 22 kubah kuning itu akan menyaksikan pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam satu majlis penuh istiadat dan gilang-gemilang pada 11 April ini.  

Istiadat pertabalan tujuh daripada 13 Yang di-Pertuan Agong sebelum ini telah diadakan di Istana Negara lama di Jalan Istana yang merupakan Istana yang diubahsuai daripada sebuah banglo milik jutawan dari China, Chan Wing.  

Istana Negara baru di Jalan Duta bersandarkan kepada senibina berprestij, Raja berpelembagaan, dan berdiri megah sebagai antara lambang pemerintahan raja berperlembagaan di Malaysia.
Penuh istiadat

Istiadat pertabalan yang hanya dapat disaksikan sekali dalam tempoh lima tahun akan diadakan di Balairong Seri Istana Negara yang bukan sahaja bakal menjadi tumpuan rakyat jelata malah dunia.  

Mengulas mengenai Balairong Seri, AR. Datuk (Dr) Nik Mohamed Mahmood Pengarah Urusan Kumpulan Senireka Sdn Bhd (KSSB) iaitu syarikat yang merekabentuk pelan Istana Negara berkata Balairong Seri bersama Dewan Santapan dan Surau yang terletak di Sayap Rasmi mampu menampung seramai 1,000 hadirin.  

Selain itu, di luar Balairong Seri dan Dewan Santapan pula terletak bilik Menunggu Diraja di lobi utama dan ruang legar tetamu yang besar akan turut digunakan bagi majlis pertabalan itu.  

Turut tidak terkecuali, bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja, bilik Singgahsana.


Senibina

Menurut Nik Mohamed, rekaan Istana Negara menyaksikan penggabungan antara konsep tradisional Melayu dan senibina Islam.   

Dibina atas tapak berkeluasan 106 hektar (241.3 ekar), keseluruhan pelan bangunan utama Istana Negara menghadap ke arah Kiblat dan dibahagikan mengikut aras dan sayap mengikut fungsi.  

"Aras utama dibahagikan kepada Sayap Rasmi dan Sayap Diraja. Aras di bawah terletaknya pula pejabat pentadbiran, dapur, stor dan ruang sokongan lain.   

Berbanding istana sebelum ini yang hanya mempunyai dua kubah, istana baru mempunyai 22 buah kubah dengan kubah utama mencapai ketinggian 60m seiring dengan kedudukan dan darjat Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong.  

Mengenai rekaan Pintu Gerbang Utama yang terletak pada jalan masuk dari Jalan Duta, ia direka bentuk khusus supaya mengukuhkan lagi simbol keagungan tempat bersemayam Ketua Negara Malaysia.   

Ia mempunyai ciri-ciri ukiran flora yang melambangkan bunga kebangsaan, Bunga Raya serta ukiran Islam.


Tiga laluan utama

Terdapat tiga laluan utama untuk memasuki Istana Negara Jalan Duta iaitu Pintu Gerbang Masuk Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta bagi kegunaan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Permaisuri-Permaisuri Baginda, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan.  

Pintu Gerbang Masuk Utama ini turut menempatkan Pengawal Istana dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja serta pengawal berkuda yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.    

Bagi pintu kedua yang terletak di Jalan Changkat Semantan adalah pintu masuk bagi kegunaan Tetamu Diraja serta tetamu jemputan bagi menghadiri sesuatu majlis di Istana Negara.  

Manakala pintu ketiga yang terletak di Jalan Sri Hartamas, Mont Kiara adalah pintu masuk bagi rakyat yang ingin berurusan dengan Seri Paduka serta Pentadbiran Istana Negara serta tetamu jemputan bagi menghadiri sesuatu majlis di Istana Negara.

Sukar

Sememangnya, tugasan melaksanakan rekaan itu bukanlah satu kerja yang mudah.   

Nik Mohamed berkata, bagi melaksanakan perancangan Istana Negara yang baru ini, pihak KSSB telah menerima banyak panduan dan nasihat daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang pada masa itu adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-12.  

Biarpun pernah berpengalaman dalam merekabentuk Istana Selangor di Kuala Lumpur, Istana Darul Ehsan di Putrajaya, namun akui Nik Mohamed tugasan kali ini adalah paling mencabar. - Bernama

Tuesday, December 13, 2011

Keprihatinan Tuanku Abdul Halim



KE BAWAH Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid dari tahun 1946 hingga 1949.

Semasa menuntut di situ, baginda pernah bersemayam di asrama Kolej Sultan Abdul Hamid dan bergaul dengan pelajar-pelajar daripada pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat.

Guru dan rakan sekolah menyifatkan baginda seorang yang berhemah tinggi, seorang yang bertolak-ansur dan tidak pernah berbangga diri, biarpun baginda ketika itu bakal raja Kedah.

Menurut tokoh sejarah Kedah, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof, baginda yang aktif dalam pasukan seragam kerap mengikuti perkhemahan termasuk di Gunung Jerai bersama-sama rakan-rakannya.

Sebagai seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, baginda berangkat ke England pada Februari 1949 untuk melanjutkan pelajaran di Wadham College, Oxford dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.

Semasa di England iaitu pada 6 Ogos 1949, baginda telah ditabalkan sebagai Raja Muda Kedah.

Sekembali ke tanah air pada tahun 1955, baginda berkhidmat di Pejabat Daerah Kota Setar dan Pejabat Perbendaharaan Negeri.

Baginda bertemu jodoh dengan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah pada bulan Mac 1956 di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Almarhumah merupakan puteri sulung Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Muhammad yang juga Yang di-Pertuan Agong pertama Persekutuan Tanah Melayu.

Hasil perkahwinan diraja itu, Tuanku berdua dikurniakan tiga puteri iaitu Datuk Seri Tunku Soraya, Tunku Sarina (mangkat) dan Tunku Panglima Besar Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Pada 9 Mac 1957, baginda dilantik sebagai pemangku Sultan Kedah kerana Almarhum Sultan Badlishah telah berangkat ke luar negara pada 12 Mac hingga Julai 1957.

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menaiki takhta pada 14 Julai 1958 setelah ayahanda baginda Almarhum Sultan Badlishah mangkat.

Pada 20 Februari 1959, baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Kedah ke-28 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Bahiyah sebagai Sultanah Kedah dalam satu istiadat gilang-gemilang di Balai Besar, Alor Setar.

Menurut sejarah, baginda merupakan Sultan Kedah Ke-2 ditabalkan mengikut istiadat. Sultan sebelumnya ialah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II atau Marhum Melaka, Sultan ke-22 (1804 hingga 1845) yang juga berlangsung di Balai Besar.

Istiadat perlantikan

Wan Shamsudin memberitahu, perlantikan Sultan Ahmad Tajuddin mengikut istiadat tercatat dalam manuskrip bertulisan jawi yang diterbitkan pada tahun 1805.

Tuanku Sultan dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-5 antara tahun 1970 hingga 1975.

Pada 21 September 1970, baginda dan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah dilantik secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Malik (Tuanku Bendahara yang kemudiannya bergelar Raja Muda) telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Kedah.

Pada ketika ini juga ayahanda saudara Tuanku, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah merupakan seorang putera raja yang berhemah tinggi. Baginda terkenal dengan pertuturan yang lemah-lembut dan bersopan santun. Baginda adalah seorang pemerintah yang dididik dari kecil dengan nilai-nilai pekerti dan tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama dan ilmu keduniaan yang luas.

Baginda amat mengambil perhatian hal ehwal agama dan rakyat jelata terutama yang menyentuh bidang kuasa baginda.

Keprihatinan baginda jelas terbukti apabila baginda berangkat setiap hari ke Wisma Darul Aman, Alor Setar iaitu pusat pentadbiran kerajaan negeri.

Baginda mahu merapatkan diri dengan kerajaan untuk memudahkan para pentadbir berunding dengan baginda tanpa mengambil masa menghadap di istana.

Menurut Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Menteri Besar boleh memberikan maklumat dengan mudah kepada baginda jika ada perkara mustahak yang perlu dibincangkan dan diselesaikan khususnya dalam menjaga keprihatinan rakyat jelata yang berada di bawah naungan baginda.

Hal itu diakui oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Kata beliau, baginda amat mengambil berat tentang pembangunan negeri dan kebajikan rakyat.


GAMBAR lukisan hitam putih Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang terdapat di Muzium Diraja Kedah di Alor Setar, Kedah.


Mesra rakyat

Baginda amat prihatin dengan tiga perkara iaitu hal berkaitan agama, Perkhidmatan Tadbir Awam Kedah (KCS) dan adat istiadat Melayu.

Tambahnya, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan berangkat ke pejabat kira-kira pukul 9 pagi dan pulang ke istana untuk bersantap dan kadangkala baginda berangkat semula ke pejabat pada sebelah petang.

“Sekiranya tiada urusan rasmi, baginda berkenan berangkat ke pejabat kerana semua fail dan dokumen berkaitan bidang kuasa baginda disimpan di sini,” kata Azizan.

Menurut Azizan, apabila bercakap baginda tidak lokek dengan senyuman dan teguran. Bahkan, baginda seorang yang penuh berhemah dan penuh diplomasi.

“Baginda seorang raja yang mesra dan tahu banyak perkara, jadi kita tidak boleh bohong baginda,” katanya memberitahu beliau merupakan menteri besar ke-11 di bawah pemerintahan Tuanku Abdul Halim.

Pada 26 Ogos 2003, Tuanku Sultanah Bahiyah mangkat di Istana Kuala Chegar, Anak Bukit.

Pada 9 Januari 2004 telah berlangsung satu istiadat gilang-gemilang pelantikan Yang Mulia Che Puan Haminah Hamidun sebagai Sultanah Kedah yang baharu dengan gelaran Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah.

Istiadat pelantikan itu disambut gembira oleh seluruh rakyat Kedah. Tuanku Sultanah Haminah dilahirkan di Bagan Serai, Perak dan berkahwin dengan Tuanku Abdul Halim pada 25 Disember 1975.

Selain golf, semasa muda Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah juga gemar bermain tenis dan billiard sehingga kini. Baginda masih bergiat aktif bersukan, namun baginda turut mempunyai hobi lain iaitu fotografi dan melancong.

Baginda juga telah berangkat ke Eropah pada tahun 1950 dan 1954 selain mengelilingi dunia pada tahun 1963.

Baginda juga amat berminat memelihara haiwan. Di Istana Anak Bukit, terdapat taman haiwan yang menempatkan pelbagai jenis burung kegemaran baginda dan haiwan lain seperti rusa dan kuda.

Baginda sendiri mengambil berat terhadap pengawasan binatang peliharaan setiap hari. Baginda seorang yang mencintai alam semula jadi dan sentiasa memberi perhatian kepada pemuliharaan flora dan fauna.


TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah, (tengah), Tuanku Haminah (kiri) dan Tunku Puteri Intan Safinaz bergambar di Cameron Highlands pada tahun 2007.


Pada 7 April 1994, baginda telah dipersembahkan dengan watikah pelantikan sebagai Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga kini. Baginda juga menjadi penaung diraja kepada pelbagai persatuan dan badan-badan bukan kerajaan di seluruh negeri Kedah.

Menyentuh soal Sultan Berjiwa Rakyat, Wan Shamsudin yang menjangkau usia 79 tahun ini ada kisahnya tersendiri.

Ujarnya, baginda tidak memilih makanan, malah sedia santap sebarang jenis makanan yang disajikan.

Katanya, beliau ada pengalaman mengenai hal itu ketika menjadi Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Sultan Abdul Hamid pada satu ketika dulu.

“Saya tanya baginda mahu makan apa pada majlis jamuan itu. Baginda bertitah, beta suka makan apa yang rakyat makan.

“Tuanku suka makan mi abu dan popia. Jadi saya pun bawa peniaga makanan itu pada majlis itu untuk dihidangkan kepada baginda,” katanya.

Rakyat Kedah berbangga iringi keberangkatan pergi Tuanku Sultan ke Istana Negara

E-mail

http://www.wartakedah.net/images/agong.jpg

ALOR SETAR, 13 Disember 2011 – Ribuan rakyat jelata pelbagai lapisan umur berkumpul sejak awal pagi bermula dari Istana Anak Bukit sehingga ke simpang Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim untuk meraikan keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim sempena perlantikan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke-14.

Rakyat jelata yang terdiri dari kakitangan Jabatan Kerajaan, pasukan beruniform, NGO, pemimpin-pemimpin masyarakat dan parti-parti politik yang datang dari seluruh Negeri Kedah sanggup berada ditempat yang ditentukan sejak subuh lagi. Selain itu, masyarakat kampung berhampiran turut keluar beramai-ramai mengambil peluang untuk bersama-sama meraikan keberangkatan baginda.

images/stories/Disember2011/img_0415.jpg images/stories/Disember2011/dsc_0723.jpg

Di samping itu pasukan gendang silat turut mengadakan pertunjukan memeriahkan suasana.

images/stories/Disember2011/dsc_2688.jpg images/stories/Disember2011/dsc_2683.jpg

Keberangkatan Baginda berdua dari Istana Anak Bukit diiringi bacaan doa dan laungan azan, di samping Nobat “Raja Berangkat” dimainkan.

images/stories/Disember2011/dsc_0697.jpg images/stories/Disember2011/dsc_0701.jpg

Sebaik ketibaan Baginda berdua di lapangan terbang , Kawalan Kehormatan mempersembahkan ‘Hormat DiRaja’ dan alunan lagu ‘Allah Selamat Sultan’ dimainkan.Tembakan meriam 21 das turut mengiringi ketibaan Baginda berdua sebaik sahaja lagu ‘NegaraKu’ selesai.

images/stories/Disember2011/dsc_2705.jpg images/stories/Disember2011/img_0409.jpg

Baginda turut berkenan melakukan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan sebelum berangkat ke Pesawat DiRaja untuk berlepas ke Kuala Lumpur.

images/stories/Disember2011/dsc_2709.jpg images/stories/Disember2011/dsc_2717.jpg

Bacaan doa oleh Sohibus Samahah Dato’ Mufti Kedah mengiringi keberangkatan Baginda berdua ke sana.

Menteri Besar dan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah turut mengiringi Baginda ke Istiadat Pertabalan yang berlangsung di Istana Negara.

Pertabalan KDYMM Sultan Kedah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dianggap sebagai sejarah Malaysia kerana Baginda pernah ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong pada tahun 1970 sehingga 1975.

Agong & Timbalan yang baru akan rapatkan Kedah dan Kelantan dengan Pusat

Agong baru akan rapatkan Kedah dan Pusat
Harakahdaily

ALOR SETAR, 13 Dis: Kerajaan negeri Kedah yakin, hubungan antara kerajaan negeri Kedah dengan Pusat selepas ini akan bertambah baik ekoran perlantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Demikian kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dalam sidang medianya semalam bagi mengucapkan tahniah kepada Tuanku Abdul Halim.

Ini adalah perlantikan yang kedua kalinya buat Tuanku Abdul Halim sebagai Yang DiPertuan Agung.

Bagi Azizan, pelantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim merupakan penghormatan bersejarah dan menjadi kebanggaan bagi seluruh rakyat Kedah.

Beliau berkata seluruh rakyat mendoakan agar baginda dan Sultanah Haminah Hamidun dilimpahi rahmat, dipanjangkan usia, sihat sejahtera serta dapat memerintah dengan penuh kedaulatan dan keamanan.

"Akan tetapi, rasa bangga patik-patik sekalian bercampur hiba, berat rasanya hati untuk berjauhan dengan seorang raja pemerintah, tempat sekalian patik bergantung harap selama ini," katanya ketika berucap pada Majlis Istiadat Pelantikan Jemaah Pemangku Sultan di Istana Anak Bukit di sini semalam.

Azizan berkata beliau mewakili seluruh anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, anggota-anggota perkhidmatan awam serta seluruh rakyat berikrar akan taat setia mencurahkan tenaga dan fikiran bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negeri itu.

Katanya agenda kerajaan negeri bagi menjamin kebajikan rakyat akan terus didokong dan hubungan baik dengan kerajaan persekutuan akan terus dijaga.

"Pastinya pesanan serta pandangan Tuanku yang konstruktif, galakan dan tunjuk ajar kepada kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat serta menekankan supaya keadilan, keamanan terus ditegakkan menjadi suntikan dan panduan bagi patik mengemudikan pentadbiran negeri," katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut merafak sembah tahniah kepada Tuanku Abdul Halim.

Katanya, perlantikan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong baru bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyat negeri Kedah malah seluruh rakyat di negara ini.

"Kita memohon kesejahteraan kepada Tuanku untuk memerintah Malaysia.

"Kita harap pemerintahan baik Tuanku di Kedah akan disebarkan ke seluruh Malaysia," katanya.

Timbalan Agong

Sementara itu, rakyat Kelantan menyambut baik perlantikan Sultan Kelantan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, yang dilantik Timbalan Yang di-Pertuan Agong, merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati penduduk negeri itu.

Tengku Muhammad Faris Petra, 42, putera sulung Sultan Ismail Petra, yang sering membahasakan diri baginda sebagai "kita", telah menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010.

Baginda yang gemar turun padang termasuk ke kawasan pedalaman serta perkampungan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli, sering membahasakan diri baginda sebagai "kita".

Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Okt 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat yang dikenali sebagai berbaju "gumbang", berkopiah putih ketika melawat rakyat.

Sultan Abdul Halim lafaz sumpah Agong


Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berangkat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pagi ini, bagi menghadiri istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

NONEKetibaan Tuanku Abdul Halim bersama Sultanah Haminah Hamidun pada pukul 9.07 pagi disambut oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais.

Seramai 29 anggota dan pegawai dari Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja mengadakan kawalan kehormat setempat.

Baginda berdua kemudian berangkat ke Dataran Parlimen di Kuala Lumpur untuk sambutan penuh istiadat.

Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja di Istana Negara pada 14 Okt lalu sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa hari ini.

Ini adalah kali kedua Tuanku Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas kali pertama pada 21 Sept 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 Sept 1975.

Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

Sambutan

Di Kuala Lumpur, keberangkatan tiba Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Haminah di Dataran Parlimen di Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi disambut dengan tiupan nafiri oleh 20 anggota dari Rejimen Kedua Kor Armour Diraja.

NONEPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman menyambut keberangkatan tiba baginda berdua.

Baginda berdua kemudian diiringi ke peterana, melintasi pasukan kawalan tombak, diikuti dengan persembahan tabik "Hormat Diraja" oleh pasukan kawalan kehormat dan disusuli lagu Negara Ku oleh pasukan pancaragam pusat Rejimen Askar Melayu Diraja yang dipimpin Leftenan Nor Azizan Yahaya.

Serentak dengan itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan dan diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.
Tuanku Abdul Halim kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormat terdiri daripada 103 pegawai dan anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Muhammad Abdullah.

Istiadat negara itu diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan disusuli dengan tabik 'Hormat Diraja' serta lagu Negaraku.

Lafaz sumpah

Baginda berdua kemudian menerima menghadap menteri-menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan sebelum berangkat ke Istana Negara di Jalan Duta untuk istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

NONETuanku Abdul Halim kemudiannya melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara.

Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Kali pertama ialah dari 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 semasa berusia 43 tahun.

Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara Merdeka pada 31 Ogos, 1957.

Istiadat hari ini merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar, yang mula beroperasi pada 15 November lalu.

Pengisytiharan

Berikut ialah pengisytiharan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 yang dibacakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan di Istana Negara di Kuala Lumpur hari ini:

"Bahawasanya adalah diperuntukkan oleh Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan bahawa hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-raja:

Dan bahawasanya menurut peruntukan Jadual Ketiga kepada Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja telah mengisytiharkan Beta dipilih memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Maka oleh yang demikian Beta, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'azam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, dengan ini mengisytiharkan bahawa Beta pada hari ini telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dan telah mengangkat sumpah yang dikehendaki oleh Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mengikut cara yang ditetapkan oleh Perkara itu.

Diperbuat di Istana Beta, Istana Negara, di Ibu Negara Beta di Kuala Lumpur pada tiga belas haribulan Disember dalam tahun dua ribu sebelas."

Senarai Agong

Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong:

1) Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Mangkat: 1 April 1960 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama)
Ditabal: 2 Sept 1957
Tempoh Jawatan: 3 Ogos 1957 - 1 April, 1960

2) Sultan Selangor
Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'iddin Sulaiman Shah
Mangkat: 1 Sept 1960
Ditabal: 1 Sept 1960 (mangkat beberapa jam sebelum ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua)
Tempoh Jawatan: Menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong sejak 4 April 1960 berikutan kemangkatan Tuanku Abdul Rahman)

3) Raja Perlis
Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
Mangkat: 16 April 2000
Ditabal: 4 Jan 1961
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1960 - 20 Sept 1965
(Raja paling muda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu pada usia 40 tahun)

4) Sultan Terengganu
Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
Mangkat: 20 Sept 1979
Ditabal: 21 Sept 1965
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1965 - 20 Sept 1970

5) Sultan Kedah
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Ditabal: 20 Feb 1971
Tempoh Jawatan: 21 Jan 1970 - 20 Sept 1975

6) Sultan Kelantan
Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Mangkat: 29 Mac 1979
Ditabal: 28 Feb 1976
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1975 - 29 Mac, 1979

7) Sultan Pahang
Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
Ditabal: 10 Julai 1980
Tempoh Jawatan: 26 April 1979 - 25 April 1984

8) Sultan Pahang
Sultan Mahmood Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail
Mangkat : 23 Jan 2010
Ditabal: 15 Nov 1984
Tempoh Jawatan: 15 April 1984 - 25 April 1989

9) Sultan Perak
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Ghafarullahulahu Shah
Ditabal: 18 Sept, 1989
Tempoh Jawatan: 26 April 1989 - 25 April 1994

10) Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Mangkat : 27 Dis 2008
Ditabal: 22 Sept, 1994
Tempoh Jawatan: 16 April, 1994 - 25 April, 1999

11) Sultan Selangor
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah
Mangkat: 21 Nov 2001 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-11)
Ditabal: 23 Sept 1999
Tempoh Jawatan: 26 April 1999 - 21 Nov 2001

12) Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Ditabal: 25 April 2002
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2001 - 13 Dis 2006

13) Sultan Terengganu
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Ditabal: 26 April 2007
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2006 - 12 Dis 2011

14) Sultan Kedah
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah (Dilantik untuk kedua kali)
Ditabal:
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2011

- Bernama

Monday, December 12, 2011

Pelantikan Yang DiPertuan Agong kali kedua adalah penghormatan bersejarah

http://www.wartakedah.net/images/kenangan%20tuanku.jpg

ALOR SETAR, 12 Disember – Pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong ke-14 merupakan satu penghormatan bersejarah bagi kali kedua dan menjadi satu kebanggaan kepada Kerajaan Negeri dan juga rakyat.

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri DiRaja Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, bagi memastikan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan negeri Kedah yang tercinta, beliau dan juga kepimpinan negeri, anggota-anggota perkhidmatan awam serta rakyat berikrar dengan penuh taat setia mencurahkan tenaga dan fikiran bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negeri ini terus terjamin.

“Patik serta rakyat berdoa agar KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah sentiasa dilimpahi rahmat, dipanjangkan usia, sihat sejahtera serta memerintah dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan keamanan di atas takhta singgahsana Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis Istiadat Pelantikan Jemaah Pemangku Sultan di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, di sini.

Menurutnya, agenda Kerajaan Negeri ialah bagi menjamin kebajikan rakyat terus didokong, hubungan baik Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan akan terus dijaga serta mengekalkan perpaduan antara pelbagai kaum di kalangan rakyat di negeri ini.

Menteri Besar memberitahu, pastinya, pesanan serta pandangan KDYMM Tuanku Sultan Kedah selama ini yang sentiasa memberi pandangan yang konstruktif, memberi galakan dan tunjuk ajar kepada Kerajaan Negeri bagi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat sekalian serta menekankan supaya keadilan, keamanan terus ditegakkan di negeri Kedah yang dicintai, menjadi suntikan serta panduan bagi patik mengemudikan pentadbiran negeri.

“Patik sekali lagi dengan penuh hormat dan takzimnya melafazkan persembahan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah atas pelantikan sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong ke-14,” tambahnya.

Thursday, July 7, 2011

Bersih 2.0: Titah nasihat Agong kejutkan pemimpin Umno

KUALA LUMPUR, 8 Julai — “Kebebasan” Yang di-Pertuan Agong dalam isu berkaitan Bersih 2.0 dan perkenan menerima pertemuan wakil gabungan itu awal minggu ini telah mencetuskan kebingungan di kalangan ahli politik Umno termasuk beberapa menteri pentadbiran Najib, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, mereka kecewa dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (gambar) perkenan menerima rombongan diketuai Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan menghadap atas alasan ia berlaku di luar kuasa perlembagaan.

Pegawai-pegawai kerajaan juga mengesahkan wujud siri “tarik tali” dalam urusan menyediakan titah kenyataan antara istana dan pentadbiran Najib sebelum Istana Negara mengeluarkan pendiriannya lewat Ahad lalu.

“Beberapa ahli politik merasakan bahawa kenyataan Agong seharusnya telah menggunakan perkataan-perkataan yang sangat tegas terhadap Bersih 2.0. Dan, beberapa menteri juga kecewa apabila Agong menerima (kehadiran) Ambiga,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Seorang menteri Kabinet mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa perbezaan pandangan wujud ketika mesyuarat Kabinet mingguan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Mereka merasakan Agong bukan merupakan sayap eksekutif dan Agong tertakluk kepada sistem raja berperlembagaan di mana beliau bertindak atas nasihat perdana menteri.

“Jadi, kebanyakan menteri merasakan bahawa ini dilakukan tanpa pengetahuan perdana menteri. Tetapi perdana menteri tahu, jadi sebenarnya, ia satu tanggapan salah,” kata menteri berkenaan.

Menteri itu menambah mereka merasakan sedemikian memandangkan sehari sebelum itu Putrajaya telah memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.

Malah menteri itu menambah, persetujuan Agong untuk bertemu dengan Ambiga seolah-olah memberi gambaran bahawa baginda tidak mengiktiaf kedudukan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.

“Tetapi jika anda melihat dari sudut lain, Agong tidak bertemu dengan Bersih 2.0. Baginda membenarkan Ambiga sebagai seorang individu untuk bertemu . . . bukan sebagai wakil Bersih, sebab ia satu pertubuhan haram.

“Jadi, pertemuan Agong dengan Ambiga tidak menjadi Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang sah . . . ia tidak bermakna Bersih 2.0 kini sebuah pertubuhan yang sah. Tiada mekanismes sedemikian, anda masih perlu mendaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu,” katanya.

Menteri itu mengesahkan kerajaan sebenarnya telah menyediakan titah campur tangan minggu lalu tetapi tidak bersetuju bahawa baginda telah meminda dan mengeluarkannya tanpa memberi notis kepada pentadbiran Najib.

“Tidak benar. Ia telah diteliti dan perdana menteri sedar (tentang teks titah),” kata menteri itu.

Dalam titah kenyataan Ahad lalu, Tuanku Mizan bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 — diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”

“Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik,” titah baginda dalam satu kenyataan.

Titah baginda itu muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat.Himpunan Bersih 2.0 dirancang untuk diadakan esok.

Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.

“Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora,” titah baginda.

“Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara,” titah baginda.[Malaysian Insider]

Tuesday, July 5, 2011

Nik Aziz: ‘Agong umpama ibu bapa tempat rakyat adu keluh kesah’


KUALA LUMPUR, 6 Julai — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin merakamkan “setinggi-tinggi” tahniah kepada baginda atas nasihat dalam perhimpunan anjuran Bersih 2.0 Sabtu ini.

Ahad lalu, baginda bertitah agar rakyat dan kerajaan menyelesaikan setiap isu termasuk Himpunan Bersih 2.0 menerusi perundingan.

Semalam, baginda perkenan menerima pertemuan sekretariat Bersih 2.0, sekali gus membawa kepada keputusan membatalkan perhimpunan di jalan sebaliknya hanya akan diadakan di stadium.

Baginda juga dilaporkan perkenan menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia dilihat kali pertama penganjur satu-satu perhimpunan terbuka mengadakan pertemuan dengan Istana Negara dan membawa kepada jalan penyelesaian.

Nik Aziz (gambar) juga berkata beliau juga mempersembahkan pendirian bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihan raya yang adil tidak akan mendatangkan huru-hara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

“Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil telah diberi ampuni untuk menghadap Tuanku pada pagi ini (semalam) dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihan raya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya.

“Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

“Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin dalam Perlembagaan Malaysia,” kata Nik Aziz dalam surat terbukanya yang disiarkan oleh Harakah Daily hari ini.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS kini berada di Mekah untuk menunaikan umrah.

Beliau yang akan kembali ke tanah air pada Ahad ini mengutuskan surat itu sebagai respons kepada titah Yang di-Pertuan Agong berhubung perhimpunan aman Bersih 2.0 Sabtu ini.

Surat itu bertarikh 5 Julai.

Kata Nik Aziz, “sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik.”

Nik Aziz juga berkata, Yang di-Pertuan Agong juga umpama “ibu bapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah.”

“Semoga Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah s.w.t. dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata... di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah s.w.t.,” kata Nik Aziz.

Monday, July 4, 2011

J/Kuasa BERSIH 2.0 sedang mengadap Seri Paduka sekarang tanpa ahli POLITIK....!!


Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 dijadual akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ini di Istana Negara.

Peremuan itu dipercayai bagi membincangkan mengenai perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

NONEMenurut sumber yang rapat dengan pihak penganjur, tidak ada ahli politik yang akan menyertai pertemuan berkenaan.

Menurut wartawan Malaysiakini yang menunggu di perkarangan Istana Negara, pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin adalah antara yang kelihatan menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sejak jam 1.30 petang tadi.

Mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan dilaporkan masuk pada jam 1.55 petang tadi.

NONEKira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.

[Berita penuh menyusul]

Iktibar kepemimpinan tulen untuk Najib

oleh Wira Arjuna



Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai BERSIH 2.0 memperlihatkan ketokohan dan kepemimpinan yang didahagakan oleh rakyat sekian lama.

Kematangan Seri Paduka Baginda dalam menyampaikan pendirian berhubung perhimpunan aman itu sekaligus mendinginkan hati rakyat dan menyejukkan keadaan yang semakin panas akibat kenyataan-kenyataan Perdana Menteri dan tangkapan-tangkapan polis terhadap penyokong BERSIH 2.0.

NONEDalam kenyataan yang ringkas tetapi padat, Tuanku Mizan menintahkan supaya adalah lebih elok perhimpunan BERSIH 2.0 dibatalkan kerana ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan, walaupun niatnya baik.

Pada masa sama, Seri Paduka Baginda mengingati Najib dan kerajaan pimpinan beliau terhadap keperluan menggalas amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bertanggungjawab.

Titah baginda: “Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasanpun.

NONE“Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

“Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik”.

Tersasar hayati ucapan

Walaupun media arus perdana menganggap titah Tuanku sebagai tamparan kepada penganjur perhimpunan BERSIH, mereka tersasar dalam menghayati semangat ucapan Seri Paduka Baginda.

Apa yang dinyatakan oleh Baginda amat jelas: biarlah segala permasalahan diselesaikan menerusi dialog dan rundingan yang telus dan adil supaya ia tidak mencetuskan sesuatu keadaan yang tidak diingini.

NONESayugia diingati BERSIH telah berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk lebih setahun sebelum memutuskan untuk menganjur perhimpunan aman pada Sabtu ini.

Namun SPR tidak melayan rungutan-rungutan 62 Pertubuhan Bukan Kerajaan yang bergabung di bawah naungan BERSIH.
Justeru, masalah seperti puluhan pengundi berlainan kaum berdaftar menggunakan alamat sama, pengundi biasa ditukar menjadi pengundi pos tanpa pengetahuan mereka hanya secebis daripada kepincangan yang dikesan dalam daftar SPR.

NONEApabila rundingan antara SPR dan BERSIH gagal, sepatutnya Perdana Menteri sendiri harus mengambil iktibar untuk memberikan perhatian kepada rungutan-rungutan yang dibawa oleh BERSIH.

Namun ini tidak dilakukan. Perdana Menteri sebaliknya menfitnah pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga sebagai musuh Islam semata-mata kerana menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang peguam dalam kes murtad Lina Joy.

Mencetuskan ketegangan

PERKASA dan Pemuda Umno digerakkan untuk menganjur perarakan bagi menandingi perhimpunan BERSIH hanya untuk mencetuskan ketegangan.

NONEMasjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya pula diwajib membaca khutbah Jumaat yang melabelkan penganjur BERSIH sebagai pelampau yang sanggup mencederakan anggota pasukan keselamatan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam pula mendakwa beliau tidak dapat mengawal pesilat pertubuhan kebangsaan yang dipimpinnya daripada bertindak keras terhadap peserta BERSIH 2.0.

Rasanya tidak perlu mengulas mengenai kenyataan-kenyataan Ibrahim Ali atau dalang-dalang yang melancarkan demostrasi jalanan di Pulau Pinang atau yang membuat laporan polis terhadap BERSIH 2.0.

kedah pkr arrested by police bersih 020711 01Pada masa sama, polis turut dikerah untuk menangkap beramai-ramai sesiapa sahaja yang memakai baju berlogo BERSIH. Lebih 200 orang ditahan dan pejabat seketariat BERSIH diserbu dan ratusan baju T dirampas.

Pemimpin-pemimpin pembangkang yang menyokong gerakan BERSIH disoalsiasat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan. Enam orang termasuk ahli parlimen Sungei Siput Dr D Jayakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.

Rakyat terima padah

Tanpa menunggu hasil siasatan, Jeyakumar dan rakan-rakannya dituduh oleh polis sebagai cuba menghidupkan fahaman komunis menerusi BERSIH.

NONESiapakah yang harus bertanggungjawab kerana menimbulkan ketegangan ini?

Apakah yang dilakukan oleh BERSIH sehingga mengundang tohmahan dan tindakan polis sebegitu?

Adakah BERSIH melancarkan walaupun satu perhimpunan yang menggunakan kekerasan atau memusnahkan harta benda sebagai tindak balas? Tidak. Namun mereka yang menyokong gerakan itu menerima padah kerana terpalit dengan tohmahan yang direkayasa.

Ketika Malaysia memerlukan kebijaksanaan, kematangan dan kepemimpinan untuk menangani tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh BERSIH, Perdana Menteri memilih untuk menggalakkan budaya samseng dalam cubaan terdesak untuk menakut-nakutkan pendokong BERSIH 2,0.

rustam ali silat group bersih 2Fitnah disebarkan menerusi khutbah Jumaat dan media arus perdana. Ugutan demi ugutan dibuat oleh persatuan pesilat dan “patriot-patriot” lain dengan restu Perdana Menteri dan Menteri Umno yang lain.

Amat sukar untuk meneka kenapa Najib tidak memilih untuk berdialog dengan penganjur BERSIH 2.0 tetapi bertindak untuk melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap mereka dengan menggunakan institusi media, polis dan masjid.

Aktivis tersohor

Jika beliau begitu bingkas berdialog dengan pemimpin-pemimpin Kristian tidak lama dahulu untuk meredakan kemarahan penganut agama berkenaan bersabit fitnah penubuhan negara Kristian, kenapa pula Perdana Menteri menjauhkan diri daripada penganjur BERSIH 2.0?

NONEHarus diingati, BERSIH 2.0 bukan merangkumi Pertubuhan Bukan Kerajaan sembarangan. Ia dibarisi oleh aktivis-aktivis tersohor yang sudah lama bergiat menyuburkan proses demokrasi di negara ini dan memerangi rasuah serta mendokong keadilan.

Selain daripada bekas Presiden Majlis Peguam S Ambiga, nama-nama seperti Maria Chin Abdullah, Marina Mahathir dan Zaid Kamaruddin harus meyakinkan kita akan keikhlasan gabungan ini mahukan sebuah pilihanraya bebas dan adil demi manfaat rakyat.

Nama-nama ini juga tentunya memberi keyakinan bahawa mereka bukan golongan yang sanggup bergerak di bawah telunjuk mana-mana pihak, khususnya pembangkang.

NONESayang, Najib kehilangan peluang keemasan untuk memperlihatkan kepemimpinan pada saat yang amat diperlukan.

Beliau berpeluang untuk meredakan keadaan, dan mengajak BERSIH 2.0 untuk berdialog secara ikhlas dengannya.

Tawaran jengkel

Namun beliau memilih jalan mudah untuk “melepaskan” segala aparatus kerajaan bagi menanam hasad dengki rakyat terhadap Bersih 2.0 dan menzalimi penyokong tertentu gabungan itu.

Rakyat hanya menarik nafas lega apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tampil untuk mengemudi jalan keluar daripada sebuah keadaan yang semakin gawat dengan pancaroba dan bahaya.

azlan“Berdialog secara ikhlas dan elakkan tindakan yang boleh merugikan negara,” itu antara teras titah Tuanku Mizan.

Apa pula jawapan Najib kepada titah diRaja itu:

“Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat... buatlah, tidak menjadi masalah”

Kenyataan itu yang dibuat di depan pegawai-pegawai kerajaan semalam adalah tawaran yang menjengkelkan kepada penganjur BERSIH 2.0. Ia juga menyerlahkan kualiti kepemimpinan Perdana Menteri Malaysia keenam Datuk Seri Najib Razak.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.