PUTRAJAYA - Seramai 245,376 pendatang asing tanpa izin (Pati) didaftar sehingga tengah hari semalam, sejak hari pertama pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) bermula Isnin lalu.
Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim berkata, pendaftaran dibuat melalui 197 pejabat Imigresen dan 1,934 kaunter pendaftaran dikendalikan 336 syarikat pengurus.
Mengenai aduan syarikat pengurus yang mendakwa gagal beroperasi akibat masalah teknikal, Alwi berkata, kementerian mengenal pasti antara lainnya berpunca daripada komputer milik syarikat pengurus yang menggunakan sistem operasi tidak sepadan berbanding keperluan perisian digunakan untuk pendaftaran program itu.
Alwi berkata, bermula semalam, lebih 100 kakitangan teknologi maklumat di kementerian diarah turun ke lapangan untuk memantau operasi syarikat pengurus dan membantu menangani masalah teknikal, jika masih ada.
Beliau berkata, jika terdapat masalah dihadapi, pihak berkaitan boleh menghubungi Bilik Gerakan KDN di talian 03-88868110/8112.- Bernama
No comments:
Post a Comment