LABU BESAR - Seorang warga emas di Kampung Keda Bagan Sena di sini, tidak dapat bergerak berikutan keadaannya yang uzur dan menghidap pelbagai penyakit.
Warga emas berkenaan Majid Ahmad, 82, berkata, dia tinggal di kampung itu sejak 16 tahun lalu. Walaupun mempunyai anak tetapi mereka tinggal berjauhan dan mempunyai keluarga.
Katanya, dia sudah menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan dan ia digunakan untuk menampung keperluan harian dan kos perubatannya.
Dia yang mengalami ketumbuhan di perut setelah menjalani pembedahan tahun lalu takut untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital kerana bimbang akan dibedah semula.
“Pakcik sudah lama bersendirian. Alhamdulillah penduduk terutama jiran banyak membantu. Mereka yang akan menghantar makanan kepada pakcik untuk berbuka puasa.
"Dalam keadaan pak cik yang uzur tidak banyak yang dapat pak cik lakukan selain duduk di rumah.
“Selain masalah ketumbuhan di perut, mata dan telinga pakcik juga sudah kabur,” katanya.
Pengerusi Pekida kawasan Labu Besar, Mohd Nordin Ismail berkata, masih ramai dalam kalangan warga emas yang belum menerima bantuan dan meminta kerjasama JKM untuk memastikan mereka yang layak menerima dibantu segera.
Katanya selain warga emas, ibu tunggal dan keluarga daif tidak seharusnya dipinggirkan.
“Kita kena bantu semua pihak dan jangan terlalu bergantung kepada badan bukan Kerajaan (NGO) untuk mengetengahkan setiap masalah yang berlaku. Pemimpin politik seharusnya turun padang untuk memastikan keperluan kumpulan miskin tegar ini mendapat perhatian.
“Selain itu, Majlis Ketua Kampung (MKK) dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) seharusnya menyenaraikan nama mereka terlibat,” katanya.

No comments:
Post a Comment