Datuk Seri Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat. Dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut biometrik. Ini satu tuduhan yang liar dan cuba mengalih isu yang sebenar, kerana penipuan perjalanan pilihanraya semakin terserlah.
Beberapa keraguan penggunaan biometrik:
- Penggunaan biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak. Ini bukan isu dan tuntutan Bersih.
- Apakah data di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR telah dibersihkan. Berapa ribu orang yang sudah mati masih ada di dalam daftar pemilih. Apabila ditanya kepada SPR, mereka menjawab kerana waris tidak beri surat mati menyebabkan nama di dalam daftar masih ada. Jika zaman kecanggihan IT, SPR gagal untuk on line dengan Jabatan Pendaftaran Negara apa yang hendak diharapkan senarai pemilih yang bersih.
- Apa jaminan sistem biometrik yang boleh di on line serentak dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada hari pilihanraya. Adakah kemampuan, pengkalan data dapat berfungsi dengan baik. Cuba bayangkan sekarang guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang sibuk untuk isi markah secara on line mengalami masalah kerana kelembapan serve Kementerian Pelajaran. Bilangan guru lebih 500 ribu sahaja. Cuba bayangkan bagaimana fungsi biometrik untuk hendak menampung keperluan pada hari pilihanraya yang hampir 10 juta pengundi.
- Ada setengah jari tidak boleh dikesan melalui alat tersebut. Apakah ini bukan satu penginayaan kepada rakyat yang berhak untuk mengundi. Mereka akan dinafikan hak mereka kerana alat tersebut tidak boleh diakses di jari mereka.
- Apakah mampu biometrik digunakan di kawasan pendalaman terutama Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kelengkapan eletrik.
Ust Idris Ahmad
Penulis adalah ahli jawatankuasa PAS
No comments:
Post a Comment