Wednesday, August 17, 2011

Kesal Blogger2 UMNO Palsukan Dokumen Kerajaan Tempatan

tuan/Puan/Cik Editor,

Saya merujuk kepada laporan Harakahdaily bertarikh 17 August 2011 bertajuk “Sita Gereja: Blogger UMNO Tipu”.

Artikel itu melaporkan seorang blogger UMNO bernama Papagomo telah memalsukan sepucuk surat yang dikatakan dokumen rasmi Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), yakni sebuah kerajaan tempatan. Blogger UMNO ini juga dengan berani mengaitkan beberapa pimpinan negeri Selangor seperti YB Nik Nazmi, YB Teresa Kok, YB Elizabeth Wong dan YB Khalid Samad kepada surat palsu itu, kononnya mereka-mereka ini telah menghalang MBPJ dari menyita Gereja Methodist Damansara Utama.

Saya merasa amat terkejut bagaimana blogger2 yang pro UMNO ini begitu berani memalsukan dokumen rasmi kerajaan walaupun ianya kerajaan tempatan. Adakah berbohong dan berdusta telah menjadi sikap asas kepada blogger-blogger ini?

Mengapa mereka tergamak memalsukan surat rasmi kerajaan tempatan MBSJ sebegitu sekali.

Saya juga terkejut bagaimana Papagomo tidak bersikap cermat di dalam memalsukan surat tersebut. Ini kerana surat palsu tersebut meletakkan Gereja Methodist itu terletak di Damansara Utama sedangkan gereja tersebut terletak di Seksyen 13 Petaling Jaya.

Saya menyokong tindakan pegawai-pegawai MBSJ melaporkan pemalsuan ini kepada pihak polis. Saya juga berharap pihak polis menyiasat serta mendakwa Papagomo dan rakan-rakan kerana memalsukan dokumen rasmi kerajaan. Elok rasanya Papagomo dan kawan-kawan beliau merengkok dalam penjara kerana pemalsuan yang telah mereka lakukan itu.

Saya juga menyokong hasrat kesemua yang dikaitkan dalam laporan palsu itu untuk menyaman Papagomo dan rakan-rakan. Samanlah sampai ke tahap berjuta-juta sebagai tauladan kepada blogger-blogger UMNO yang lain supaya berhenti memfitnah dan berdusta

BLOGGER BERAKHLAK

No comments:

Post a Comment