Monday, August 1, 2011

Tekan BN agar laksanakan pembaharuan dalam pilihan raya negara

SHAH ALAM 26 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengakui bahawa ia tidak mempunyai kuasa dan hanya bertindak berdasarkan keputusan kerajaan dalam pelaksanaan akta pilihan raya di negara ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menegaskan, SPR hanya melaksanakan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Kerajaan sekarang (Barisan Nasional (BN)) yang menentukan undang-undang serta peraturan pilihan raya yang dilaksanakan oleh SPR.

“SPR hanya badan yang mengendalikan pilihan raya tetapi kami tidak mempunyai kuasa untuk mengubal atau menentukan undang-undang atau peraturan-peraturan pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Siri Wacana Sinar bertajuk ‘Apa Selepas 9 Julai’ anjuran Kumpulan Karangkraf di ibu pejabat syarikat media itu disini hari ini.

Siri Wacana itu turut menampilkan Presiden Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk S. Ambiga dan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Shamsul Amri.

Wan Ahmad dalam rayuannya juga menegaskan, jangan menjadikan SPR sebagai musuh sebaliknya orang ramai perlu mengadakan kerjasama dengan suruhanjaya itu bagi menekan kerajaan BN untuk melaksanakan pelbagai pembaharuan dalam undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya.

Tegas beliau, sekiranya ini dapat dilaksanakan maka Malaysia mungkin akan dapat undang-undang ataupun peraturan pilihan raya yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment