Saturday, October 8, 2011

Aduhai Bajet 2012..Negeri kedah tak pernah banjir ka sampai tak ada peruntukan Projek Tebatan Banjir

Bajet 2012, tidak jejas Umno Kedah

JITRA - Bajet 2012 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen, kelmarin tidak menganaktirikan Kedah untuk Projek Tebatan Banjir (PTB).

Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, keciciran Kedah daripada menerima peruntukan PTB seperti dinikmati Perlis, Perak dan Johor juga tidak menjejaskan peluang Umno Kedah untuk merampas kembali Kedah daripada Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, Umno Kedah memahami perbelanjaan membiayai projek menyelesaikan masalah banjir di Kedah amat besar selain memerlukan masa agak panjang untuk dilaksanakan.

“Buat masa ini, Kerajaan Pusat memberi keutamaan kepada Perlis terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah banjir di sana dan saya yakin Kedah juga akan mendapat manfaat daripada apa yang diterima Perlis,” katanya selepas melancarkan Bilik Pameran Nasir Interior Decoration di sini, semalam.

Mukhriz berkata, rakyat Kedah perlu melihat pelbagai faedah dari aspek lain seperti peruntukan pembangunan Langkawi lebih RM400 juta bagi meningkatkan industri pelancongan.

Mukhriz menegaskan, terdapat perkara dikhususkan kepada Kedah seperti bantuan nelayan dan perumahan, terutamanya rakyat yang masih hidup di bawah garis kemiskinan.[Sinar Harian]

1 comment:

  1. Biasa la... Nak tutup tipu, kena menipu la jugak caranya... Orang tak cerdik saja sokong penipu...

    ReplyDelete