Tuesday, October 11, 2011

Terus sokong Pas, nafi buat ugutan - Pang Chaw

KOTA BHARU - Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw menafikan berita yang mendakwa sayap itu enggan menyokong parti itu jika hukum hudud dilaksanakan

Malah beliau juga menafikan dakwaan bahawa ahli DHPP akan meninggalkan Pas.

“Saya nafi sekeras-kerasnya laporan akhbar semalam. Sebagai salah seorang pengasas kelab penyokong Pas yang kini menjadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian,” tegas beliau.

Menurutnya, laporan akhbar semalam tidak tepat kerana beliau tidak mungkin dapat menghalang 20,000 anggotanya daripada terus menyokong perjuangan Pas.

Pang Chaw berkata, beliau akan terus bersama Pas kerana percaya masalah berhubung perlaksanaan hudud ada jalan penyelesaiannya.

“Umpama membina rumah dengan mengorbankan wang, masa dan tenaga, tiba-tiba saya bertindak membakarnya hanya kerana sedikit bocor di bahagian dapur...tidak mungkin.

“Kalau saya tidak setuju dengan Pas, saya boleh ‘pindah ke rumah lain’ dan bukannya memberi ugutan akan keluar daripada sayap parti itu secara beramai-ramai,” katanya.

Katanya, beliau tidak menolak hudud tetapi hanya mahu pimpi:nan Pas memberi tumpuan kepada perkara lain terlebih dahulu sebelum melaksanakannya.

:DHPP mempunyai kira-kira 20,000 ahli dengan 70 peratus daripadanya daripada kaum India, 20 peratus Cina manakala 10 peratus daripada kaum lain.

No comments:

Post a Comment