Lihat kembali keperluan PTB
PEDU - Kerajaan Pusat perlu melihat kembali keperluan Projek Tebatan Banjir (PTB) untuk Kedah walaupun ia tidak disenaraikan dalam Bajet 2012.
Ketua Umno Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, apa yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah bajet tahunan untuk diuruskan sepanjang tahun depan.
Menurutnya, walaupun PTB di Kedah tiada dalam senarai bajet namun ia masih di bawah bidang keberhasilan utama ekonomi negara dan diletakkan di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.
“Sebenarnya terdapat dua projek yang dikemukakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kepada pusat iaitu infrastruktur tanaman padi serta PTB meliputi dua pakej kawasan Sungai Kedah dan kawasan Sungai Pendang Sala ke Yan,” katanya selepas menyertai gotong royong membaiki dua titi gantung di Kampung Musa, di sini.
Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Terap merangkap Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Ghazali Ibrahim dan 100 orang penduduk.
Mahdzir yang juga Adun Pedu berkata, kedua-dua kawasan itu akan diletakkan sebagai kawasan rancangan PTB kelak.
Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, banyak perkara terkandung dalam Bajet 2012 yang memberi impak positif dan negatif kepada Kedah, terutama apabila tercicir daripada menerima peruntukan PTB yang hanya dinikmati Perlis, Perak dan Johor.
Dalam perkembangan menbabitkan Peruntukan Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi berjumlah RM420 juta melalui Bajet 2012, beliau berkata ia akan digunakan untuk meningkatkan infrastruktur pulau berkenaan.
Beliau berkata, tumpuan akan turut diberikan kepada kerja pembersihan di tempat tertentu termasuk kawasan rekreasi yang menjadi perhatian pelancong ke pulau peranginan itu.
“Peruntukan besar itu akan meliputi naik taraf jalan, meningkatkan kemudahan bidang berkaitan sistem telekomunikasi, bekalan tenaga elektrik serta merangkumi sistem pengangkutan,” katanya.

No comments:
Post a Comment