YAN - Kerajaan negeri Kedah akan membina sebuah Sekolah Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi sebagai sebahagian usaha menjadikan negeri itu sebagai pusat ilmu terkemuka.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pihaknya telah mengenal pasti tanah yang sesuai untuk dijadikan tapak pembinaan bangunan sekolah berkenaan.
"Bajet kita telah buat dan tanah telah ada seluas 12.21 hektar di Pulau Tuba. Pada masa ini seramai 50 orang pelajar tahfiz tingkatan satu sedang belajar di bangunan sekolah sementara di Kulim," katanya kepada pemberita pada majlis sumbangan bantuan kepada 302 pelajar institusi pengajian tinggi awam dari kerajaan negeri di sini hari ini.
Beliau berkata sekolah itu disasarkan kepada pelajar cemerlang lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 50 orang pelajar sedia ada yang merupakan kumpulan pertama sekolah berkenaan.
Azizan berkata kos membina bangunan sekolah itu dianggarkan menelan belanja melebihi puluhan juta ringgit iaitu termasuk peruntukan membina asrama, makmal dan pelantikan para guru. [Sinar Harian]
Monday, November 7, 2011
Kedah akan bina Sekolah Tahfiz Sains di Langkawi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bagus la kedah dah ada maahad tahfiz sains ni...harap akan lebih berkembang pesat..
ReplyDeletehttp://dzuandiey.blogspot.com
alhamdulillah... perbanyakkan sistem sekolah agama seperti Kerajaan Kelantan sekolah mahaadnya dibawah Yayasan Islam Kelantan. Perbanyakkan sekolah model YIK agar ekonomi negeri terus berkembang pesat.
ReplyDeleteAlhamdulillah ... diharapkan Kerajaan Kedah mengikut langkah seperti Kerajaan Kelantan dengan meletakkan sekolah tersebut dibawah Yayasan Islam Kelantan. Tidak sukar untuk mengaplikasikankannya.
ReplyDeleteKedah terdapat banyak sekolah agama rakyat sekiranya Yayasan Islam dapat berbincang dengan pentadbir sekolah-sekolah tersebut untuk memperkasakan dan menjadikan sekolah tersebut sebagai Mahaad Tahfiz dari segi kos bangunan dapat dijimatkan.
Saya pernah berbincang dgn Ust Sufian pengasas sekolah agama rakyat di Pendang mengenai perkara ini. Beliau telah melontarkan ide tersebut . Diharapkan Kerajaan Kedah dapat merealisasikan impian tersebut.