ALOR SETAR - Wawasan 2020 cetusan Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak banyak menyokong pembangunan orang Melayu, dan situasi ini membimbangkan berikutan wujud anasir-anasir negatif yang rancak mengancam kedudukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
Presiden Pertubuhan Setiakawan Pembangunan Ummah Malaysia (Setiakawan Malaysia), Datuk Mat Nanyan Saad berkata, matlamat Wawasan 2020 lebih kebaratan, yang hanya membangunkan aspek fizikal semata-mata.
“Dalam wawasan itu tiada nilai-nilai ke arah bangunkan negara Islam. Tanpa gandingan aspek fizikal dan rohani, agak sukar untuk kita bertahan. Saya bukan menentang wawasan itu, tetapi harapan saya kita tidak jadi seperti Mat Jenin atau Lebai Malang,” katanya.
Menurutnya, sekiranya dalam wawasan itu tidak menjaga kepentingan orang Melayu, tidak mustahil kaum itu kini dalam proses berkubur.
“Kena pelihara perpaduan dan kebajikan orang Melayu dari sekarang, jangan dicemari unsur yang boleh pecah belahkan umat Islam dan Melayu, termasuk masyarakat majmuk di negara ini. Ini termasuk mengekang program berunsur perpecahan kaum, seperti Seksualiti Merdeka yang secara halus merosakkan minda,” katanya.
Mat Nanyan yang juga bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff berkata, pihaknya bimbang matlamat Wawasan 2020 boleh menjejaskan negara, sekiranya kuasa Melayu semakin terhapus selain menjejaskan institusi Diraja.
“Semoga kita benar-benar membina ‘istana’ pada tahun 2020, dan bukannya menempah keranda untuk pengebumian kita (Melayu),” katanya.
Mengulas kata-kata Mahathir bahawa orang Melayu akan hilang kuasa dalam 10 tahun akan datang sekiranya tidak bersatu, dan berpecah kepada beberapa kelompok sehingga menjadi kumpulan minoriti dalam negara, Mat Nanyan berkata, perkara ini perlu diberi perhatian serius.
“Pada 1991, Mahathir mahu kita jadi negara maju menjelang 2020, selepas 20 tahun kemudian, Mahathir juga berkata pada 2020, kita akan hilang kuasa. Saya bimbang ia berlaku jika sekarang kita terlalu berlembut dan tidak sepakat,” katanya. [Sinar Harian]
Monday, November 7, 2011
Wawasan 2020 pinggirkan orang Melayu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sejak bila pulak PAS memperjuangkan Melayu? itukan asobiah...Nik Aziz pun tidak mengaku ianya seorang Melayu...malu oooo.
ReplyDelete