"Bagaimana pula dengan anggota keselamatan kita antaranya tentera, polis, bomba dan lain-lain pasukan yang tertera kalimah Allah dan Muhammad pada pakaian seragam mereka baik yang Islam mahu pun yang bukan Islam yang masuk ke tandas dengan kalimah tersebut.
Seperti apa yang saya tulis sebelum ini : Dalam hati saya terdetik, bagaimana pegawai bukan Islam ini memakai kalimah Allah tersebut dan menggunakannya semasa ke tandas, selanjutnya di http://waghih.blogspot.com/2011/10/jeneral-kita-masuk-tandas-pakai-kalimah.html
Erykah Badu: Wira Perkasa serah memorandum kepada KDN
29/02/2012 PUTRAJAYA 29 Feb. - Wira Perkasa hari ini menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mendesak supaya lesen akhbar The Star dibatalkan kerana tindakan kali kedua akhbar itu menyiarkan gambar yang didakwa menghina Islam secara terang-terangan. The Star baru-baru ini menyiarkan gambar seorang penyanyi wanita Amerika Syarikat, Erykah Badu yang mendedahkan bahagian atas dadanya, yang tertera tatu bertulis “Allah”, dan sebelum ini akhbar itu juga pernah menyiarkan menu masakan babi pada Ramadan lepas.
Konsert Erykah Badu di ibu negara malam ini dibatalkan - Rais
KUALA LUMPUR, 28 Feb. - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, konsert artis itu dibatalkan setelah didapati melanggar garis panduan Puspal dan syarat-syarat kelulusan iaitu menyentuh sensitiviti agama, bangsa serta nilai budaya masyarakat Malaysia. "Tindakan mempamerkan simbol 'Allah' dan 'Nabi Muhammad SAW' dalam pertunjukan hiburan tidak boleh diterima oleh umat Islam." katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment