Saturday, March 17, 2012

Peserta Kem Anak Soleh puas hati dapat manfaat

JITRA – Rata-rata pelajar yang ditemui pada program Kem Anak Soleh (KAS) yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah, Sungai Korok, di sini melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana dapat menyertai kem berkenaan.

Seorang pelajar, Ainun Najwa Sari, 11, dari Sekolah Kebangsaan Seri Muda melahirkan rasa gembira kerana dapat bertemu dengan rakan-rakan yang lain pada program yang diadakan itu.

“Program yang diadakan ini secara tidak langsung dapat melahirkan permata ayah bonda serta meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan pelajar,” ujarnya.

Seorang pelajar, Aisya Ayunee Mohd Azmi, 11, yang merupakan anak sulung daripada dua adik-beradik menyatakan bahawa kem yang diadakan pada kali ini mampu memberi semangat kepadanya untuk berjaya dalam pelajaran.

“Setiap pembelajaran yang diajar pada program ini akan saya pergunakan dengan sebaiknya dan berharap rakan-rakan yang lain dapat turut serta dalam kem seperti ini,” katanya.

Seorang pelajar, Mohd Azhan Zaki Othman, 12, dari Sekolah Kebangsaan Langgar memberitahu, KAS yang dianjurkan ini mampu mendidik pelajar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

“Seboleh-bolehnya, saya ingin menjadikan program ini sebagai satu landasan terbaik dalam usaha mencapai kejayaan dalam pelajaran,” jelasnya.

Seorang pelajar, Mohd Helmi Mohd Faisal, 11, dari Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai berkata, kem ini mampu membentuk satu generasi pelajar yang berilmu pengetahuan.

“Ibu dan ayah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyertai kem seperti ini,” ujarnya.

Seorang pelajar, Najla Murni Ramle, 11, yang merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik begitu gembira kerana dapat menyertai kem berkenaan.

“Kem yang diadakan ini amat baik sekali dan saya akan menyertai program seperti ini pada masa akan datang,” katanya.

No comments:

Post a Comment