Monday, March 5, 2012

RM1.7 juta untuk bantuan persekolahan tahun ini

http://esinar.kedah.gov.my:8987/image/baner_bru.gif

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM1.7 juta untuk bantuan persekolahan kepada setiap keluarga miskin yang berdaftar dengan e-Sinar pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, YB. Abd Ghani Ahmad berkata, setiap keluarga miskin berkenaan akan menerima sebanyak RM100.

“Bantuan yang diberikan itu diharap dapat meringankan beban yang terpaksa dihadapi oleh golongan itu,” ujarnya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga turut memperuntukkan bantuan kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“Bagi pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA di peringkat Diploma, mereka menerima bantuan sebanyak RM200 manakala di peringkat Ijazah sebanyak RM400,” katanya.

Beliau menjelaskan, bagi tahun 2011, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam telah menyampaikan sumbangan IPTA berjumlah RM28,000.

Di samping itu, tambahnya, Kerajaan Negeri juga turut menyampaikan bantuan Kafalah dalam DUN Ayer Hitam iaitu sebanyak RM500.

No comments:

Post a Comment