Oleh MOHAMAD SHUKRI ABD HAMID
MUNGKIN ramai yang tertanyatanya, kenapa kemiskinan masih terus wujud walaupun sudah lebih 54 tahun Umno-BN memerintah? Jawapannya, Umno sememangnya tidak pernah berminat dan bersungguhsungguh untuk menghapuskan kemiskinan di negara kita.
Hal ini kerana, dengan adanya rakyat yang miskin, maka mereka boleh digula-gulakan dengan 1001 jenis bantuan dan seterusnya mengikat mereka agar terus mengundi dan menyatakan sokongan terhadap Umno-BN.
Rakyat yang miskin ini mulalah ditabur dengan rasuah wang ringgit seperti pemberian Rm500. Namun bagi saya,ia bukanlah satu usaha yang bijak dan berkesan untuk membantu rakyat yang sedang terbeban dengan masalah kos sara hidup yang melambung tinggi.
RM500 bukanlah sesuatu nilai yang cukup tinggi untuk kita menyandarkan sepenuh kepercayaan dan harapan kepada perasuah dan peropak negara.
No comments:
Post a Comment