KUBANG PASU – Pekan Nat Kuala Jerlun yang menjadi tempat tumpuan orang ramai pada hari Jumaat khususnya telah mendapat perhatian YB Ustaz Abd Ghani Ahmad apabila beliau turun padang melihat sendiri masalah yang sering dihadapi di pekat nat tersebut.
ADUN Ayer Hitam, YB Ustaz Abd Ghani Ahmad berkata, pekan nat ini adalah tempat menurunkan ikan segar serta tempat tumpuan orang ramai menyebabkan kini ianya menjadi semakin padat.
Beliau berkata demikian semasa dihubungi bagi mengulas mengenai tinjauannya ke pekan nat tersebut.
“Saya risau melihat keadaan ini kerana jika berlaku apa-apa kemalangan seperti kebakaran pada hari tersebut maka ianya akan menjadi kesukaran kepada pihak bomba untuk melaluinya disebabkan jalan yang terlalu sesak.
“Oleh itu, pada hari ini saya bersama-sama Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu, Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia turun melihat sendiri masalah-masalah yang berlaku di sini,” terangnya.
Beliau bersyukur kerana selepas tinjauan tersebut dilakukan terdapat perkembangan positif dari pihak yang bertanggungjawab apabila jawatankuasa penambahbaikan gerai-gerai akan berbincang untuk melakukan penambahbaikan di tapak nat ini dan ianya akan dilakukan secepat mungkin.
No comments:
Post a Comment