Showing posts with label Datuk Johari Abdul. Show all posts
Showing posts with label Datuk Johari Abdul. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Ahli Parlimen Sg Petani gesa orang politik dan blogger hentikan sentimen perkauman.

Inilah Dalang Sebar Fitnah Insiden Sg. Petani


KUALA LUMPUR 19 Dis: Umno menerusi bloggernya paling berperanan memainkan sentimen perkauman dalam insiden Sungai Petani, Kedah kononnya untuk menyatupadukan orang Melayu, kata Datuk Johari Abdul.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu mengulas khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah tersebut.Jelas Johari, ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan samseng tetapi berita itu sengaja disebar oleh Umno melalui media sosial seperti facebook, twitter dan sistem pesanan ringkas (SMS) dan menyatakan insiden berkenaan merupakan pergaduhan antara kaum.

"Apa yang kita lihat, blogger Umno paling kuat mainkan sentimen perkauman. Ia adalah percubaan Umno kononnya untuk mengembalikan perpaduan orang Melayu, menampakkan seolah-olah ditindas kaum lain,” katanya kepada Keadilan Daily.

“Saya juga hairan apabila orang Sungai Petani sendiri tak tahu mengenai hal itu, tapi orang luar berlebih-lebihan menyampaikan berita yang tak betul ini,” katanya.Menurut Johari, polis turut memaklumkan keadaan di Sungai Petani terkawal dan tiada kematian.

Hanya kecederaan ringan melibatkan ahli kumpulan yang bergaduh.“Ia hanya helah untuk mengambil kesempatan di atas kejadian yang langsung tiada kena-mengena dengan perkauman,” tegas beliau.“Saya minta mana-mana ahli politik hentikanlah semarak sentimen perkauman kerana ia langsung tidak memberi anda kemenangan. Jangan sampai keamanan negara tergadai,” serunya. ~kd

Thursday, October 13, 2011

Rakyat menggelupur dengan Harga Barang

Dewan Rakyat 6 Okt 2011 – Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Dato’ Johari Abdul [Sungai Petani]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, rakyat di luar sana menggelupur dalam keadaan harga barang. Ini bukan cerita harga rumah mewah atau kereta. Harga hendak makan, ini. Harga barang makin meningkat. Kadang-kadang supply barang dalam market pun tidak ada.

Jadi, adakah kementerian akan mencadangkan kepada kerajaan supaya gunakan kaedah yang telah pun digunakan oleh banyak negara-negara di dunia ini bagi memberikan food coupon kepada mereka yang berpendapatan – low income group ini. Kadang-kadang kita bagi subsidi. Subsidi gulakah, subsidi minyakkah. Subsidi ini dienjoy oleh semua orang. Orang miskin pun dapat subsidi, orang kaya pun dapat subsidi. Akan tetapi kalau food coupon, dengan agensi yang kita ada, kita boleh control. Kenapa tidak kementerian fikirkan supaya rakyat yang betul-betul susah itu mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat.
Adakah kementerian fikir untuk mencadangkan kepada kerajaan? Terima kasih.

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim [ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II ]: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasihlah Yang Berhormat membangkitkan dari segi food coupon dan terima kasih juga ada beberapa cadangan yang kami terima melalui portal dan juga email telah mengatakan supaya kita mengadakan food coupon atau food stamp. Dia samalah. Yang Berhormat, itu memang satu langkah atau cadangan yang baik tetapi sebelum kita betul-betul dapat mengimplementasikan food coupon, rasanya senarai orang-orang yang miskin, orang yang betul-betul kita perlu bantu harusnya dikemas kini dengan begitu baik. Ini kerana Yang Berhormat juga sedia maklum kita pernah hendak melaksanakan SUBUR Yang Berhormat ya dan didapati banyak kelemahan atau ruang di mana ramai yang kompelin di mana ramai nama-nama di situ tidak sepatut atau tidak seharusnya berada di dalam senarai itu.

Akan tetapi insya-Allah Yang Berhormat, kerajaan Barisan Nasional dan semua kita inilah sebagai wakil rakyat harus sama-sama membantu supaya senarai ini memang adalah senarai yang sahih, yang telah dikemaskinikan dan mungkin satu langkah seperti Yang Berhormat katakan tadi, subsidi ini dienjoy oleh semua orang. Akan tetapi kalau food coupon atau food stamp, ia akan betul-betul pergi kepada mereka yang harus kita bantu.

Akan tetapi Yang Berhormat, itu adalah cadangan yang baik yang memang telah insya-Allah, akan
dipertimbangkan kecuali mekanisme ini kita harus halusi lagi. Terima kasih.

Soalan asal No. 1. Datuk Abd. Rahman Bakri [Sabak Bernam] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan langkah dan usaha kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah di negara ini bagi menghadapi kos kehidupan yang semakin meningkat dan membantu golongan terbabit tidak tercicir daripada arus pembangunan dengan program transformasi yang dilaksanakan kerajaan sekarang.

Thursday, June 30, 2011

Dok cabar apanya mamat tu YB Johari oi...!!!

Papagomo dicabar tayang video penuh

KUALA LUMPUR – Pengendali blog Papagomo, dicabar menayangkan keseluruhan rakaman video ketika Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyaksikan video seks didakwa libatkan pemimpin pembangkang.

Johari berkata, beliau terpanggil untuk menerangkan isu ini memandangkan video klipnya didedahkan selama dua minit di blog itu mendapat pelbagai tafsiran.

“Benar saya bersama Datuk T tonton video klip selama 22 minit, kononnya pelaku seks itu adalah Anwar. Perlu diingat, saya juga individu yang menafikan individu di dalam video klip itu Anwar.

“Malah, saya beberapa kali membuat sidang media berhubung perkara ini, sekiranya saya tidak menonton video itu, bagaimana mahu menafikan semua tuduhan dilemparkan terhadap Anwar?,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Mengulas mengenai aksinya mesranya bersama ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullahl, bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dalam rakaman itu adalah disebabkan mereka memiliki hubungan rapat, malah beliau menghormati Shuaib sebagai bapa saudaranya.

“Saya juga bekas UMNO, hubungan mesra sesama kawan tidak pernah putus.

“Bagaimanapun, apa yang memeranjatkan setelah lihat video itu, saya melakukan kajian selama 34 hari dan membuat kenyataan itu bukan Anwar, ada berita mengatakan saya cakap itu Anwar, bukankah ia bercanggah dengan pendirian saya?,” katanya.

Johari sekali lagi menegaskan, sekiranya benar beliau ditawarkan RM50,000 sebagaimana didakwa Papagomo, beliau meminta tayangan mengenai tawaran itu disiarkan.

“Tunjuk semua video itu, bukan setakat dua minit, kami tonton video seks itu 22 minit, ditambah dengan waktu berbual, hampir setengah jam.

“Saya kesal bila diperangkap begini. Saya ada reaksi tersendiri apabila menonton video itu, tapi bukan sebab itu Anwar, ia berkenaan dosa,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, beliau mengetahui siapa Papagomo dan sekiranya dalam tempoh terdekat polis gagal menangkapnya, ia terbukti konspirasi.

“Saya kenal siapa Papagomo, orang UMNO sendiri beritahu identitinya, malah saya mendapat maklumat Papagomo adalah dalam kalangan ahli UMNO. Jadi, ini adalah jenayah terancang.

“Gerak kerja Datuk T serta tulisan dan video dipaparkan di blog Papagomo seiringan. Ia seolah-olah satu jenayah terancang. Jadi, sekiranya Papagomo gagal ditangkap, ia adalah tamparan hebat kepada pihak berkuasa,” katanya.

Johari bersama Datuk T dikatakan sedang menonton video seks yang didakwa membabitkan ketua pem:bangkang di Hotel :Flamingo, Ampang.

Tuesday, June 28, 2011

Papagomo kata Johari Abdul mintak sejuta... saman ja blogger tu bang Joe..jika dia merapu!!

Video seks: Hati nurani saya jelas, kata Johari

Ahli Majlis Tertinggi PKR Johari Abdul menolak dakwaan penulis blog pro-Umno bahawa beliau meminta wang bagi tugas menyakinkan ahli parlimen Pakatan Rakyat supaya menonton video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

parliament briefing 030408 johari abdul"Hati nurani saya jelas,” kata Johari yang juga ahli parlimen Sungai Petani, apabila ditemui di lobi parlimen hari ini.

Johari hari ini dituduh oleh blog Papagomo cuba mendapatkan RM100,000 sebagai 'bayaran pelincir' bagi menjalankan tugas itu.

Penulis blog itu juga menuduh beliau cuba meminta RM1 juta bagi setiap ahli parlimen yang berjaya yang dipujuknya menonton video itu.

Papagomo tidak membekalkan bukti bagi mempertahankan dakwaannya tetapi hanya menyiarkan klip video yang memaparkan Johari menonton video seks berkenaan dengan kumpulan trio 'Datuk T'.

NONEBeliau dilihat sedang bergurau dengan kumpulan Datuk T dan bergelak ketawa sepanjang klip dua minit itu.

Adalah dipercayai klip video berkenaan dirakamkan pada 21 Mac di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari yang sama Datuk T menayangkan video itu kepada sekumpulan wartawan dan editor terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara.

Datuk T adalah nama samaran yang sebelum ini digunakan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKAS Datuk Shuaib Abdul Lazim.

Ditanya mengapa beliau sebegitu tenang semasa tayangan itu, Johari berkata beliau rasa 'rileks' kerana merasakan sesuatu yang tidak kena.

“Saya suspek yang saya dirakamkan sebab itu saya banyak tersenyum,” jelasnya.

Lebih-lebih lagi, kata Johari, beliau mengenali Rahim sejak zaman mereka bersama di Umno manakala Shuib adalah bapa saudaranya.

“Saya seorang MP lah bagaimana harus saya bertindak? Patutkah saya menanggis?” soalnya lagi.

Friday, June 24, 2011

Video Sex versi Johari Abdul..!!







Anggota parlimen Sungai Petani MP Johari Abdul hari ini mengeluarkan versi seks video yang disunting kepada media untuk menunjukkan keraguan sekitarnya.

NONEIa sekali gus bagi membuktikan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah lelaki dalam video itu.

Tindakan itu sebagai respons kepada laporan pakar Amerika Syarikat bahawa lelaki dalam video itu menyerupai Anwar.

Johari (bertali leher), antara yang terawal menonton video itu pada 21 Mac lalu, berkata demikian dalam sidang media bagi menguatkan dakwaannya bahawa lelaki dalam video itu bukan Anwar.

Dalam video itu, beliau bertindak sebagai pengulas yang membangkitkan keraguan demi keraguan.Lelaki X

'Versi video itu akan dimuatnaik ke Youtube selepas jam 4 petang ini. PKR juga akan menjual VCD dalam ceramahnya bermula hari ini.

Versi yang ditayangkan di hadapan 15 wartawan itu menunjukkan perbandingan fizikal antara Anwar dan juga pelaku di dalam video seks tersebut.

NONEJohari mendakwa pelaku video itu - yang dirujuk sebagai lelaki X - berperut boroi, berhidung mancung dan berdada lusuh, manakala Anwar mempunyai hidung agak 'pesek' dan pendek.

Semasa perbandingan hidung dibuat juga, kelihatan gambar Tan Sri Thambi Chik diletakkan di sebelah gambar Anwar, seolah-olah ingin mencadangkan bahawa bekas ketua menteri Melaka itu sebagai lelaki X.

Ditanya pemberita, Johari bagaimanapun menafikan menuduh sesiapa dan sekadar menunjukkan hidung mancung Rahim.

Shamsul: Tuduh Datuk T, ulas Anwar

Menurut Johari, beliau turut membuat satu kajian di Thailand untuk membuktikan kewujudan teknologi yang mampu mengubah wajah individu.

“Saya memilih untuk menjadi P Ramlee. Wajah saya dan allayarham P Ramlee amat berbeza.

"Jurusolek mengambil masa 4 jam dan inilah hasilnya,” katanya sambil menunjukkan wajahnya yang seiras seniman ulung itu.

Johari juga berkata bertanggungjawab sepenuhnya atas penghasilan video itu.

NONE"Ini apa yang saya percaya. Ini bukti yang saya ada," katanya.

Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin yang mempertikaikan perjalanan mahkamah pagi tadi ketika trio Datuk T didakwa.

“Pertuduhan terhadap tiga orang ini (Datuk T) tetapi ulasan terhadap DSAI (Anwar),” katanya yang juga seorang peguam.

“Saya juga pertikaikan mengapa mereka walaupun telah dijatuhi hukuman dan dikenakan denda tetapi sebelum membayar denda lagi mereka juga telah dilepaskan.

"Itu bercanggah dengan prinsip perjalanan perbicaraan,” katanya lagi.

MP PKR tunjuk ‘dokumentari’ video seks buktikan Anwar bersih


PETALING JAYA, 24 Jun — Pemimpin PKR Datuk Johari Abdul petang ini mempertahankan ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) bahawa beliau bukan si pelaku dalam rakaman video seks yang ditayangkan oleh ‘Datuk T’ tiga bulan lalu sambil berkata ada “seribu kemungkinan” mengenai identiti individu terbabit.

Menjawab hujah dikemukakan di mahkamah pagi tadi, wakil rakyat itu menunjukkan kepada pemberita satu “dokumentari” video seks buatan sendiri, di mana beliau merupakan “hosnya”.

Tengah hari tadi, trio Datuk T menegaskan walaupun dijatuhkan hukuman kerana menayangkan bahan lucah, namun mereka menyifatkan ia “satu kejayaan” apabila dapat menyampaikan kepada rakyat identiti sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketiga-tiga Datuk T diijatuhkan didenda RM5,500 atas kesalahan menayangkan rakaman video seks yang si pelakunya didakwa mirip Anwar.

Ketika prosiding pagi tadi, kesemua mereka iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan.

Tegas beliau, pihaknya akur dengan keputusan yang dibuat Majistret Aizatul Akmal Maharani sambil menegaskan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video seks itu.

“Anwar Ibrahim yang melakukan hipokrasi ini tidak layak untuk menjadi perdana menteri dan kami berharap selepas ini, rakyat dapat menghakimi perkara yang sebenar.

“Tiada lagi kenyataan mirip-mirip Anwar... yang ada hanya Anwar Ibrahim,” katanya.

“Ada seribu kemungkinan berkenaan aktor dalam video (ditayangkan oleh Datuk T)... bagi kami, ia bukan Anwar, disebabkan banyak alasan,” kata Johari dalam video itu.

Video itu menunjukkan Johari bercakap kepada kamera dengan bahagian belakangnya menghala kepada televisyen skrin mendatar yang mempertontonkan bahagian-bahagian yang sudah diedit dan beberapa segmen video seks asal.

Ketika ditanya sama ada beliau sedar yang beliau boleh dicaj kerana menayangkan bahagian-bahagian tertentu video seks asal, Johari berkata, “saya mengambil tanggungjawab penuh.”

‘Dokumentari’ itu mengetengahkan ‘bukti’ dalam video yang menunjukkan lelaki dalam video seks itu bukan Anwar, dengan menekankan bahawa hidung individu terbabit berbeza daripada Ketua Pembangkang, keadaan fizikal yang berbeza dan lelaki dalam video mengenakan cermin mata.

“Semua kita tahu bahawa hidung Anwar mendatar... dan juga tidak lagi memakai cermin mata selepas pembedahan laser,” kata Johari lagi.

Video terbaru ini menunjukkan Joahri di satu lokasi yang tidak didedahkan, didakwa di Thailand, di mana seorang jurusolek mengenakan solekan pada muka Ahli Parlimen itu untuk beliau kelihatan seakan-akan seniman agung Tan Sri P. Ramlee.

“Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada memberitahu bekas pengawal Allahyarham Tan Sri Megat Junid bahawa dia mahu ke Thailand untuk melakukan sesuatu ke atas Anwar.

“Video seks ini datang dari Thailand,” kata Johari dalam video dengan memberikan pos di sisi gambar P. Ramlee.

“Malah anda juga boleh kelihatan macam idola,” katanya.

Ahli Parlimen Sungai Petani ini menekankan bahawa beliau bertanggungjawab terhadap penerbitan ‘dokumentari’ itu dan Anwar sendiri belum melihatnya lagi.

Johari berkata beliau mengambil masa kira-kira 34 hari untuk menghasilkan video itu dan melakukan sendiri segala “penyelidikan.”

Kata beliau, ‘dokumentari’ itu dimuat naik ke dalam Youtube dalam waktu terdekat dan akan diedarkan ketika majlis ceramah kemudian.

“Ya, video ini akan diedarkan... tolong buat salinan. Kami berhutang kepada orang ramai satu penjelasan mengenai kebenaran (isu) ini,” kata beliau lagi.

Tuesday, April 19, 2011

AG harus tumpu kepada fitnah Datuk T, kata Johari

Gandingan trio 'Datuk T' harus menjadi fokus utama Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung video seks yang cuba dikaitkan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata ahli parlimen Sungai Petani Johari Abdul.

NONE'Datuk T' iaitu bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Easky Abdullah dan bekas Bendahari PERKASA Datuk Shuaib Lazim mengaku mendalangi tayangan video lucah itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu.

"Soal dia (Eskay) mahu heret isu jam, hari ini cerita jam, esok cincin, lusa tali pinggang, tulat sapu tangan… Manakan boleh kita mahu jawab semua ini. Sebab itu kalau polis merasakan ada (keperluan untuk) siasatan maka siasat sahaja. Bukan sahaja jam, tapi apa jua yang perlu disiasat," kata Johari (kiri) dalam wawancaranya dengan TV Selangor, petang semalam.

"Tetapi itu episod kedua selepas Peguam Negara dan polis mengambil tindakan jenayah atas fitnah dan ugutan yang dilemparkan," katanya.
Peras ugut

Johari berkata Anwar sendiri tidak keberatan jika pihak berkuasa menjalankan siasatan telus untuk mengenal pasti pelaku dalam video berkenaan namun perkara pokok ialah tindakan fitnah dan peras ugut oleh Datuk T.

azlan"Jangan lari daripada isu di mana tiga orang ini telah melakukan jenayah. Rahim dan Eskay mengaku terlibat, perlu ambil tindakan perkara itu dahulu. Kita tidak mahu defensif. Kalau mahu siasat maka teruskan, sebab Anwar kata bukan dia. Kalau bukan dia, tentu orang lain. Guna apa sahaja undang-undang tiada masalah," kata Johari lagi.

Johari adalah ahli parlimen pertama diundang oleh Rahim menonton rakaman itu. Beliau mendakwa selepas menyaksikan video berkenaan Rahim memintanya untuk memujuk wakil rakyat PKR lain supaya keluar dari parti itu.

NONETimbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata trio 'Datuk T' kemungkinan akan didakwa mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah apabila mengaku menjadi dalang penayangan video seks terbabit.

Namun keputusan muktamad akan dibuat oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (kiri).

Johari berkata, tindakan polis seharusnya berlandaskan undang-undang dengan pengakuan ketiga-tiga individu terbabit dijadikan asas penangkapanbersandarkan laporan yang dibuat oleh Anwar sebagai mangsa fitnah.
Qazaf

Beliau turut menyarankan agar ketiga-tiga individu terbabit disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Keselamatan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 bersabit Qazaf.

Akta itu memperuntukkan mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syarak, empat orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan.

azlanJelasnya lagi, kabinet pimpinan Perdana Menteri Najib Razak dilihat teragak-agak dan terikat kepada pertimbangan politik sama ada untuk mengambil tindakan terhadap ketiga-tiga individu terbabit.

"Ini adalah isu berprofil tinggi. Saya rasa kerajaan di bawah pimpinan Datuk Najib harus menghadapi hakikat bahawa jika anda tidak ambil apa-apa tindakan, rakyat tetap akan buat keputusan. Lebih baik anda ambil tindakan. Apa yang kita minta adalah tindakan yang berlandaskan undang-undang," katanya.

Friday, March 25, 2011

Video Sex : Johari kata bukan RM100,000 tapi baik RM3juta atau RM4juta

Video seks: Johari nafi minta ‘Datuk T’ beri wang pelincir
Oleh G Manimaran
March 24, 2011

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul menegaskan beliau tidak pernah meminta “wang pelincir” RM100,000 daripada “Datuk T” sebagai pendahuluan selepas menonton rakaman video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin lalu.

Malah wakil rakyat itu menegaskan, beliau tidak meminta insentif untuk mengaturkan lima ahli Parlimen PKR yang lain untuk menonton rakaman video seks.

“Taklah RM100,000, kita ahli Parlimen bukanlah lekeh sangat, baik saya minta RM3 juta atau RM4 juta,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, salah seorang “Datuk T”, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mendedahkan Johari ada meminta wang “pelincir” berjumlah RM100,000 sebagai wang pendahuluan selepas menonton rakaman video seks itu.

Selain itu, jelas Abdul Rahim, Johari juga meminta wang berjumlah RM1 juta bagi setiap wakil rakyat dari Pakatan Rakyat untuk menonton video seks itu, namun permintaan tersebut ditolak.

“Kami ada tayangkan video seks itu kepada Johari dan beliau mengatakan lelaki dalam video itu adalah Anwar dan minta RM100,000 sebagai pelincir.

“Kemudian beliau minta lagi RM1 juta bagi satu kepala wakil rakyat dari PKR yang beliau bawa, antara enam hingga tujuh orang,” katanya.

Abdul Rahim merupakan salah seorang “Datuk T” yang turut melibatkan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim yang telah menayangkan video seks itu kepada media Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Pada sidang media hari ini, Johari berkata, beliau tidak banyak bercakap kerana takut akan diperangkap dengan merakamkan percakapan beliau ketika dipertontonkan rakaman itu di Hotel Flamingo Isnin lalu.

“Ketika dipertontonkan, saya tidak banyak buka mulut... ada tanya beberapa soalan, tetapi tidak kata apa-apa (yang lain),” katanya.

Johari berkata beliau ada menyatakan persetujuan untuk membawa lima ahli Parlimen masing-masing dua orang bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan tiga yang selalu membangkitkan isu sosial di Dewan Rakyat.

Mereka ialah Ahli Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Bahrin Abas, Datuk Rashid Din (Merbok), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani (Kuala Langat) dan Amran Bin Ab. Ghani (Tanah Merah).

Kata Johari, beliau memutuskan untuk membawa Kamarul dan Rashid kerana mereka sudah lama mengenali Anwar dan boleh membezakan daripada segi fizikal dan rupa dengan lelaki dalam rakaman video tersebut.

“Yang tiga lain merupakan mereka yang sentiasa membangkitkan isu-isu sosial di Parlimen dan boleh membuat penilaian wajar tentang dakwaan yang dibuat,” kata beliau lagi.

Bagaimanapun Johari berkata Abdul Rahim ada menjanjikan bahawa akan membawa beliau mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno selepas segala berjaya dilaksanakan.

“Tan Sri Rahim ada berkata akan membawa saya untuk bertemu dengan Perdana Menteri dan kesemua soal kewangan akan diambil kira,” katanya lagi.

“Tan Sri Rahim berkata kepada Datuk Shuib, Datuk semua akan diambil kira,” katanya yang turut mempertahankan bahawa apa yang berlaku sekarang sebagai “satu konspirasi.”

Ketika ditanya mengapa beliau dijemput untuk menonton rakaman video itu, Johari berkata, beliau juga masih belum mendapat jawapan.

“Ini soalan yang bagus... isteri saya pun tanya saya mengapa saya dipanggil (tonton video seks),” katanya lagi.

Bagaimanapun jelas Johari, ia kemungkinan kerana beliau rapat dengan kepimpinan Umno.

“Saya sangat rapat dengan kebanyakan menteri khususnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi... mungkin mereka menganggap bahawa mereka boleh memujuk saya,” kata wakili rakyat ini.

“Dan, kemungkinan mereka berpendapat bahawa saya seorang yang kelihatan ada gaya, yang juga seorang beriman. Kemungkinan mereka mengharapkan bahawa saya akan melompat (keluar PKR) sebaik sahaja nampak wajah Anwar (dalam video seks itu),” jelas beliau.

“Kemudian, kemungkinan mereka mengandaikan bahawa dengan menghormati pak cik saya (Datuk Shuib Lazim), saya akan percaya video itu,” tambah Johari.

Menjawab soalan berkaitan dengan dakwaan Ummi Hafilda Ali bahawa ada 18 lagi pita rakaman, Johari dengan nada sindir berkata, “saya tidak terkejut... mungkin lebih daripada itu, mungkin 300.”

Ditanya sama ada akan menyaman Abdul Rahim berhubung dakwaan tersebut, Johari berkata, beliau tidak ada sebarang hasrat untuk berbuat demikian.

Beliau juga menolak cadangan agar isu semasa ini disiasat oleh sebuah suruhanjaya diraja.

“Tidak perlu, kita ada undang-undang secukupnya... ini kes jenayah. Negara ini dibina dengan undang-undang.

“Ini satu kes terpencil, esok akan ada orang lain buat video macam ini... negara ini akan kucar-kacir, akan jadi anarki,” kata beliau sambil menegaskan, pihak yang mengedar dan mempertontonkan sudah pun mengaku dan tiada sebab tidak boleh diambil tindakan. [Malaysian Insider]