Showing posts with label PahangDailyOnline. Show all posts
Showing posts with label PahangDailyOnline. Show all posts

Friday, September 16, 2011

NAJIB Sedang Laksanakan Tawaran 'Buku Jingga' Sebenarnya..!!

Mansuh ISA: Ternyata Akhirnya Najib 'Terpaksa' Tunduk Dan Ciplak Tawaran Dalam Buku Jingga Yang Dijanjikan Pakatan Rakyat Itu Sebenarnya!

KUALA LUMPUR, 17 Sept - Biarpun pengumuman Perdana Menteri malam kelmarin dialu-alukan, namun hakikatnya ia adalah menciplak janji Pakatan Rakyat seperti dimuatkan dalam Buku Jingga, kata Ketua Penerangan PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto). Malah katanya, tawaran perubahan Pakatan Rakyat lebih luas berbanding beberapa perubahan yang telah diumum Datuk Seri Najib. "Perjuangan kita menentang akta zalim ini sudah lama dahulu, cuma Umno BN ni lambat faham. "Apa yang saya boleh kata, akhirnya BN tunduk dengan tuntutan kita dalam Buku Jingga," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Beliau mengulas perutusan khas Hari Malaysia perdana menteri yang mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, beliau yakin pengumuman Najib itu dibuat dalam keadaan BN sangat terdesak untuk menarik sokongan rakyat berdepan Pilihan Raya Umum ke-13. Apatah lagi ujarnya, ucapan Najib tersebut tidak memberi fokus kepada kemerdekaan negara, malah lebih kepada janji perubahan politik mendepani pilihan raya. "Realitinya Najib dalam keadaan terdesak untuk meraih undi dalam PRU-13 sehingga beliau berani merombak apa yang sebelum ini dipertahankan sungguh-sungguh," kata Tuan Ibrahim lagi.

Jika benar Najib Ikhlas melakukan perubahan politik katanya lagi, perdana menteri itu perlu juga memastikan sistem pilihan raya negara ini diperbaiki termasuk lapan perkara yang terkandung dalam tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). Sementara itu, beliau juga turut membidas sikap Najib dan UMNO BN yang sehingga kini masih berdiam diri dalam menyatakan pendirian berhubung kenyataan Majlis Prefesor Negara (MPN) bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah, namun hanya dinaungi British. "Rakyat masih menunggi pendirian rasmi kerajaan berhubung perkara itu," katanya lagi.

[Nampaknya, tindakan Najib itu jelas sekali membuktikan beliau kini memang terdesak untuk kembali memenangi hati rakyat. Dengan memansuhkan ISA dan juga beberapa akta lain yang mahu dikaji melambangkang bahawa semua undang-undang itu adalah sudah tidak relevan sama sekali. Malah, akta-akta tersebut sudah ketinggalan zaman dan dicipta oleh penjajah British dalam usaha mengekang kemaraaan suara rakyat itu sebenarnya. Namun, harus diingat biar apa pun undang-undang dikaji atau dibatalkan, tetapi rakyat secara majoritinya mahu agar Najib dan Kerajaan Malaysia melakukan pembersihan terhadap perjalanan pilihanraya di negara ini. Itulah asasanya dalam menjamin kelangsungan pentabdiran dan politik negara. Jika asasnya sudah tidak betul, maka sudah pasti yang lainnya akan turut sama. Oleh itu, rakyat perlu sedar dan berhati-hati dengan tindakan kerajaan ini. Malah, kita menjangkakan lebih banyak tawaran Buku Jingga akan diciplak Najib dalam Bajet 2011 nanti].

Tuesday, August 9, 2011

Pasai apa pulak EZAM & The Gang's Al-Kataki dok offer nak jadi saksi kes liwat..!!

Musykil: Apa Motif 'Ezam Mohd Noor' Serta Empat Lagi 'Bekas Pemimpin PKR' Kata Najib Razak Dan Rosmah Itu Tidak Relevan Jadi Saksi Kes Liwat II!

Ramai pihak yang terkejut dengan kenyataan Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor (foto) yang beriya-iya kononnya dia sedia menawarkan diri untuk dipanggil menjadi saksi kepada kes liwat Anwar. Kenyataan itu di siarkan dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini atas tajuk "5 bekas pemimpin PKR, setiausaha sulit sedia jadi saksi kes Anwar". Soalnya, kenapa Ezam begitu "desprade" mahu menjadi saksi sedangkan namanya tidak termasuk dalam senarai atau pun "tidak relevan".



Apakah beliau mendapat arahan daripada pihak-pihak tertentu agar mengalih perhatian rakyat terhadap tindakan peguam bela Anwar yang mahu menemu ramah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kes tersebut. Selain dari Ezam turut dilaporkan menawarkan diri menjadi saksi ialah Bekas Naib Presiden PKR, N. Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin, Dua orang bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan Muhamad Rahimi Osman. Rata-rata mereka beranggapan, tindakan peguam bela itu adlah adalah suatu yang tidak relevan kerana kedua-dua mereka (Najib dan Rosmah) tidak ada kena mengena dengan kes tersebut.



Soalnya, benarkah Najib dan Rosmah tidak relevan dipanggil sebagai saksi?. Bukankah diawal kes ini dihebohkan dulu Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri ada mengaku yang Saiful ada menemuinya untuk memohon biasiswa. Itu pun selepas beberapa gambar anak muda itu bergambar di hadapan pejabat beliau disebarkan. Malah, najib juga mengaku Saiful datang ke rumahnya dalam keadaan terketar-ketar dan kesejukan untuk mengadu dia telah diliwat Anwar. Itu isunya, dan ini bermakna Najib adalah antara orang terawal yang mendapat tahu "Saiful Bukhari" kononnya telah diliwat.





Sila klik untuk besarkan imej gambar kenyatan DSP Jude Pereira di atas



[Bukti kedua, kenapa Najib dan Rosmah relevan untuk jadi saksi kes liwat II ini ialah kerana nama mereka juga disebut-sebut dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika prosiding perbicaraan dijalankan. Kenyataan itu telah dibuat oleh Pegawai Penyiasat kes berkenaan iaitu DSP Jude Pereira. Beliau berkata beliau ada merekodkan kenyataan Rosmah pada 17 Julai 2008 tetapi tidak merekodkan kenyataan Datuk Seri Najib Razak selepas kejadian itu didakwa terjadi pada 26 Jun 2008.



Mohd Saiful Bukhari telah mengadu kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, selepas didakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun 2008, demikian menurut keterangan beliau di mahkamah pada 11 Mac 2011 yang lalu. Maka, dalam hal ini pemilihan Najib sebagai saksi adalah relevan dengan kes. Kenapa mereka semua mengatakan ia tidak relevan?. Kebenaran apakah yang mahu disembunyikan?.



Rakyat melihat semua adengan ini sebenarnya. Jika Anwar bersalah maka hukumlah dia dengan seadilnya. Namun, dia juga berhak memanggil saksi yang relevan dengan kes dan bukannya saksi yang mencipta spekulasi seperti mereka berlima]. [http://pahangdaily.blogspot.com]

Thursday, April 21, 2011

Video Sex : Kenyataan polis semakin menimbulkan persoalan dan kontroversi..???

Memalukan: Biar Pun Perbicaraan Sebenar Belum Pun Bermula, Tiba-Tiba Kita Di Kejutkan Susulan Kenyataan Kontroversi Hasil Siasatan Pihak Polis!

Episod untuk cuba memerangkap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan skandal "video seks" nampaknya sudah bermula. Seolah-olah terdapat usaha bersungguh-sungguh daripada pihak tertentu untuk mensabitkan juga Anwar dengan kes tersebut. Malah, media arus perdana digunakan sepenuhnya bagi menyakinkan rakyat bahawa memang Anwa terlibat dengan adengan seks seperti dalam video yang didedahkan oleh "Trio Datuk T" itu.

Biar pun sudah berbagai bukti dan berkali-kali dinyatakan bahawa kes itu tidak relevan dan merupakan satu lagi konspirasi jahat UMNO untuk menjatuhkan maruah, imej serta kerjaya politik mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Namun, nampaknya semua itu tidak diendahkan oleh mereka. Malah nampak jelas kes ini sengaja diolah sedemikian rupa oleh pihak-pihak tertentu bagi membuktikan yang suspek "lelaki mirip Anwar" itu adalah Anwar Ibrahim sebenarnya. Kami tidak perlu mengulangi berbagai kemusykilan yang berlaku sepanjang isu ini dimainkan oleh media arus perdana.

Apa yang pasti, isu video seks ini jelas sekali digunakan sebagai senjata BN untuk menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap pembangkang semasa Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini. Kini, selepas BN menang dua pertiga majoriti dalam keadaan yang tidak selesa maka mereka terpaksa membereskan juga skrip yang sudah diatur sejak sekian lama. Mana mungkin kes ini relevan sekarang?.

Kenapa Lokasi Pengedar Jam Tangan Bertukar

Malah, penggunaan media yang keterlaluan hingga membelakangkan kenyataan yang telah dibuat oleh dua orang mufti terkenal dari Perak (Harussani Zakaria) dan Perlis (Juanda Yahya) menampakkan yang mereka sememangnya mahu melihat Anwar kembali ke Penjara Sg.Buloh dengan kes ini.

Mungkin dek kerana melihat kes liwat yang melibatkan Saiful Bukhari Azlan semakin bercelaru dan bakal menemui jalan buntu. Akhirnya kes ini dihebohkan oleh tiga orang orang kuat UMNO. Anehnya, ada pula pemimpin UMNO yang menafikan semua itu kerja puak-puak UMNO sendiri. Mutakhir ini, perjalanan kes video seks ini semakin melucukan dan tidak masuk dek akal langsung. Selepas kita dihebohkan dengan "jam omega", kini pihak polis begitu mudah mengatakan pemilik jam tersebut gagal dikenal pasti kerana ia dibeli di Taiwan.

Malah kedai jam terbabit tidak mendaftarkan pembeli jam sebelum tahun 2008. Sedangkan sebelum ini pihak polis ada mengatakan bahawa mereka dapat mengetahui siapa pemilik sebenar jam tangan jenama Omega yang didakwa milik seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dalam rakaman video seks berkenaan. Kononya ia akan diketahui selepas polis menerima pengesahan daripada pihak pengedar jam tersebut. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu maklum balas daripada pihak pengedar jam tangan tersebut yang beroperasi di ibu negara bagi mengetahui pemilik sebenar jam tersebut. Menurut beliau, maklumat mengenai pemilik sebenar jam mewah tersebut akan dikenal pasti berdasarkan nombor siri yang terdapat pada jam berkenaan. Namun terkini mereka pula mengatakan siasatan polis tidak terlalu memfokuskan pada isu jam tangan Omega, yang sebelum ini didakwa kepunyaan Anwar yang diserahkan kepada polis bersama video berkenaan.

Isu jam itu tidak begitu penting. Namun berdasarkan pemeriksaan dengan wakil pengedar di Taiwan, ia hanya mula merekodkan identiti pemilik pada 2008 kata Datuk Acryl Sani. Justeru, jika ia dibeli pada 2004, amat sukar bagi kenalpasti pemiliknya, kecuali pemilik sendiri secara sukarela.

Bagaimana Lokasi Kejadian Juga Boleh Berubah

Begitu juga dalam isu lokasi kejadian seks tersebut yang jelas nampak bercelaru. Pada awal pendedahan video seks ini dibuat Trio Datuk T dengan bangganya menyatakan kejadian itu berlaku di sebuah hotel dekat ibu negara (Kuala Lumpur). Namun, kenyataan terbaru yang dibuat oleh pihak polis pula sudah bertukar dimana kejadian tersebut dikatakan berlaku dalam sebuah kondominum di pinggir ibu kota.

Malah, pelakon wanita yang terlibat yang dulunya dikatakan pelacur dari China juga sudah bertukar kepada pelajar kolej swasta yang berasal dari China. Kekeliruan ini menyebabkan rakyat tertanya-tanya apakah yang berlaku sebenarnya. Sudahlah kertas siasatan kes berkenaan yang dihantar pada minggu lepas telah dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk semakan. Paling mengejutkan ialah jika benar adengan itu berlaku dalam kondominium yang dinyatakam, bagaimanakah perkataan dalam tulisan Siam (Thailand) tertera pada paparan video berkenaan?.

Malah, kita juga tertanya kenapa video terbabit boleh tersebar dalam Youtube sedangkan Datuk T mengesahkan video yang mereka serahkan kepada polis itu adalah satu-satunya yang asli dan tulen. Namun, paparann di internet itu dimatikan selepas terdapat dakwaan pihak polis akan menyiasat siapakah pemilik ruangan berkenaan. Seolah-olah ada perancangan yang nyata untuk pihak-pihak tertentu mensabitkan Anwar.


Bukti, Sila klik imej untuk lihat dua kenyataan isu ini


[Sebenarnya banyak lagi kemusykilan yang timbul dalam kes ini. Semuanya menjurus ke arah teori konspirasi yang sengaja dirancang oleh pihak berkenaan. Bayangkan, mana mungkin sahabat Anwar si Eskay yang diarahkan mengambil jam tangan tiba-tiba "senyap" selepas terjumpa pita video seks berkenaan.

Sedangkan beliau kata dia sahabat Anwar. Sepatutnya dia perlu berjumpa Anwar dan menunjukkan jam tangan terbabit kerana Anwar yang suruh dia ambil jam itu. Jika kawan, kenapa dia perlu rahsiakan video berkenaan sedangkan dia sendiri tidak tahu isi video tersebut. Apakah logik dia boleh menyimpannya dan menghubungi Rahim Thamby Chik untuk mendedahkan video berkenaan kepada media. Apakah ini bukti dia sahabat baik Anwar. Ini namanya kawan makan kawan.

Sepatutnya dia tunjukkan pita itu kepada Anwar untuk ditonton apakah isi kandungannya. Itu pun jika benar mereka berdua ketika kejadian. Lantaran itulah ramai yang tidak percaya kes ini berlaku dan menganggap ia adalah skrip rekaan puak-puak UMNO bagi menjahanmkan masa depan Anwar selepas melihat kes liwat II seakan tidak kuat sekat kemaraan Ketua Pembangkang itu. Maka, fail yang baru terpaksa dicipta!].[PahangDailyOnline]

Sunday, April 10, 2011

Kilang Lynas : Australia Untung RM8billion Setahun.. Tapi rakyat hanya dapat bala..!!

Isu Pahang: Taklimat Lynas, Fuziah Perjelaskan Projek Itu Beri Keuntungan RM8 Bilion Setahun Kepada Australia Tapi Kita Hanya Dapat Bala !!

KUANTAN, 10 April - Taklimat penerangan tentang bahaya sisa radioaktif "rare earth" kilang Lynas di Gebeng telah berjaya diadakan di Perkarangan KAFA, Al-Makmur, Masjid Balok Makmur dekat sini malam tadi. Program anjuran Jawatankuasa Bertindak Bantah Radioaktif itu telah menampilkan penceramah yang terdiri daripada YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), YB Syed Mohamad Syed Lonik (ADUN Beserah) dan Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang).

Majlis dipengerusikan oleh Saudara Andansura Rabu (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota). Turut hadir dalam program malam tadi ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan beberapa pemimpin lain dari Pakatan Rakyat. Disamping taklimat penerangan menggunakan "slide projector" itu, borang memorandum bantahan Lynas juga turut diedarkan kepada orang ramai. Difahamkan setakat ini sudah lebih dari 21 ribu rakyat Kuantan telah menandatangani memorandum tersebut. Dalam ucapannya, Fuziah Salleh (foto) menyatakan kepada hadirin kenapa beliau telah membantah projek ini sejak tahun 2008 lagi, iaitu ketika Kilang Lynas belum pun di bina.

"Kenapa saya gelisah sangat projek ini daripada awal, pertamanya kerana Lynas Corporation ini adalah milik syarikat Australia sepenuhnya (100%), maksudnya RM8 bilion setahun yang bakal diperolehi hasil keuntungan projek ini adalah milik rakyat Australia",
katanya.


Dato' Fauzi juga turut hadir, hadirin tandatangan memorandum (kanan)

Orang ramai terpaku mendengar penjelasan daripada para penceramah

Rakyat secara majoritinya semakin faham tentang bahayanya radioaktif

Fuziah juga menegaskan yang beliau hairan kenapa Lynas telah dikecualikan membayar cukai selama 12 tahun oleh Kerajaan Malaysia. "Lynas mendapat status "Strategic Pioner Status" oleh MITI, Saya tanya menteri kenapa beri, kenapa beri ni tak payah bayar cukai?

Dia kata faedah insentif kerana kita nak menarik pelabur asing, maka diberi imbuhan 12 tahun tak payah bayar cukai... RM8 bilion tu untung kat dia jer lah; kemudian, dia kata akan beri kita peluang pekerjaan. Maklumat terkini, Lynas loji ni akan mengambil 450 pekerja maksudnya mana peluang pekerjaan? Tak ada, apa yang kita dapat?, kita dapat bala .. kita dapat bala .. Australia dapat untung RM8 bilion setahun dan dikecualikan bayar cukai, 100% milik Australia.

Kita mendapat penghormatan untuk menjadi tapak sisa buangan radioaktif seluruh dunia"
, tambah beliau lagi.

Monday, April 4, 2011

Video Seks di YouTube dah di delate..!!

Seperti yang dijangka, akhirnya pihak yang memuat turun (upload) video seks mirip Anwar Ibrahim akhirnya terpaksa "delete" semua itu. Kenapa mereka takut? Kerana "perangkap sudah mengena" dan akhirnya dengan video itu juga rakyat berjaya mengesahkan ia bukanlah Anwar Ibrahim seperti yang digambarkan oleh puak-puak UMNO BN sebenarnya.

Paling mengejutkan, seperti yang kami dedahkan terdahulu bagaimana video yang "hanya satu" berada ditangan Trio Datuk T dan kini telah diserahkan kepada pihak polis tiba-tiba boleh di muat naik (upload) oleh individu yang menggelarkan dirinya "Thepowercam" dari Thailand?. Bukankah ini membuktikan kepada kita, "skrip video seks tidak menjadi". Paparan di Youtube yang jelas sekali boleh mengganggu siasatan polis itu, anehnya diterima pula oleh pihak polis.

Malah, Setiausaha PDRM, Datuk Ghazali Md Amin (foto) sendiri boleh berkata penyebaran video seks berkenaan tidak mengganggu siasatan polis. Cuma pihak polis khabarnya akan membuka kertas siasatan jika ada laporan terhadap pemilik akaun Youtube yang berani memuat naik (upload) video berkenaan. Mungkin dek kerana takut identiti beliau dikenalpasti pemilik akaun Youtube terbabit akhirnya mengeluarkan semua video berkenaan.


Bukti, individu "thepowercam" telah delete video berkenaan hari ini


Paparan ini telah pun keluar pada video terbabit selepas ianya didelete

Bukankah ini membuktikan perancangan mereka semakin tidak menjadi sebenarnya. Pihak polis pula begitu mudah mengatakan penyebaran itu tidak mengganggu siasatan, sedangkan mereka harus ingat bahawa Trio Datuk T mengatakan video yang diserahkan kepada pihak polis adalah yang "tulen" dan satu-satunya video yang ada dalam simpanan mereka. Soalnya, kenapakah ada individu lain boleh menaik turun video tersebut?.

[Paling mengejutkan pihak polis sendiri mengakui siasatann terhadap rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang itu mendapat "petunjuk awal" apabila bilik sebuah hotel di ibu negara yang menjadi lokasi ramakan video telah diperiksa. Maknanya kejadian tersebut dipercayai berlaku di ibu negara. Soalnya kenapa ada versi lain yang mengatakan ia berlaku di Thailand seperti yang didedahkan oleh Datuk Eskay.

Apakah kerana mereka melihat ada tulisan Thailand skrin video berkenaan, maka mudah benar mengatakan ia berlaku di negara tersebut. Akhirnya semua pihak ini pasti akan terperangkap dengan permainan
Trio Datuk T. Maka, adalah lebih elok pihak polis menjalankan siasatan terhadap Trio Datuk T daripada membuang masa menyiasat sesuatu yang jelas tidak masuk akal itu.

Ternyata semua yang dilakukan adalah berniat jahat dan dipengaruhi dengan perasaan dendam kesumat politik yang cukup mendalam sebenarnya. Maka, itu persoalannya yang paling mengelirukan ialah kenapa individu terbabit takut sekarang dan akhirnya mengeluarkan semula video yang sudah di naik turun pada laman youtube beliau itu?].

Friday, April 1, 2011

Rakyat Tetap Bantah Namun MB Pahang Kata "OK"

KUANTAN, 1 April - Bantahan penduduk dan terhadap pembinaan kilang memproses radioaktif "rare earth" Lynas Corporation Ltd di Gebeng dekat sini semakin memuncak, berikutan tindakan Menteri Besar Pahang yang menyatakan pendirian Kerajaan Negeri bahawa pembinaan kilang tersebut adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitarnya.

Himpunan ""Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas" akan diadakan di Masjid Balok selepas Solat Jumaat petang tadi telah berjaya diadakan biar pun dengan kawalan pihak polis. Dalam himpunan tadi pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat hadir pada himpunan tersebut, biarpun cuaca agak panas terik ketika itu.

Disamping menyampaikan ucapan panas dan berapi, edaran poster dan flyers berkaitan risiko pembinaan kilang tersebut turut diedarkan kepada orang ramai.

Antara pemimpin yang menyampaikan ucapan ialah Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang), YB Tn.Syed Mohamed Syed Lonik (ADUN Beserah), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan Saudara Andansura (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota). Pihak polis yang diketuai sendiri oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Tn. Jasmani Yusoff telah hadir untuk memantau.


Rakyat sudah tidak tahan dengan tindakan Kerajaan Negeri Pahang


Bersemangat, generasi muda tidak mahu rakyat jadi tikus makmal



http://pahangdaily.blogspot.com

Tuesday, February 1, 2011

Permohonan Maaf PahangDailyOnline kepada Saiful Bukhari

Pahang Daily Online (PDO) Memohon Maaf Secara Terbuka Serta Tarik Balik Penyiaran Enam Artikel Kontroversi Mohd Saiful Bukhari Dua Tahun Lalu

Adalah dengan ini dimaklumkan pihak kami ingin merujuk kepada penyiaran enam artikel kontroversi berkaitan penyakit misteri Saiful Bukhari Azlan yang telah disiarkan di laman blog ini dua tahun yang lalu (2008). Enam artikel berkenaan yang disiarkan selepas Saiful membuat akuan sumpah laknatnya di Masjid Wilayah Persekutuan berhubung dakwaan dia diliwat telah menyebabkan beliau membuat laporan polis pada 3 Mac 2009 dan kemudiannya tindakan saman terhadap blog ini pada 23 April 2009.

"Dalam writ saman tersebut, Saiful mengemukakan tuntutan ganti rugi am sebanyak RM2 juta daripada penulis blog berkenaan kerana memfitnahnya. Saiful berkata, dia mengambil langkah itu memandangkan penulis laman blog terbabit terus memfitnahnya dengan menyiarkan artikel-artikel yang menuduh dirinya terlantar sakit tenat ekoran sumpah laknat yang dibuatnya. Blog itu mendakwa Saiful menderita akibat kemaluannya bernanah dan sukar untuk membuang air kecil dan besar selepas melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan sebelum ini", lapor media ketika itu.

Susulan daripada laporan tersebut, ramai krew-krew kami telah ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman beberapa bulan selepas itu. Antara yang paling panas ialah Blogger Cucumatkilau, yang ketika itu merupakan Eksklusif Editor di PDO.

Permohonan Maaf Terbuka Kepada Saiful Bukhari

Selepas lebih dua tahun artikel itu disiarkan, maka pada hari ini 31 Jan 2011 Pahang Daily Online (PDO) secara rasminya ingin mengumumkan penarikan balik enam artikel berkenaan.

Sebagai sebuah blog panas dan sensasi, ada kalanya artikel yang dihantar oleh orang awam dan krew-krew kami dari seluruh negara tidak ditapis dengan sebaik mungkin menyebabkan laporannya terkadang terbabas dari etika penyiaran yang sebenarnya. Selepas lebih dua tahun menghantar krew kami untuk menyiasat kesahihan artikel tentang penyakit misteri Saiful berkenaan, ternyata laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Malah, kami cuba menghubungi pihak yang menghantar email artikel berkenaan namun tetap tidak mendapat jawapan yang sepatutnya. Malah, melalui beberapa orang saudara mara dan sahabat terdekat Saiful yang ditemui ternyata laporan tentang penyakit misteri beliau yang disiarkan di laman blog ini dua tahun lepas adalah tidak benar sama sekali. Justeru itu, kami memohon maaf kepada individu terbabit iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan serta keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang berlaku itu.

Biarpun kami tahu atas penarikan balik artikel tersebut mungkin boleh menjejaskan kredibiliti blog ini, namun demi kebenaran maka kami terpaksa melakukannya. Masalah yang berlaku antara Saiful dan Anwar Ibrahim itu adalah hal peribadi mereka berdua. Maka kami tiada hak lagi untuk mempertikaikan bahawa Saiful dikatakan terkena "bala" akibat pengakuan sumpah laknat yang dilakukan olehnya.


Laporan berkaitn permohonan maaf di laman utama Malaysikini

[Keputusan Pahang Daily Online menarik balik laporan artikel berkenaan adalah dibuat atas profesionalisme kami dan tidak ada tekanan atau desakan oleh mana-mana pihak. Semuanya adalah atas kesedaran bahawa impilkasi yang menimpa apabila ada pihak menghantar maklumat yang tidak sahih dan terus diterbitkan tanpa suntingan oleh mana-mana pihak.

Kami juga amat bersimpati atas keprihatinan beberapa orang krew kami yang terpaksa mengundur diri daripada terus menghantar artikel ke blog ini melainkan Blogger Cucumatkilau yang terus memaparkan berita-berita dan aktiviti politik dari negeri Pahang hingga sekarang ini. Pihak kami juga ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak yang telah memetik berita tersebut dan disiarkan dalam laman blog masing-masing. Harapan kami agar artikel berkenaan dapat dikeluarkan dan tidak dijadikan sebagai bahan untuk memburuk-burukkan sesiapa selepas ini. Sekali lagi kami bukanlah mahu memberi
"millage" kepada mana-mana pihak atas penarikan balik artikel berkenaan, cuma kami lakukan atas kepercayaan Allah melihat segala apa yang dilakukan oleh HambaNya.

Mana yang benar tetap benar dan mana yang salah tetap salah. Kami bersedia mewakilkan kepada krew kami di Pahang untuk membuat sidang media (PC) terbuka berkenaan perkara ini jika diperlukan dari masa ke semasa].