Thursday, April 21, 2011

Video Sex : Kenyataan polis semakin menimbulkan persoalan dan kontroversi..???

Memalukan: Biar Pun Perbicaraan Sebenar Belum Pun Bermula, Tiba-Tiba Kita Di Kejutkan Susulan Kenyataan Kontroversi Hasil Siasatan Pihak Polis!

Episod untuk cuba memerangkap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan skandal "video seks" nampaknya sudah bermula. Seolah-olah terdapat usaha bersungguh-sungguh daripada pihak tertentu untuk mensabitkan juga Anwar dengan kes tersebut. Malah, media arus perdana digunakan sepenuhnya bagi menyakinkan rakyat bahawa memang Anwa terlibat dengan adengan seks seperti dalam video yang didedahkan oleh "Trio Datuk T" itu.

Biar pun sudah berbagai bukti dan berkali-kali dinyatakan bahawa kes itu tidak relevan dan merupakan satu lagi konspirasi jahat UMNO untuk menjatuhkan maruah, imej serta kerjaya politik mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Namun, nampaknya semua itu tidak diendahkan oleh mereka. Malah nampak jelas kes ini sengaja diolah sedemikian rupa oleh pihak-pihak tertentu bagi membuktikan yang suspek "lelaki mirip Anwar" itu adalah Anwar Ibrahim sebenarnya. Kami tidak perlu mengulangi berbagai kemusykilan yang berlaku sepanjang isu ini dimainkan oleh media arus perdana.

Apa yang pasti, isu video seks ini jelas sekali digunakan sebagai senjata BN untuk menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap pembangkang semasa Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini. Kini, selepas BN menang dua pertiga majoriti dalam keadaan yang tidak selesa maka mereka terpaksa membereskan juga skrip yang sudah diatur sejak sekian lama. Mana mungkin kes ini relevan sekarang?.

Kenapa Lokasi Pengedar Jam Tangan Bertukar

Malah, penggunaan media yang keterlaluan hingga membelakangkan kenyataan yang telah dibuat oleh dua orang mufti terkenal dari Perak (Harussani Zakaria) dan Perlis (Juanda Yahya) menampakkan yang mereka sememangnya mahu melihat Anwar kembali ke Penjara Sg.Buloh dengan kes ini.

Mungkin dek kerana melihat kes liwat yang melibatkan Saiful Bukhari Azlan semakin bercelaru dan bakal menemui jalan buntu. Akhirnya kes ini dihebohkan oleh tiga orang orang kuat UMNO. Anehnya, ada pula pemimpin UMNO yang menafikan semua itu kerja puak-puak UMNO sendiri. Mutakhir ini, perjalanan kes video seks ini semakin melucukan dan tidak masuk dek akal langsung. Selepas kita dihebohkan dengan "jam omega", kini pihak polis begitu mudah mengatakan pemilik jam tersebut gagal dikenal pasti kerana ia dibeli di Taiwan.

Malah kedai jam terbabit tidak mendaftarkan pembeli jam sebelum tahun 2008. Sedangkan sebelum ini pihak polis ada mengatakan bahawa mereka dapat mengetahui siapa pemilik sebenar jam tangan jenama Omega yang didakwa milik seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dalam rakaman video seks berkenaan. Kononya ia akan diketahui selepas polis menerima pengesahan daripada pihak pengedar jam tersebut. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu maklum balas daripada pihak pengedar jam tangan tersebut yang beroperasi di ibu negara bagi mengetahui pemilik sebenar jam tersebut. Menurut beliau, maklumat mengenai pemilik sebenar jam mewah tersebut akan dikenal pasti berdasarkan nombor siri yang terdapat pada jam berkenaan. Namun terkini mereka pula mengatakan siasatan polis tidak terlalu memfokuskan pada isu jam tangan Omega, yang sebelum ini didakwa kepunyaan Anwar yang diserahkan kepada polis bersama video berkenaan.

Isu jam itu tidak begitu penting. Namun berdasarkan pemeriksaan dengan wakil pengedar di Taiwan, ia hanya mula merekodkan identiti pemilik pada 2008 kata Datuk Acryl Sani. Justeru, jika ia dibeli pada 2004, amat sukar bagi kenalpasti pemiliknya, kecuali pemilik sendiri secara sukarela.

Bagaimana Lokasi Kejadian Juga Boleh Berubah

Begitu juga dalam isu lokasi kejadian seks tersebut yang jelas nampak bercelaru. Pada awal pendedahan video seks ini dibuat Trio Datuk T dengan bangganya menyatakan kejadian itu berlaku di sebuah hotel dekat ibu negara (Kuala Lumpur). Namun, kenyataan terbaru yang dibuat oleh pihak polis pula sudah bertukar dimana kejadian tersebut dikatakan berlaku dalam sebuah kondominum di pinggir ibu kota.

Malah, pelakon wanita yang terlibat yang dulunya dikatakan pelacur dari China juga sudah bertukar kepada pelajar kolej swasta yang berasal dari China. Kekeliruan ini menyebabkan rakyat tertanya-tanya apakah yang berlaku sebenarnya. Sudahlah kertas siasatan kes berkenaan yang dihantar pada minggu lepas telah dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk semakan. Paling mengejutkan ialah jika benar adengan itu berlaku dalam kondominium yang dinyatakam, bagaimanakah perkataan dalam tulisan Siam (Thailand) tertera pada paparan video berkenaan?.

Malah, kita juga tertanya kenapa video terbabit boleh tersebar dalam Youtube sedangkan Datuk T mengesahkan video yang mereka serahkan kepada polis itu adalah satu-satunya yang asli dan tulen. Namun, paparann di internet itu dimatikan selepas terdapat dakwaan pihak polis akan menyiasat siapakah pemilik ruangan berkenaan. Seolah-olah ada perancangan yang nyata untuk pihak-pihak tertentu mensabitkan Anwar.


Bukti, Sila klik imej untuk lihat dua kenyataan isu ini


[Sebenarnya banyak lagi kemusykilan yang timbul dalam kes ini. Semuanya menjurus ke arah teori konspirasi yang sengaja dirancang oleh pihak berkenaan. Bayangkan, mana mungkin sahabat Anwar si Eskay yang diarahkan mengambil jam tangan tiba-tiba "senyap" selepas terjumpa pita video seks berkenaan.

Sedangkan beliau kata dia sahabat Anwar. Sepatutnya dia perlu berjumpa Anwar dan menunjukkan jam tangan terbabit kerana Anwar yang suruh dia ambil jam itu. Jika kawan, kenapa dia perlu rahsiakan video berkenaan sedangkan dia sendiri tidak tahu isi video tersebut. Apakah logik dia boleh menyimpannya dan menghubungi Rahim Thamby Chik untuk mendedahkan video berkenaan kepada media. Apakah ini bukti dia sahabat baik Anwar. Ini namanya kawan makan kawan.

Sepatutnya dia tunjukkan pita itu kepada Anwar untuk ditonton apakah isi kandungannya. Itu pun jika benar mereka berdua ketika kejadian. Lantaran itulah ramai yang tidak percaya kes ini berlaku dan menganggap ia adalah skrip rekaan puak-puak UMNO bagi menjahanmkan masa depan Anwar selepas melihat kes liwat II seakan tidak kuat sekat kemaraan Ketua Pembangkang itu. Maka, fail yang baru terpaksa dicipta!].[PahangDailyOnline]

No comments:

Post a Comment