Sunday, January 30, 2011

Ahli PAS jangan emosi tanpa ilmu, tegur Tuan Ibrahim

Untuk mendapat kembali sokongan di Felda, anggota PAS ditegur supaya membuang anggapan bahawa anggota keluarga mereka secara automatik akan kekal bersama parti Islam itu.

Sebaliknya, naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keahlian baru di kalangan anak-anak anggota PAS hendaklah digiatkan.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man"Sikap dan anggapan anak ahli akan kekal bersama PAS mesti dihapuskan, kerana sokongan tanpa menjadi ahli menyebabkan mereka tidak merasai wajibnya memperjuangkan Islam,” beliau dipetik sebagai berkata kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim (kiri) yang juga pesuruhjaya PAS Pahang mengesyorkan supaya pengajian agama di masjid dan markaz sekitar kawasan Felda perlu digerakkan.

“Kita tidak mahu ahli PAS yang emosi tanpa kawalan ilmu, kerana itu program asas bagi parti seperti usrah, tamrin, muqayyam, dan rehlah mesti dihidupkan kembali,” ujarnya lagi.

Semalam, dalam pilihan raya kecil Tenang, calon PAS Normala Sudirman tewas kepada calon BN Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi. Normala memperolehi 2,992 undi manakala Azahar memperolehi 6,699 undi.

Sokongan kuat terhadap Zahar datang daripada tiga gugusan Felda di kawasan itu, yang lazimnya secara tradisi menyokong BN.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim hari ini menyeru seluruh jentera PAS menghilangkan tanggapan bahawa kawasan Felda dan kampung tradisional merupakan kubu BN.

“Untuk menganggap Felda kubu BN saya kira agak ekstrem kerana PAS pernah menang di kawasan Felda bahkan pada tahun 1999, bila mana PAS menang di kawasan majoriti melayu, ia termasuk kawasan Felda,” katanya yang diminta mengulas kegagalan PAS menembusi kawasan Felda di Tenang.

Kenapa HUDUD sampai sekarang PAS Tak buat di Kelantan

Mengapa hudud tidak dijalankan di Kelantan?

Di dalam entry lalu di blog ini [Tarian bogel] seorang blogger pro UMNO yang terkenal dengan penulisan fitnahnya si papa gomo ada memberikan komen di MiLo SuaM mempersoalkan mengapa Kerajaan Negeri Kelantan masih lagi tidak menjalankan hukum hudud.

Mungkin masih ramai pembaca yang tidak mengetahui mengapakah Kelantan masih tidak menjalankan hukum hudud sedangkan draf hukum hudud Kelantan sudah disiapkan. Ramai di kalangan blogger-blogger pro UMNO termasuk papa gomo yang terkenal bebal ini menyebarkan propaganda kononnya PAS sendiri yang tidak mahu menjalankan hukum hudud.

Hal ini sebenarnya sudah dibincangkan dan dijelaskan berpuluh kali suatu ketika dahulu. Namun generasi baru mungkin memerlukan pencerahan memandangkan blogger upahan UMNO seringkali memutar belitkan hal ini dengan membuat propaganda kononnya Kelantan tidak mahu menjalankan hukum hudud.

Fakta yang sebenarnya ialah, Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri telah datang ke Negeri Kelantan dan memberi amaran kepada kerajaan Negeri Kelantan memberi ugutan, sekiranya PAS menjalankan Hukum Hudud di Kelantan, Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan dan boleh mengistiharkan darurat serta menggantung perlembagaan Kelantan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1977.

Hal ini dijelaskan sendiri oleh Tuan Guru haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam ucapan terbarunya berkenaan isu hudud di hadapan kira-kira 160 bloggers di Grand Season Hotel Kuala Lumpur [Malaysiakini]



Ajaran Islam meliputi semua aspek di dalam kehidupan, bukan semata-mata Hudud sahaja yang harus diperjuangkan. Hukum Hudud hanyalah bahagian kecil yang meliputi aspek perundangan di dalam islam.

Banyak lagi perkara lain di dalam Islam yang harus diperjuangkan baik dari segi ekonomi, akhlak, kebajikan, kejujuran dan sebagainya. Jika semata-mata kerana perjuangan menegakkan hukum hudud negeri Kelantan dirampas, ternyata satu tindakan yang tidak bijak!

Apapun Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil langkah-langkah bijaksana dan berhikmah untuk memartabatkan Islam sebagai cara hidup secara berperingkat. Banyak perkara yang harus ditangani terutama serangan dari UMNO dan sekutunya yang sering kali menentang Islam.

Jelas sekali Tun Mahathir yang menentang keras perlaksanaan undang-undang hudud dengan mengugut kerajaan pusat akan mengambil tindakan, namun hal ini sengaja diputar belitkan dengan mengatakan kononnya PAS yang tidak mahu kepada hukum hudud.


Analisa Tenang : Macamana BN boleh menang..!!

Bantu Melayu, biarkan Cina dan India?
Zulkifli Sulong

LABIS, 31 Jan: Penyumbang utama kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Tenang adalah kerana kejayaannya membawa keluar seramai mungkin para penyokong utamanya di Felda dan kampung Melayu walaupun kawasan mereka dilanda banjir.

Pada jam 11 pagi ketika para pelancong politik, petugas dan pengundi bersesak di jalan menuju ke kampung dan Felda Tenang kerana banjir, siren petugas kecemasan kerajaan bingit meminta laluan diberikan kepada mereka untuk membawa bot ke sana.

Antaranya bot polis, tentera, Pertahanan Awan dan juga Bomba dan Penyelamat bergegas di bawa ke sana.

Namun usaha ini tidak berlaku di kawasan pengundi Cina. Ini menyebabkan, kenaikan mendadak peratus mengundi di kawasan Felda dan kawasan tradisional Melayu berbanding kawasan Cina.

Hasilnya, BN berjaya menaikkan peratusan pengundi Melayu mereka kepada 83.3 peratus iaitu kenaikan 4 peratus berbanding pilihan raya umum 2008 lalu.

Ia berlaku apabila jumlah pengundi Melayu dinaikkan kepada 81 peratus iaitu kenaikan 2 peratus berbanding sebelum ini sedangkan jumlah pengundi Cina jatuh 18 peratus manakala India jatuh 23 peratus.

Kawasan undi Kampung Redong sahaja berjaya dinaikkan 11 peratus kepada 80 peratus berbanding sebelum ini hanya 69 peratus.

Felda Chemplak naik 6 peratus kepada 88 peratus manakala di Felda Tenang naik 6 peratus kepada 86 peratus.

Peratusan ini adalah berdasarkan analisa peratusan keluar mengundi yang dibuat oleh Tony Pua, anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan.

Undi Cina dan India

Kerana sikap pilih kasih dan bias fokus alat kerajaan untuk kepentingan BN ini, peratusan pengundian di kawasan Cina jatuh teruk. Ia ditambah pula dengan suasana sambutan Tahun Baru Cina yang hampir tiba. Mereka bimbang untuk meredah banjir dan hujan kerana takut demam atau cedera menjelang sambutan itu.

Hasilnya, peratusan keluar mengundi Cina jatuh 18 peratus iaitu kepada 54 peratus sahaja. Namun begitu, peratus undi untuk PAS kekal iaitu 64 peratus.

Peratusan keluar mengundi untuk Labis hanya 50 peratus, Labis Tengah 72 peratus, Labis Timur 67 peratus manakala Tenang Station hanya 51 peratus.

Kawasan yang paling teruk terjejas akibat diskriminasi ini adalah pengundi India apabila hanya 39 peratus sahaja pengundi mereka turun iaitu turun sebanyak 23 peratus.

Pada jam 3 petang semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta SPR menangguhkan pilihan raya ini kerana ramai yang tidak boleh kelauar akibat banjir ini.

"Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir.

"Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka," katanya.

Namun begitu, selepas pengumuman dibuat, seorang lagi naib presidennya yang juga pengarah pilihan raya ini, Salahuddin Ayub berkata mereka akan menerima keputusannya buat masa ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat terjejas teruk oleh banjir yang melanda beberapa pusat pengundian di Tenang hari ini.

Kataya, banjir telah menjejaskan peluang parti itu kerana ia melanda banyak kawasan di bandar itu seperti Ladang Labis Utara, Bandar Labis Tengah, Bandar Labis Timor.

Kejayaan PAS

Namun begitu, dengan kekalahan ini PAS masih berbangga dengan beberapa perkara termasuk menyelesaikan persepsi yang cuba dibina oleh Umno selama ini kononnya PAS berkawan dengan DAP yang anti Islam.

Pilihanraya ini membuktikan, MCA sebenarnya yang anti Islam bahkan tidak cuba langsung mendekati dan memahami Islam.

"What is so great about knowing Muslim values?" (Apa baiknya untuk (saya) mengetahui tatasusila orang Islam?)" kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Sebelum itu, beliau menghina calon PAS, Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan bukan muhrimnya dan juga memakai sarung tangan untuk membolehkan beliau bersalama dengan mereka.

Ekoran itu pelbagai pihak telah mempertikaikan Soi Lek sehingga Mufti Perak sendiri meminta beliau memohon maaf kepada orang Islam kerana penghinaannya itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menyeru seluruh jentera parti PAS untuk menghilangkan tanggapan bahawa kawasan Felda dan kampung tradisional merupakan kubu Barisan Nasional.

“Untuk menganggap Felda kubu BN saya kira agak ekstrem kerana PAS pernah menang di kawasan Felda bahkan pada tahun 1999, bilamana PAS menang di kawasan majoriti melayu, ianya termasuk kawasan Felda,” kata Tuan Ibrahim yang diminta mengulas kegagalan PAS menembusi kawasan Felda di pilihanraya kecil Tenang.

Calon PAS, Normala Sudirman tewas kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi. Normala memperolehi 2,992 undi manakalah Azahar memperolehi 6,699 undi dengan peratusan keluar mengundi hanya 66.7 peratus.

Jentera Pakatan Rakyat berjaya mengekang majoriti BN naik kepada melebihi 5000 undi sebagaimana yang disasarkan BN.

Bila Ke Hospital Jangan Lupa Dongak Siling...Ada Hantu!!!!

Oleh: JR

Kalau korang kerja kat hospital atau ada rakan atau saudara yang kerja di hospital, cerita ada tempat-tempat tertentu di hospital yang berhantu memang cerita biasa. Hantu-hantu ni bukan saja kelihatan dekat bilik mayat, dekat stor simpan barang, dekat bilik x-ray, malah dalam wad. Serammmm...Hantu-hantu ni pula hadir dalam pelbagai bentuk tapi yang paling popular ialah dalam bentuk pompuan sama ada bersendirian atau dengan anaknya.

Mengapa hantu-hantu ni suka sangat menyerupai pompuan tak taulah, kalau nak tau korang kena pergi interview hantu-hantu tu sendiri, tanya mereka mengapa mereka kurang minat jadi lelaki atau pondan?


Dan hantu-hantu ni juga boleh berada di setiap sudut hospital: di atas lantai, terapung di udara, malah tersengih di siling hospital!!

Yang nak JR kongsi dalam entry ni kali ni kisah yang entah kerja hantu tulen atau bukan hantu tulen, tapi bagi JR ia tetaplah hantu. Sebelum bercerita lanjut baca berita ni dulu:

SERDANG - Tidak diketahui apa puncanya, siling lobi utama Hospital Serdang yang berukuran 10 meter tiba-tiba terjatuh dan nyaris menghempap sembilan orang yang berada di situ semalam. Nasib baiklah sembilan orang awam itu sempat mengelak apabila siling tempat mereka berdiri tiba-tiba terjatuh.
(Sumber: Kosmo)

Ada hantu tolak siling sampai jatuh di Hospital Serdang?

Kalau JR tanya korang: mengapa siling Hospital Serdang runtuh semalam, apa pendapat korang? Sebenarnya ni bukan kali pertama siling hospital runtuh kerana sebelum ni 20 keping siling Hospital Sungai Petani juga pernah runtuh. Malah dalam satu kejadian di Hospital Batu Gajah tahun lepas menyebabkan kepala seorang bayi cedera akibat di timpa siling hospital.

Kalau JR katakan siling di hospital-hospital tu runtuh kerana ditolak oleh hantu @ roh-roh jahat korang percaya tak?

Bagi JR, ni semua memang kerja hantu. Jika sudah banyak berlaku siling runtuh di beberapa hospital kerja sapa lagi, jika bukan kerja hantu?

Cuma JR lebih percaya hantu yang menyebabkan siling hospital-hospital tu runtuh merupakan hantu yang hidup, bukan hantu jelmaan manusia yang sudah mati. Hantu-hantu ni berpakaian segak, mungkin ada hubungan dengan tokoh politik, ada kereta mewah, rumah mewah dan isteri gebu berfesyen mewah. Hantu-hantu hidup ni ialah kontraktor-kontraktor yang membina bangunan secara cuai untuk mendapat keuntungan lebih. Jika mereka manusia, mereka akan memastikan kumpulan jurutera dan pekerja yang membina hospital menjalankan kerja berhati-hati dengan mengambilkira keselamatan pengguna. Tapi mereeka adalah satu spesis dengan hantu yang hanya berfikir tentang diri sendiri, keseronokan sendiri, kemewahan sendiri. Biar orang mampus asal aku dapat untung juta-juta!! Hantu betul kontraktor-kontraktor ni!!!!

Lepas ni kalau korang ke hospital, jangan lupa mendongak ke siling, manalah tau kepala korang telah dipilih oleh hantu siling untuk jatuh ke atasnya!!

UMNO diselamatkan oleh Lee Kuan Yew ?

"Superhero Umno Dulu..Kini..dan Selamanya..."

PRK DUN Tenang sudah melepaskan sauhnya nun jauh ke dasar lautan..Dan kini para penganalisa politik sedang sibuk mengira-gira peratusan jumlah pengundian disetiap peti undi dan kawasan berdasarkan pola pecahan kaum Melayu-Cina-India dan lain-lain.
Tahniah kepada Umno kerana berjaya mengalahkan PAS/PR dan seterusnya menambahkan lagi majoriti yang dimenanginya pada 2008 yang lalu.
Banyak faktor-faktor kemenangan yg dimiliki oleh Umno akan dihuraikan oleh pelbagai penganalisa politik nanti..

Maka disini ..satu persoalan yg sedang belegar-legar dikepala ..adakah berkemungkinan faktor penyumbang peningkatan didorong oleh suara dari seberang tambak iaitu lebih jelas lagi Menteri Mentor Negara Pulau Singa @ Singapura dimana tidak lain dan tidak bukan susu tubuh yang bernama LEE KUAN YEW..

Adakah Lee Kua Yew terbabit sama didalam kempen Umno utk memenangi PRK DUN Tenang..?

Apakah sesudah MCA gagal utk meyakinkan kepada pengundi kaum Cina dengan isu Negara Islam PAS dan isu "salam sarung tangan" calon muslimat PAS..Umno sengaja membiarkan undi kaum cina masuk ke dalam peti undi PAS dan Umno melalui lidah rasminya Utusan Malaysia berkempen menakutkan Melayu dan seterusnya memaksa Melayu mengundi dacing..?

Dan jangan dilupakan..DUN Tenang ini berada didalam Negeri Johor bersempadanan dengan Singapura pula?

Hati ini mula tergerak apabila melihat tajuk laporan akhbar dari Utusan Malaysia pada 27.1.11 dimana tertera nama Menteri Mentor Singpura dimuka hadapan akhbar itu - BERITA UTAMA; KUAN YEW TAKUT NEGARA JIRAN

Pada 28.1.11 didalam laporan akhbar yang sama nama Lee Kuan Yew naik lagi dan pada tarikh tersebut laporan mengenainya dipaparkan diruang RENCANA ; ANTARA MCA,DAP DAN LEE KUAN YEW

Dan paling mengujakan hati ini apabila disaat-saat akhir sebelum pintu pusat pengundian dibuka pada 30.1.11 Umno masih lagi berkempen walaupun sudah tamat hari berkempen bagi semua parti yang bertanding di PRK DUN Tenang..BN melalui media rasmi UMNO iaitu Utusan Malaysia melancarkan kempen "haram disisi PR" dengan terlancarnya laporan muka hadapan - BERITA UTAMA; KUAN YEW KETEPIKAN AGAMA

Bagi hati ini..jelas dan terang Umno berjaya didalam kempenya utk menarik perhatian pengundi Melayu dengan menggunakan Lee Kuan Yew sebagai umpan..apatahlagi peningkatan undi dari kaum Melayu sehingga melonjakan majoriti yg diperolehi lebih dari 1000 undi berbanding 2008.

Kenapa kempen percuma dari Lee Kuan Yew ini sangat berharga buat BN/UMNO..?


Petikan dari Bab 3; ..Sebagaimana biasanya,apa sahaja yang diperkatakan Menteri Mentor Singapura,Lee Kuan Yew,tentang politik Malaysia mahupun tentang hubungan Malaysia-Singapura akan menimbulkan reaksi gempar dikalangan rakyat umum di negara ini.(Malaysia)

Lee Kuan Yew sering dianggap sebagai realiti yang lebih besar daripada kehidupan ini sendiri.Dalam kerangka wacana politik negara ini yang begitu tebal ciri perkauaman-misalnya dikalangan orang-orang Umno-Lee Kuan Yew sering digambarkan sebagai musuh ketat lagi berbahaya.

Nasib orang Melayu Singapura,dan penindasan mereka oleh Lee Kuan Yew dan kerajaan Singapura,sering dikemukakan sebagai contoh dan amaran tentang apa yang akan terjadi kepada orang Melayu jika kuasa politik terlepas dari tangan orang Melayu-maksudnya terlepas dari tangan Umno-dan direbut oleh Lee Kuan Yew dan kaumnya.

Pemimpin politik yang bersikap perkauman di Malaysia-akan memperalatkan negara jiran terdekat mereka sama seperti negara Israel memperalatkan peristiwa Holocaust; yakni utk membela kewujudanya dan mencipta momok asing yang dikatakan akan membahayakan kewujudan itu (Malaysia).



Bagi hati ini..apa yg diperkatakan tadi bukanlah merujuk 100% ianya adalah salah satu faktor kemenangan Umno di PRK DUN Tenang..apa yang dikatakan sebentar tadi hanyalah persoalan yg tidak pernah mati untuk difikirkan..untuk itu biarlah jawapan samada Lee Kuan Yew ini benar-benar salah satu kempen yang paling berjaya buat Umno dijawap oleh hati dan minda masing-masing..

Hati ini suka sekali nak mengata..kemenangan di PRK DUN Tenang bukanlah BN yang menang..tetapi Umno yang menjadi Juaranya..

Akhirkata dari hati ini...kepercayaan bahawa Lee Kuan Yew akan berterusan menjadi bahan kempen percuma untuk BN akan berterusan sehinggalah Lee Kuan Yew menutup mata dan bersemadi disebelah mendiang isteri beliau mantan "First Lady Singapura" Kwa Geok Choo.

Kekalahan PR Di Tenang. Loceng Amaran Berbunyi

PKeputusan rasmi mengesahkan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang, Johor pada pilihan raya kecil hari ini, yang terganggu disebabkan hujan lebat dan banjir.

Calon BN Mohd Azahar Ibrahim memperoleh 6,699 undi manakala calon PAS Normala Sudirman mendapat 2,992 undi.

Majoriti diperoleh BN 3,707 undi.

Sebelum ini BN meletakkan sasaran untuk mencapai majoriti 5,000 yang pernah diperoleh pada 2004.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, calon BN menewaskan PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Muhasabah Awal

1) Hujan yang begitu lebat turun mungkin menjadi faktor penguni-pengundi tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Ini diakui sendiri oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang berkata jumlah peratusan itu lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

2) PR tidak menduga lantas tidak bersedia dengan kaedah-kaedah untuk mengangkut pengundi apabila berlaku keadaan banjir sedemikian. Sekadar mengharapkan bot pertahanan awam dan polis, ia seperti menempa kekalahan awal.

3) Peratusan mengundi kaum Cina di bandar adalah rendah. Di satu ketika melalui twitter seorang anggota parlimen Serdang Teo menulis "Amaran! Peratusan keluar mengundi di kawasan Cina cuma 20 peratus; Felda sudah 50 peratus. Tolong bantu panggil orang yang kamu kenal di Labis." Selain hujan, ada faktor lain kaum Cina tidak keluar mengundi, dimana ditemui sekeping cek yang dikoyakkan bernilai RM3,000 dipercayai perbuatan membeli undi (atau jangan kelaur mengundi) dari kaum Cina giat berlaku.

4) Masyarakat FELDA sepertimana yang GB pernah ulas sebelum ini, menerima ugutan, sehinggakan PAS dilaporkan tidak dibenarkan berkempen di beberapa lokasi di ladang FELDA. UMNO BN menggunakan taktik yang sama di Galas. Semalam GB menyatakan:

Ingat Galas! UMNO bawa taktik Galas ke Labis. Di Galas, orang asli yang diumpan dan diugut, tetapi di Labis, warga FELDA yang menerima umpanan dan ugutan tersebut.

Buktinya:

GALAS



TENANG



4) PKR Bermasalah. Tidak dinafikan ramai pemimpin PKR yang turun membantu bertungkus lumus, namun PKR masih bermasalah. Faktor Anwar, faktor kesan pemilihan 2010 menjejaskan reputasi PKR sehinggakan masyarakat kaum bukan-Melayu (Cina & India) dikatakan enggan keluar mengundi. 2 pemimpin PKR keluar parti di masa kempen PRK Tenang, Pengasas PKR, Ng Lum Yong dan MP Gobala.

5) PAS sendiri bermasalah. Pertama, kurang mesra dengan pengundi Melayu. Hanya menemui mereka semasa pilihanraya. Kedua, ada jurang komunikasi diantara pengundi dengan parti. Dakwah belum berjejak ke akar umbi.

6) Kempen menyerang calon BN. Ia tidak berapa tersusun dan tidak tepat. Masyarakat melihat seperti PAS tidak mengkotakan janji iaitu tidak akan melakukan serangan peribadi. Ia tidak dijelaskan di peringkat awal sidang media sehinggakan satu ketika GB terpaksa membetulkan persepsi bahawa yang kita serang bukan peribadi tetapi kompetensi calon yang diketengahkan.

Akibat dari strategi yang kurang tepat, pihak lawan bertindak balas dengan dua serangan peribadi di saat akhir, satu berkenaan sijil cuti sakit suami calon siap dengan ugutadari TPM, kedua serangan sijil kelulusan SPM calon PAS yang tak berkesempatan untuk dijawab.

7) Media PR masih tidak tersusun, tidak prolifik dan tidak pro-aktif. Maklumat tidak mantap. Banyak yang keterlaluan optimisnya. Seperti kenyataan Timbalan Presiden PAS: "PAS yakin menang atau kurang majoriti BN" - apa asasnya? Bahan kempen juga tidak mencukupi untuk mengimbangi media massa arus perdana yang menyerang secara agresif. Serangan dan ucapan para pemimpin UMNO BN banyak yang tidak ditangkis.

Ada lagi beberapa sebab lain yang tidak wajar untuk GB tuliskan di sini. Akan dikemukakan jika diminta oleh parti iaitu dari perspektif seorang blogger kecil seperti GB.

Apa-apa pun kita mengucapkan terima kasih dan syabas kepada petugas yang bertungkus-lumus tanpa mengira siapa mereka, PAS, PKR, DAP, blogger, kumpulan atau individu, yang berusaha di sepanjang tempoh kempen PRK Tenang. Semuga Allah membalas segala jasa mereka yang terlibat.

GB yakin jika kita berani mengakui kelemahan dan kemudian mencari jalan mengatasinya, kita akan berjaya di dalam PRK Merlimau nanti.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali 'Imran: 139)

"Jika kamu mendapat luka, maka sesungguhnya mereka itu pun mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang yang ingkar) dan supaya sebahagian kamu dijadikan-Nya sebagai syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang ingkar." (Ali 'Imran: 140-141)

Kena buat kerja lebih lagi.. jangan selesa apa yang ada jika nak pergi PuteraJaya

oleh Topeng Perak Unmasked
Salam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6mRig_Qyh2BFljp9BSd4mF9USvEbNrbuVp7vH7jRA_r-qqP3dwIniL13ztd3xYUXZo-gznuf_6_7_RlyK9GySa0ggqA9BiuWueJwepdmBKgDRfWp-4XFqVNKCnmahN79u_1KydDwq0eI/s400/pr-putrajaya.jpg

Di DUN Tenang, undi MeLAYU kpd calon PAS, Cikgu Mala kurang dr 800 undi, undi Cina pd PAS lbh krg 2000 undi, undi India pd PAS amat menyedihkan... Nmpk sgt sukar bg Pakatan Rakyat menakluki kubu terkuat UMNgOk/Beer eNd dlm PRU-13 nanti.

Pakatan Rakyat kena buat sesuatu utk atasi mslh ni klu benar2 bercita2 menguasai Putrajaya.

Kena ada 1 perancangan yg benar2 kuat utk mengatasi propaganda KERAjaan Pusat.