Friday, March 30, 2012

Hamidan Buatkan KFA Pening Kepala

oleh: Saiful Azrul Che Lah
(saiful@hijaukuning.com)

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/547969_10150699271094906_246271459905_9270404_322995892_n.jpg

Tatkala Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berkira-kira untuk menamatkan khidmat penyerang import dari Ghana, Hamidan Mohamed dan menggantikan dengan calon baru, beliau mula mempamerkan belang sebenar beliau. Setelah menjaringkan dua gol ketika perlawanan suku akhir kedua Astro Piala FA menentang T-Team, Hamidan sekali lagi mengulangi skrip yang sama dan juga membantu untuk satu gol jaringan sendiri pemain pertahanan Perak.

Kemenangan yang amat berharga kepada Kedah telah menyaksikan Kedah melonjak tiga anak tangga daripada tangga ke-12 ke tangga ke-9. Walaubagaimanapun, pasukan lain hanya akan beraksi pada malam esok.

Di awal perlawanan, Perak lebih banyak mengatur gerakan tersusun dan pemain Kedah dilihat sedikit kepenatan untuk melalui perlawanan ketiga dalam tempoh enam hari dengan menempuh jarak perjalanan yang cukup memenatkan. Perak beberapa kali mengancam dengan beberapa gerakan terusun tetapi gagal dimanfaatkan oleh pemain mereka terutama sekali penyerang, Lazar Popovic.

Kedah juga mempunyai beberapa peluang tetapi gagal dimanfaatkan dengan sebaiknya namun pada ketika perlawanan separuh masa pertama kelihatan akan berakhir dengan tanpa jaringan, hamidan tampil memecah kebuntuan apabila menguis mudah dengan kaki kiri tandukan ke belakang Sabree Abu hasil sepakan penjuru Baddrol Bakhtiar.

Sejurus bermula separuh masa kedua, Perak mula mengancam tetapi Khyril Muhymeen lebih mencuri tumpuan apabila cubaan beliau terkena palang pada minit ke-50.

Kedah pada separuh masa kedua mula menguasai perlawanan dan kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang seimbang.

Pada minit ke-78, Hamidan yang melakukan gerakan solo dari tengah padang cuba mengumpan kepada Baddrol Bakhtiar tetapi dipintas oleh Syazwan. Malang bagi Syazwan, pintasan tersebut melambung ke arah gol dan penjaga gol Muda Perak, Khairil Amri teragak-agak untuk menggunakan tangan kerana hantaran oleh rakan sendiri lalu cuba menanduk keluar tetapi gagal untuk memberikan gol kedua buat Kedah.

Tujuh minit berselang, Hamidan mempamerkan taring beliau apabila melakukan sepakan kencang dari jarak kira-kira 35 meter yang terus menerjah ke dalam gawang Perak bagi memastikan kemenangan Ketiga Kedah dalam saingan Astro Liga Super 2012.

Apa yang pasti, peningkatan yang dipamerkan Hamidan telah menjadikan KFA berada dalam satu keadaan sukar untuk melakukan keputusan. Hamidan juga telah dipilih menjadi Pemain Terbaik Perlawanan oleh pihak Astro Arena.

sumber: www.hijaukuning.com

Kenari Patuk Mata Seladang di Darul Aman

 

Misi mendaki tangga Liga Super sudah bermula. Alhamdulillah kita sudah berada di tangga ke 9. Walaupun kita mungkin dipintas pada esok malam, tetapi peningkatan memberangsangkan yang kita tunjukkan adalah sangat2 positif. Pasukan2 lain sudah mula membuka mata.

Tahukah anda sebelum game tadi, Coach Perak Norizan Bakar sudah 2 kali turun ke SDA untuk memantau gameplay Kedah. Kita sudah mula membuka mata semua pihak. Kelibat Kedah sudah kembali digeruni di dalam kancah bolasepak negara.Kemenangan yang sangat bermakna buat sang Kenari... dimana Seladang pula yang menjadi mangsa....

Malam ini sekali lagi Hamidan menunjukkan bisanya walaupun pada awal kemasukkan beliau nampak agak kurang memuaskan...

Namun beliau membuktikan, sekali lagi, malam ini dengan hasil yang sangat sempurna dan kemas... Dan yang pasti gol ketiga beliau sangatlah cantik.. 1 stadium terpegun dengan rembatan kencang beliau dari luar kotak penalti... Tapi apakah nasib beliau selepas ini?
 

Adakah KFA akan tetap kekal dengan keputusan untuk menggugurkan beliau? Tetapi KFA harus ingat, jika Hamidan digugurkan, KFA harus mencari pengganti yang lagi bagus dari beliau... Sama-sama kita nantikan dan sama-sama kita terima apa juga keputusan yang dibuat oleh KFA..

promote sikit:
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/556121_10150625867167273_289633097272_9351016_1921656222_n.jpg

PENDANG – Berdebar nanti masjid dirasmi

PENDANG – Pandangan orang ramai yang melalui jalan Pekan Tokai, di sini pasti akan tertarik melihat sebuah masjid yang tersergam indah.

Masjid yang diberi nama Masjid As Syakirin terletak di tengah pekan itu merupakan masjid paling cantik di kawasan ini daripada struktur reka bentuk keislamannya.

Semalam merupakan hari sungguh bermakna apabila masjid itu dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’Adzam Shah sempena sambutan keputeraan Sultan Kedah ke-84.

Ketibaan baginda kira-kira jam 12 tengah hari itu disambut barisan pengerusi Kerajaan Negeri Kedah dan jawatankuasa masjid bersama penduduk, sebelum baginda dibawa masuk ke dalam masjid untuk menyempurnakan majlis perasmian.

Selesai upacara itu, baginda turut menunaikan solat Zohor bersama rakyat disusuli dengan jamuan rakyat di pekarangan masjid.

Hadir sama di majlis berkenaan ialah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Ahli Jemaah Pengarah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Majlis turut dihadiri kira-kira 2,000 tetamu kalangan penduduk


Bakal membangunkan Pekan Tokai

Sempena majlis perasmiannya, ramai berpendapat Masjid As Syakirin mampu membantu membangunkan Pekan Tokai itu sendiri, selain mendapat kunjungan ramai tamba-han dengan tarikan keunikan dan kecantikan masjid itu sendiri.

Imam Masjid As Syakirin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khariah, Abdul Razak Saad berkata, masjid itu dibina dengan peruntukan RM2.7 juta, dengan RM2.3 juta itu adalah peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, manakala selebihnya iaitu kira-kira RM400,000 daripada sumbangan anak-anak kariah dan jabatan zakat.

Menurutnya, terdapat sembilan kampung dalam kariah masjid itu iaitu Kampung Batu 30, Kampung 20, Kampung Batu 8, Kampung Kubang Pasu, Kampung Masjid, Dalam Baruh, Taman Tokai Jaya, Taman Seri Merbok dan Taman Bunga Raya.

Abdul Razak berkata, masjid dengan keluasan 7,192.5 meter persegi itu mampu memuatkan sekitar 800 jemaah dalam satu-satu masa.

“Masjid ini telah dibina awal tahun 2008 dan siap pada tahun 2008. Pada 4 April 2010 masjid ini telah digunakan, namun pada 29 Mac 2012 (semalam) ia akan terus diingati susulan majlis perasmiannya.

“Warna masjid ini dengan jingga dan putih itu juga antara faktor menyerlahkan lagi kecantikan seni bina masjid ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Razak yang juga bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Etam Simpang Ampat Alor Setar berkata, apabila tamat tugasnya pada tahun 2002, dia berusaha menulis surat kepada Perdana Menteri ketika itu iaitu pada 2003 bagi memohon peruntukan untuk membina masjid baru.

Menurutnya, buat masa ini, masjid lama berhampiran telah ditutup hampir dua tahun kerana kerja-kerja projek pembinaan landasan kereta api di situ, namun ia tidak akan terus dibiarkan kerana bakal dijadikan sebagai tempat pengurusan jenazah penduduk setempat.


Perbanyakkan aktiviti masjid

Abdul Razak berkata, pelbagai aktiviti diadakan di masjidnya antaranya kuliah Maghrib pada setiap malam kecuali malam Sabtu, majlis Maulidur Rasul, Maal Hijrah, dan agihan daging korban kepada anak-anak kariah setiap tahun menjelang Hari Raya korban.

Menurutnya, majlis berbuka puasa di masjid sentiasa diadakan setiap petang pada bulan Ramadan hasil sumbangan anak-anak kariah mengikut kampung masing-masing.

Abdul Razak berkata, selepas majlis perasmian ini, beliau bersama ahli jawatankuasa yang lain, yakin akan lebih bersemangat untuk memperbanyakkan lagi aktiviti di masjid kepada anak-anak kariah di sini.


Teruja dirasmikan Agong

Abdul Razak ketika ditemui bersama beberapa barisan jawatankuasa lain turut meluahkan rasa gembira dan tidak menyangka Masjid As Syakirin akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, beliau meluahkan rasa tidak percaya setelah pada mulanya dimaklumkan oleh kadi daerah mengenai perasmian itu.

“Saya rasa tidak percaya dan berdebar setelah dimaklumkan kepada saya melalui telefon kira-kira tiga minggu lalu. Rasa sukar hendak percaya, namun selepas dimaklumkan saya terus memanggil ahli jawatankuasa masjid ini untuk memaklumkan perkara itu dan berbincang.

“Kami terus bergotong-royong membersihkan masjid bersama biro wanita setiap hari sejak dua minggu untuk membuat persiapan dari segi keceriaan masjid dan banyak lagi,” katanya.

Jalan ditutup sementara di Alor Setar sempena pertandingan Pesta Sukan Sungai

http://www.kuin.edu.my/v3m/images/stories/copy%20of%20final%202%2003082010.jpgALOR SETAR - Jalan sepanjang 500 meter berhampiran kawasan pertandingan Pesta Sukan Sungai, sempena Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Kedah ke-84 akan ditutup sementara pada Sabtu ini.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Kota Setar, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, jalan yang akan ditutup membabitkan persimpangan lampu isyarat, berdekatan Masjid Zahir melalui Pekan Melayu sehingga jalan bersebelahan Restoran Bunga Tanjung.

Menurutnya, operasi penutupan jalan bermula pada jam 7 pagi sehingga 1 tengah hari berikutan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dijangka berangkat pulang selepas merasmikan pesta berkenaan kira-kira jam 12.30 hingga 12.45 tengah hari.

“Pengunjung yang ingin menyaksikan Pesta Sukan Sungai boleh meletakkan kenderaan mereka di tempat letak kereta berhadapan dengan Masjid Zahir dan di tapak letak kereta pasar lama untuk mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang program.
“Kerjasama daripada semua pihak diharapkan untuk memastikan perjalanan program berjalan lancar,” katanya.

Mohd Sham berkata, beberapa anggota polis akan ditugaskan untuk menjalankan proses penutupan jalan sepanjang tempoh berkenaan.

Hamidan akur keputusan apa keputusan KFA


PENYERANG Kedah dari Ghana, Hamidan Mohamed tidak akan berkecil hari sekiranya Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menamatkan kontraknya walaupun menyedari dirinya masih berguna buat skuad Hijau Kuning itu. 

Hamidan yang beragama Islam berkata, sebagai seorang profesional, dia akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk majikannya dengan berusaha sedaya upaya untuk memastikan Kedah keluar sebagai pemenang setiap kali turun beraksi. “Saya tidak merajuk atau membuat perangai hanya kerana takdir saya bersama pasukan ini bagaikan sudah sampai ke penghujung. 

Apa saja keputusan mereka, saya akan terima dengan hati terbuka,” katanya yang menamatkan kemarau jaringan selepas satu setengah bulan menyarung jersi Kedah apabila dua kali membolosi gawang T-Team untuk membantu pasukan Kenari mara ke separuh akhir Piala FA. “Saya rasa puas kerana akhirnya dapat menjaringkan gol bagi menamatkan kemarau jaringan. 

Alhamdulillah, saya membuktikan saya sebagai seorang penyerang dan kedatangan ke Kedah bukan sekadar mahu memenuhi kuota pemain import,” katanya yang mengintai melebarkan sentuhan jaringannya apabila bertemu Perak, malam ini. 

Menurutnya, nasihat dan tunjuk ajar ketua jurulatih Wan Jamak Wan Hassan menambahkan keyakinannya selain doa restu daripada keluarganya di Ghana yang sentiasa berdoa agar dia menjaringkan gol. “Ketiadaan rakan penyerang, Khyril Muhymeen Zambri turut menyemarakkan semangat kerana mengetahui tugas berat menjaringkan gol di Kuala Terengganu terletak di bahu saya dan ia akan menjadi pencabar utama saya untuk membuktikan kewibawaan sebenar. 

“Esok (hari ini) kita akan bertemu Perak saya mahu mengulangi kecemerlangan itu. “Bagi seseorang, kegagalan menjaringkan gol sudah pasti melemahkan semangat dan keyakinannya juga akan menurun tapi akan berakhir selepas menepati sasaran,” kata Hamidan.

Thursday, March 29, 2012

Apakah isu Apco & kondo lembu auta wahai Najib..?

Oleh Subky Latif

BERKATALAH Perdana Menteri Najib, pembangkang umumnya auta dan menyatakan fakta.Untuk berkata, isu-isu tertentu adalah auta, ia mungkin betul atau ia mungkin fakta. Tetapi kalau semuanya auta ia adalah satu auta yang nyata. 

Najib dan UMNO mulai sekarang kena buktikan apa saja yang pembangkang timbulkan ada auta.
 
Contohnya tuduhan kerajaan Najib menggunakan firma perunding Apco, sebuah syarikat milik Yahudi Amerika adalah auta. Adakah auta Apco tiada apa-apa urusan dan peranan di Israel? 
 
Adakah auta kerajaan IMalaysia membayar puluhan juta kepada Apco untuk mempromosikan Malaysia di luar negara? 

Rafizi dari bahagian strategi PKR mendedahkan bahawa suami Shahrizat Jalil menggunakan sebahagian duit pinjaman RM250 dari kerajaan membeli dua kondo mewah. Adakah dakwaannya auta? Kalau auta mengapa pula antara dakwaan yang dihadapkan kepada suami Shahrizat ialah pembelian kondo itu? 

Sebelum suami itu didakwa, boleh dianggap pendedahan Rafizi itu auta. Tetapi sesudah dia didakwa, adakah Jabatan Peguam Negara mendakwa sesuatu yang auta. 

Suami Shahrizat belum didapati bersalah. Tetapi bolehkah dakwaannya yang berpunca dari pendedahan pembangkang adalah satu auta? Bijakkah perdana menteri ia juga satu auta? 

Wajarlah Najib tampil menyatakan apa antara pendedahan kompeni lembu itu bukan fakta, melainkan semuanya auta. 

Adakah cincin bernilai 24 juta ringgit yang dihantar melalui kastam kepada isteri Perdana Menteri satu auta? Mungkin harganya itu auta. Tetapi faktanya berapa? Apa pun berita dari sumber Najib cincin itu sudah dibawa keluar negara. Ertinya cincin itu dihantar kepada Datin Seri Rosmah bukan auta.

Ada pun Rosmah dilaporkan membeli pakaian ratus ribu di Australia. Kalau juga auta ia bukan berpunca dari pembangkang. Ceritanya dipetik dari apa yang dilaporkan oleh media Australia. Media itulah yang memulakan auta itu. 

Isu pembunuhan nyonya Mongolia bernama Altantuya. Adakah ia isu auta? Adakah nyonya itu tidak dibunuh dan adakah mayatnya tidak pernah diletupkan di Selangor? 

Kes itu sudah dibicarakan dan sudah pun ada keputusan mahkamah. Ia adalah fakta dan bukan auta. Itu pun auta juga. 

Mungkin ada cerita tentang nyonya dan kaitannya dengan Perdana Menteri Najib ada unsur auta. Tetapi Najib wajar terangkan yang mana dalam cerita itu yang auta dan yang mana pakta? 

Kes nyonya itu dan Najib difailkan di Paris. Adakah kes itu satu auta atau betul kes itu ada di mahkamah Paris? 

Kemudian ada pula dakwaan bahawa syarikat Malaysia mengaut untung atas pembelian kapal selam dari Perancis dan pesawat pejuang Sukoi Rusia sebesar setengah bilion. Angka komisyen itu mungkin auta tetapi adakah mengambil untung itu auta? Jumlah yang tidak auta berapa? 

Anak perempuan Najib bertunang tahun lalu diadakan di Hotel Shanri La. Perbelanjaannya sekitar setengah juta. Boleh dihujah ia dilunaskan oleh Najib atau kerajaan. Tetapi faktanya tuntutan dibuat hotel terhadap Jabatan Perdana Menteri. Pembangkang hanya membangkitkan perkara itu. 

Jabatan Perdana Menteri menafikan ia dibiayai kerajaan. Apa bukti penafikan itu bukan auta? Dan yang sah bukan auta kosnya hampir setengah juta. JPM tidak pernah menafikannya. 

Najib bercakap di Parlimen untuk memansuhkan ISA. Tetapi ISA masih berkuat kuasa. Tiada apa-apa tindakan untuk memansuhkannya. Tidakkah ia auta? Selagi akta itu begitu, Najib dikira meauta Parlimen. Kata orang Terengganu ia lebong. 

Sehingga ini orang terasa auta terbesar ialah Najib. Diperkenalkannya slogan Rakyat Didahulukan. Dengan harga cincin Rosmah dan harga pakaian diberi di Australia slogan Rakyat Didahulukan adalah auta saja. 

Tuduhan pembangkang auta payah diterima tetapi Najib boleh dikira seorang autawan. 

Nampaknya BN akan menang KECOH pada PRU13 jika PR tak buat sesuatu..??

Manipulasi BN kalahkan kuasa rakyat dalam PRU13?
Oleh Ahmad Lutfi Othman
 
Melihat sambutan hebat masyarakat terhadap program Pakatan Rakyat, khususnya ceramah-dialog politik dan majlis makan malam, tidak terbayang bahawa Najib Razak dan BN mampu mempamerkan prestasi lebih baik dalam pilihan raya umum akan datang, berbanding rekod buruk Abdullah Ahmad Badawi empat tahun lalu.

Pagi Ahad lalu, 25 Mac, sewaktu singgah di majlis Himpunan Anak Terengganu di Perantauan 2012, di Kajang -- yang menyaksikan hampir semua pimpinan kanan PAS Negeri turun, termasuk Pesuruhjaya, Abd Wahid Endut dan Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang -- saya lihat hadirin memenuhi segenap ruang Dewan Majlis Perbandaran Kajang itu. 

Wajah dan air muka mereka menyerlahkan keyakinan atau sekurang-kurangnya semangat dan harapan tinggi agar Terengganu tidak lagi tercicir daripada gelombang tsunami politik, seperti tahun 2008.

Di sebelah malamnya, wartawan Harakah yang membuat liputan Karnival Terima Kasih Rakyat di Stadium Kuala Selangor, sempena empat tahun Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, memaklumkan bahawa puluhan ribu menghadiri majlis ceramah Rapat Rakyat, yang disertai tiga pimpinan utama, Anwar Ibrahim, Ustaz Hadi dan Lim Kit Siang, selain Menteri Besar  Khalid Ibrahim.

Sehari selepas itu, saya dikunjungi dua aktivis mahasiswa Universiti Malaya, yang banyak menceritakan perkembangan menarik anak-anak muda di kampus; siri aksi protes terbaru mereka begitu mengujakan, termasuk menghantar simbol batu nesan kepada Menteri Pengajian Tinggi, petanda keprihatinan tinggi terhadap idealisme perjuangan untuk bersama-sama mencetuskan  perubahan yang begitu didambakan rakyat.

Sekurang-kurangnya saya dapat diyakinkan bahawa kebangkitan mahasiswa kini berupaya membentuk gelombang tersendiri dan mampu mempengaruhi kecenderungi mengundi generasi muda dalam PRU13 nanti. Jadual mereka untuk mengungguli suara kebenaran cukup padat sekali.

Ketika menulis catatan ini, jam 1.10 pagi, 28 Mac, hanya 2km dari kediaman saya, di Padang Awam, Taman Kosas, Ampang, ceramah Anwar dan Mohamad Sabu baru berakhir setengah jam lalu. Mulanya saya bercadang untuk merasai kemeriahan itu, tetapi keuzuran dan kesuntukan masa menyemak deadline Harakah menghalangnya. 

Saya menelefon anak sulung yang terperangkap dalam kesesakan. "Ramai sangat yang datang ... kebanyakannya anak-anak muda. Mereka bertepuk dan bersorak semasa Anwar berucap. Mungkin itu sebabnya Anwar berceramah lama malam ini, dia pun bersemangat dengan orang muda," ujarnya sambil ketawa. 
 
Seminggu sebelumnya, 18 Mac, sempena Hari Wanita Sedunia, di Petaling Jaya, ribuan aktivis daripada pelbagai pertubuhan, berarak penuh bersemangat, dari Masjid Bulat, Seksyen 14 dan Taman Tasik Jaya ke Paang Astaka, juga membawa tema serupa, iaitu menuntut perubahan, antara lain dengan laungan "Wanita Menuntut Kerajaan Bersih" dan "Wanita Menolak Rasuah".

Asakan berterusan terhadap Pakatan Rakyat, yang disiar besar-besaran media, khususnya Utusan Malaysia dan TV3, dengan tukang karut utamanya, Najib, sudah cukup membayangkan, bahawa Umno-BN dalam keadaan panik dan tidak tentu arah. Kuasa yang bakal terlucut begitu menggerunkan.

Ya ... begitulah pemandangan lahiriah atau lakaran di permukaan; begitu menjanjikan! Di mana-mana orang bercakap soal perubahan dan pembaharuan. Atau setidak-tidaknya menjalar fenomena Asalkan Bukan Umno (ABU), meskipun masih ada yang curiga keupayaan Pakatan Rakyat untuk melakukan yang terbaik buat Malaysia.

"Berilah peluang Pakatan memerintah kerajaan pusat ... kalau sama juga perangainya, rasuah, sombong, asyik kayakan diri dan kroni, cukup sepenggal kita tukar orang lain pula, apa susah?" Ungkapan yang lebih kurang hampir sama maksudnya, sering diluahkan kepada saya, terutama oleh orang awam yang saya lihat tidak begitu komited dengan mana-mana parti politik.

Dalam masa sama, rupa-rupanya agak ramai yang lebih cenderung untuk bersikap berhati-hati mentafsirkan situasi yang dilihat mata kasar itu. Tidak kurang yang menelefon saya, manakala lebih ramai menghantar SMS dan emel. 

"Lutfi, saya bimbang dengan penipuan dan taktik jahat  BN yang kita tidak terhidu. Mungkin perancangan licik mereka berbeda dengan komplot di Terengganu pada 2004 dulu. Tapi, ia tidak lari daripada manipulasi senarai daftar pemilih, itu yang paling penting," SMS seorang pembaca Harakah, sekadar memaklumkan  dari Shah Alam. 

Beliau cukup khuatir, Selangor -- yang menjadi idaman Najib dan Noh Omar -- akan terlepas ke tangan BN, bukan disebabkan kelemahan kepimpinan Khalid Ibrahim, tetapi berpunca daripada seribu satu tipu muslihat, yang disokong dan dimudahkan oleh rangkaian agensi kerajaan!

"Mampukah Pakatan halang penipuan daftar pemilih? Tidak ada cara lain kecuali kita tingkatkan tekanan melalui Bersih 3.0. Kali ini kita berhimpun lebih lama, kalau boleh berhari-hari, dan tidak bersurai sehingga ada jaminan tindakan berkesan dari kerajaan," seorang pemanggil, bekas tentera melontarkan pandangan.

Mendapat panggilan yang agak kerap dan curahan SMS dengan nada sama, yang khuatir dan curiga, bukan sahaja merisaukan laluan Pakatan ke Putrajaya, malah bimbang dengan penguasaan ke atas Selangor dan Kedah, saya sendiri naik cuak.

Apakah mereka turut terpengaruh dengan mesej yang sering saya bawa dalam kolum ini, atau kerisauan itu memang sesuatu yang real; bukan disebabkan kegagalan Pakatan untuk meraih sokongan tetapi manipulasi BN terhadap proses pilihan raya yang masih tempang ini?

Saya jarang tertarik dengan emel blogger Tulang Besi, tetapi tulisannya tentang Selangor agak menyentap perhatian saya. Antara yang ditekankan beliau:

"Dengan bantuan SPR dan JPN, Umno (di Selangor) telah berjaya menukar puluh ribuan pengundi Pakatan Rakyat dari Dun masing-masing; mendaftar pendatang asing sebagai pengundi yang sah;  menukar alamat pengundi Umno dari Johor, Melaka dan Pahang untuk mengundi di Dun (yang dikuasai) KeADILan dan PAS; dan mendaftar banyak pengundi hantu yang tidak dikenali dan tidak wujud di Selangor.

"Mengikut bilangan terkini, bilangan kerusi yang bakal dimenangi oleh Umno-BN adalah 35 berbanding Pakatan Rakyat 21. Menjelang pilihan raya umum bulan Jun 2012 nanti, bilangan kerusi yang bakal dimenangi BN adalah 43 berbanding Pakatan Rakyat 13.

"Umno-BN bukan setakat yakin untuk memerintah Selangor tetapi yakin mendapat kembali majoriti dua pertiga di Dun Selangor.

"Setakat yang saya tahu, amat sedikit sangat usaha yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk menangkis penipuan Umno-BN ini. Disebabkan kos membantah nama dalam daftar pemilih yang diragui ditetapkan oleh SPR RM10 untuk satu nama, maka PAS Selangor tidak mampu membantah dengan banyak walaupun mereka kuat bekerja."

Saya tinggalkan anda dengan persoalan yang kelihatan merisaukan ini ...