Tuesday, February 15, 2011

Ceroboh hutan Langkawi, Jabatan Perhutanan akan diminta penjelasan

Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR, 15 Februari - Kerajaan Negeri akan memanggil Jabatan Perhutanan dan dan agensi lain yang terlibat dalam masa terdekat meminta mereka memberi laporan mengenai isu penebangan dan pencerobohan hutan di beberapa lokasi di Langkawi Permata Kedah.

Ini berikutan pendedahan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam YB S Manikumar mengenai pencerobohan hutan di Langkawi yang semakin berleluasa akhir-akhir ini.

“Saya akan meminta Jabatan Hutan memberi laporan tentang isu ini,” katanya ketika di minta mengulas menganai isu ini yang tersiar di beberapa akhbar tempatan.

Katanya setakat ini Kerajaan Negeri belum menerima apa-apa laporan mengenai isu pencerobohan hutan di Langkawi seperti yang dilaporkan oleh beberapa akhbar, katanya selepas sambutan Majlis Maulidul Rasul di Kolej Universiti Insaniah.

Menurutnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah membangkitkan dua masalah kepada Kerajaan Negeri iaitu aktiviti mereka telah menyebabkan kerosakan sistem ekologi kepada keindahan pulau berkenan dan pihak berkenaan juga telah melakukan kesalahan dengan mengambil tanah kerajaan secara tidak sah.

“Kerajaan Negeri dan penduduk Langkawi mengadapi kekurangan tanah apabila pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dengan rakusnya menceroboh dan menebang hutan-hutan simpan yang ada.

“Hutan-hutan yang ada di Langkawi adalah aset utama bagi pulau itu mengekalkan keindahan alam semula jadi bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke situ,” katanya.

Menurutnya, Langkawi adalah pulau pelancongan dan tanah di Langkawi harganya semakin meningkat. Oleh itu adalah menjadi Beliau akan memanggil pihak berkenaan iaitu Jabatan Hutan dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mendengar laporan sebelum sebarang tindakan dilakukan.

Sementara itu YB Manikumar dalam pendedahan isu ini berharap pihak bertanggungjawab segera menghentikan aktiviti itu dan sekiranya mereka masih berdegil beliau tidak akan teragak-agak membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

2 comments:

  1. Kisah dan realiti tentang permohonan tanah usaha telah lama diperkatakan oleh penduduk Langkawi dan Kedah amnya. Salah satu punca kekalahan BN pada 2008 kerana kerenah pejabat tanah agak mengabaikan permohonan kelulusan permohonan hakmilik tersebut. Dan paling malang tanah permohonan mereka telah dipalam oleh orang-orang politik dengan tanpa usaha dapat memiliki tanah tersebut dengan kabel kuat mereka melobi orang tertentu didalam pejabat tanah.

    Dan kita berharap supaya pihak kerajaan sekarang dapat memberi perhatian dalam hal ini jangan isu ini dipolitikan, yang penting perlu diambil tindakan bagi menyelesaikan permasalahan masa lalu bagi menyakinkan kemampuan kerajaan yang mereka pilih boleh buat kerja. Sudah kedengaran pihak penduduk agak merasa rimas segala keluhan mereka tidak diambil peduli oleh ahli politik PR malah dengan mudah menyatakan ini susah diatasi dengan alasan permohonan baru, padahal permohonan mereka lebih dari 15 tahun. Setidaknya permasalahan ini perlu dimajukan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan dipertimbangkan.

    Ini lanjutan dari permasalahan penerokaan hutan di Langkawi yang dibangkitkan oleh EXCO S.Manikumar dan komen Ahli parlimen Langkawi di bawah

    http://pkrl.blogspot.com

    ReplyDelete