Monday, February 7, 2011

DEBAT - NIK AZIZ PILIH JUMPA HARIMAU DARIPADA BERJUMPA KUCING




Oleh : WFAUZDIN NS

HAJAT untuk menyaksikan perdebatan di antara Ulamak Veteren Umno Kelantan iaitu Mohd Noor Deris dengan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akhirnya tidak kesampaian.

Ini adalah kerana Tuan Guru Nik Aziz mahu agar tokoh yang lebih berwibawa dan mempunyai peranan penting di dalam kerajaan atau Umno untuk berdebat dengannya.

Sebelum ini akhbar Sinar melaporkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz bersedia untuk berdebat dengan Ulamak Umno yang mencabarnya itu. Tetapi laporan akhbar itu disangkal oleh Pejabat MB Kelantan, di antara lain sebab yang diberikan adalah seperti berikut:

" Sukalah diperjelaskan bahawa tajuk dan laporan berita tersebut sama sekali tidak benar. Apa yang berlaku ialah YAB Tuan Guru ditanya berkenaan desakan Mohd Nor Deris agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kenyataan beliau yang di dakwa menjejaskan akidah.

Menjawab pertanyaan tersebut, YAB Tuan Guru bersetuju agar kenyataannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Persetujuan tersebut termasuklah mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan."

"Tidak timbul isu berdebat dengan Mohd Nor Deris yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti." (Kenyataan Media Pej MB Kelantan)

Tuan Guru Nik Aziz berani menyahut cabaran Mohd Noor yang mahu agar dirinya disiasat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Beliau bersedia untuk berdepan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang tentunya lebih berwibawa daripada Mohd Noor Deris. Sekaligus, Mursyidul Am PAS tersebut memberikan tamparan memalukan kepada Mohd Noor Deris.

Ulamak Veteren Umno Kelantan tersebut boleh mengukur baju di badannya sendiri kerana kesangupan Tuan guru Nik Aziz berhadapan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bukan seorang atau dua ahli, tentunya meletakkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai pemimpin yang berani kerana benar.

Namun demikian, Mohd Noor boleh berusaha untuk berdebat dengan anak murid Tuan guru Nik Aziz yang setaraf dengannya. Beliau perlu akur bahawa beliau tidak layak menggantikan PM, TPM atau Menteri seperti Jamil Khir untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz.

Mereka semua itu lah sepatutnya yang bersesuaian untuk berdebat dengan MB Kelantan, bukan Mohd Noor Ulamak yang digelar `ulamak terompah kayu' di Kelantan.

Sekali lagi, tahniah buat Tuan Guru Nik Aziz yang telah memilih berhadapan dengan `dua tiga ekor harimau' daripada berhadapan dengan seekor kucing.

4 comments:

  1. mana dia ulamak umno yg diagung2 kan tu.. keluar laa jangan2 dah terkencing dalam seluar kot... huhuhu mampus laa penyokong umno kena tipu dengan hukum ciptaan sendiri ulamak2 umno..

    ReplyDelete
  2. kalau boleh sahut saja cabaran dari pihak yang berkenaan. tidak mengira ikan bilis atau ikan haruan. jika ini pon kita x sahut cabaran manakan pula kita sendiri nak ajak org lain debat. renung-renungkan lah. takbir!!!

    ReplyDelete
  3. 1.Pendapat saya tak perlu lah debat debat ini.
    2.Otak orang orang kita belum di set untuk terima apa apa jua hujah yang di utarakan,walaupun hujah itu ternyata benar.
    Kepentingan politik mengatasi segala point point hujah.
    Ini dapat dibuktikan bahawa dalam debat sebelum ini ,hujah hujah ini ditolak dengan pelbagai alasan tetapi diluar kotak debat,hujah ini dilaksanakan secara berperingkat tanpa memberi kredit pada pehak yang mengeluarkan idea ini.
    3.Mentaliti politik kita belum mampu memberi penghargaan pada musuh politik .
    Belum pernah terjadi sesuatu yang baik akan dianggap baik jika dicadangkan olih musuh politiknya.Contohnya,lihatlah apa juga rang undang undang yang dibentangkan tak kira di DUN atau Parlimen.
    Biarpun dalam perbincangan dan forum,nada dan pendapat adalah sekata,tetapi bila Ketua Whip berkata parti kita akan menentang,akan menentanglah kumpulan ini walaupun ia tahu ia sepatutnya tidak menentang.
    4.Lebih merisaukan jika debat ini melibatkan agama dan aqidah.Biar pun realitinya hujah yang diberi adalah benar,tapi kupasan diluar debat akan menjadikan hujah debat tidak berguna lagi.
    Mereka yang bukan Islam pula akan melihat dari sudut pemikiran mereka , akan huraian huraian yang bakal dibentang nanti.
    Dan jangan lupa,debat berhujah akan merangkumi semua yang bernama Islam di negara ini.Islam itu cukup sempurna,tetapi umatnya yang menjadikan kesempurnaan itu tidak dapat dilhat.
    Peluang debat ini akan digunakan untuk menunjukkan dimana longgarnya.Ia akan libat SEMUA peringkat dan STATUS kehidupan.
    Mahukah golongan ini didedah kelonggaran Islam mereka?.
    5.Berdasarkan ini jika debat ini perlu juga diadakan,hakikatnya akan ada tangan tangan yang mahu ia di tiadakan

    ReplyDelete
  4. memang umno banyak buat program jahiliah ponn.. melalui media elektronik dan media cetak dia lee..

    gambaq hantu, anugerah muzik, anugerah filem, artis tak tutup aurat, bini menteri pun sama.. , idola kecil..idola besaq..semua program jahiliah...

    sapa sokong..esok-esok terjun sama dengan depa la derga nooo..

    kalau parti husni mubarok yang sokong israel boleh jatuh...umno pun satu hari boleh tumbang gak..

    ReplyDelete