Friday, February 11, 2011

Ekspedisi Kami Prihatin di malam Hari Kekasih

Saidah Hairan

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Sempena sambutan Hari Memperingati Kekasih Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat mengambil kesempatan untuk mendekati dan bermesra dengan golongan remaja dengan membawa pendekatan ekspedisi Kami Prihatin.

Saban tahun Hari Memperingati Kekasih itu disambut oleh golongan remaja di kawasan peranginan, taman-taman bahkan ada yang tidak segan silu di kawasan umum dengan melakukan adegan maksiat.

Bagi mengatasi sambutan Hari Memperingati Kekasih berterusan ditambah dengan perbuatan maksiat, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat di bawah pemangkunya, Dr Siti Mariah Mahmood akan mengadakan ekspedisi tersebut pada malam Isnin 14 Februari ini.

Beliau menyeru semua Lajnah Kebajikan di peringkat Kawasan dan Negeri mesti melakukan ekspedisi Kami Prihatin dengan mendekati golongan remaja dengan penuh kasih sayang.

"Kami akan mendekati golongan remaja untuk berkongsi segala masalah mereka, bercakap seperti kakak dengan adik; ibu dengan anak; abang dengan adik bukan untuk menghukum mereka," katanya.

Di Kuala Lumpur katanya, ekspedisi itu akan bermula selepas solat Isyak dan berkumpul di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Beliau mengalu-alukan sukarelawan yang berminat untuk menyertai ekspedisi Kami Prihatin hadir ke Pejabat Agung PAS atau hubungi terus pihak Sektariat Haji Zainal 012 - 3135471.

Harapannya semua AJK Lajnah Kebajikan di peringkat Negeri mengambil insiatif untuk mendekati golongan remaja dengan penuh kasih sayang bukan menghukum mereka pada malam Hari Memperingati Kekasih, 14 Februari nanti.

No comments:

Post a Comment