Harakahdaily melaporkan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berkata, rasuah bukan masalah besar negara ini kerana ia berlaku di mana-mana negara di dunia. “Rasuah di mana-mana, taklah teruk sangat. Kalau buruk dah hancur dah Malaysia ni,” kata Isa ketika memberikan ucapan di forum masa depan kepimpinan Melayu di PWTC lewat petang semalam.
Ucapan dari seorang yang memang dikenali dan diketahui umum, bukan sengaja dikorek-korek dari entah mana-mana lubang cacing bahawa beliau pernah dipecat dari jawatan Naib Presiden Umno apabila didapati terlibat dengan rasuah politik dalam pemilihan Umno. Beliau juga kehilangan jawatannya sebagai menteri.
Ucapan ini macam ucapan lain-lain pemimpin UMNO lah, berkokok tapi ekor bergelumang tahi. Pencuri tak kisah dengan curi. Perompak tak kisah dengan rompak. Pencabul tak kisah dengan cabulnya. Dari segi agama, Aisyah ra pernah berkata: ‘Kamu melihat dosa yang kamu lakukan itu seperti seekor lalat hinggap di hidung, lalu menepisnya tapi kami melihat ia seperti bukit yang mahu menghempap kami.’
Rasuah termasuk dalam dosa besar, macam judi juga. Tapi bagi pemimpin UMNO, semuanya ok. Judi boleh, rasuah bagus, tipu takpe, fitnah baik. Kalau macam ni pengerusi Felda, siaplah peneroka lepas ni. Harta benda, aset dan wang kamu tidak akan selamat kerana yang menerajuinya bukan si amanah.
Adakah Tan Sri Isa Samad nak tunggu Malaysia ni hancur dahulu, baharu nak sebut masa itu bahawa indeks rasuah kita baharu sampai tahap kritikal? Cerdiklah sedikit bercakap. Tunjukkan kita ni layak menerajui Felda, bukan sebaliknya.
Kenapa dibanding dengan negara lain? Ukuran nilai betul salah bukan hanya semata-mata dibanding dengan negara lain tapi sebagai orang Islam, kita ada hukum yang mendasari hidup dan perbuatan kita.
Peneroka-peneroka Felda sepatutnya bangkit. Sawit sudah berapa kali ditanam semula. Teknologi canggih sudah berapa kali diperkenalkan. Buruh-buruh luar yang baharu dapat kad pengenalan dah berapa ramai. Pengerusi Felda dah bertukar. Peneroka masih macam saluran 1 RTM? Buktikan peneroka tidak demikian. Dan tentunya parti perasuah tak mungkin mampu banteras rasuah.
Nik Nasri Malek,
Kemaman, Terengganu.

Isa Samad berani berkata demikian kerana dia tahu dimana kedudukan SPRM sekarang.
ReplyDeleteUmum mengetahui bahawa untuk mendakwa ,bagi setengah kes sewaktu PM terdahulu,SPRM perlu restu PM via Peguam Negara.
Dan juga bukan satu rahsia ,usaha untuk meletakkan SPRM dan beberapa badan penguatkuasa lain dibawah Parlimen telah gagal,dan kegagalan ini bukan kerana BN mampu mempertahankannya tetapi pembangkang tiada keberanian untuk merealitikannya.
Berkokoklah semahu mungkin,selagi segala gala dibawah kuasa PM dan kuasa penentuan terletak pada Peguam Negara,keinginan untuk melihat rasuah peringkat tertinggi pupus di Malaysia akan menjadi hanya satu angan angan dalam mimpi.