Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
Minta kiranya jika boleh sumber dari mna keterangan ini diperolehi,terima kasih !
ReplyDeleteDari bahagian khidmat penguna Maggi
ReplyDeleteTerima kasih diatas kenyataan produk mee segera mengandungi bahan bahaya , bagi jenama produk Mee Segera yang dikatakan menggunakan bahan yang tidak selamat.
Merujuk kepada laporan dari website Tuan yang menyatakan bahawa mi segera tidak selamat untuk dimakan, Nestlé ingin meyakinkan penggunanya bahawa mi segera yang dihasilkan di bawah jenama MAGGI, seperti MAGGI 2 Minit, MAGGI Hotcup, MAGGI Bowl, MAGGI Mini, MAGGI Tastylite dan MAGGI Wholewheat dikeluarkan mengikut Peraturan-peraturan Makanan Malaysia 1985.
Kami juga ingin menekankan bahawa kandungan bahan-bahan yang digunakan dalam mi segera MAGGI terdapat di belakang pek. Mi MAGGI diperbuat daripada tepung, minyak sawit dan kondisioner makanan yang dibenarkan yang mematuhi piawaian standard makanan, sementara ramuan untuk perasa merangkumi garam, kanji ubi, rempah, penambah perisa dan kondisioner makanan yang turut mematuhi piawaian makanan tempatan. Nestlé juga telah mengambil langkah seterusnya dengan menyatakan pada bungkusan, nilai nutrisi yang termasuk lemak dan sodium, yang terdapat dalam mi segera MAGGI.
Di samping itu, Mi Segera MAGGI yang dikilangkan di Malaysia turut dieksport ke seluruh dunia termasuk Eropah, Australia, New Zealand, Singapura dan Timur Tengah. Ini merupakan jaminan tambahan bahawa produk ini selamat kerana ia mematuhi piawaian CODEX Antarabangsa bagi mi segera.
Bahan pembungkusan yang digunakan untuk MAGGI Hotcup di perbuat daripada polypropylene yang mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah (EU), U.S. Food and Drug Administration (FDA), serta Piawaian-piawaian Malaysia.
Kami ingin meyakinkan pengguna bahawa Nestlé tidak akan berkompromi ke atas mutu dan keselamatan produk kami. Sebagai syarikat makanan dan minuman yang bertanggungjawab, Nestlé mengambil berat tentang kesejahteraan dan kesihatan penggunanya serta menggalakkan keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian dalam pengambilan makanan.
Jika Encik mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian bebas tol 1 800 88 3433 dan wakil kami sedia membantu.
Sekian Terima Kasih.
Khidmat Pengguna Nestle.
Consumer Services
israel product tu... boycot pun tak per...banyak lagi benda lain kalau nak makan.....
ReplyDeleteAlhamdulillah dah lama dah tak merasa benda allah ni, jenama apa sekali pun.Kalau teringin juga cubalah cari produk keluaran bumi putra.. sekarang ni dah banyak di pasaran.Yang penting sama-samalah kita mencari keredaan ilahi.
ReplyDelete