Thursday, March 31, 2011

Taktik politik tidak terhad - Bagi Anak Muda kini, skandal seks sudah boleh dibincangkan secara terbuka

Oleh RAHMAN SHAARI

Tan Sri Rahim Thamby Chik pernah memegang jawatan nombor satu dalam Pemuda UMNO. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga demikian. Ketika mereka berada di tempat tinggi itu, tidak seorang pun berjarak jauh dari Tun Dr Mahathir Mohamad. Hati mereka amat dekat dengan Perdana Menteri.

Namun, sesiapa yang mengikuti perkembangan politik UMNO dengan rapi dan teliti, pasti akan melihat bahawa hati dua tokoh Pemuda UMNO itu saling berjarak.

Sejarah telah melukiskan adanya tuduhan yang dahsyat terhadap Rahim. Tuduhan itu – biarpun tidak membawa Rahim ke penjara – menyebabkan beliau meletakkan jawatan.

Mengikut hukum logik biasa, sesiapa tidak dihukum, adalah tidak bersalah. Kita percaya Rahim kecewa kerana beliau kehilangan kedudukan. Dalam jangka masa agak panjang, tuduhan menimpa Anwar pula. Riuh randah seluruh negara, masing-masing membuat agakan: adakah Anwar bersalah, atau sebaliknya?

Pada masa ini, bermula 22 Mac lepas, ketika heboh kisah lelaki dalam video yang difahamkan mirip Anwar – tetapi difahamkan juga berperut buncit – muncul Rahim bersama-sama dua kawannya yang menamakan kumpulan mereka ‘Datuk T’. Datuk T ialah Datuk Tiga, kumpulan yang berusaha membuktikan bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Soalnya, sekali lagi, adakah video itu benar-benar memuatkan gambar Anwar?

Dari pandangan pihak PKR, gambar itu pastilah bukan Anwar. Wan Azizah yang tidak menontonnya, yakin itu bukan Anwar. Dari pihak lain, lain pulalah kesimpulannya. Seperti kata Datuk Zaid Ibrahim, hal ini akan diperkatakan terus. (The Star, 25 Mac). Ertinya hal ini akan berterusan begitu. Orang yang bercakap akan memberikan pandangan berbeza-beza.

Isi percakapan orang ramai ialah tentang jam Omega, tentang saiz perut – (kempis dan buncit) – tentang saiz bahagian-bahagian lain, tentang cara bergerak dan beberapa hal lagi. Semua itu menjadi polemikal. Saya sendiri ditanya sejumlah kawan dan sejumlah mantan murid: adakah video itu autentik? Pelik juga, kerana orang yang tidak menonton, bertanya kepada orang yang juga tidak menonton!

Saya lebih tertarik untuk memberikan pandangan yang mendekati makna politik. Taktik politik tidak dapat diramalkan. Namun kebenaran politik hendaklah dinilai melalui definisi politik yang berbagai-bagai. Jika satu pihak gemar menyebutkan frasa ‘fitnah jahat’, ‘kotor’, ‘jijik’ dan juga ‘konspirasi’, maka janganlah kita harap pihak satu lagi akan tergamam, lalu mengundur diri daripada landasan perancangannya. Bagi setiap pihak, landasan perancangan ialah landasan perjuangan.

Dalam usaha kita meninjau latar yang menimbulkan kes video ini, janganlah kita melupai adanya puak-puak yang jauh berbeza dalam politik. Biarlah pihak yang berada dalam satu-satu puak itu menganggap orang lain melakukan ‘fitnah jahat’ dan ‘konspirasi’. Kata Zulkifli Noordin, itu ialah istilah politik yang berkaitan dengan perkembangan dan kedudukan masing-masing. Hakikatnya adalah lain, iaitu mereka sedang dalam perlumbaan untuk berada di atas – untuk menjadi pemimpin nombor satu. Segala-gala yang kita lihat sebagai pertentangan antara baik dengan buruk adalah falasi (kepalsuan). Antara Anwar dan Rahim, dari segi politik perlumbaan, tidak timbul istilah kejahatan.

Kita boleh percaya bahawa CheguBard telah menonton video itu. (The Star, 25 Mac). Kesimpulan CheguBard ialah beliau yakin manusia dalam video itu bukan Anwar. Namun, perlu disebutkan, bahawa CheguBard (setahu saya) masih dalam PKR. Walaupun CheguBard selalu saya percayai, saya agak bimbang kalau-kalau ada pengaruh parti dalam penilaiannya itu. Jika tidak demikian, baguslah. Datin Seri Wan Azizah tidak mempunyai keinginan untuk menontonnya. Zaid Ibrahim yang berpeluang menontonnya, mengatakan beliau lebih suka jika panel bebas dari sejumlah pakar (termasuk FBI) dipanggil untuk membuat pengesahan ketulenan video itu. Cadangan Zaid tentulah baik, kerana pakar yang berkecuali akan menyatakan sesuatu lebih memuaskan.

Saya memberikan pandangan ini bukanlah kerana minat peribadi terhadap perkara seks ini. Minat saya – sama seperti minat rakyat Malaysia yang lain – telah tumpul terhadap hal ehwal seks. Ketumpulan ini disebabkan oleh keselaluan. Akhbar dan majalah amat kerap menyiarkan berita dan rencana tentang seks, demikian juga televisyen. Pada masa lepas, orang dewasa di negara kita tidak berada bersama-sama anak muda ketika hal ehwal seks disebutkan. Pada masa ini, ketika kita berada bersama-sama anak-anak (dan cucu-cucu), tiba-tiba televisyen menyebutkan permasalahan dan persoalan seks: pelacuran, perogolan, sumbang mahram, liwat dan berbagai-bagai hal.

Barangkali soal seks tidak akan menjadi terlalu heboh jika orang politik tidak memasukkannya dalam agenda dan strategi mereka. Sejarah belasan tahun lalu, yang memisahkan Anwar daripada Rahim, berasaskan persoalan seks. Saya tidak mengatakan seseorang bersalah, tetapi saya mahu menyatakan kehebohan akibat daripada tuduhan bersifat seksual. Adakah tuduhan itu berasaskan hasrat murni untuk membela kebenaran dan kebaikan? Jika itu ialah cita-cita dan hasrat pihak yang membuat tuduhan, maka kita anggap itu ialah perjuangan. Jika tidak, maka itu ialah sekadar perancangan. Tetapi, saya ulangi, bagi ahli politik, perancangan ialah perjuangan!

Jika rakyat umumnya, dan pengikut-pengikut parti politik khasnya, memahami hakikat ini, maka konflik tidak akan menjadi tajam. Dalam konteks inilah sasterawan Dr Zakaria Ali mengatakan: Serahkan politik kepada orang politik. Ada yang tidak bersetuju, dan mengatakan bahawa orang ramai yang tidak mengambil bahagian dalam politik pilihan raya hendaklah turut campur tangan dalam percaturan politik. Itu betul, tetapi orang ramai kerap terjerat dalam perangkap helah politik.

Khusus tentang video yang dikatakan melibatkan orang besar pembangkang itu, saya fikir orang ramai tidak perlu cemas dan rimas. Jika saya berpeluang berbicara akrab dengan Anwar ketika ini, saya ingin mengatakan: Eloklah Datuk Seri tidak memberikan apa-apa respons. Jika bukan gambar Anwar dalam video itu, akhirnya orang ramai akan mengatakan bukan. Pada hakikatnya, rakyat Malaysia yang mencintai negara ini tidak gemar akan pendedahan seumpama ini. Pendedahan ini – tidak kira benar atau tidak – membawa kita ke arah keaiban. Peristiwa pendedahan ini menyebabkan kumpulan politik agama (Pas) yang menyebelahi Anwar berasa silu, risau dan tersipu-sipu.

Saya merasakan tidaklah elok Anwar bangun melawan setiap tuduhan. Perlawanan itu menambahkan keadaan kacau (chaotic) politik kita yang sedia masak karbat. Sebagai contoh, apabila Anwar mengadakan sidang untuk menafikan bahawa dirinya ialah watak dalam video itu, dia bangun untuk menunjukkan bahagian perutnya. Dari segi hermeneutika, timbul makna tambahan apabila dia sanggup berdiri begitu, apatah lagi apabila Wan Azizah berlakon menunjukkan kegembiraan ketika memegang perut suaminya. (Sinar Harian, 22 Mac)

Sebagai kesimpulan, masalah video yang sedang dihebohkan kini, akan berlangsung kira-kira seminggu lagi. Itu masalah kecil, tetapi kesannya panjang kerana anak-anak muda sudah mula merasakan atau memikirkan hal ehwal seks. Bagi mereka kini, skandal seks boleh dibincangkan secara terbuka.S/H

Cara Wardina Latih Anak lekat Solat 5 Waktu...


[FB] BERBALOI PENAT LELAH KU...

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....

ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night..... But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

Mantan PM yang pertama dijangka akan disoal sebagai saksi di mahkamah..

Pak Lah dijangka beri keterangan kes bicara Chan

Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dijangka dipanggil sebagai saksi utama untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes penipuan oleh bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy berhubung skandal projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).


Timbalan Pendakwa Raya Dzulkifli Ahmad memberitahu Mahkamah Sesyen di Putrajaya, hari ini bahawa pihak pendakwaan berhasrat memanggil 15 saksi untuk memberi ekterangan dalam perbicaraan itu.

NONEKes Chan disebut hari ini di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh yang kemudiannya menetapkan 10 Mei untuk tarikh sebutan lain selepas meluluskan permohonan pihak pembela supaya diberikan lebih masa untuk mengkaji 19 set dokumen yang diberikan kepada mereka oleh pihak pendakwaan, semalam.

"Kami belum dapat teliti dokumen. Saya percaya ada dokumen yang perlu diberi kepada kami dan mungkin akan memohon untuk dokumen lanjutan," kata peguam Arthur Wang yang mewakili Chan.

Beliau memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan lain dengan menyatakan bahawa sesetengah dokumen mungkin memerlukan pengubahan status.

Sebelum itu, Dzulkifli memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan telah menyerahkan 19 set dokumen mengikut Seksyen 51(A) Kanun Prosedur Jenayah kepada pihak pembelaan, semalam.

Wang juga membayangkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan mungkin akan memohon supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Bagaimanapun, apabila Azhaniz menanyakan Dzulkifli sama ada terdapat sebarang peluang kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, Dzulkifli menjawab tiada keputusan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

NONEChan, 55, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 28 Feb atas tiga pertuduhan menipu Abdullah untuk meluluskan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) sebagai pemaju siap guna untuk projek Hab Pemindahan di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja pengubahsuaian di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006, berjumlah RM1.9 bilion.

Chan yang memakai kot kelabu dan berseluar hitam, tiba di mahkamah pada pukul 2.15 petang diiringi isterinya Puan Sri Ann Chan, dan anak perempuan mereka.

Beliau didakwa melakukan ketiga-tiga perbuatan menipu itu di Tingkat 4, blok utama Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini. Dia berdepan hukuman penjara lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan, bagi setiap pertuduhan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama, Chan didakwa menipu Abdullah untuk bersetuju untuk meluluskan KDSD sebagai pemaju siap guna bagi projek Hab Pemindahan di Zon Bebas Pulau Indah, kawasan seluas 1,000 ekar, menerusi satu fasa sahaja dengan kos pembangunan dianggarkan RM1 bilion.

Chan dituduh mendorong Abdullah untuk bersetuju untuk memberikan kelulusan dengan cara tidak jujur telah menyembunyikan fakta bahawa kos pembiayaan pembangunan itu adalah dengan cara pengeluaran bon oleh KDSD menerusi Transshipment Megahub Berhad dengan sokongan Kerajaan Malaysia menerusi Menteri Pengangkutan, di mana Abdullah tidak akan berbuat demikian sekiranya fakta itu didedahkan kepadanya.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu antara 24 Feb, 2004 dan 25 Feb, 2004.

Bagi pertuduhan kedua, Chan dituduh menipu Abdullah untuk meluluskan KDSD sebagai pemaju siap guna untuk melaksanakan tiga kerja-kerja pembangunan tambahan di PKFZ.

Kerja pembangunan itu ialah menaik taraf simpang jalan ke PKFZ berjumlah RM285.38 juta, kerja infrastruktur elektrikal berjumlah RM135.0 juta dan pembinaan hotel kelas bisnes berjumlah RM90 juta.

Beliau didakwa mendorong Abdullah untuk bersetuju untuk memberikan kelulusan itu dengan cara tidak jujur telah menyembunyikan fakta bahawa kos pembiayaan pembangunan itu adalah dengan cara pengeluaran bon oleh KDSB menerusi Valid Ventures Berhad dengan sokongan Kerajaan Malaysia menerusi Menteri Pengangkutan, di mana Abdullah tidak akan berbuat demikian sekiranya fakta itu didedahkan kepadanya.

Chan dituduh melakukan kesalahan itu antara 11 Okt, 2005 dan 28 Okt, 2005.

Bagi pertuduhan ketiga, Chan dituduh menipu Abdullah untuk meluluskan KDSB sebagai pemaju siap guna untuk melaksanakan lima lagi pembangunan tambahan di PKFZ.

Kerja pembangunan itu ialah kerja pemasangan kabel elektrik bawah tanah berjumlah RM140.2 juta, kerja bekalan elektrik 33kv ke Precint 2 dan Precint 8 berjumlah RM80 juta, kerja infrastruktur PMU bagi PKFZ berjumlah RM30 juta, pembinaan jalan menghubungkan PKFZ ke Pelabuhan Barat berjumlah RM28.1 juta dan pembinaan jalan menghubungkan pintu masuk utama PKFZ dengan Terminal Kargo 4, Pelabuhan Barat berjumlah RM57.5 juta.

Chan dituduh mendorong Abdullah untuk bersetuju memberikan kelulusan dengan cara tidak jujur telah menyembunyikan fakta bahawa kos pembiayaan pembangunan itu adalah dengan cara pengeluaran bon oleh KDSD menerusi Capital Berhad dengan sokongan Kerajaan Malaysia menerusi Menteri Pengangkutan, di mana Abdullah tidak akan berbuat demikian sekiranya fakta itu didedahkan kepadanya.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu antara 28 Mac, 2006 dan 29 Mac, 2006.

- Bernama

Stesen TV HD pertama negara




MULA bersiaran pada 1 November tahun lalu, stesen televisyen Islam pertama negara, TV AlHijrah dilihat semakin mengembangkan sasaran para penonton yang semakin menunjukkan kematangan.

Bahkan, selaras dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, TV AlHijrah turut diumumkan sebagai stesen televisyen pertama yang mengaplikasikan penggunaan teknologi berdefinisi tinggi (HD).

Sememangnya stesen TV Astro turut menayangkan program-program yang dihasilkan menerusi teknologi HD tetapi ia merupakan program-program yang diimport dari negara luar dan Astro tidak menerbitkan sendiri program-program berteknologi HD itu.

Sebaliknya, TV AlHijrah menghasilkan sendiri program-program tempatan berteknologi HD.

Perkara itu cukup membanggakan stesen TV yang mula bersiaran dengan 60 peratus daripada kandungannya adalah terbitan tempatan dan 40 peratus adalah kandungan asing, dengan 30 peratus daripada keseluruhan penerbitan tempatan diterbitkan sendiri oleh TV AlHijrah.

Menurut Pengurus Penerbitan Teknikal, Suffian Yahya, aspek penerbitan menggunakan teknologi HD jauh berbeza terutama dari segi penggunaan kamera mahupun dekoder.

“Segala-galanya kita menggunakan teknologi yang menggunakan format HD. Anjakan teknologi yang digunapakai sesuai dengan peredaran zaman apabila kita tidak lagi menggunakan pita rakaman untuk merakamkan sesuatu bahan.

“Apabila tidak guna pita rakaman, salinan fail yang dirakam secara automatik akan tersimpan di dalam sistem yang khaskan,” katanya ketika ditemui di stesen televisyen AlHijrah di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menariknya, penggunaan teknologi terbabit tidak akan menyebabkan anda berasa panas akibat pancaran cahaya semasa menjalani penggambaran.

Ini kerana teknologi HD mengaplikasikan cahaya lampu yang tidak terang. Selain itu, sokongan cahaya juga tidak diperlukan dengan terlalu banyak.

Justeru, mereka yang berada di studio penggambaran terutamanya tidak akan berasa panas.

Daripada segi susun atur studio pula, TV AlHijrah mempunyai tiga set rancangan yang berbeza-beza.

Sesi rakaman pula tidak akan dijalankan serentak kerana ia akan mengganggu antara satu sama lain.

“Lensa kamera berformat HD sangat tajam. Apa sahaja bahan yang dirakam akan kelihatan sangat jelas.

“Jadi peranan penataan cahaya amat penting sebagai alat kawalan keseluruhan visual,” jelasnya.

Kecanggihan studio HD TV AlHijrah juga diperkukuhkan dengan penggunaan teknologi yang dipanggil chromarkey.

Ia dapat digunakan bagi rakaman rancangan tanpa memerlukan sesi penggambaran di luar studio.

Namun, idea yang ingin dipaparkan memerlukan visual sebagai latar belakang yang bersesuaian dengan rancangan diterbitkan.

Maka, kelebihan Chromarkey adalah ia boleh diguna pakai dengan cukup senang.

Bagaimanapun, asas latar belakang yang harus dititikberatkan ialah set yang berwarna hijau dan biru sahaja.

“Kita boleh lakukan sesi penggambaran di dalam studio sahaja.

“Namun, mahukan visual menarik di belakang tanpa rakaman di luar studio. Chromarkey dapat mengatasi masalah itu.

“Caranya mudah, kita hanya perlu memasukkan sahaja visual yang berkualiti HD.

“Boleh guna gambar yang tidak berteknologi HD tetapi ia akan nampak tidak semula jadi,” jelas Penerbit Kanan Teknikal, Yusof Bahari.


KECANGGIHAN studio berdefinisi tinggi (HD) stesen televisyen AlHijrah dibina oleh teknologi Chromarkey.

Jimat tenaga kerja

Biasanya stesen televisyen yang masih mengamalkan teknologi standard definition (SD) akan mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan sesuatu bahan sepenuhnya.

Tidak seperti TV AlHijrah kelebihan teknologi HD yang diaplikasikan sebenar mampu menjimatkan masa.

Misalnya, setiap wartawan yang pulang membuat liputan tidak perlu mengikut beberapa langkah yang banyak.

“Proses yang dijalankan berlaku dengan pantas. Hanya menggunakan satu mesin visual tersebut sudah siap melalui langkah-langkah yang wajib.

“Kalau kita tengok cara lama, anda memerlukan pita rakaman yang dimasukkan ke dalam mesin.

“Kemudian masa pula perlu dicatat satu persatu dengan cara mempercepat dan melambatkan.

“Sedangkan teknologi HD hanya perlu menarik sahaja ikon (imej) yang terpapar di skrin,” terang Jurutera Penyiaran, Wan Khairul Nizam Wan Hussin.

Jangka masa siap sepenuhnya hanya mengambil masa selama sejam bagi bahan yang berdurasi 30 minit.

Namun, kos bagi setiap penggunaan kad amat tinggi nilainya iaitu RM2,000 manakala setiap satu pita rakaman pula berharga RM30.

“Itulah perbezaannya tetapi sekarang kita mahukan kelancaran kerja yang pantas sekali gus dapat jimatkan tenaga kerja,” tambahnya.

Tambahan pemancar siaran

Mengambil masa yang agak singkat iaitu empat bulan untuk mengubah keseluruhan konti Pusat Penyiaran TV Al Hijrah dengan memuatkan segala kemudahan operasi yang diperlukan oleh sesebuah stesen TV.

Reka bentuk dalaman pejabat itu cukup bijak kerana studio diletakkan di bahagian tengah dengan struktur dindingnya berkaca.

Disebabkan mendapat permintaan yang tinggi sepanjang bersiaran, TV AlHijrah sebenarnya dalam proses permohonan penambahan 10 lokasi pemancar.

Pemilihan lokasi pastinya yang strategik dengan tarikan penonton iaitu di Kelantan, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

Isi kandungan rancangan TV AlHijrah adalah berbahasa Melayu.

Justeru, kawasan terbabit merupakan kelompok lokasi yang mendapat permintaan tinggi.

TV AlHijrah boleh diikuti siarannya di Lembah Klang melalui saluran UHF CH55 frekuensi MHz 743.25, Terengganu UHF CH41 (631.25 MHz), Johor UHF CH40 (623.25 MHz), Sarawak UHF CH37 (599.25 MHz) dan Sabah UHF CH37 (599.25 MHz).

Menggunakan slogan Segalanya Bermula Di Sini, ia merupakan stesen televisyen milik kerajaan yang memberi tumpuan kepada program keagamaan.

Program terbitan TV Alhijrah juga dijangka dapat ditonton di seluruh negara pada penghujung April ini apabila ia menjadi satu daripada saluran stesen televisyen berbayar Astro.

Sekitar sumbangan mangsa banjir di Baling oleh MB

http://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dsc_3760.jpg  http://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dsc_3787.jpg
http://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dsc_3774.jpg  http://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dsc_3781.jpg
 http://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dsc_3783.jpg http://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dsc_3784.jpg

POLITIK KUNO DI MALAYSIA

Politik pada hari ini perlukan acuan baharu untuk mendidik rakyat. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh parti-parti politik yang berwibawa. Kewibawaan itu seratus peratus bergantung kepada kepimpinan yang telah memastikan hala tuju masing-masing. Tidak perlulah dicampuradukkan dengan pelbagai hal lain yang tidak berkaitan dan boleh mencacatkan perjuangan.

BN mengemukakan Konsep 1 Malaysia. Slogan yang digunakan ialah "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan". Pada peringkat awalnya, slogan ini menyentak perasaan rakyat. Namun, keseketikaan itu bertukar menjadi mala petaka kepada pemerintah. Bukti-bukti ditaburkan bagi mewajarkan tuduhan bahawa konsep itu diciplak dari Konsep One Israel. Apatah lagi pihak pemerintah mengupah APCO untuk membaiki imej kerajaan yang diburukkan oleh pelbagai salah laku yang tidak berupaya dibersihkan. Keadaan menjadi semakin parah apabila Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia digantung gara-gara menyamakan 1 Malaysia dengan 1 Israel dan Najib sendiri mengaku Konsep 1 Malaysia masih kabur pada pandangan rakyat. Yang paling menggelikan hati ialah Dr. M sendiri tidak faham hujung pangkal 1 Malaysia. Muhyiddin seolah-olah menolak konsep ini. Hanya media massa yang kelihatan beriya-iya mempromosikan Konsep 1 Malaysia di samping lencana dan baju T.

Usaha Najib akan gagal tanpa sokongan padu para pemimpin yang diangkatnya. Sementelahan pula rakyat memandang sebelah mata kepada begitu ramai yang dinaikkan melalui jawatan Senator. Mereka ini ada yang kalah dalam PRU Ke-12 dan langsung tidak bertanding dalam PRU berkenaan. Hal sedemikian hanya menyerlahkan ketidakmampuan Najib menguatkan dirinya melalui barisan kepimpinan.

Kepimpinan yang lemah akan diikuti dengan pelbagai tindakan yang tidak bijaksana. Antara perkara paling tidak bijaksana yang sekali gus menunjukkan kecetekan pemikiran kepimpinan Najib ialah pembelian peralatan pada harga yang jauh melebihi harga beli negara lain bagi item yang sama; pemberian kontrak melalui runding terus; pelaksanaan projek mi segera semasa pilihan raya; dan memancing undi melalui acara kerajaan.

Konsep langit terbuka mendedahkan pelbagai maklumat kepada orang ramai. Apabila sesuatu tindakan dilakukan oleh kerajaan, ada saja mereka yang rajin memantau akan menggali sumber rujukan yang beraneka dan sahih. Akibatnya kerajaan kena hentam kerana beli barang daripada yang dibayar oleh orang lain. Kerajaan pun bercakap tentang kecanggihan untuk membela diri. Jika ya sekali pun, untuk apa kecanggihan itu? Buat apa banyak sangat? Kita nak berlawan dengan siapa sehingga peralatan sebegitu canggih dipesan? Siapa nak serang kita? Persoalan-persoalan inilah yang tidak mampu dijelaskan dengan yakin oleh kerajaan. Maka timbullah tuduhan tentang ada pihak yang pungut komisyen daripada urusniaga itu. Perkara ini pernah disahkan oleh kerajaan. Rakyat mula berperasangka. Tidak mungkinkah lebihan daripada harga sebenar itu digunakan untuk membiayai pilihan raya? Kebenaran kenyataan ini disandarkan kepada belanja mewah BN setiap kali pilihan raya. Salahkah jika persepsi rakyat begitu?

Banyak kontrak projek mega diberi secara runding terus. Alasannya syarikat itu yang paling awal mengemukakan cadangan. Pulak dah! Selidik punya selidik, syarikat yang dapat kontrak itu ialah kroni BN. Dalam banyak kes, kontrak yang diberikan kepada kroni itu tidak berasaskan merit. Ada di antaranya tidak memiliki kepakaran dalam projek yang diberikan. Pakar buat jalan kereta api diberi projek buat kenderaan tentera. Bolehkah rakyat dipersalahkan jika menganggap kerajaan tidak telus? Projek mega diberikan kepada kroni sebab kerajaan atau individu tertentu boleh tumpang semangkuk. Demikianlah merebaknya rasuah, penyelewengan, dan salah guna kuasa dalam sektor awam dan pentadbiran kerajaan.

Nazri kata projek mi segera bukan rasuah. Itu ialah janji dalam manifesto yang ditunaikan. Persoalannya mengapa tunai janji semasa berkempen? Mengapa kawasan itu sahaja yang dibantu? Lantaran itu, TI-Malaysia kata projek sedemikian tergolong dalam rasuah. Kalau rasuah, mengapa SPRM tidak bertindak? Mengapa SPR tidak berbuat sesuatu bagi menghentikannya? Salahkah rakyat menuduh SPR dan SPRM menjadi barua BN?

Tidak cukup dengan itu, kerajaan menggunakan majlis-majlis rasmi untuk memnacing undi. Propaganda tentang kebaikan kerajaan dicanang secara berleluasa dalam majlis-majlis itu. Bercakaplah pemimpin tentang serba-serbi baik. Mereka sahajalah yang boleh. Pakatan Rakyat (PR) yang dapat kumpul duit melalui penjimatan memulangkan wang itu kepada rakyat dikatakan tidak tunai janji. PR yang dapat pelaburan teknologi tinggi bernilai puluhan bilion ringgit dituduh memusnahkan negeri. PR yang kutip hasil balak meningkat setiap tahun dikatakan menipu rakyat. PR yang berjaya mendidik rakyat menjauhkan judi hendak disaman oleh MCA kerana dikatakan menyekat kebebasan rakyat bukan beragama Islam.

Sudah berapa lama hal-hal ini berlaku? Lebih daripada setengah abad. Tiada satu pun yang berubah. Sesiapa juga yang jadi PM atau menteri dari BN tidak perlu memerah otak untuk memberi yang terbaik kepada rakyat. Inilah yang dikatakan politik kuno di Malaysia itu. Politik yang menggunakan kepala lutut untuk berfikir. Mereka hanya pandai memperalatkan kekayaan negara untuk terus berkuasaan membuncitkan perut sendiri serta kroni. Serah duit rakyat kepada rakyat didakwa mendahulukan rakyat dan mengutamakan prestasi. Membazirkan wang rakyat dengan membina projek sakit seperti stadium runtuh, PKFZ, PERWAJA, dan sebagainya tidak dianggap sebagai perbuatan khianat. Memasukkan "hantu" Cina dan India sebagai pengundi dalam rumah ibu tunggal demi memenangi pilihan raya pun tidak dianggap berdosa. Tentulah tiada hal dengan "Lu garu belakang gua, gua garu belakang lu".

Mengapa kekunoan ini mampu hidup selama itu? Tentulah kerana rakyat tidak ambil pusing. Mengapa rakyat tidak ambil pusing? Pemikiran mereka, khasnya di luar bandar dan pedalaman masih tertutup. Siapa yang menutupnya? Kemudahan asas. Ketiadaan kemudahan asas tidak membolehkan mereka mendapat maklumat yang pelbagai untuk mencerna pemikiran kritis. Mereka hanya menerima maklumat satu hala dari radio, tv, dan akhbar pengampu kerajaan. Bilakah kekunoan ini akan berakhir? Apabila penduduk luar bandar dan pedalaman menyanggah tutur kata pemimpin BN.

Apabila penduduk bandar dan pinggir bandar berani menyatakan penentangan mereka terhadap kerajaan secara terbuka. Apabila pemimpin kerajaan berhenti menyerang pembangkang dan pembangkang pun berhenti menyerang kerajaan. Kedua-duanya berani bersemuka dan berdebat di pentas untuk membolehkan rakyat menilai pihak mana yang lebih berwibawa. Hanya dengan cara itu semua perlakuan negatif akan sirna untuk memberi laluan kepada kewujudan pemimpin yang berkualiti, berkredibiliti, dan berintegriti di Malaysia. Pemimpin bodoh akan terjun ke longkang!!!

Drs. Harun Jaafar,
http://bilahrotan.blogspot.com

Sukarnya urusan di Pejabat Tanah Sik

DAHULU saya hanya mendengar rintihan dan rungutan kawan-kawan yang berurusan dengan pejabat tanah di daerah mereka kerana memberikan perkhidmatan yang sangat lemah dan lembap. Akibatnya urusan yang hanya memerlukan beberapa hari sahaja untuk diselesaikan mengambil masa berbulan-bulan.

Kini saya sendiri yang berdepan dengan pelbagai kerenah kakitangan Pejabat Tanah Sik, Kedah, di Bahagian Teknikal berkaitan satu urusan yang perlu segera saya selesaikan.

Apa yang dapat saya jelaskan di sini ialah berdasarkan pemerhatian dan aduan daripada orang ramai yang berurusan dengan kakitangan Pejabat Tanah Sik, mereka tidak menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Contohnya waktu bekerja mereka masuk lewat dan keluar masuk sesuka hati. Sepatutnya waktu pejabat bermula pukul 8 pagi tetapi saya dapati mereka hanya masuk pada pukul 9 pagi. Lebih mengecewakan, setelah masuk beberapa minit, mereka keluar lagi untuk minum pagi.

Saya telah memperuntukkan waktu cuti sekolah baru-baru ini untuk menyelesaikan urusan saya memandangkan saya bertugas di Sarawak. Malangnya disebabkan pelbagai kerenah Bahagian Teknikal, urusan saya tidak dapat diselesaikan. Surat yang sepatutnya dikeluarkan tidak dapat dikeluarkan sehingga saya kembali semula ke Sarawak.

Saya memohon kerjasama pihak yang bertanggungjawab untuk turun memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan semua kakitangan di Pejabat Tanah Sik. Tolong pastikan mereka menjalankan tugas tanpa menyusahkan orang awam yang datang berurusan, terutamanya warga emas yang terpaksa datang berulang kali untuk bertemu dengan pegawai yang sering tidak ada di pejabat.

Nampaknya terbukti dengan jelas bahawa mutu perkhidmatan yang ada di kebanyakan Pejabat Tanah perlu diperbaiki dan dipantau oleh pihak yang bertanggungjawab. Ini supaya kakitangan yang bekerja menjalankan tugas dengan penuh integriti.

INSAN PRIHATIN

Kedah@Utusan Malaysia

Pejabat baru PPD Kulim

KULIM 31 Mac - Pejabat Pelajaran Daerah Kulim/Bandar Baharu telah mendapat kompleks pejabat baru bernilai RM6.3 juta di Kelang Lama, di sini.

Pengarah Pelajaran negeri, Abdullah Saad berkata, kompleks di Jalan Tunku Mohd. Asaad di sini itu diharap dapat meningkatkan lagi perkhidmatan jabatan berkenaan.

"Kita berharap dengan adanya bangunan tersebut, perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPD dapat ditingkatkan," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian dokumen penyerahan rasmi projek pembangunan Pejabat Pelajaran Daerah Kulim/Bandar Baharu di sini baru-baru ini.

Jepun mengaku kalah


SEBUAH bangunan di loji Fukushima Daiichi dikelilingi palang-palang besi yang rosak dalam gempa bumi pada 11 Mac lalu.

TOKYO - Jepun akhirnya mengaku kalah dalam usaha mengekang pencemaran radiasi di empat reaktor nuklear loji Fukushima Daiichi yang rosak dan akan menutup kesemua reaktor berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa pegawai berkata, dalam sedikit masa lagi, semua bekalan kuasa ke reaktor-reaktor itu akan ditutup, manakala usaha untuk menyejukkan batang-batang bahan api nuklear akan dihentikan.

Langkah terakhir, melibatkan proses mencurahkan bertan-tan konkrit untuk menimbus reaktor-reaktor itu. Sekali gus memastikan tiada radiasi yang bocor keluar.

Perkembangan itu berlaku selepas agensi keselamatan nuklear Jepun mendedahkan bahawa bacaan radiasi di dalam laut sekitar loji Fukushima Daiichi melonjak sebanyak 4,385 kali ganda berbanding takat yang dibenarkan.

Pengumuman dramatik tentang penutupan semua empat reaktor itu dibuat pada Selasa lalu oleh Pengerusi Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO), Tsunehisa Katsumata yang mengendalikan loji nuklear tersebut. .

Loji Fukushima Daiichi terletak sekitar 240 kilometer dari ibu negara Jepun, Tokyo.

Katsumata berkata, beliau berasa kasihan kepada orang ramai yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka atau terpaksa tinggal di dalam rumah disebabkan oleh krisis nuklear berkenaan.

"Saya memohon maaf kerana kesusahan dan ketakutan yang berlaku akibat kebocoran radiasi ini," kata Katsumata.

"Kami telah gagal untuk menyejukkan reaktor-reaktor terbabit. Tetapi kami melakukan usaha paling maksimum untuk menstabilkan keempat-empat reaktor itu," tambahnya.

Krisis nuklear bermula selepas sistem penyejukan reaktor-reaktor nuklear di loji Fukushima Daiichi rosak akibat gegaran kuat gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter yang melanda pada 11 Mac lalu, disusuli oleh tsunami.

Tidak lama kemudian, beberapa letupan dan kebakaran menyebabkan kebocoran radiasi berlaku di loji tersebut.

Setakat kelmarin, tahap radiasi di dalam laut sekitar loji Fukushima Daiichi ialah 3,355 kali ganda daripada bacaan normal.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang jurutera nuklear Amerika Syarikat (AS), Michael Friedlander memberitahu stesen televisyen CNN bahawa dia bimbang kesan pencemaran air laut yang berlaku.

"Plankton menyerap radiasi, ikan memakan plankton, ikan besar pula memakan banyak ikan kecil. Justeru, kandungan radiasi akan berlaku dalam rantaian makanan," katanya.

Aktiviti menangkap ikan kini dilarang dalam lingkungan sekitar 20 kilometer dari loji Fukushima Daiichi. - Agensi

MB lawat mangsa banjir kilat Justify Full

KUPANG – Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang mendapat perhatian Menteri Besar apabila turun padang bertemu mangsanya semalam.

Datuk Seri Azizan Abd Razak melahirkan rasa simpati dengan keadaan melanda mangsa banjir di kawasan itu.

Menurutnya, Kerajaan Negeri tetap menyediakan peruntukan dalam menghadapi sebarang bencana termasuk banjir.

“Kita belum ada rancangan menubuhkan sekretariat bagi menghadapi banjir seperti yang berlaku di daerah ini memandangkan ia melibatkan peringkat tempatan dan bukan negeri.

“Namun peruntukan kewangan untuk mangsa terlibat tetap ada iaitu bergantung dengan jenis kerosakan yang dialami,” katanya selepas melawat mangsa banjir kilat di sini.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Johari Abdullah.

Terkini, tiada pusat penempatan dibuka sejak pagi semalam kerana semua mangsa pulang ke rumah masing-masing pada hari kejadian.

Sementara itu, mangsa banjir di Kampung Belakang Panggung Wayang, Hamidah Ahmad, 53, gembira apabila berpeluang menemui Azizan secara bersemuka.

Menurutnya, sumbangan yang diberikan kepada mangsa banjir adalah yang pertama diterimanya walaupun bencana itu kerap berlaku.

“Ini adalah sumbangan pertama yang saya terima sejak mengharungi banjir beberapa tahun lalu.

“Apabila mengetahui Menteri Besar sendiri datang menyerahkan bantuan ini, saya sangat gembira. Saya juga sedih kerana tiada pihak yang membantu selama ini,” katanya.

Seramai lima mangsa banjir dari kampung itu menerima sumbangan daripada Azizan.

Pesanan Khas Untuk Semua Pimpinan Pakatan Rakyat.. Sendiri Mau Ingat Laa Noo!!

VIDEO SEX : PERCANGGAHAN KENYATAAN.. SIAPA MENIPU..MENTERI @ POLIS?

Tangkapan Video Seks: Siapa Penipu - Menteri Atau Polis?

INI KATA-KATA MENTERI DALAM NEGERI....

Video seks: Belum ada tangkapan, kata Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Polis belum menahan mana-mana pihak berhubung isu rakaman video seks, yang didedahkan awal minggu lalu oleh tiga “Datuk T”, mendakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, berdasarkan maklumat yang pada beliau belum ada mana-mana pihak yang ditahan setakat ini.

“Setahu saya, tidak ada pihak yang ditahan lagi,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Laporan media minggu lalu menyebut bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan selepas disoal siasat selama lima di Bukit Aman, malam Khamis lalu.

Mereka dilaporkan dilepaskan dengan diikat jamin.

Bagaimanapun kedua-duanya telah menafikan ditahan polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar juga mendakwa tidak cukup bukti untuk mendakwa kedua-dua mereka bersama Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim – tiga “Datuk” yang mengaku bertanggungjawab atas pendedahan rakaman tersebut.

“Anda kena tanya pendakwa atau polis,” kata Hishammuddin apabila ditanya bila “Datuk T” akan ditahan kerana memiliki dan menayangkan rakaman video seks.

Kata beliau, siasatan adalah berdasarkan pada laporan polis Anwar yang dibuat pada 22 Mac lalu.
INI PULAK KATA-KATA SETIAUSAHA POLIS DIRAJA MALAYSIA
Polis Periksa Lokasi Kejadian Rakaman Video Seks

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Siasatan polis terhadap rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang mendapat petunjuk awal apabila bilik sebuah hotel di ibu negara yang dikatakan menjadi lokasi rakaman video itu diperiksa.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Ghazali Md Amin berkata siasatan di tempat kejadian itu dijalankan bersama unit forensik PDRM selepas memperoleh maklumat.

"Dua individu telah ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis... kita turut memperoleh beberapa bahan bukti daripada mereka.

"Salah seorang daripada individu yang terbabit telah mendedahkan tempat di mana rakaman perlakuan seks itu berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Pada Khamis, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, disoal siasat selama lima jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Mereka turut menyerahkan video aksi seks seorang lelaki dengan seorang wanita serta seutas jam tangan Omega.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis sedang mengenal pasti identiti individu yang kelihatan dalam rakaman video aksi seks tersebut.

Beliau berkata siasatan kes itu masuk hari ketiga pada Jumaat dan pasukan khas menjalankan siasatan dari pelbagai sudut, termasuk bagaimana rakaman video itu boleh wujud.

"Kita sendiri hendak tahu apa yang telah berlaku dan banyak isu lagi, justeru hentikan semua spekulasi dan beri peluang kepada pasukan polis untuk jalankan siasatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Peringatan Hari Polis ke-204 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.

Ismail berkata beliau percaya maklumat dan fakta baru akan diperoleh dalam masa terdekat hasil penyiasatan yang dijalankan.

"Siasatan mungkin akan berkembang terus dari fakta-fakta yang kita akan jumpa nanti," katanya.

Ketika ditanya sebab trio yang mendedahkan video tersebut tidak ditahan, beliau menjawab, "Atas kesalahan apa? Kalau sampai masa sudah cukup bukti dan sudah disahkan kesalahan mereka, barulah kita akan bertindak ikut undang-undang.

"Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti," katanya. -- BERNAMA 25 Mc 2011

Ulasan GB

Percanggahan wujud diantara kenyataan Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Ghazali Md Amin yang berkata

"Dua individu telah ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis..."

dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berkata,

berdasarkan maklumat yang pada beliau belum ada mana-mana pihak yang ditahan setakat ini

Apa tujuan penipuan itu dilakukan?

Datuk 'T' Suspek Utama, Bukan Saksi

SHAH ALAM - Wanita KEADILAN menegaskan trio ‘Datuk T’, yang mendalangi tayangan seks palsu di Hotel Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu, adalah suspek utama yang perlu disiasat dan bukan saksi, kata Timbalan Ketua Wanita Pusat KEADILAN, Rodziah Ismail. Menurutnya, beliau mengulangi gesaan Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa penayangan video seumpama itu adalah jelas bertentangan peruntukan undang-undang sedia ada kerana kesalahan memiliki, menyebar dan menayangkan filem lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam.

“Berikutan sidang video lucah mereka (trio ‘Datuk T’), mereka sepatutnya disabitkan dengan kesalahan undang-undang tersebut,” ujarnya. Beliau seterusnya mendesak pihak berkuasa menahan trio tersebut, yang didalangi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah.

“Justeru, Wanita KEADILAN menuntut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menangkap ketiga mereka di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya sambil mengingatkan pihak polis supaya bersikap profesional dan tak menyebelahi Umno Barisan Nasional (BN) dalam isu itu.

“PDRM harus tidak menyebelahi mana-mana parti politik, bersikap profesional dan adil terhadap rakyat. “Ingatlah, rakyat sedang melihat dan menilai integriti dan kecekapan polis dalam menangani isu ini,” tegasnya. Sementara itu, Rodziah mengajak rakyat supaya bersama menolak politik kotor dan jijik yang dimainkan Umno-BN.

“Ia (rakaman video) adalah dangkal, malah membuktikan bahawa UMNO terlibat secara terang-terangan berusaha mengheret rakyat ke dalam permainan politik kotor Umno BN,” ujarnya. Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Pedana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyebut bahawa Akta Perlindungan Saksi dan Pemberi Maklumat boleh digunakan untuk melindungi individu berkenaan, sebelum menarik semula kenyataan tersebut./Keadilan Daily

Hanipa : Berbaloi Juga Saman OCPD

Pegawai SPRM pulak layan gambar porno...

'Pegawai SPRM tonton pornografi selepas soal Teoh'

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal siasat Teoh Beng Hock.


Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, tan Sri James Foong hari ini.

Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitangannya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka berada di premis berkenaan.

NONEDalam keterangannya, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009.Foong: Pada pendapat saya, adalah agak longgar cara saksi diperhatikan. Kenapa? Saya ingin tahu mengapa tiada kawalan keselamatan?

Hishamuddin: Arahan diberikan (melalui memorandum dalaman) dan mesti ada pegawai (yang mengiringi saksi).

Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?

Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya.

Foong: Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.

Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap “ia di luar kawalannya”.

“Ini tiada kaitan dengan kerja... mungkin inisiatif sendiri,” katanya.

Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas beliau membantu seorang lagi rakannya menyoal Teoh.

Kos dua kapal selam RM50 juta setahun

KUALA LUMPUR - Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak, yang dikendalikan Tentera Laut Diraja Malaysia dianggarkan RM50 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Katanya, kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti.

Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam, beliau berkata, kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu, dianugerahkan dan dilaksanakan syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd.

Abdul Latiff berkata kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun.

“Penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakan aset itu pada bila-bila masa.

“Kalau ia tidak boleh memenuhi hasrat TLDM, kita boleh denda (syarikat itu) mengikut perjanjian yang dimeterai,” katanya

Kepada soalan wakil yang sama, Abdul Latiff berkata kerosakan teknikal pada KD Tunku Abdul Rahman seperti yang dilaporkan sebelum ini telah berjaya diatasi dengan ujian selaman yang berjaya dilaksanakan pada 22 Februari tahun lepas.

Sebelum ini dilaporkan kerosakan mekanikal dikesan pada 17 Jan tahun lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar.

Abdul Latiff mengingatkan semua pihak agar tidak mendedahkan keburukan serta kelemahan aset pertahanan negara kepada anasir luar seperti yang seringkali dilakukan oleh pembangkang sebelum ini.

“Masalah teknikal yang dihadapi adalah biasa yang boleh dialami oleh mana-mana kapal selam dunia,” katanya. - Bernama

UTUSAN kebumikan kenyataan HARUSANI bersama komen Video Sex beliau...

Video seks, Utusan sembunyi kenyataan Mufti Perak

Patutlah tak ada dengar pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani berkenaan isu video seks yang membabitkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sampaikan Presiden PAS, tuan Guru hadi Awang mengecam ulama-ulama di Malaysia sebagai syaitan bisu. Rupa-rupanya Akhbar penyebar fikiran rakyat (sebut PEROSAK FIKIRAN RAKYAT) Utusan Malaysia yang buat dajal. Kenyataan mufti Perak yang mengecam penayangan video seks tersebut disembunyikan oleh Utusan.[Msian Insider]



Kalau cerita baik tentang kerajaan daripada mulut Mufti, siang malam pagi petang keluar TV, radio, dan surat khabar. Tujuh hari tujuh malam tak berhenti diwar-warkan agar semua rakyat tahu cerita tentang kebaikkan kerajaan mendapat pujian daripada Mufti. Namun bila mufti mengecam penayangan video lucah, yang dilihat menguntungkan Pakatan Rakyat, sanggup Utusan menutup dan menyembunyikan kenyataannya.

ReJaM© "Akhbar pencacai perosak fikiran rakyat..."

Video Dalam Kotor Ada Rahmatnya

Oleh Mohd Sayuti Omar

SESETENGAH orang UBN tidak sependapat mengenai isu video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim. Ada yang keliru dan tidak setuju dengan pendedahan isu berkenaan. Mereka keliru bukan meragui apa yang berlaku, penglibatan Anwar, tetapi sejauh manakah kesan kepada motif pendedahan mengenai video itu bila ia dilakukan.

Mereka tidak mempertikikan apa yang mungkin berlaku kerana mereka diajar demikian, menerima benar apa yang dihidangkan kerana itu strategi ...tetapi mempertikaikan apakah pendedahan perkara itu tidak memberi kesan buruk kepada UBN.

Sehingga ini tiga orang penting Umno termasuk seorang setiausaha politik menteri, seorang bekas setiausaha politik perdana menteri dan seorang ketua bahagian menghubungi saya untuk bertanya pandangan saya mengenai hal itu.

Mulanya mereka bertanya apakah saya percaya atau tidak dengan isi kandungan video berkenaan. Bila mereka bertanya hal demikian bermakna mereka sendiri meraguinya, atau mahu menguji apakah orang awam (penulis bebas) seperti saya menyakininya. Kalau mereka yakin mereka tidak perlu merujuk kepada mana-mana sumber dan pendapat lain lagi.

Secara jujur saya katakan saya tidak boleh mengiya dan menindakkan kerana tidak melihatnya dengan mata dan menilai dengan kewarasan otak sendiri. Atas sifat apa yang berlaku ke atas mahkluk ini semuanya mustahil, maka ia tidak mustahil. Saya juga tidak akan mudah mengatakan tidak kalau ada bertanya atau mempersoalkan bahawa Rosmah Mansor juga ada penglibatan dalam video seperti itu. Atau Rahim Tamby Chik juga ada versi video birunya sendiri. Mana tahu? Sebab benda begitu ianya terlalu personal.

Begitu juga kalau ada bertanya atau memberi tahu bahawa ada menteri tertentu terlibat dalam melindungi penjenayah yang melibatkan anaknya sendiri saya tidak dapat menafikan kerana ia tidak mustahil dari berlaku. Seorang menteri hatta menteri agama sekali pun tidak terlindung dari segala maksiat dan jenayah kerana mereka bukan maksum. Misalnya bekas orang besar di institusi agama di negara ini pernah digossipkan mempunyai anak haram semasa menuntut di Mesir. Di Mesir, bukan China?

Bila saya menjawab secara subjektif setiausaha politik menteri itu kelihatan resah dan cemas. Beliau lalu memberi pandangannya tentang itu. "Pada saya pendedahan video berkenaan memberi kesan buruk kepada UBN. Rakyat tidak percaya," demikian katanya. Apakah dia sudah membuat tinjauan segera atau sebaliknya tetapi itulah jawaban dan rumusannya.

"Kenapa mereka buat begitu sheikh?" tanya beliau tanpa saya menjawab. Ternyata dia bimbang dengan isu video berkenaan. Dia kemudian menghitung sendiri apakah mereka sengaja nak burukkan Datuk Seri Najib?" Saya juga tidak menjawab dan menghurainya. Tetapi persoalan itu pada saya tidak masuk akal.

"Kenapa you fikir begitu?" soal saya tidak dapat mendengar begitu saja kebimbangannya. Dalam Umno kini pun ada pergolakan senyap yang orang tidak tahu. Saya rasa you sudah dapat menghidunya. Entahlah saya rasa pendedahan itu ada sedikit sebanyak dengan perkembangan yang berlaku dalam Umno," katanya selepas itu menguci kejap apa yang diketahuinya.

Manakala bekas setiausaha politik perdana menteri pula, tidak setuju dengan pendedahaan itu. Beliau sendiri sudah muak dan jemu dengan cerita-cerita atau isu politik yang tidak bermoral. Bagginya tidak sepatutnya isu itu didedahkan kerana ia mencalitkan dosa dan noda kepada Umno.

"Benar kita bermain politik dan isu adalah modalnya, tetapi kita perlu jaga soal-soal moral dan maruah. Tuhan marah kalau kita mengaibkan orang, apa lagi kalau sudah keterlaluan," katanya.

"Apakah Umno rasa dia boleh makan dengan isu itu?" soal beliau lagi. Kepadanya pendedahan itu tidak memberi untung pun kepada Umno kerana orang tahu siapa yang mendedahkan isu berkenaan.

Beliau lalu memberi anologi orang yang mendedahkan isu berkenaan samalah dengan sang pencuri yang hendak menangkap pencuri. Mana boleh pencuri nak tangkap pencuri, katanya. Orang tidak percaya, kerana pencuri juga jahat, khianat dan tidak ada moral. Beliau tidak menyebut si pencuri itu lebih jahat dari orang yang dituduh sebagai pencuri. "Dunia semua tahu," katanya.

Justeru itu walaupun seribu kalau apa yang ada dalam video itu benar orang akan tolak. Orang akan kata yang mendedahnya lebih jahat dan lebih celaka. Beliau mempunyai agenda tersendiri kerana dia juga ada dalam video berkenaan.

Ulas beliau lagi apa yang sepatutnya, pencuri bukan saja tidak boleh tangkap pencuri tetapi ia juga tidak boleh bertindak menjadi penyiasat, pendakwa dan hakim. Dia hanya layak jadi tukang lapor atau barua saja. Wah... saya bingung dan harain dengan bekas setiausaha ini. Kok kenapa?

Sementara ketua bahagian yang menghubungi saya pula berpendapat isu video berkenaan telah menguntungkan Anwar dan pembangkang. Hakikat ini katanya boleh dilihat selepas ianya didedahkan simpati orang ramai kepada Anwar bertambah. Majlis-majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat mendapat sambutan mendadak.

Paling baru majlis di solat hajat di Shah Alam. Katanya biarlah atas orang kata dengan majlis itu, tipu, minafik dan sebagainya tetapi ia isu video telah memberi keuntungan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat. Video itu telah merangsang sesetengan penyokong PR yang ralik dan hanyut sebelum bangkit kembali. Perasaan marah mereka ke atas perkara itu membuatkan mereka ringan kaki untuk turun ke event yang diadakan PR.

Jadi apakah untung dan ruginya dengan pendedahan itu. Kalau ia hendak membunuh kerier Anwar, kariernya tetap tidak terbunuh. Kalau nak memalukan Anwar, Anwar telah dimalukan lebih daripada itu sebelum ini.

Jadi apa? Jawabanya video berkenaan tidak banyak membantu Umno melainkan rakyat yang atas pagar mengira Umno sudah kehabisan modal dan usaha untuk menghancurkan Anwar. Makanya bagi mereka Anwar kena dibela kerana dia tidak akan mati. Anwar kini semakin mendapat simpati dari mereka yang sebelum ini tidak pernah pun menyebut dan mempedulikannya.

http://msomelayu.blogspot.com

Mufti nasihat siasat dahulu berita si fasik

Dalam menghadapi keadaan politik mengeksploitasi isu peribadi, seperti dalam isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, umat Islam dinasihatkan menyiasat dahulu kesahihan dakwaan itu.

"Nasihat saya, dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti."

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Juanda berpendapat isu melibatkan keaiban peribadi tidak boleh dijadikan modal politik, apatah lagi jika perkara berkaitan seks yang amat memalukan.

"(Kalau betul pun), kita tak tahu, mungkin dia sudah bertaubat. Kenapa perlu dedahkan perkara itu? Siapa tak ada aib di masa lalu?" soal Dr Juanda lagi.

Katanya, rakaman video sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong oleh empat saksi yang adil kerana kesalahan zina amat berat dan hukuman yang dijatuhkan hendaklah bebas daripada sebarang prasangka.

"Kalau ada (hanya) tiga orang saksi yang melihat perkara itu, lebih elok mereka tutup mulut sahaja daripada mendedahkannya. Kesan tindakan itu melibatkan banyak pihak, termasuk anggota keluarga yang terlibat," katanya.

Semalam, ulama terkenal Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, para mufti wajar menyatakan pendirian berhubung isu “politik selak kain” susulan tayangan video kontroversi minggu lalu.

Sementara itu, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid pula menyifatkan apa yang berlaku sekarang berjalan secara tidak betul.

"Untuk menuduh, mestilah mendatangkan bukti, iaitu empat saksi untuk mensabitkan kesalahan. Jika tidak, pihak itu boleh dikenakan hukum Qazaf.

"Hukum ini tidak pernah berrubah dari dulu sampai sekarang. Kepada yang dituduh, boleh bersumpah untuk menafikan apa yang dituduh. Tetapi sekarang, yang menuduh bersumpah, yang dituduh diminta mencari bukti. Ini terbalik dan tidak betul," katanya.

Tamyes juga menasihatkan orang awam yang tidak tahu menahu supaya tidak masuk campur, walaupun sekadar sembang-sembang berhubung perkara itu di kedai-kedai kopi.

"Sekiranya tidak tahu kebenarannya, saya nasihatkan janganlah campur tangan. Biarlah diselesaikan oleh pihak yang berkenaan. Janganlah terpalit sama, terikut buat tuduhan," katanya lagi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas berhubung gejala "politik selak kain" yang dibangkitkan Dr Mohd Asri sebelum ini.

"Bagaimanapun, saya minta kembalilah ke jalan Allah. Sekiranya tidak ada asas sesuatu tuduhan itu, eloklah kita sorot kembali (kesasihan dakwaan itu)," katanya.
[ADS] Ever wondered how you would look in an F1 Race Suit?

Menjawab Tuduhan Pemuda Gerakan Kedah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Kenyataan Balas Oleh Zairil Khir Johari, Setiausaha Politik YAB Lim Guan Eng

http://asiancorrespondent.com/jeffooi-images/2008H2/PG_Free-WiFi.jpg

Saya merujuk kepada kenyataan media daripada Ketua Pemuda Gerakan Kedah yang telah memainkan sindiran bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah gagal melaksanakan proses tender terbuka bagi inisiatif ‘WiFi Percuma Pulau Pinang’.

Pertama sekali, harus difahami bahawa pelaksanaan inisiatif ini dijalankan secara dwi-fasa. Fasa pertama, yang sudahpun berjaya dilaksanakan, telah bermula pada tahun 2009 dan membabitkan pemasangan dan penyenggaraan prasarana WiFi yang meliputi sebanyak 750 kawasan ‘hotspot’. Fasa yang kedua pula akan menggandakan jumlah kawasan ‘hotspot’ kepada 1,500 kawasan, sekaligus meliputi setiap satu kawasan parlimen di seluruh negeri Pulau Pinang.

Namun, terdapat sedikit salah faham di khalayak pihak-pihak tertentu tentang proses dan mekanisme inisiatif ini, terutama sekali dalam proses penganugerahan projek, yang telah didakwa tidak mengikut dasar tender terbuka yang selama ini menjadi tunggak dasar urustadbir Kerajaan Negeri.

Terlebih dahulu, perlu diterangkan bahawa sewaktu inisiatif ini mula dibincangkan, Kerajaan Negeri telahpun menetapkan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi demi mencapai matlamat dengan kos yang terendah. Antara syarat-syaratnya adalah:

1. Pembekal perkhidmatan WiFi yang terpilih semestinya sebuah syarikat awam berhad yang tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia. Ini untuk memastikan kebertanggungjawaban pembekal yang terpilih, supaya projek yang luas dan memakan belanja yang tinggi ini akan dizahirkan dengan sempurna.

2. Kerajaan Negeri ingin mengurangkan sebanyak mungkin perbelanjaan awam. Oleh itu, telah diputuskan bahawa fasa pertama akan dilaksanakan atas tanggungan penuh syarikat pembekal itu sendiri, dan jika berjaya fasa kedua akan dibiayai Kerajaan Negeri. Kos pelaburan untuk pemasangan dan penyenggaraan prasarana WiFi dalam fasa pertama pula akan ditebus balik oleh syarikat pembekal perkhidmatan melalui hasil pulangan pengiklanan.

Dalam pada itu, setelah mendapat maklum balas daripada syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan WiFi, Kerajaan Negeri telah mendapati bahawa tiada syarikat tersenarai yang sanggup bersetuju dengan syarat kedua melainkan REDtone International Bhd. Justeru, disebabkan hanya satu syarikat sahaja yang telah berjaya menepati kesemua syarat yang ditetapkan, maka tidak timbul keperluan untuk menggunakan sistem tender terbuka bagi inisiatif WiFi percuma ini.

Fasa pertama telahpun berjaya dilaksanakan tanpa sebarang perbelanjaan daripada Kerajaan Negeri, dan ekoran daripada itu Kerajaan Negeri telah menepati janji untuk membiayai kos fasa kedua, iaitu RM8.5 juta selama 5 tahun ataupun lebih kurang RM1.7 juta setahun. Selepas tempoh 5 tahun, kontrak penyenggaraan dan pembekalan perkhidmatan WiFi ini boleh diteruskan dengan kadar RM900,000 setahun.

Jelas sekali bahawa Kerajaan Negeri bukan sahaja telah berjaya dalam usaha untuk mempertingkatkan penggunaan jalur lebar dengan menyediakan perkhidmatan WiFi percuma yang meliputi seluruh negeri, tetapi juga telah berjaya melakukannya dengan kos yang amat rendah dan menguntungkan kepada rakyat Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan urustadbir yang berasaskan prinsip CAT, iaitu cekap, akauntabel dan telus. Malah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan satu-satunya kerajaan di negara Malaysia yang telah dipuji oleh badan antarabangsa Transparency International, di samping mendapat pujian dua tahun berturut-turut dalam Laporan Ketua Audit Negara. Rekod dan prestasi yang cemerlang ini telah dicapai atas komitmen Kerajaan Negeri kepada sistem urustadbir yang telus dan terbuka.

Oleh itu, sebarang tuduhan mengenai kegagalan untuk menggunakan proses tender terbuka bagi inisiatif WiFi Percuma ini tidak berasas, kerana dalam kes ini, hanya satu sahaja syarikat yang sudi menepati segala syarat yang ditetapkan.

Berikut adalah senarai terkini hotspot Penang Free WiFi. Klik untuk muat turun.

Zairil Khir Johari
Setiausaha Politik kepada YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

Wednesday, March 30, 2011

Dr Asri - Poco-poco Harus..

TARIAN POCO-POCO SECARA ASASNYA HARUS
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

S.S Mufti Perak, Ybg Tan Sri Harussani telah mengharamkan tarian poco-poco atas asas ia berasal dari agama lain yang berunsur pemujaan ruh dan bercirikan agama Kristian. Pihak beliau mungkin ada alasan yang tersendiri. Namun, dengan menghormati hak Negeri Perak, S.S Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, izinkan saya ingin memberikan pandangan mengenai hal ini. Ini kerana bimbang prinsip asas Islam disalahfahami oleh sesetengah pihak yang lain. Berikut perkara yang perlu difahami oleh kita;

i. Pada asasnya, semua urusan harian (daily life) dalam kehidupan manusia yang membabitkan persoalan keperluan atau kepentingan hidup insan adalah harus dilakukan KECUALI jika terdapat dalil yang jelas mengharamkan hal tersebut. Maka, segala bentuk senaman, tarian, makanan, perhiasan dan seumpamanya adalah harus atau dibolehkan melainkan ada bukti yang jelas dari nas syarak ia diharamkan, atau dimakruhkan.

Justeru itu, Nabi s.a.w tidak mengharamkan banyak budaya Arab yang memberikan faedah kepada insan secara langsung atau tidak langsung, antaranya; nyanyian dan gendang semasa perkahwinan. Dalam hadis al-Bukhari:

Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka Nabi bersabda: “Wahai ‘Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”. Hadis menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan hiburan yang menjadi amalan dalam sesuatu masyarakat.

najib-poco2.jpg

- Gambar Hiasan

ii. Cumanya, jika ada unsur yang tidak baik, baginda Nabi s.a.w menegur atau menapisnya. Sebab itu apabila baginda Nabi s.a.w mendengar wanita menyanyi dengan lirik

“Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu” (Riwayat al-Bukhari).

Ungkapan dalam lirik tersebut yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui apa yang akan berlaku esok adalah salah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, Nabi s.a.w membetulkan lirik itu, tetapi tidaklah pula mengharamkan nyanyian atau lirik lain yang tidak bercanggah dengan akidah atau hakikat yang sebenar.

iii. Muslim hendaklah tahu tentang keluasan Islam dalam hal ini. Nabi s.a.w apabila mengizinkan hiburan pertunjukan permainan pedang dan lembing dalam masjid pada hariraya, baginda menegaskan:

Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam. Apatah lagi kita yang hidup dalam masyarakat yang serba rencam dan pelbagai cabaran ini.

iv. Atas asas ini, -pada pandangan saya- tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah. Jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah, atau dicampuri perbuatan yang salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik.

v. Jika tarian poco-poco diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti tai-chi, chi-kung, kata tae-kwondo dan pelbagai lagi.

vi. Untuk itu, dengan menghormati S.S Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Perak, saya ingin menyatakan pandangan yang berbeza iaitu poco-poco yang tidak diamalkan dengan kepercayaan yang salah adalah diharuskan. Adapun, jika dilakukan dengan kepercayaan yang salah, atau diiringi perbuatan yang haram seperti arak dan seks bebas, maka kepercayaan dan amalan yang salah itu wajib dibuang, tarian yang memberikan kebaikan kepada kesihatan itu diizinkan.

Cerita sahabatku di program Ceramah Ummi Hafilda....

Ceramah Ummi Hafilda Tak Dapat Sambutan... .!!!!

Kah...kah...kah.... pertama-tama sekali... izinkan gua gelak guling dulu... kah..kah...kah.....

Actually gua baru jer... sampai rumah sekejap tadi dalam jam 11.45pm..., on the way balik gua lalu di Seksyen 24 Shah Alam... dengan kelajuan kereta 50km sejam... dan sampai kat satu selekoh berhampiran kolam pancing dan di seberang jalannya ada tadika kemas... gua nampak orang berlonggok ramai...

Biasa laaa... orang melayu kan... perasaan ingin tahu gua membuak-buak nak tahu jugak apa kehei-nya... hahaha... so gua buat drift... u-turn and parking betul2 tepi 2 ekoq mamat yang berseragam biru dengan beret atas kepala... diorang pandang jer.. gua... dan gua pun turun kereta dengan selamber rock.. sambil senyum kat diorang... kah...kah...kah....


Sambil melintas jalan... gua dengar suara dari loud speaker... eehhh...macam kenal jer... dah tu pulak tengah syok dok mengutuk Anwar Brahim.... fulllaaaamakkkk.... Ummi Hafilda Anak Dara Sunti tengah bagi ceramah baeeekkkkk punyeeaaarrr... laaaa.....

Orang tak ramai... dalam congakan gua ada laaaa... kurang lebih pun tak sampai 200 orang... termasuk yang bersidai kat tepi2 jalan..., patut aaarrr... gua boleh speed kereta kat jalan besar tu... 50kmh selamber rock jer...

Yang gua nampak ramai yang duduk kat bangku2 yang disediakan semuanya bertudung merah... kalau gua lepaskan lembu jantan mexico... mau tunggang langgang bertempiaran lari selamatkan diri... muakakaaaaa..., gua mendekatkan diri sampai ke pagar tadika kemas tuuuu... perghhhh... anak dara sunti dengan berbaju oren dan bertudung oren sedang syok mengoreng minyak senyonyong kat situ...

Dalam usaha gua nak mendekatkan diri ke pagar tadika tuuu.. ada laaa dua tiga suara menegur gua.. perghhh.. gang2 Pas dan Pkr pun bersidai sama... hahaha..., bertanya khabar lebih kurang... diorang cakap "saja lepak kat situ nak dengar kelentongan anak dara sunti tuuuu...." hahaha.... semua bantai gelak ramai2... puak2 songkok karat biru yang berlonggok kat tepi pintu pagar tadika sambil hisap gudang garam... pandang macam tak puashati jer.... muakakakaaaaa.... mampuih pi kat hangpa... lepas tu.. gua pun minta izin kat gang2 tu... nak pergi tepi pagar ambik gambar... gua pun blah...


Sampai tepi pagar tadika, keluarkan N75 gua... alamak bateri tinggal 1 bar..., layan jelah dapat snap 3 gambar.. tapi dengan mutu keunggulan yang kurang memuaskan... (seperti yang gua upload...)... asal ada dari takda kan.... bukan senang nak tangkap gambar anak dara sunti nih... wa cakap luuuu... asyik kena usung ke sana kemari... kalau anak dara gua dah lama kena halau keluar rumah... kah...kah...kah....

So... apa isi kandungan ceramah yang betina tu sampaikan... tak penting sebab lu orang semua dah taukan.. apa dia punya temberang... cakap pasal Islam... Anwar Murtad... Anwar hina Ayahanda Mahathir.. hahaha.. Ayahanda Anak Dara Sunti tu lah... siapa lagi... sebab Ayahanda dia dah tak mengaku dia sebagai anak.. so Mahathir dah jadi Ayahanda dia lah... kah...kah...kah...

Lagipun... tak lama gua kat situ... tak sampai 15 minit... kepada gang2 Pas dan Pkr tadi gua just angkat tangan isyarat... chow chin chow... dan gua pun blah, sebab malas nak dengar betina tu punya auta wal kelentong.... sebab background dia sendiri pun tak bersih lagi mau percaya kaaaa... cakap munafik macam tuuuu... piiiraaahhhhh....


Kesimpulannya.. apa yang gua nak bagitau kat sini..., ceramah umno tak mendapat sambutan seperti ceramah2 Pakatan Rakyat..., jalan pun tak jam... macam yang gua katakan gua boleh speed kereta lalu kat situ..., padang bola yang luas kat tepi tadika kemas tuuu... keluasan yang di penuhi oleh pendengar/orang ramai kurang dari suku padang, hanya penuh kat depan tadika tu jer..., itupun bangku2 kat depan pentas ceramah banyak lagi yang kosong, polis pulak boleh lepak bersembang sambil korek kuku.. hahaha...

Pada pendapat gua... Anak Dara Sunti tu.. syok sendiri jelah..., syok kena usung sana sini... ntah berapa duit umPorno yang di Rosmah Mansorkan kat dia untuk satu malam wa puchitau... janji masyuuuukkkk.... hahahahaaaa......

http://www.ikutsukaakuisa.co.cc

Sekejap Haram Sekejap dak..apa nie Anak Haram aihh hangpa..!!!

Botol susu polikarbonat: Tak perlu haramkan serta-merta?

KUALA LUMPUR 30 Mac – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pengharaman penggunaan botol susu bayi polikarbonat mengandungi Bisphenol A (BPA) yang didakwa berbahaya kepada kesihatan bayi dan kanak-kanak, adalah tidak perlu dilakukan dengan serta-merta.

"Walaupun mendapat gesaan pihak tertentu namun sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh dan terdapat ketidakpastian dalam kajian yang dijalankan oleh badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tempoh masa peralihan selama setahun diberi kepada semua pihak yang terlibat termasuk pengguna, manakala pihak industri boleh menarik balik produk terbabit di pasaran serta perlu membuat persediaan bagi mematuhi keperluan pengharaman berkuat kuasa 1 Mac tahun depan, katanya.

Tiong Lai berkata, Kementerian Kesihatan telah memantau perkembangan isu ini sejak 2001 dan rundingan secara menyeluruh juga telah diadakan di antara semua pihak bagi membuat keputusan yang terbaik untuk melindungi kesihatan kumpulan berisiko tinggi iaitu bayi dan kanak-kanak.

Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi ”Bisphenol A” (BPA) yang direndam dalam air panas melebihi 10 minit akan mempercepatkan proses pindahan BPA kepada susu yang boleh memberi kesan terhadap sistem saraf bayi. – Bernama

Kesian UMNO Perak dah tak boleh POCO-POCO dah lee lepas nie..!!

najib-poco2.jpg

- Gambar Hiasan

Video Sex - Nasib hangpa laa wahai rakyat.. jika Tan Sri ka Datuk kaa kompom hangpa di lindungi..!!

Muhyiddin ajak BN Selangor bermimpi

Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin turun ke Selangor, dan melalui perlindungan bangunan-bangunan sekolah bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan beliau melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor. Semua janji-janji kerajaan PR adalah pembohongan, katanya.

Beliau menaburkan peruntukkan sebanyak RM3.22 juta kepada 32 sekolah agama bantuan kerajaan di Selangor dan kemudian dsan kemudian RM2.3 juta kepada 2 buah sekolah Cina di Jenjarom lalu mendakwa bahawa tidak seperti PR, inilah bukti komitmen kerajaan BN kepada pendidikan rakyat.

Hairan bagaimana seorang menteri yang mengurus portfolio pelajaran boleh mendakwa segala peruntukkan dari kementerian beliau adalah berhasil dari partinya? Hairan juga lawatan rasmi ke sekolah-sekolah sebagai suatu lawaan kerja akhirnya menjadi kempen politik menyerang parti pemerintah diperingkat negeri dan mengangkat serta melambung partinya sendiri!

Yang paling menarik adalah apabila Muhyiddin mendakwa bahawa BN Selangor sakan menawan 8 kerusi milik PR dalam PRU akan datang lantas menjatuhakn kerajaan PR Selangor.

Sekarang ini BN mempunyai 20 kerusi (DUN Selangor punya 56 kerusi) 18 Umno dan 2 MCA. BN juga melindungi sebuah lagi kerusi iaitu Pelabuhan Kelang yang wakil rakyatnya telah lompat keluar PKR dan mendakwa dirinya Bebas.

BN perlu menang 8 kerusi tambahan untuk mengembalikan kerajaan Selangor dalam pelukannya. Kalau 1 atau 2 kerusi mungkin cita-cita itu bolehlah dikira tidak musthail dicapai, itupun di Kelantan penggal lalu kerajaan PAS kekal bertahan dengan majoriti 1 kerusi. Tetapi nafsu Muhyiddin tertumpu pada 8 kerusi, seolah begitu rapuh sekali kedudukan PAS, PKR dan DAP di Selangor. Benarkah begitu?

Muhyiddin boleh berkata apa sahaja, maklumlah orang kalah. Tetapi hakikatnya saki baki kerusi BN di Selangor itupun goyah dan menunggu masa untuk terus rebah. Ketua Pembangkang DUN Selangor Satim Diman contohnya di DUN Seri Serdang memenangi kerusi berkenaan menewaskan calon PAS dengan kelebihan cuma 45 undi!

Adakah Muhyiddin mengambil kira kerusi Satim apabila beliau bernafsu mahu merampas 8 kerusi itu. Bagaimana pula kerusi DUN Sabak yang Umno menang dengan 117 undi dan DUN Sg Air tawar dengan kelebihan cuma 123 undi?! Jentera PAS bawah panji-panji PR sedang bertungkus lumus di Puchong dan Sabak Bernam sedang mengira hari untuk menawan ketiga-tiga kerusi rapuh milik Umno ini. Itu belum lagi kerusi Morib 286 dan Taman Templer 613 yang PAS juga tewas tipis.

Begitu juga DAP hampir pasti merampas dua kerusi yang ia tewas dalam PRU lalu pada tangan MCA menjadikan kekuatan DAP melonjak dari 13 ke 15 kerusi iaitu DUN Kuala Kubu Bharu (148) dan Sg Pelek (1572). Dalam PRU lalu DAP bertanding 15 kerusi dan cuma tewas dua kerusi ini.

Dan PKR juga hampir pasti merampas kembali Pelabuhan Kelang yang kini diwakili oleh pengkhianatnya, ia bertenaga menawan Kuang yang ia tewas pada Umno dengan 517iundi dan Permatang dengan 608 undi.

Lalu dari mana datang angka 8 Muhyiddin itu? Adakah 8 bermakna Umno nanti cuma dapat bertahan di 8 kerusi sahaja atau bagaimana?

Kita tidak mahu kelihatan terlalu “over confident” memanglah suasana luaran menggambarkan seolah PR tidak stabil tambahan kalah beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini, tetapi diperingkat akar-umbi bagaimana? Umno di Kelantan juga sejak tewas pada tahun 1990 terus menerus naik dan melonjak nafsunya tetapi tidak kesampaian. PRU 1995, 1999, 2004 dan terakhir 2008 Umno terus kempunan walaupun nafsunya besar nak menobatkan dari Anuar Musa kemudian Mustapha Mohammad, Awang Adek sebagai MB, semuanya kecundang!

Pencapian kerajaan PR Selangor adalah sumber kekuatannya. MB, EXCO dan ADUN yang bersih, ikhlas dan lebih mesra rakyat makin menjauhkan BN dari hati rakyat di Selangor. Program-program yang lebih dekat pada hati rakyat umpama program Merakyatkan Ekonomi Selangor, berkesan menawan hati rakyat kebanyakkan. Air percuma, skim warga usia emas, Tabung Warisan Anak Selangor, hadiah masuk university dan lain-lain yang tidak pernah dirasai sebelum ini member peluang kepada rakyat turut menikmati kekayaan negeri yang sebelum ini dibolot oleh pimpinan Umno dan BN negeri.

Muhyiddin perlu akur bahawa rakyat menolak BN dan Umno pada PRU lalu lantaran pincang dan tempamngya pimpinan dan pentadbiran negeri bawah BN dan Umno. Itu suatu fakta yang kekal bersarang di hati rakyat. Rakyat Selangor tidak mudah lupa angkara mereka itu dan ketenangan serta kesejahteraan bawah PR makin mengikis aki baki kepercayaan mereka pada BN dan Umno.

Bermimpilah Muhyiddin dengan 8 kerusi itu, rakyat Selangor insyallah berbangga dengan perubahan yang telah mereka bawa menyelamatkan negeri ini dari tangan gergasi yang ganas dan kotor bselama lebih 50 tahun lalu. Tidak ada sebab mereka mahu mengundang kembali mimpi ngeri mereka. Teruslah bermimpi Muhyiddin.

Roslan SMS.....

http://n32.blogspot.com