ALOR SETAR, 17 April 2011 – Berita gembira untuk bakal pengantin anak kelahiran Kedah untuk menyertai program Mahligai Sejahtera.
Penyertaan dibuka kepada pengantin lelaki anak kelahiran Kedah, berpendapatan RM1000 ke bawah untuk menyertai program perkahwinan beramai-ramai Mahligai Sejahtera anjuran kerajaan negeri.
Demikian makluman dari Pengerusi Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Ustazah Siti Ashah Ghazali.
“Kita buka penyertaan untuk perkahwinan kali pertama dan pengantin lelakinya anak Kedah yang pendapatannya RM1000 ke bawah. Penyertaan masih dibuka sekarang dan tarikh akhir mendaftar pada bulan Jun 2011,” terangnya.
Selain dari itu katanya lagi, kerajaan negeri juga menyediakan kursus perkahwinan untuk pasangan-pasangan terbabit secara perdana pada bulan Julai selama dua hari berturut-turut.
“Kita amat berbesar hati kerana YAB Menteri Besar kita meluluskan peruntukan dari kerajaan negeri sebanyak RM1000 untuk setiap pasangan,” maklum beliau.
Program Mahligai Sejahtera akan diadakan di Dewan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) pada 20 November 2011. Penyertaan dibuka kepada 50 pasangan pelbagai kaum.
Borang pendaftaran boleh didapati di pejabat PKWR dan MKK kawasan masing-masing.

macam ni punya skim,memang terbaik!
ReplyDeletetahniah dan terima kasih kepada kerajaan negeri yg bertimbang rasa.
untuk negeri lain telah diperuntukkan di bawah skim Baitulmal. Kedah pun menggunakan konsep yg sama.alhamdulillah..
jadi cepat2 la daftar nama tu..
"cek nak join bole dak?"
PKWR dan MKK tu ape?
ReplyDelete