Wednesday, April 13, 2011

Isu paking - Adakah MBAS Zalim..???

Jangan parkir di tempat salah, jika tidak mahu disaman
Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menasihatkan orang ramai supaya parkir kenderaan masing-masing di tempat yang dibenarkan sahaja jika tidak mahu dikenakan saman.

Demikian diegaskan oleh Penguatkuasa MBAS Encik Saifullizam Othman sebagai mengulas isu saman terhadap pemilik kereta yang meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan, sebaliknya merungut apabila dikenakan saman.

Menurut Saifullizam lebih 3,000 saman kompaun dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan setiap bulan atas pelbagai kesalahan termasuk menghadang lalu lintas dan meletak kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan seperti garisan kuning dan bahu jalan.

“Kebanyakan kesalahan ini dan kompaun yang dikeluarkan melibatkan kawasan Pusat Bandar iaitu sekitar Jalan Tunku Ibrahim, Jalan Kolam Air dan berhadapan Pekan Rabu,” katanya.

Tambahnya, pihak MBAS pernah mengeluarkan kompaun sehingga mencecah 5,000 keping sebulan menjelang musim perayaan atau ketika cuti sekolah.

Selain itu terdapat juga kenderaaan dikenakan tindakan ‘clamping’ kerana kesalahan parkir di kawasan salah yang dianggarkan sebanyak 200 kenderaan dalam sebulan.

“Terdapat tiga jenis tempat parkir utama dibandaraya ini iaitu parkir bermeter, berkupon dan tertutup,” katanya.

Beliau memberitahu kompaun yang dikenakan bagi kesalahan parkir ialah RM20 (dalam tempoh 1-15 hari) dan denda meningkat kepada RM30 selepas 30 hari dan denda RM50 jika mencecah 60 hari.

Bagi motosikal pula, kompaun adalah RM10 (dalam tempoh 1-15 hari), RM20 (16-30 hari), RM30 (31-60 hari) dan sekiranya melebihi 60 hari akan berdepan dengan tindakan mahkamah.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga sehingga RM2,000. Bagaimanapun, pihak MBAS akan menghantar surat kompaun dan peringatan sebelum perkara ini dibawa ke mahkamah.

Jika pemilik kenderaan masih tidak endahkan notis tawaran kompaun, barulah mereka dikenakan tindakan mahkamah. Manakala denda denda bagi kesalahan ‘clamping’ adalah mandatori iaitu sebanyak RM100 tanpa rayuan.

2 comments:

  1. Buktikan dulu MBAS pandai buat kerja dari pandai saman orang ja..dulu kata ada tapak baru yang sesuai untuk buat tempat letak kenderaan awam di kota setar..manadia?
    Ingat orang sesaja nak nyusahkan poket nak pi kena saman parking kat pekan tu?
    Memang dah terbukti susah sangat nak parking kenderaan ketika waktu berkerja sekitar kawasan kota setar,
    Takkan ampa leh terlepas pandang kata masalah parking nih sedangkan hehari hampa kluaq masuk opis MBAS kat pekan tu jugak.Mana pi pegawai2 perancang bandar kat opis tu? Takkan dok pikiaq masalah parking sampai sekarang tak leh setel lagi?
    Pikiaq la lojik ke idak sebulan ampanya saman parking sampai beribu..rasanya polis traffic pon tak banyak saman orang cam hampa..abih kuat pon depa bagi amaran jika ada pemandu tunggu dalam kenderaan tu...sepatutnya hampa pikiaq camna nak kurangkan saman tu cam hampa berjaya mendidik penduduk kota setar agar berdisiplin untuk parking di tempat yang sah sahaja..
    Saya cabar kebijaksanaan semua pekerja MBAS yang hebat dalam perancang bandar tu selesaikan masalah ni secepat mungkin,jadikan tapak parking yang baru tu sebagai kenyataan agar memudahkan semua orang...

    p/s kalau pengadil bolasepak start kasik kad kuning..dia mula jadi berhantu..mula nak kluarkan lagi banyak kad kuning...cam tu jugak la geng penguatkuasa MBAS..buktikan anda memang layak bekerja di situ!

    ReplyDelete
  2. Satu lagi Masalah MBAS Tak letak Papan Tanda Larangan Parking Motosikal Buat keja Aniaya Orang je,Tanpa papan Tanda Larangan, Orang X tau tengok Depa letak Moto kot Bandaran Main angkut, itu Ke Cara MBAS kutip Duit? Siap Plan x buh Papan tanda?

    ReplyDelete